Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 31 Ogos 2016

The Molaks Cookies

Sampai juga ke Penang biskut @husnamolak_igpersonal #TheMolaks ni, setelah rata2 berjalan 😍
~mel

Me & Una..

Me & My Kembar @husnamolak_igpersonal.Sempat jumpa kejab b4 una balik KL. Una bawa cookies traditional dia yang buat. Abang aku kirimnkan untukku ada 3 box of the cookies utk kami rasa. Kebetulan Una & anaknya datang utara untuk makan angin.. punyalah tiap2 hari arrange masa nak jumpa last2 kami jumpa di airport.. huhu.. Di airport sempatlah aku dan hubby mengutip PokeBall hahaha...
~mel

Ahad, 28 Ogos 2016

Bfast @Kulim

#Eryna ckp dia ngantuk.. konon tidur di meja mkn. Actually pada waktu kejadian kami ke Kulim untuk buat pasport Eryna. Insyaallah panjang umur murah rezeki kami akan ke Perth pada hujung bulan November, pasport mommy dan papa ok masih belum expired, tapi bila tgk2 pasport eryna dah expired. So awal pagi ahad kami dah ke Kulim untuk buat pasport di Kulim. Kebetulan pulan encik suami 2-3 minggu lepas ada buat kad pengenalan baru di kaunter bergerak jabatan pendaftaran dan beliau minta untuk pick up di jabatan pendaftaran kulim. Kedua2 tempat imigresen dan jabatan pendaftaran tidak jauh. So mula2 kami pergi ke immigresen, ambil nombor dan mamat di kaunter cakap pergilah makan dulu dan dtg pkl 10.30. So kami pi makan dekat area Kilang Lama, aku makan peknga cicah kari ikan dan hubby makan roti kawen. Eryna dok bising dia ngantuk konon. After bfast terus ke jabatan pendaftaran ambil kad pegenalan hubby. balik2 immigresen dekat 2 jam menunggu baru sampai turn kami. Then kena tunggu pasport siap.. sempatlah pula kami ke Kulim Mall... semuanya siapa pukul 3 petang... huhuh

#Peknga kita pagi ni..😁


Khamis, 25 Ogos 2016

#Handbag dari Korea

#Handbag dari #Korea. Mcm dah mngumpul handbag pulak. Mesti @erynazu akan tergoda dgn handbag ni sebab kecil dan berkilat2😍😍

Rabu, 24 Ogos 2016

Bun Daging bercheese

Tgk resepi dlm #FB, balik2 terus cari roti bun, tp xde, so kita tukar guna potato bread.. terhangus sikit atasnya tp kehangusan tersebut menyebablan rotinya crunchy dan marbeles.. hihi .. bukan nk sedaplan hati tp mmg sedap.. roti bun dgn daging bercheese.. #yummy #improvise Resepi Roti bun sebuku (8 bun kot) di slice tengah2 Daging cincang, bawang merah, mix vege, cili kisar, garam Cheese (4 keping) Kaedah Dice bawang, tumis, masukkan cili kisar, naik bau masukkan daging cincang dan garam. Letak roti bun atas tempat pembakar, taburkan daging cincang yang dah dimasak, susun cheese, lapik bahagian atas roti bun, then masuk dalam oven dalam 10 minit... jeng jeng jeng.. hasil seperti di bawah.

#MinahBelang2 nak pi sambut birthday #Banksy99


Selasa, 23 Ogos 2016

Ahad, 21 Ogos 2016

Rambut Eryna..

21 Ogos 2016. #Eryna potong rambut. Serabut mommy tgk rambut panjang. Mujur Eryna ok.. huhu..

Sabtu, 20 Ogos 2016

Durian dr Encik suami..

Terima Kasih encik suami @faizalr. Setiap kali minta #durian.. tak pernah dihampakan. Tau benor isterinya ini hantu durian. Petang ni masak pulut durian #TgMalim

Rabu, 17 Ogos 2016

RUTIN SEORANG IBU BEKERJA.

Bangun pagi2 kejut siapkan apa2 yg patut, persiapkan diri & anak, hantar anak pi sekolah dan terus ke pejabat (perincian tak perlu dinyatakan). Kerja spjg hari di pejabat, waktu rehat cuma waku lunch, itupun sgt limited time. Ptg balik drive sampai rumah, ambil anak, settlekan apa2 yg patut, then masak utk dinner. Nak senang beli jer kat luar tp biasalah anak biasanya nak mak dia yg masak juga. Kalau desperate mmg beli jer. Lepas masak dah maghrib, siap2 lepas maghrib terus dinner. Sebab? Lepas dinner perlu waktu mengemas, sidai baju (basuh baju time masak), angkat baju dllg.. huhu... lipat kain selalunya out of question.. buat erja gitu gini tau2 dah pkl 10.. badan dah over letih.. selesaikan apa2 yg patut.. kdg2 tak sempat pun selesai apa2 yg patut dah terlena... TV? Agaknya Tv tu bentuk bulat ke lonjong? Bersosial dgn jiran sebelah, time tgh berkejar2 nk gi kerja tu lah bertegur sapa. Berehat? Time tidurlah time rehat. Hobi? Kalau dapat berhobi tu alhamdulillah.. biasanya sempat siram pokok kat pasu jer utk pastikan pokok tu tak mati. Semangat? Ibu bekerja ni biasanya semangat berkobar2.. nak menjahitlah, nak memasaklah.. baking la.. nak menjahitlah (ada 7 pasang kain beratuq nak dijahit), nak buat durian crepe laa.. huhu.. Itu belum lagi ada hati sentiasa nak update blog.. :P

Anyway, walaupun apa yg terjadi biasanya ibu bekerja ni redho je dgn apa yg perlu dihadapi saban hari.. Kdg mmg kagum dgn ibu bekerja yg boleh buat side income dgn berniaga, menjahit, boleh uruskan sekolah anak, dllg.

Jadi, bersyukurlah jika anda masih punya masa utk tgk tv, sempat curi2 masa utk taking a nap in the afternoon, sempat layan anak2 buat kerja sekolah, sempat merasa bosan dgn kehidupan yg dull.. sebab wanita berkerja ni kdg tak sempat nak buat kopi utk diri sendiri.. teringin2 nak minum last2 terlupa.. Apatah lagi nak pi exercise..

So.. salute to working mums out there. Walaupun aktiviti di atas mungkin berbeza dari seorang ke seorang tapi hakikatnya masih sama. Anda sgt kuat kerana setiap pagi anda mampu menahan tangis meninggalkan jantung hati anda diasuh org lain... kan....


Cadbury Roll #keklapissarawak. Selalu jumpa yg empat segi jer, kali ni dapat yg bulan. Rasa nk mkn terus tp tingatkan en suami yg suka Kek gulung.. 😁😁


Ahad, 14 Ogos 2016

Osaka-Kyoto-Atami-Tokyo. Kerjanya sehari, yg lain kami jelajah Jepun bertiga. Yg penting merasa naik Shinkansen 😍


#PokemonGO Review


 
Tiba-tiba terasa nak buat review PokemonGo. Sejak dua menjak ni kecoh di Malaysia tentang permainan PokemonGo yang baru muncul di sini. Saya bukanlah pemain games. Main game pun kadang-kadang. Dulu2 waktu masa facebook ada banyak games aku selalu lah juga main game2 yang tidak terlalu berat macam Hatchlings, Pet Society, Friends for Sale etc.  Semalam aku di rumah hubby @faizalr di Behrang.  Dalam dok saja2 kat rumah tu tetiba aku terasa nak install PokemonGo. Bukan apa.. bila dah terlalu banyak fatwa keluar atas 'haram'nya PokemonGo terasa macam teringin untuk tahu apa sebenarnya yang sampai kecoh sgt PokemonGo ni. Encik Hubby pun terkejut tgk aku install Si Aliff pula bising2.. mommyyyyy.. PokemonGo tu kan haram!!!

After install aku pun main. Kecohlah kan kami sefamily. Then bila dah pat dua pokemon dalam bilik kami, dah xde pokemon muncul. Permainannya adalah, bila pokemon muncul, ianya perlu ditangkap dengan membaling pokemon ball kepada pokemon tersebut. Bila dah tangkap 2 pokemon dan xmuncul dah pokemon aku pun update status FB aku spt di bawah:

Yupp aku rasa boring sbb PokemonGo ni kalau nak main kena keluar rumah dah berjalan! Sedangkan aku nak main sambil relaks2.. huhu.. Tapi yang aku tertarik adalah komen dari ibu mentuaku tentang PokemonGo. Katanya "xboleh tengok, haram katanya". Kata-kata ibu mentuaku membuatkan saya terasa nak buat review ni. Bukannya apa, terlalu banyak fatwa rasmi dan tak rasmi ttg PokemonGo ni yang membuatkan aku rasa.. aduhai.. sebenarnya ada yang betul dan ada yang tak betul. Dan terkesan dgn fatwa2 ini adalah orang yang tidak tahu apa2, yang hanya membaca dan percaya akan berita yang diterima tanpa memahami apa yang sebenarnya berlaku. Kesian ibu mentuaku.. :(

Dua hari aku dok godek PokemonGo ni. Setelah install kami keluar dari rumah ke Taman Tasik YDP Slim River. Dari situ kami start main secara aktif sebab kami bergerak. "Kami" adalah aku, encik hubby, Aliff & Eryna. Kami bermain sebagai satu family. Ok bagi aku PokemonGo ni adalah satu permainan yang menarik. Kita perlu collect jenis2 pokemon yang berlainan dan akan naik dari satu level ke satu level. Pemain perlu sentiasa alert dgn persekitaran supaya tidak terlepas bila Pokemon tiba2 muncul di kawasan persekitaran. Bila bermain kedua2 Aliff dan Eryna mmg kecoh. Kdg2 sampai over excited. Bila jumpa pokemon masing2 berebut nak tangkap. 

