Jumaat, 3 April 2009

air barli susu...

Sebenarnya tak terfikir pun nak memblog kaedah membuat air barli susu ni. Mesti ramai org tak pernah dengar, aku pun masa mula2 dtg penang ni tak pernah gak dengar. Tapi bila dah rasa air barli susu ni kat cafe desasiswa bakti usm.. tergoda pulak. biasa kita minum air bali biasa bergula je kan. Tapi air bali susu ni, gula diganti dengan susu pekat manis. Ada kelainan pada rasanya. Aku mmg suka air barli dan lagipun air barli ni baik utk pemprosesan buah pinggang. Memang dah lama cuba selalu2 mengamalkan minum air barli ni. Sekarang ada alternatif barli susu... bolehlah diselalukan meminumnya...


Basuh + rebus barli sehingga mendidih + barli jadi lembut



Sediakan susu pekat manis secukupnya, kalau suka manis buh ler bnyk..
aku xsuka manis2 sgt.. so kandungan susu tu aku kurangkan. Kalau beli kat kafe bakti, susu dlm gelas tak dikacau.. nanti pandai2 la kacau sendiri..


Pastu masukkan barli ke dalam cawan/gelas yang dah ada susu pekat manis tu. Jangan lupa air barli tu sekali dimasukkan lepas tu.


Kat atas ni air barli susu yg telah dikacau. Begitulah hasilnya.


Air barli susu ni boleh diminum suam ataupun buh ais. Dua2 sedap.
Cubalah kalau rajin.. kalau malas..kena dtg usm la jawabnya.. huhu..


~mel
nanti nak blanjer boss/si dia minum barli ais ni... :P

1 ulasan: