Ahad, 21 Disember 2008

After Midnight...

Kepala amat sakit hari ni.. tapi tahan2 jer la.. sejuk betul hari ni. tak macam musim panas.. dengan badan yg rasa tak berapa best.. nyorok je bawah selimut.. kejab2 tidur.. sambil dengar lagu.. tetiba terdengar balik lagu si Yuna ni... Actually dah lama ada lagu ni.. tapi tak berkesempatan nak upload.. kalau tgk kaver album ni penyanyinya bertudung.. Indon rasanyer.. but nevermindlah.. sape pun dia tp lagu2 dia semua best dan suara dia pun ada klass.. lagu After Midnight ni pun quite nice.. lagu dan liriknyer.. dengarla bila2 free..


After Midnight ~ Yuna
After midnight I shall kidnap you from the world
And I'll keep you in my room
Hush now my love and hold my hand
After midnight I shall take you to a place
Where no one else should know of
Hush now my love and hold my hand

You are exactly where you supposed to be
And if they come for you
They would have to find me

Stay
Keep me awake
Keep me amazed
Only for today
Keep me dazed
My love is yours only

After midnight
I shall stay awake
And if you chose to close your eyes now
Hush now my love
I'll watch you sleep

You are exactly where you supposed to be
And if they come for you
They would have to find me

Stay
Keep me awake
Keep me amazed
Only for today
Keep me dazed
My love is yours only

Stay
Keep me awake
Keep me amazed
Only for today
Keep me dazed
My love is yours only

Bole amik lagu ni kat sini..



mel~
tgh rasa kepala cam nak tercabut.. adehh..

Sabtu, 20 Disember 2008

Restoran Afghan


"Jom Makan!"

Ini adalah restoran afghan yang agak baru jugaklah kat sini. Rupa restoran ni.. hihi.. cam tu la.. simple jer.. Hari ni first time aku diperkenalkan dengan restoran ni.. Walaupun simple.. restoran ni (halal tau..) ada specialnya.. hehe.. ke'special' annya adalah.. restoran ni tak ada menu. Haa.. ada tak restoran lain xde menu.. aku pun xtau.. tapi mmg unik..

Kalau nak beli makanan kat restoran ni.. masuk kat kaunter dia.. just cakap.. nak order makanan utk berapa org makan, nak makan kat situ atau take away. Maksudnyer.. kalau nak beli makan utk duorg, bawak balik.. cakap ler kat tokey kedai tu.. "Tokeyyy.. for two person.. takeaway!"..
Pastu tokey kedai tu pun akan berlari ke dapur dan memasak.. kita pun tunggu je laa.. tak tau dia masak ape.. berserah je la pada takdir.. huhu.. 

Setelah selesai masak.. tokey kedai akan keluar dengan menu pilihannya hari tersebut. Macam hari ni, aku dapat makan nasi ala ala beriani gitu.. sedap.. dengan daging bakar + ayam pun mcm bakar.. dan sayur salad.. lauk & nasinya mmg best.. dan yg pentingnya..banyak giler.. jenuh aku nak abiskan..kira kalau order satu tu boleh makan utk dua org sebenarnya. 

So, kalau esok aku gi kedai tu.. tak taula ape yg akan dimasak oleh tokey kedai tu. Tapi yg harunyer.. esok tak taula restoran tu bukak ke idak..huhu.. Ikut suka tokey kedai tu la.. kalau ade adelah..bolehlah makan.. kalau xde balik tgn kosong jer la.. huhu..

Special giler kedai ni.. walaupun cengggitu.. puas hatila aku makan td.. errkkk.. Alhamdulillah..




Mel~
boss musti sukala makan masakan afghan nie... 

Khamis, 18 Disember 2008

I'm yours..

Sebenarnya kat msia tak pernah dengar lagu ni atau mungkin pernah tapi tak perasan.. tapi kalau drive kat nz ni hari2 radio stesen dia menyiarkan lagu ni.. lelama jadi sedap pulak dengar lagu ni.. kalau dengar lagu ni kat tepi pantai sure best punya.. :)
~penyanyi lagu ni Jason Mraz..


Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
And nothing's going to stop me but divine intervention
I reckon it's again my turn to win some or learn some

I won't hesitate no more, no more
It cannot wait, I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find love love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We're just one big family
And It's our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won't hesitate no more, no more 
It cannot wait I'm sure
There's no need to complicate 
Our time is short
This is our fate, I'm yours

Scooch on over closer dear
And i will nibble your ear

I've been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
But my breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what I'm be saying is there ain't no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It's what we aim to do
Our name is our virtue

But I won't hesitate no more, no more 
It cannot wait I'm yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you're free
Look into your heart and you'll find that the sky is yours
Please don't, please don't, please don't
There's no need to complicate
Cause our time is short
This oh this this is out fate, I'm yours!

kalau nak dengar lagu ni amik kat sini..


mel~
This is our fate... i'm yours.. and always yours..


Rabu, 17 Disember 2008

hari ini..

Mata sebenarnya dah mengantuk.. tapi nak jugak menulis kat sini.. Pagi tadi was my graduation day.. bangun2 pagi agak frust sebab tengok2 hujan renyai2.. pihak uni cakap kalau hujan cancel berarak dari art centre ke town hall.. dlm pukul 7.30pg akan announce di radio stesyen tempatan..

bukak2 radio.. hmm.. cancel berarak.. graduan diminta terus pergi ke town hall.. frust betul aku.. anyway sebab rasa tak puas hati.. pergi jugak ke art centre.. adalah org tp tak ramai.. pergi kat tempat ambil regalia (jubah).. org kat situ komfemkan.. tak de perarakan.. so aku terus pergi ke town hall.. sampai2 kat town hall org dah ramai.. lepak2 kejab kat bawah then kena naik atas ke tempat berkumpulnya semua graduan.. 

Masa dapat info pasal konvo aku dpt sekeping kad yg wajib dibawak time berkumpul..  kat situ tulis kedudukan aku.. Blok A, Row 1, No. 1. Aku assumekan sebab surname aku start dari A, so mmg aku akan jadi first one naik ke pentas. Tetiba bila tgh beratur aku perasan minah dan mamat sebelah aku semua jubahnya lain kaler... kaler cekelat dalam 10 org.. lpeas tu yg lain semua kaler kuning.. Tetiba minah kat sebelah aku tanya.. are you getting a PhD? Aku pun cakap.. yes.. Then dia cakap.. oo.. that's why you are wearing a different type of trenchet (topi) & different colour of regalia.. aku mmg dah pasan aku sorang yg pakai jubah kaler merah hati. Tapi aku cam rasa tak nak berapa percaya yg aku sorang je yg akan naik ke pentas amik phd utk sessi pagi tadi.. 

Bila berarak ke dewan.. mmg sah aku sorang.. dan rasa mcm semua org tgk aku.. sebab aku beratur no 1 dan aku sorang Melayu...  lepas tu grup aku tu kena ikut beratur utk tradisi maori "Karanga".. aku kat belakang tukang baca mentera dan bila masuk everybody semua berdiri sebab kumpulan aku yg last sekali masuk.. ish.. mmg rasa weird.. tak tau mcm mana perasaan nk dihuraikan masa tu. Bila dah duduk.. tengok buku graduation.. mmg tgk under phd nama aku sorang.. nama pertama... then rasa amat sebak.. minah sebelah aku grad master dok kepoh tanya itu ini.. aku plak macam diawang-awangan.. bila nak beratur naik ke pentas... tak tau macam mana nak cakap.. gembira..sedih.. terharu.. yang paling rasa bangga.. Dean of Postgraduate Studies bangun hanya utk memanggil namaku seorang sahaja.. what a feeling.. aku rasa bangga dan terharu.. kerana aku satu2nya anak Melayu pagi dlm sessi pagi td.. dan aku mendpt ijazah tertinggi dan org2 yg berbangsa lain terutama mat/minah salleh menunjukkan kekaguman terhadap kejayaan aku.. Alhamdulillah.. 

Dan selepas keluar dari dewan pun.. rasa macam jadi perhatian.. ucapan tahniah dari mat salleh tah mana2 berpusu2.. dan siap ada yg tanya.. "u r the first one on stage right? u must be very proud.. congratulations!" Mungkin aku lain dari yg lain.. sbb tu mudah derang nak ingat.. tapi aku rasa ini satu inspirasi.. kita sebenarnya boleh jadi lebih dari org lain.. selalu  org kata melayu ni lemah.. tapi sebenarnya tidak kan? 

Aku rasa aku dah buktikan dan aku dapat rasakan mat2 dan minah2 saleh td envy my achievement.. perjalanan aku mmg sukar.. tp it was worth it..  Apa2 pun aku berdoa.. moga2 apa yg aku perolehi ini tidak menjadikan aku insan yg sombong & lupa dari mana asalku.. Insyaallah.. 



mel~
pjg lg nak citer tp that's all for now..
menyesal x drag si dia dtg sama2 hari tu.. asyik terbayang jer dia ada bersama...


Selasa, 16 Disember 2008

esok...

i should have been sleeping by now. I am having an early day tomorrow... my graduation day.. kalau di malaysia lebih dikenali sebagai majlis konvokesyen, tp di sini orang akan tanya.. are you going to graduate tomorrow? 

yupp.. i'm going to graduate tomorrow.. for the highest award that most people would like to have..  kalau ikutkan kad graduation yg aku dpt.. aku akan menjadi org pertama naik ke pentas esok.. setelah berarak di sepanjang jalan besar menuju ke Town Hall.. buat masa ini aku sedang cubaa mengimajinasi situasi hari esok.. tapi tak mampu nak membayangkannya..

dalam membayangkan keadaa esok. sebenarnya aku tak rasa apa-apa.. gembira? entahlah? sedih? aku rasa tak patut untuk aku bersedih.. jadi aku hanya biarkan diriku dalam keadaan diam..  ya.. esok adalah kemuncaknya.. aku sudah berjaya.. siapa yg tak ingin kejayaan ini.. tapi kejayaan ini hasil dari sebuah pengorbanan yg tiada tolok bandingnya.. dalam perjalanan ke penghujung ini, terlalu banyak dugaan dan kepedihan yg terpaksa aku lalui... terlalu banyak kehilangan... 

Namun aku bersyukur.. dalam keperitan perjalanan ini Allah telah mengurniakan padaku yang terbaik.. Alhamdulillah.. Aku mengakhiri perjalanan ini lebih mudah dari yang aku sangkakan.. ramai yg bertanyakan padaku.. apa yg telah aku lakukan hinggakan dipenghujung perjalanan ku untuk mendapatkan ijazah kedoktoran ini teramat mudah.. viva ku tak sampai 45minit.. berbanding org lain yg biasanya 3-4 jam dihentam oleh pemeriksa.. aku boleh tersenyum dlm bilik viva, pemeriksa2 thesisku tiada bangkangan dengan kajianku ..  thesis ku hanya ada pembetulan kecil yg aku hanya siapkan dlm masa setengah hari... sedangkan org lain terpaksa mengambil cuti berminggu2 utk menyiapkan pembetulan thesis..  Jawapanku pada org2 yg bertanya hanyalah.. itulah rezeki dari Allah buatku.. KurniaNYA yg amat berharga...

Esok.. ianya akan berada di dalam genggaman.. aku hanya mampu bersyukur.. 
Ya Allah.. Alhamdulillah... 




mel~
kalau boleh aku mahu dirimu bersamaku di sini..  kalau lah boleh...
~biar berjauhan namamu tetap kusebutkan..


*tgh2 tulis blog kena sound plak.. nape xtido lg.. esok nak kena bangun pagi... :P*

  

Isnin, 15 Disember 2008

laparlah..

Bangun2 dari tidur tadi rasa lapar sgt.. tak keruan dibuatnyer.. since kat nz ni mmg selalunya makan sekali jer sehari (makan beratlah.. makan ringan2 bnyk kali.. huhu). Aku makan nasi (lauk dalca kambing + sambal sotong) pukul 5.30ptg cenggitu.. so pas tu nk tunggu maghrib aku tertidur... zzz... bgn2 maghrib memang rasa perut lapar gilo.. nak makan ape ekk..

So aku decide nak buat cekodok.. aku ni satu problemnyer.. kalau cekodok plain jer mmg kurang sikit.. so aku buatlah cekodok yg xberapa plain.. iaitu.. tepung secukup nak buat, bawang, udang kering, garam dan sedikit serbuk kunyit. Yang penting nak bg ada rasa udang kering dan bwg tu tp aku tak suka lah pulak ada bwg2 berselirat dlm cekodok tu.. so caranyer aku blend bwg + udang kering smpai hancur tiada serat2.. campur dgn tepung, air dan sume2 lah secukupnya... kacau bg sebati.. then goreng..

Bila dah masak.. angkat.. makan dengan sos.. sedappp..

dan ketika post ini ditulis aku sedang makan cekodok segera aku dg sos.. perut pun dah berterima kasih.. kepada sesape yg nak cuba resepi di atas.. cubalah.. sure puas hati.. terutama ketika perut sgt2 lapar.. sedap xsedap pun belasah jer..

:)

mel~
bestnya tido.. sedapnya makan
x sabar nak balik msia sbnrnya...

Terjumpa..

Hari ni boring2 sambil mengemas yang tak habis2 layan album Amuk.. tetiba terdengar lagu kat bawah ni yg dah lama tak dengar... hmm.. teringat liriknya memang best jugak.. so terfikir nak masukkan kat blog lagu & liriknya.. so cam biasa menggoogle la liriknya.. adehh.. mesti cam ni.. bila google jer mesti boss punya blog yg keluar dulu.. :P (kalau ada emo org jelir lidah kan best kat blogger ni). So terjumpalah lirik dan mp3 nya kat sini.. hehe.. inilah selalu yg terjadi bila menggoogle sesuatu.. balik2 ke blog ni jugak...


Anyway.. just to let u know.. you have given me the breath to keep me alive.. thanks.. penuh makna betul lirik lagu ni..



Amuk - (Gelora Maya) 2 Juta
Berikanlah aku nafas
Dapatku menyambung nyawa
Moga ku ungkap semula masa
Masa nan lalu mengajar aku...
sederhana

Biarlah aku mencoba
Dapatku mengenal rupa
Masa ku melangkah mula masa
Dapatlah aku
Hidup.. hidup semula

Semalam sembunyi yg dulu
Kelmarin menanti hari ini
Setiap malam, menanti siang
Terlindung mentari, Gerhana sang bulan
Warna suram maya, gelora maya

Terlihat sembunyi yg dulu
Menangis menanti hari ini
Setiap masa menunggu waktu
Bersinar mentari, Bercahaya rembulan
Warna pilu maya, terlihat wajah

Kesan cinta lalu, menangis diri ini
Sesal aku meniti hidup
Berilah ku nyawa, masa merawat luka
Kembali ke arah bermula.


mel~
thanks.

Isnin, 8 Disember 2008

Azharina ~ Rawan


best lagu dan lirik lagu nie...
thanks to naini@ada2aje.. b4 this tak pernah dengar lagu ni..


download lagu ni kat sini~


mel~

Ahad, 7 Disember 2008

Sense of belonging..

Aku bertolak dari Penang jam 6.40ptg Rabu dan sampai di NZ dlm pkl 1 tghari khamis waktu tempatan (pg waktu malaysia). Transit di KL dlm 2 jam ebih.. sempat gak call si dia kejab from KLIA.. which is melegakan aku sbb aku mmg harap dpt call dia b4 gi NZ walaupun dia dah call aku pg2 buta sebelumnya.. Di sepanjang perjalanan aku dari KL ke NZ (naik Malaysian Airlines) aku tidur jer... headfon pun x aku keluarkan dari sarung plastik.. aku mmg sgt2 letih dengan aktiviti yg tak henti-henti dari pre-pindah tempohari.. Tapi biasala..tido atas flight mmg asyik terjaga2.. mujurla aku duduk sorang sbb tak ramai org atas flight.. so agak selesa jugakla..

Actually aku dah lama tak naik MAS ke NZ.. aku lebih prefer Singapore Airlines.. however bila aku naik MAS kali ni mmg terasa banyak berbeza.. dgn tambang yg lebih mahal dari biasa sebab musim panas (RM5500++).. service yg diberikan mmg agak kurang. Seingat aku dulu2 kalau naik MAS..mlm2 tu ada steward/es akan jalan2 offer air ke.. kacang ke.. cookies ke.. skrg ni nak air gi cari sendiri.. pastu derang mmg xdela cam dulu ramah mesra.. pastu suasana dlm flight pun xse best singapore airlines (i'm comparing now).. frankly speaking mmg spore airlines jauh lebih bagus servicenyer.. tapi tak taula.. coz dah beberapa bulan gak tak naik spore airlines.. huhu.. entah2 sama jer dgn MAS..

