Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 29 Oktober 2008

pakcik oo pakcik...

This morning i kena pergi visit computer facilities kat 2 buah sekolah utk upgrading. Oleh kerana sekolah tu seberang jambatan p.pinang dan aku tak biasa dgn area tu, so aku decide singgah kat bakery tepi tesco utk beli roti ke.. puff ke... + air utk breakfast. Aku fikir kalau jambatan jem.. then aku boleh bfast sambil2 mengharungi jem tu... Sampai kat bakery tu aku beli: 1 Danish Sausage, 1 Banana Muffin + 1 Curry Tuna. Saja aku beli bnyk sebab aku fikir kot2 aku tak makan kat mana2 nanti.. yang tu jela aku makan.

Masa aku tengah nak dalam kereta kat parking depan tesco tu.. tetiba kat depan kereta aku belah kiri sikit aku seorang pakcik... aku agak dalam umur 60++ kot.. pakai kemeja lusuh warna biru + seluar slack hitam. Bila aku terpandang kat dia, dan dia pandang aku dia menunjukkan tangan dia mcm nak makan. Macam aku perasan sambil tu dia cakap.. ada makanan tak? Aku masa tu macam terkejut.. so automatik kepala aku menggeleng. So pakcik tu pun pusing terus nak beredar pergi tempat lain..

Entah macam mana aku tetiba jer rasa kesian.. hmm.. pagi2 dah mengemis makanan pakcik ni.. teringatkan aku ada beli makanan tadi.. aku pun capai plastik bakeri tu capai curry tuna tu dan kuar dari kereta & jerit... "pakcik... pakcik.. " Pakcik tu menoleh dan aku cepat2 pergi kat dia.. aku tanya tadi pakcik tnya ada makanan ke.. sambil aku hulurkan curry tuna ala-ala karipap tu.. pakcik tu pun amik apa yg aku hulurkan.. cakap terima kasih.. bila dia pusing tu mmg terbaulah bau badan dia yg amat menusuk ke hidung.. hmm... terfikir lak kat kepala aku.. mana agaknyer dia tidur mlm tadi..

Dlm perjalanan teringat lagi kat pakcik tu.. hmm.. kesian sebab dlm umur yang macam tu terpaksa mengemis hanya utk makan.. entah berumah entah tidak.. patutnya dalam umur macam tu lah waktu nak ke masjid.. beramal ibadah.. layan cucu.. hidup dengan tenang. Tapi tulah kan.. bukan semua org berpeluang hidup aman damai setelah bersusah payah waktu muda.. terfikir jugak.. xde anak ke pakcik tu.. ish.. macam2 aku fikir.. teringat pulak kat my mom yg jauh lebih senang hidupnya.. pencen tak terusik pun setiap bulan.. yang anak2 bagi pun tak terguna agaknya.. dgn income lain.. sewa rumah lagi.. tapi kan.. bukankah dalam usia senja sebegitu itulah yg patut kita semua kecapi.. tak perlu risau apa2 lg tentang bagaimana utk hidup.. tapi hanya risau bagaimana utk kita menemuiNYA dgn tenang...


Hmm... tp bila mengenangkan org yg telah berumur.. tapi masih terpaksa membanting tulang.. macam makcik2 yg jual kuih tepi jalan.. pakcik2 bawak bas. .. dan paling haru macam pakcik yg mintak makanan kat aku pagi tadi.. insaf sungguh rasanyer.. moga2 Allah tidak menarik rezeki yg dikurniakan pada kita... insyaallah..

mel~~
insaf rasa...

Patri...

Lagu ini selalu dengar kat radio time drive tapi tak tau lagu ape.. puas cari, nak rikues kat ada2aje pun tak tau tajuk, sape yg nyanyi.. anyway last2 berjaya jugak dpt lagu ni.. actually suka lagu ni sebab bila dengar liriknya mmg ada makna dan khas utk sesapelah kan... harap hayati lirik lagu ni... dan lagunya sekali sebab best.. huhu..


Jinbara - Patri (lirik & mp3)
Andai hati ini sang kecapi,
perasaan jadi talinya,
engkau memetik jari jemari,
berlagu irama duka dan lara.

Andai tubuh ini boneka,
nalurinya benang sutera,
engkau dalang mengawalnya,
ke timur ke utara kemana jua,
aku hanya menuruti,
mengikut apa saja hukuman,

andai diri ini taman tasik,
sang kirana pula jiwa raganya,
engkau menjaring dengan senyuman,
dan mengurungkannya dari segala,
namun diri ini insani,
pasti ada kemahuannya..

kerna aku terpanah arjuna,
sedikitpun tidakku menyesali...oo,
aku rela ditawanan,
aku rela terpatri cinta suci,
aku rela ditawanan,
aku rela terpatri cinta suci....ooo..oo

download lagu ni kat sini ::


mel~~
aku rela ditawanan...



Selasa, 28 Oktober 2008

Exam...

Tadi aku ada exam di Pusat Bahasa.. exam BM peringkat Maju.. actually aku terpaksa amik kelas ni atas beberapa sebab yang tak dpt dielakkan... & BM aku mmg tahap kritikal teruk.. huhu... Aku memang selalu ponteng kelas tu.. dan aku rasa aku betul2 belajar dalam kelas tu pada hari terakhir kelas pada minggu lepas.. itu pun sebab kelas tu review soalan tahun lepas.. kesimpulan dari exam tu... ada dua bahagian.. satu bertulis dan satu lisan.. yang bertulis tu ade 3 bhg.. terjemahan, tatabahasa & karangan.. aku rasa bhg terjemahan & tatabahasa tu agak konfiden jugak sbb malam td xtido (:P) study.. tapi tang karangan tu mmg aku rasa out betul... idea tak de.. bahasa berterabur.. tah ape2 tah... Anyway.. aku doa lulus pun okla.. aku tak sanggup betul kalau kena repeat kelas tu... sengsara dibuatnya...


After exam pagi, aku dan sorang kawan aku satu department yg sama2 kena paksa amik paper ni gi cafe utk lunch. Sebenarnya mmg aku xselera nak makan tp dok fikir nak oral exam ptg.. so kitorang pun pergila lunch. Oleh kerana xnak makan nasi, kitorang order mi bandung kat salah satu gerai kat kafe tu.. sambil tunggu tukang masak masak.. kitorg dok kat depan kaunter tu.. tetiba makcik kat kaunter tu sound.. eh.. lalu sikit pergi sana org nak amik barang.. Aku pandang kawan aku (salmiza nama dia).. salmiza pandang aku.. dlm hati aku cakap.. melampau makcik ni.. selamba je sound kitorg yg xbersalah ni.. Pas tukang masak dh siap.. kitorg pun capai sudu sambil nak bayar.. aku sambil tu tercari2 manalah tisu.. tak nampak.. so aku tanya aa kat makcik tu... "makcik.. ada tisu tak?".. makcik tu pandang muka aku.. buat tak tau jer.. salmiza pandang muka aku lg.. kitorg pun blah...


Sampai tempat duduk...order air (kendondong asam - feveret aku skrg ni).. pastu salmiza terus bersuara... eeii..geramnya kat makcik td.. buat kita macam ape jer.. agaknyer dia ingat kita student kot.. aku pun cakap.. tulaa.. teruk betul.. mcm kitaorg tah ape2 jer dia layan.. Salmiza pun tanya aku.. agaknyer rupa kita ni mcm tak layak lg jadi lecturer agaknyer.. dan tak gaya tak nampak mcm lecturer.. macam kerani2 gitu.. huhu.. Aku pun cakap... alaa.. Salmiza. ko tgkla opismate kita.. dlm department ada 60 lebih lecturer.. semuanya senior2 belaka.. kitorg jer yg nampak agak jelita.. huhu.. :P Tu sebabnyer org selalu ingat kita ni golongan pekerja pejabat.. huhu.. lagipun kitorg tak pakai spek tebal.. mmg xde karektor akademician laa... Tapi tu laa kan.. takut2 jugak derang tgk muka kitorg mcm tak cukup pandai jer nak ngajor org... huhu...


Pas makan we all balik opis kejab.. and then menapak gi pusat bahasa lg tu oral exam.. yang ni memang aku rasa entah apa2 je.. tawakkal jer la.. aku rasa kelam kabut sangat sbb aku biasa cakap campur2..bila kena cakap 100% BM.. mmg aku fail betul bila cakap melayu 100%.. haha..padan muka.. buat lagi.. tak tau la aku kalau pas lulus BM maju ni, kena observe time mengajar dgn menggunakan BM... huhu.. tunggang terbalik aku nanti dibuatnya...



anyway.. thanks kat f yg dari smlm dok teman aku.. suh study.. jgn tido.. wish me luck seribu kali.. dan mcm2 la... dari jiwa aku kacau jd xkacau dah.... mekasih sgt2...



mel~
bahasa jiwa bangsa... err... ye ke..

Isnin, 27 Oktober 2008

Pulang..

Jab lagi aku nak balik penang.. tak taulah lagi bila nak balik klang ni.. after this schedule aku mmg agak tight.. kena gi kursus 3 minggu.. kena bg seminar on weekends.. mmg susahla nak balik lg... Hari ni actually aku macam malas nak balik tp disebabkan esok aku ada exam.. terpaksa jugak aku balik. Ingat mlm td aku nak study..tp fikiran tak tenteram.. langsung xjadi study.. kesian kat buku yg aku bawak balik tu..

Malam td aku x tido... xboleh tido.. salah aku jugak sbb risau terlebih.. tp aku rasa it was more than that.. x mampu aku nak huraikan.. sampai pg ni aku rasa sedih.. kejab2 menitik air mata.. dan aku rasa aku akan begini dalam perjalanan nanti.. xpelah.. harap-harap ianya akan buat aku tak ngantuk time drive nanti.. aku try tak nak sedih2..tp biasalah kan.. anyway..doakan perjalanan aku selamat..

hari sabtu lepas f ada tegur kenapa tayar sebelah kanan & sport rim kereta aku bercalar teruk dan tayar terkoyak sikit.. masa tu aku puas nak ingat bila lak jadinya.. last2 aku ingat balik.. masa tu aku tengah really tensen.. mmg malam tu aku tak tido.. walaupun fatin ada call dari jepun masa tu utk calmkan aku.. still aku tak ok.. sampai ke pagi aku tak ok.. seingat aku pagi tu aku nak pergi kerja.. aku singgah kat cafe berdekatan.. sampai kat satu selekoh tu aku mcm terkhayal.. aku terbabas dan kereta terlanggar divider belah kanan.. masa tu tak de org kat area tu.. lepas tu baru aku cam tersedar dan aku terus undur kereta & beredar dari situ. Dalam keadaan macam tu aku tak terfikir pun nak check apa jd dgn tayar belah kanan depan yg menghentak divider tu. Bila f tunjuk keadaan tu mmg aku tak ingat... skrg ni baru ingat balik...


kalau ikutkan aku mmg tak konfiden nak balik hari ni.. tp tawakkal aje la.. panjang umur kita jumpa di my next entry..



mel~~
jgn memandu dlm keadaan tertekan...

Isnin, 20 Oktober 2008

i love my students...

Hari hujan lebat.. jam dah menunjukkan 4.50ptg.. nak tak nak aku kena redah jugak hujan tu.. kalau tak nanti aku lambat masuk kelas.. aku ada kelas ganti pukul 5-7ptg. Dah lah hari ni aku bawak laptop aku ke ofis sebab aku nak siapkan pembentangan utk meeting pagi esok.. so aku boleh prepare terus dlm laptop aku jer.. Nak buat macam mana..hujan pun hujan laa.. harap selamat laptop dlm beg.. malas dah aku nak naik ofis semula lepas kelas.. redah jer laa...

Kira kuyup jugaklah aku nak smpi ke kereta.. mujur hari ni tak pakai baju kurung jadi xdela nmpk baju mlekap2 kat badan sgt.. sesampainya aku kat level bawah kompleks dewan kuliah & tutorial ternampaklah seorg pelajar aku... Musa nama dia.. dia nampak aku terus tanya.. kelas kat mana.. aku pun cakap kat tempat biasa laa.. tingkat dua.. so aku pun terus je naik.. sampai kat kelas kat atas.. tgk2 kelas kosong.. aku pun jalan jela terus kot student2 aku guna kelas lain.. smpi ke hujung tak de org pun dlm semua kelas.. aku pun pergi je la ke kelas aku balik.. si Musa tu pulak dtg kat aku cakap.. tak nampak pun org lain... aku ckp hujan kot.. may be derang lambat.. tetiba nampak lg dua org pelajar lelaki.. si Musa cakap kat aku.. yg dua org tu housemate dia.. So aku pun masuk dlm kelas.. tunggu kat dlm la.. letih aku berdiri.. ketiga2 student tu masuk jugak dok kat belah belakang kelas..

Sambil dok boring tu aku pun on talkanout kat pda aku.. ckp ler kat siapa lagi kan... huhu.. betapa tensen aku sbb 3 org jer student aku yang dtg... dia pun cakap.. masa dia study dulu.. ujan2 pun dia gi kelas.. xde ponteng kelas.. (huhu.. aku tambah ni)dan dia sarankan aku bagi markah sikit kat bebudak tu... huhu.. tapi diakan seorang yg berhemah.. pemandu berhemah.. agaknyer time kat 'u' dulu pun sure berhemah.. huhu..

Sambil2 tu student yg tiga org ni sempat gak interbiu aku.. tanya aku lecturer baru ke.. study mana dllg.. amboi bestnyer derang jd interbiuer ... Bila dah tgk jam 5.25 aku pun cakap kat derang... balik je la.. sebenarnya aku pun dah malas nak tunggu.. perut aku mmg dah lapar sebab malas nk gi lunch tadi... Aku ckp kt student 3 org ni aku bg bonus mark sbb derang dtg hari ni.. so kitorg pun balikla... huh.. kalau aku tau.. tak ku redah hujan lebat td... grrrrr....


Aku ni tgh pening ni.. bila la aku nak ganti lg kelas ni... tensen. tensen,... ada lg 3 group x present sedangkan kelas lain dah habis presen semua...aduss.. minggu depan dah study week... pas tu derang dah exam... huh! tensen betul aku dgn bebudak ni... silap2 aku terpaksa suruh 3-3 grup tu present kat dlm opis aku je la.. grrrr... Baru la aku tau perangai student 'u' kat msia... masa aku undergrad dulu.. omputih aku tgk jarang yg ponteng kelas... msia..msia...



mel~
i really..really love my students.. apa aku nak buat dgn derang ni.. nak denda ape laa...

Sabtu, 18 Oktober 2008

I love my neighbour...

Actually i was planning to have an early night malam ni. After makan malam tadi rasa penat sgt.. siang tadi aku ke ofis buat kerja.. kepala pun rasa berat jer malam ni.. so mmg ingat nak rehat dan tidur jer.. Tengah aku dok layan kepala dan badan yg penat dan nak tertidur.. tiba-tiba terdengar gelak yang kuat dan tak agak-agak dan suara berborak kuat yang macam halilintar.. adehh.. terus aku yg mamai tadi jadi segar balik. Sambil gelak-gelak dan borak-borak tu terdengar pulak loceng kaki berlari-lari dan berjalan-jalan.. Adoi la.. tensen giler aku. Aku ni memang jenis kalau tido akan mudah terjaga kecuali kalau aku dah terlalu lena & penat & berdengkur(???).. huhu.. mungkin la kot aku tak terjaga..

Ni haa.. nak cerita pasal jiran aku.. sekarang ni pun tengah bising2 tak jadi aku nak tidur.. habis gelak ketawa entah apa pulak yg dibuat.. sekarang tengah bunyi macam mengikis sesuatu.. Sebelum cerita pasal jiran.. meh aku cerita pasal rumah aku.. rumah yang aku dah kawan2 aku panggil kondominium kami ni ada tiga tingkat.. kuarters transit gomen.. jadi org2 yg duduk kat rumah ni kira tak lama laa.. pastu cari rumah lain yg permanent.. namanya pun transit kan.. rumah sementara. Satu level ada 4 bijik.. dua ada 2 bilik & dua ada 1 bilik. Rumah aku 1 bilik tu la.. Di depan rumah aku pun rumah satu bilik.. penghuninya adalah satu keluarga suami isteri dan seorang anak yang berasal dari India... memang betul2 india.. tak reti cakap melayu.. hubby dia aku rasa macam tengah buat sabbatical kat sini.. sbb pernah dengar org panggil dia sbg Dr. (nama aku xpasti.. huhu.. ). isteri dia boleh berbahasa Inggeris walaupun susah jugak nak faham..

Yang menjadi kemusykilan aku.. (sorrylah kalau ada member2 india baca posting ni).. derang ni dtg ke malaysia tak belajar ke tatacara hidup org malaysia. pelik betul aku.. perangai derang walaupun suaminya educated.. tapi sebijik macam yg kita tengok kat filem tamil... kecoh.. bising.. tak hormat org.. memang teruk betul. Bukak jer mata terus bising.. agaknyer kalau aku boleh faham bahasa tamil.. sure cerita2 derang sume aku tau.. dan anak derang (umur dlm 2 tahun) mmg nauzubillah.. mmg nakal & bising & tak terkawal. Memang pantang betul aku bukak pintu.. terus masuk lepas amik aje apa2 yg dia nak.. pastu mak dia sengih2.. panggil anak tp xde la marah ke ape.. Itu belum masuk terbalik ampai kain aku kat depan rumah.. selipar jepun aku hilang entah ke mana.. berlari2 dan menjerit sesama laki bini... Dan derang ni mmg alim.. tak tinggal gi temple.. kira waraklah.. bila tang dia smayang kat umah (beratib kot..) .. jadi menakutkan.. kuat.. mendayu2.. ish.. mmg ada sikit sebanyak naik bulu roma.. Seramm..