Anyway.. sampai2 di NZ aku mmg tido.. tido dan tido.. i don't know how many hours tp aku rasa tak larat sgt nak bgn.. makan pun tak lalu.. After aku dah rasa puas tido..barulah aku keluar merayau melihat situasi kat sini after berbulan2 aku tinggalkan.. hmm.. terus-terang.. aku rasa lain sgt.. Aku mmg suka NZ.. environment sgt indah.. tenang.. dll.. sepanjang 5 tahun aku menetap di sini aku mmg rasa this is the place that i want to be.. tapi kali ni bila aku kembali setelah begitu lama di malaysia.. tiba-tiba aku rasa tiada perasaan sense of belonging kat sini.. Dgn status aku bertaraf penduduk tetap NZ.. aku pernah berhajat utk menetap di sini selama2nya..

Tapi.. since aku balik ke Malaysia.. dan bila aku kembali ke sini beberapa hari lepas.. aku dah tak rasa sense of belonging kat sini.. semuanya rasa dull.. rasa tak bermakna.. Perasaan sense of belonging aku tiada lg di sini.. Bila aku fikir2kan balik perasaan sense of belonging tu bukan sebenarnya di mana aku berada.. tapi di mana hati aku berada. Yes.. my heart is not here.. walau bagaimana indahnya di sini... tapi kalau hatiku tiada di sini, tak ada maknanya.. i don't belong here anymore.. hatiku ada di sana.. bersama dia...


lagi 2 minggu lebih kat sini.. hmmm...



mel~
wish that he is here with me...

Jumaat, 5 Disember 2008

Bengkel..

Huh.. tensen sungguh.. tetiba sedang dok planning nak pindah.. dapat memo kena pergi Bengkel Peperiksaan di Paradise Sandy Beach -28/28/30 nov.. Aku ingat bole la hujung minggu aku berkemas-kemas barang after pindah dan sebelum berangkat ke nz.. Aku siap gi jumpa secretary boss tanya prosedur kalau xdpt pergi.. jawapan dia.. u org baru, u mesti pergi.. So, what else.. aku tersenyap dan terpaksa la pergi...

Hari Jumaat tu.. check-in hotel pukul 2.30ptg hingga 5.00ptg. Pagi2 Jumaat urusan pindah rumah still belum selesai... boss nak balik kl pukul 1.30 tghari, brg ada yg belum settle, nak cari hos pjg utk washing machine dllg. Tergesa2 jugak pg tu.. Pagi tu kami bfast kat restoran Subaidah dalam USM.. boss makan nasi kandar utk bekal smpi ptg.. aku makan tosei feveret aku.. huhu..

After hantar boss balik.. aku singgah ofis kejab.. cari dokumen ape2 yg patut utk gi bengkel exam.. pastu balik umah usm.. pack baju utk bermlm di hotel. Then aku gi umah baru kejab hntr ape2 yg patut.. tgk2 dah dekat pukul 5. Adehh..aku dah lambat. Cepat2la aku bertolak ke hotel tu.. mujur tak sesat.. mmg xpernah pergi hotel tu.. haru betul.. smpi2 kat depan hotel nak park kereta tgk sign "car park full".. pakcik jaga carpark tu siap sound. "dik, parking dlm semua penuh dak org usm.. 40 org dtg dgn 40 bijik keta!" Ler.. abis takkan nak berkongsi kereta plak.. Pakcik tu ckp kat aku.. ada parking jauh sikit sebelah Dalat School yg terletak sebelah hotel tu.. parking tu cam padang.. Aku pandang muka pakcik tu dan cakap.. pakcik jauh tu.. nak angkut beg lagi... pakcik tu sound aku lak.. alaa.. bukannya jauh sgt pun.. tak kuar peluh pun jalan dari parking kereta tu.. So, aku malas nak argue.. aku pun pergi la ke kawasan padang tu.. horror jer aku nak park kereta kat situ.. tp tak de choice.