Lagi satu.. derang ni xde kereta.. tk tau la kot kat india ada kereta ke tidak.. tapinya.. yg aku geramnya.. gini.. wife dia ni selalu menyuap anak dia makan kat bawah.. aku selalu park kereta betul2 depan tangga rumah.. so dia selalu la duduk kat tepi longkang bawah rumah kitorg ni.. Sambil bg anak dia makan.. dia akan biarkan anak2 dia main kat kereta2 yg diparking depan rumah ni.. ade ke patut.. dia boleh biarkan anak dia main2 hentak batu kat kereta aku.. member aku pun kena... aduhai.. kereta kitorang kereta baru tau... bila cakap kat si wife nyer tu.. "it's just a little bit".. hampess sungguh.. sampai bercalar kereta a little bit ape nyer.. agaknyer mmg tak pernah ada kereta kot dan tak tau nilai kereta.. Mmg tak boleh tahan betul...

Kalau pagi2 aku keluar nak gi kerja.. kalau anak dia dah bangun.. dengar jer aku bukak pintu.. dia pun kejar.. ikut aku turun tangga.. bila aku picit remote kereta.. dia berlari pergi kat kereta aku nak bukak pintu sebelah penumpang... huhu.. nak ikut aku daaa... hahaha.. siap nangis lagi.. aduss.. tapi maknyer entah ke mana.. puasla pulak aku naik atas balik cari mak dia sbb anak dia nak ikut aku.. grrr.... ish kalau nak ikut bengang mmg bengang sgt dgn derang.. belum lagi bila aku bukak langsir dapur bila time nak masak.. wife dia asyik terjenguk2 mengintai aku sambil sengih2... huhu.. tensen betul aku.. xde privacy langsung... kalau aku menyapu sampah keluar rumah mesti aku buat macam ribut dan bukak pintu just ngam2 jer sampah boleh kuar rumah.. huhu.. bukak pintu pun mcm pencuri.. slow2 takut dia dengar aku bukak pintu...

Kalau nak citer satu persatu perangai jiran aku ni.. mmg jenuh.. tapi tulah kan.. rasa pelik sebab derang cam tak perasan ke.. cuma derang jer yg penuh aksi tinggal kat kondomunium kitorg ni.. yg paling bising.. paling kecoh.. paling macam2 laa... org lain semua senyap sunyi xde hal punya (yg lain sume melayu & satu keluarga arab). Bukan aku sorang yg bengang dgn derang.. kawan2 aku pun.. lupa lak.. kat bawah rumah ada paip.. patutnyer boleh la nak wat basuh kereta ke.. ape ke.. dah kena tutup pasal dia buat guna mandi anak dia kat bawah dan abis corridor jadi banjir hari2.. last2 org maintenance tutup sbb tak larat banjir.. ish.. menyusahkan org betul..


Ngomelan hari ini... dah tak larat berjiran dgn derang ni... nak pindah.. nak pindah.. tgh cari rumah.. sape2 ada rumah kosong tolong gitau... huhu..


I really love my neighbour... adessss...



mel~
lupa plak.. hubby dia gi kerja pakai baju kemeja yg cam lipat letak bwh bantal.. slack.. + selipar gi pasar... pas tu kat dahi ada calit putih cam ceti... huhu.. mujur tak bawak payung hitam jer.. (sori ngumpat plak)

Jumaat, 17 Oktober 2008

Sinar Mentari Pagi..


Sunshine through trees, originally uploaded by Erroba.

Wahai mentari bersinarlah menerangi kehidupanku dan hari-hari yang akan datang...

Rabu, 15 Oktober 2008

Letih..

Today memang hari yg meletihkan.. sgt letih.. tp macam biasa letih2 pun kena harungi juga kan.. Kadang-kadang rasa macam nak take a break.. kalaulah life ni boleh direhat2kan kejab... kan senang.. kalau rasa nak hidup.. hidup pastu break kejab.. pengsan kejab ke.. macam dalam moovie omputih masuk dalam ais ke.. atau cubicle ape2 lepas tu set bila nak bangun.. bebilalah.. tahun depan ke.. 1000 tahun lagi ke.. pastu bila bangun still young and healthy.. kalau yg lelaki masih gagah perkasa & yg perempuan masih cun dan menggoda.. huhu.. tapi tulah kan.. masa sekolah2 dulu malas belajar kalau tak dah jadi saintis boleh cipta benda2 cenggitu... boleh jugak ajak member2 join travel to the future.... 


Sejak dua menjak ni terlalu banyak perkara yang berlaku yang menyebabkan aku jadi agak "mentally unbalanced" (tiru perkataan boss). Kalau difikir-fikirkan aku sebenarnya tak tau nak go on kalau terus-terusan mcm ni... but then, hidup ni ada up and down.. mula-mula aku mmg tensen dan still tensen dan rasa mcm tak taula nak cakap.. nak marah pun ade.. nak hantukkan kepala kat mana2 pun ade.. nak pakai purdah & berjubah hitam pun ade... hmm.. 


Tapi sejak akhir-akhir ini walau dugaan tu masih hadir dan sentiasa dtg tanpa diduga..  aku rasa ada sedikit kekuatan. Walau bila memula didatangkan dgn sesuatu aku akan terkejut, akan tensen.. jantung aku pun agaknya  start jadi unstable.. mulalah rasa sesak nafas.. tapi then bila aku tarik nafas panjang-panjang.. cuba buang jauh2 segala yg negatif-negatif.. aku rasa lega.. That was what happened today.. memula aku sgt tensen, but then bila aku fikir2 balik menensionkan diri aku sendiri adalah useless, bnyk mende penting lain yg worth sakitkan kepala dari layan tensen yg saja nak dihempukkan kat kepala aku... so aku end up menyanyi sorang2.. hahaha.. lantakla india kat depan rumah aku cakap aku gila melalak.. yg penting aku dapat meluahkan bakatku yg terpendam... hahaha... gilo!


Mari kita fikir.. kenapa ujian & dugaan ini dtg..  mungkin itulah cara Allah nak bg kita develop kita punya kekuatan diri.. keyakinan diri.. dan perasaan percaya pada diri kita & pada org lain.. Sebab itu aku berdoa... semoga Allah teguhkan hatiku.. dan hati org yg aku sayang.. life is not easy tapi dengan keyakinan we will make it to the end.. walau apa jua yg hadir.. 



mel~~
i'm okay.. i'm okay and i wanna be okay throughout the journey of life..




Isnin, 13 Oktober 2008

I can't sleep..

Today was a tiring day.. Supposed malam ni aku patutnya tidur lena.. mana taknya hari sabtu aku keluar, siang tadi aku gi beraya lagi... aku rasa kalau ikutkan mesti kalau tidur tak gerak-gerak punya.. tapi entahlah.. aku masih cenggini.. tidur kejab jaga.. kejab lena...

Tadi lepas terjaga tadi.. aku gi dapur cari kuih raya.. capai sekeping kuih raya, tengok atas meja ada sebotol besar 100plus.. buka peti ais cari ais tuang 100plus.. aku sebenarnya tak berapa suka 100plus sebelum ni tapi entah macam mana sejak akhir-akhir ni mmg aku bnyak minum 100plus.. air tu sebenarnya amat tak bagus utk aku.. tapi itulah yg tak tulah kadang-kadang yg dicari..

Kenapa aku tak boleh tidur.. hmm.. entahlah.. macam-macam dalam fikiran aku.. aku jadi bingung dan tertanya-tanya kadang2 tu.. banyak betul dugaan in life which kadang2 kita rasa macam kita dah tak sanggup nak hadapi tapi terpaksa juga kita hadapi.. Dan kadang-kadang tu rasa mcm nak give-up... hmm.. kadang-kadang tertanya-tanya ada tak orang lain yg dugaannya lebih berat dari ini...

Siang tadi aku juga tak pasti....

Ahhhh..aku sepatutnya tidur sekarang ni.. i've got a long day tomorrow.. tapi aku masih tertanya-tanya.. adakah esok masih ada... dan adakah aku tidak bermimpi...



mel~
berikan aku kekuatan

Rabu, 8 Oktober 2008

Layang-layang terputus talinya...

Lagu untuk diriku..
Akulah layang-layang yang terputus talinya....
mencari sinar entah bila akan bersua... :'(
Dan derita sentiasa ada di mana-mana...
dengarlah lagu ini...


Alleycats - Layang-layang Terputus Talinya
Berarak mendung kelabu
Mengekori langkahku
Sepanjang kehidupan
Penuh dugaan
Namun aku tetap aku

Kucuba dan terus mencuba
Mencapai suria
Walau membakar jiwa
Walau aku dihina
Namun aku tetap aku

Derita oh derita
Engkau di mana-mana
Walaupun jauh aku berlari
Mahupun berdiam diri
Namun indah mimpi dari realiti
Hidupku tanpa arah
Bagaikan layang-layang
Terputus talinya

Tapi pasti suatu hari nanti
Sinar suriakan menjelma
(moga-moga.. itulah harapanku..)


download lagu ni kat sini::


mel~
i'm not okay..