Hampeh sungguh.. dah ler beg aku berat.. dgn bwk sport shoes utk Tarian Poco-poco.. huhu.. rupanyer jauh parking tu dari hotel.. panas terik lak tu.. hitam aku kejab.. :P. Sampai2 kat lobby check-in - tgk roommate lom check-in lg.. dah agak dah sure aku terlepas sesi pengenalan 5.30.. Tapi aku gi jugak jenguk kat tmpt wat sesi pengenalan tu.. kat dewan tu tinggal berapa kerat je umat manusia.. tp makanan ada banyak.. huhu.. so aku gi makan je la...:) anyway bukan aku jer yg lambat...yg sampai awal ke situ mmg sikit jer.. dan lepas2 tu aku dah tau semua kat depatment aku jenis tak ikut time..huhu.. kalau aku gi awal pun xde maknanyer tercongok2 sorang2... ade ke patut cam tu..

Anyway bengkel exam ni sebenarnya utk memurnikan soalan peperiksaan bg department aku.. which p&c la nak citer lam blog.. tapi banyak la yg aku belajar secara generalnya.. iaitu:

i. Aku ni cam lalang kat dept. aku..mentang2 aku sorang jer org IT, derang main campak aku mana2 course jer.. jd utk bengkel ni aku diletakkan dlm kumpulan orang sains.. manalah aku faham soklan exam derang.. so aku dengan bangganya meng offer diri menjadi jurutaip di komputer, membuat segala urusan komputer & akhirnya menjadi tukang tunjuk kat skrin komputer bila ahli kumpulan mempresent..huhu..

ii. Aku belajar jadi berani.. yess..! Selama ni aku takut sikit sbnrnyer nak bersuara kat dept aku..maklumla aku org baru.. yg senior2 bertaraf Professor + Prof Madya ramai.. tp kali ni mmg aku sah start bersuara menyatakan ketidak puas hatian aku... so.. it end up aku selalu angkat tangan menyatakan pendapat.. which makes me feel good... huhu..

iii. Org lama2 kalau kenal dgn lebih dekat mmg bagus.. dpt tolong aku.. mcm room mate aku.. selama ni aku segan + tak berapa kenal.. maklumla ofis dia kat bangunan lain.. jumpa bila ada meeting jer.. tp dia pengerusi rancangan pra-sekolah.. huuu.. mmg xde kena mengena ngan aku.. Tapi since dia jd room mate sehari aku kat hotel tu.. mana2 dia ajak aku pergi.. dan bila aku bersuara menyataka ketidak puashatian aku kpd apa2 perkara, dia akan bgn sokong.. huhu.. dan after bengkel ada satu projek yg aku dan dia terlibat.. dia siap sms aku time nak buat kerje.. dan aku siap di opis dia buat keje sama2 dgn dia.. dan mcm2 dia ajar aku.. psl keje & psl berkerja.. which is good...

iv. menepati masa... yg ni aku rasa aku belajar perkara yg tak bagus... Punctuality mmg tak de.. contohnya aktiviti tarian poco-poco.. dlm schedule kol 6.45 pg.. aku dgn semangatnyer dah tercongok kat beach 6.45pg.. yg aku lihat 3 org pensyarah lama kat situ.. bila aku tanya.. mana organiser... derang ckp.. kita berpoco2 4 org jer la.. organiser mmg lom dtg... hampehh sungguh.. ada ke patut.. patutnya organiser dah siap awal2 b4 6.45pg tu.. ni kol 7 pun lom dtg.. kol 8 dah nak bfast..830 bengkel.. bila ke masanyer nak mandi, siap sume... tensen jer...

v. Staff sokongan - aku tak faham kenapa derang dtg sekali.. yg berbengkelnyer kami ni haa... derang dok bersaja2 kat blakang.. gi lunch cepat.. lepak2 kat beach.. sedangkan kitorg ni mandi pun macam ribut.. last2 baru aku tau.. bengkel ni just sampingan utk annual dinner sebenarnya..
kalau xbuat bengkel exaam ni xdpt ler budget utk stay kat hotel utk annual dinner... adehh.. ada ke patut..

Apa2 pun pindah sudah... bengkel pun sudah .. aku sampai hari ni rasa letih.. letih sgt..



mel~
ada cadangan nak wat bengkel lg.. aduss...

Pindah..




Aduss.. last two weeks were really hectic.. tido tak berapa cukup.. rehat mcm tak ada je.. apa lagi nak update blog. Email pun check yg mana perlu jer.. memang rasa macam tak cukup masa..