Selasa, 7 Oktober 2008

I Stay in Love - Mariah Carey

Mariah Carey is one of my fav. singer since... tah bila tah...  walaupun dia seksi yang amat..
layan je la lagu ni.. dan layan lirik dia sekali yer... 
I stay in love..


Baby, I stay in love with you

Dying inside cause I can't stand it
Make up break up can't take this madness
We don't even really know why all I know is baby I
Try and try so hard to keep our love alive
If you dont' know me at this point then I highly doubt you ever will
I really need you to give me that unconditional love I used to feel
It's a mistake if we just erase it
From our hearts and minds I know

We said let it go but I kept on hangin' on
Inside I know it's over you're really gone
It's killing me cause there ain't nothing that I can do
Baby I stay in love with you
And I keep on telling myself that you'll come back around
And I try to front like 'Oh well' each time you let me down
See I can't get over you now, no matter what I do
Baby baby, I stay in love with you

It cuts so deep it hurts down to my soul
My friends tell me I ain't the same no more
We still need each other
When we stumble and fall how
we gon' act like what we had
Ain't nothing at all now
Hey, what I wanna do is ride shotgun next to you
With the top down like we used to
Hit the block proud in the SU
We both know our heart is breakin'
Can we learn from our mistakes
I can't last one moment alone, although I know


We said let go but I kept on hangin' on
Inside I know it's over you're really gone
It's killing me cause there ain't nothing that I can do
Baby baby, I stay in love with you
And I keep on telling myself that you'll come back around
And I try to front like "Oh well" each time you let me down
See I can't get over you now no matter what I do
Baby baby, I stay in love with you


We said let go but I kept on hangin' on
Inside I know it's over you're really gone
It's killing me cause there ain't nothing that I can do
Baby baby, I stay in love with you
And I keep on telling myself that you'll come back around
And I try to front like "Oh well" each time you let me down
See I can't get over you now no matter what I do
Baby baby, I stay in love with you

We said let go but I kept on hangin' on
Inside I know it's over you're really gone
It's killing me cause there ain't nothing that I can do
Baby baby, I stay in love with you
And I keep on telling myself that you'll come back around
And I try to front like "Oh well" each time you let me down
See I can't get over you now no matter what I do



Ahad, 5 Oktober 2008

Test...

sorry...

Test...

testing lg..

Idola..

Petang tadi ada sedara call dan cakap mereka on the way utk datang ke rumah berhari raya. So disebabkan waktu dah nak dekat tghari my sister told me she was going to K4 utk beli something utk masak. Restoran "Ziela" yg jadi "dapur" rumah ni masih tutup utk hari raya. So terpaksalah memasak apa2 utk tetamu.

Time my sister nak keluar, aku pun lepak depan pintu. Tetiba kakak aku tanya.. eh..ni kasut siapa? Aku cakap..kasut aku pakai raya pertama.. sesuai dgn baju.. huhu.. Then anak sedara aku yg sedang meningkat remaja terus cakap.. lawanyerrrr... Aku cakap biasala.. sambil mataku meleret kat kaki anak sedara ku... eh..aku cakap...macam kenal jer kasut tu.... kakak aku terus cakap.. haaa... dia mmg suka kt kasut tu, dah bnyk kali try dah... (my another kasut).. Aku cakap pakaila..huuuuu... kebetulan saiz kaki anak sedara ku lebih kurang aku..

Mendgr aku suruh anak sedara ku pakai kasut tu.. kakak aku cakap... xpayahlah... kalau nak tahu skrg ni aku dah jadi idola anak sedara aku... apa aku pakai.. baju ke.. seluarke.. kasut ke.. semua dia gitau kat mak dia... lawa... actually semua lah dia suka... adusss ada peminat rupanyer aku ni...huhuhu.. . aku jadi gabra... akulah idola anak sedara aku... waaaa.....


mel~~
dah turun 10kg++ in a few months.. gilo!

Di pusara ayahanda..

Sayu hatiku sewaktu menjejakkan kaki di tanah perkuburan itu. Tanah perkuburan yang agak kecil di sebuah kampung yg agak terpencil. Disitulah tempatnya bersemadinya arwah ayahku yang disayangi. Sudah sekian lama aku tidak menziarahi perkuburan itu.. sudah terlalu lama. Dihari kedua hari raya aku dan adik beradikku yg lain tiba di tanah perkuburan itu lebih kurang jam 4ptg. Ibu ku jua ada bersama. Terus terang ibuku seperti tidak berminat untuk ke sana tp setelah kami mendesak akhirnya ibuku mengikut sahaja.

Hmm.. sampai dikubur suasana agak hening. Kami adik beradik mencabut2 rumput di keliling pusara.. dan akhirnya abg iparku meminta my brother utk membaca doa utk arwah. Kebetulan pusara ibu saudara ku iaitu kakak kepada arwah ayah berada di sebelah, jadi dptlah doa dibaca utk kedua mereka sekali gus. Bila bacaan fatihah dimulakan iikuti dgn surah an nas dllg... airmata ku mula menitis. Apa yg mula2 ku fikirkan adalah bertuah sungguh ayahku.. kerana dibacakan doa oleh anak lelaki sendiri.. dgn bacaan yang cukup syarat tajwid dllg.. ya.. bacaannya mmg sempurna.. sesungguhnya sayu hatiku di samping bersyukur.. arwah ayah ada anak yang sedemikian.. moga sejuk rohnya di sana.. untungnya isteri kepada seorang suami yang mampu menjadi imam ketika sembahyang dengan sempurna... mampu membacakan doa utk ahli keluarga... mampu membaca surah yassin dgn lancar dan sempurna... untungnyaa.. tp aku bersyukur sekurang2nya ahli keluarga ku sedemikian...

Dalam mendengar bacaan doa utk arwah ayah.. aku makin lama makin sedih.. kulihat kakakku juga teresak2.. tak dapat nak aku tahan airmataku.. kami rindukan arwah ayah..

Tapi lain pula dgn ibuku.. yang menjadikan aku amat sayu.. sedang doa dibacakan.. ibu ku mundar mandir.. ke sini sana.. sambil berkata-kata sendirian.. lenguh kaki.. nak cari tempat yg selesa.. dllg. Sedangkan kami rasa amat selesa dgn sekadar mencangkung di tepi pusara ayah. malah tidak terasa lenguh sekalipun walaupun panjang doanya. Sebaik sahaja doa selesai.. sesaat demikian ibu terus berkata "jom!". Kami adik beradik saling berpandangan.. airmata pun masih menitis... ibu..ibu.. kenapa jadi begini...

Walaupun ibu banyak menyalahkan ayah dlm banyak hal.. tp arwah ayah adalah ayah kami.. dan dia telah pergi... sedih kami bila ini terjadi..

Menziarahi pusara arwah ayah benar-benar menimbulkan rasa sayu dan rindu padanya... Semoga arwah ayah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman.. AMIN...

mel~~
rindu...

Rabu, 1 Oktober 2008

Sayu di pagi raya..

Bnyk kiriman sms yg aku terima pagi2 raya ini.. dari kawan2.. dari entah siapa2 yg aku tk kenal.. tp aku hnya jawab yg aku rasa perlu sahaja.. dan aku kirimkan sms utk org yg penting2 shj dlm hidup aku.. smbil mengetip sms aku menangis... terutama bila aku ketipkan sms utk seseorg, memohon ampun dan maaf atas kesalahan diriku.. tiba2 aku rasa amat rindukan dia.. dan bila dia jawab sms tu.. terus berlinang air mataku.. tak mampu aku kawal.. jawapan sms darinya buat aku rasa syukur tp aku juga rasa sayu.. tulus sungguh hatinya.. tak mampu aku nak balas jasanya padaku dan kemaafan darinya mmg amat tidak ternilai...

Pagi ini awal2 ku buka email... dan ada dua keping gambar dikirim buatku dari new zealand... Aku telah berpesan smlm, inginkan gambar dari new zealand.. tersentuh hatiku.. menitik airmata ku... bermakna sungguh melihat kedua2 gambar tersebut.. lantas terus kujadikan gambar itu background desktop ku buat tatapan diriku yg amat sedih diwaktu ini...

tak lama tadi, ibuku naik ke atas.. dia mmg jarang2 naik ke bilikku.. lantas aku panggil dia masuk dan menunjukkan desktop komputerku... terus ibuku teresak-esak menangis..tak tertahan aku. aku sebenarnya ingin menyembunyikan kesedihan hatiku.. aku terus lari ke bilik air.. menangis di sana, ku biarkan ibuku sendirian..

Ahh.. kalau aku terus melayan perasaan rindu ku kepada insan2 yg aku syg & rindu.. aku tak raya hari ini.. Walau zahir aku kelihatan biasa.. hatiku.. Allah sahaja yg tau..


Selamat Hari Raya... Maaf Zahir Batin.. Ya Allah.. aku rindu...