Aku sebenarnya plan nak pindah hujung minggu lepas sabtu & ahad 30-31nov. Namun begitu plan bertukar sebab boss personal cuti hari jumaat & sabtu dan ambik cuti rabu & khamis utk dtg penang tolong aku pindah. so, pada hari rabu ptg dia pun sampai dari kl. Mujur tuan rumah baru bagi kunci pada hari selasa malam.. so plan utk pindah hari khmis mmg tetap berjalan. Hari Rabu sesampainya dia di Penang.. terus kami gi makan (masing2 lapor.. )aku mmg sengaja xmakan tunggu dia dtg dan dia tak makan sbb bas hnya benti isi minyak jer... So kitorg makan nasi kandar pelita kat area sg. dua.. time tu hujan lebat.. bila nak gi kat kereta pun hujan amsih terlalu lebat.. hinggakan boss pun dapat belajar dari observe org.. teknik keluar dari kereta menggunakan payung diwaktu hujan lebat... hehe...

Lepas makan kami pergi cari kedai perabot & elektrik.. maklumlaa.. rumah tu mmg kosong... mmg xde langsung basic neccesities..

So, kitorg gi kat Seng Heng (dlm hujan lebat tu).. pasal tu je kedai elektrik terdekat yg aku tau.. sampai sana terus tengok washing machine + peti ais.. dah berapa bulan aku dok basuh kain guna tangan jer sebab xmo beli washing machine xautomatik. Rumah usm tu xde extension utk autowashing machine. So, kat situ kitorg beli washing machine, peti ais + kipas angin berdiri utk bilik. Dah beli mende2 tu yg akan dihantar esok harinya.. kami kononnya pusing2 nak cari kedai perabut.. pergi satu kedai tu.. dahla layan mcm nak tak nak.. agaknyer cina tu ingat kitorg ni muka tak berduit kot.. huhu.. poyo jer.. dah la tu perabutnyer hnya boleh dihantar dlm masa 2 minggu.. abis aku nak tido atas ape malam esoknyer... Tak jadila nak beli ape2 kat situ..

Dah pusing2 cari kedai perabut lain tp xjumpa.. jalan pun jem pulak org balik keje.. so keje cari perabut tunda ke keesokan harinya...

Hari khamis..banyak keje nak buat tp cari perabut yg utama. Aku browse internet beberapa hari sebelumya cari courts mammoth.. mcm tau je tempatnyer.. so kitorg gi ler cari.. tak jumpa2 sampai ke tgh bandaraya penang.. last2 aku sms shikin (kawan se course boss time kat um).. mujur shikin xtido.. huhu.. shikin pun bagi nama satu kedai kat depan umah dia kat gelugor.. kitorang pun pergila.. pergi kedai tu quite puas hati laa.. so belila satu set perabut bilik, rak dapur & meja makan.. Then cari tikar getah pulak... huhu.. sian kat boss sbb pinjam selipar jepun aku yg menyakitkan kakinyer bila berjalan... sori yer boss.. selipar tu 2.99 je harga nyer.. :P

Lepas tu projek pindah brg dijalankan dua trip kereta. Aktiviti pasang tikar getah.. dan baru aku tahu, dia adalah seorang teliti sgt2.. pengukur yg tepat.. dan sgt rajin (bodek sbnrnyer ni.. huhu). Tapi mmg penat sesungguhnya penat sbb semuanya perlu diselesaikan dlm masa sehari.. bukan ape.. tetiba dua tiga hari b4 pindah aku dpt memo hari jumaat sabtu ahad perlu pergi bengkel peperiksaan kat paradise sandy beach hotel, penang... huh! mujur dah tukar plan pindah khamis.. kalau x.. sure kelam kabut teruk..

Dalam keletihan seharian berpindah randah.. malam tu sempat lg kami gi mkn malam dgn shikin di Bayan Bay. Kalau nak tengok ape kami makan mlm tu .. tengok kat sini.. best!. mekasih shikin.. susah2 jer belanja kitorg. hihi.. :P



psst.. meja makan & peti ais baru... gambar ikhsan boss


Apa2 pun nak ucap terimakasih yg tak terhingga buatmu yg kini jauh dimata diwaktu ini... tapi sentiasa dekat dihati... really appreaciate segala2nya...



mel~
syukur...