Setelah 2 hari bermain PokemonGo, aku dapati sebenarnya tiada masalah dengan permainan PokemonGo itu sendiri. Sememangnya ada Pokemon atau Pokemon Ball yang perletakkannya berada di tempat2 yang mungkin kurang sesuai seperti di surau dan di tokong/kuil. Tadi kami jumpa pokemon ball di taman permainan dan dapat kesan pokemon ball di sebuah surau di area Autocity. Tapi xdelah pulak aku berkejar ke surau tu utk pi cari pokemon ball walaupun pokemon ball aku dah nak habis. Dalam PokemonGo Juga ada beberapa alert yg dihighlight contohnya Jangan bermain sewaktu sedang memandu. Kalau kita bergerak dengan laju, keluar notification 'You are going too fast' dan minta kita agree bahawasanya kita adalah passenger dalam kereta, bukan pemandu.  Juga ada notification, jangan menceroboh ke tempat2 yg tidak dibenarkan ketika bermain. So sememangnya dalam game ini telah ada amaran2 yg dikeluarkan khas utk mengingatkan pemain supaya jgn melampaui batas.

PokemonGo adalah satu permainan yang berasaskan GPS. Ianya akan detect location kita, kalau kita guna kamera kita akan lihat Pokemon tersebut berada dalam kawasan kita. Macam tadi Aliff nampak Pokemon duduk atas riba aku ketika aku sedang drive. Tetiba rasa geli :P.  Ada macam2 versi komen tentang keupayaan game ini utk detect location dllg. Bagi aku satu jer.. kalau orang takut sangat.. tak yah guna google maps, waze atau GPS dlm kereta yer. Sebab semua benda ni memang detect location kita. Even apps "Find my Friends" dalam iPhone pun menggunakan kaedah yang sama. Kalau tak tahu buat research dan tak perlu buat2 havoc tanpa fakta yang sah.

Mudarat & Haram
Mudarat & haram sesuatu permainan @ games sebenarnya bagi aku bukan pada games tersebut kecuali games tersebut memang meminta kita menyembah selain dariNYA atau memurtadkan kita. Then ianya boleh difatwakan haram. Tapi bagi saya yang sebenarnya haram ini wujud bila games ini memudaratkan kita dan kehidupan kita. Contoh kita main game sampai tak ingat makan minum dan tak ingat untuk menunaikan ibadah sebagai hamba Allah. Juga memudaratkan jika kita main sampai membahayakan diri kita, contoh kita main PokemonGo sambil memandu, kita masuk rumah orang, kita berebut Pokemon sampai bergaduh2.. Game tujuannya utk menghiburkan, bukan memudaratkan. Kalau sampai tragedi berlaku disebabkan main game tersebut, bukanlah salah game tetapi salah manusia yang terleka dan terpengaruh dengan hasutan syaitan. Dalam hidup ini yang penting kita perlu berpada2. Jangan buat sesuatu sampai melampau. Walaupun saya beri Aliff dan Eryna main PokemonGo ini saya tetap berikan syarat2 tertentu. Dan di rumah mereka tak sibuk mengadap game ini sebab tiada pokemon kat rumah. Sekali sekala keluar rumah boleh lah main. Bagi saya yang penting kawalan dalam permainan tersebut. 
Pokemon menyorok kat belakang Eryna waktu kami tengah dok nak order lunch di Behrang2020.
Jadi apa yg penting bagi saya adalah kawalan dan bermain berpada-pada. Jgn sampai lebih2 dan tak ingat dunia. Jgn jadikan permainan yang mengawal hidup kita tetapi kita yang mengawal permainan. Itu sangat penting. 

So, bagi saya PokemonGo tak salah, yang salah org yg main PokemonGo hingga melampaui batasan agama dan masyarakat. Itu saja review saya. So, esok saya akan cari pokemon kat USM lah nampaknya.. hahaha... :P

~mel

#Eryna & #Papa

#Eryna & #Papa ada mcm2 gaya. Bila manja dgn papa mmg habis papa digobeknya. Bila gaduh dgn papa.. tak nak kawan papa.. 😁😁
via IFTTT

Rabu, 10 Ogos 2016

Selamat Tinggal Kak Gayah..

Minggu lepas kami dapat berita salah seorang dari staf lama Pusat Pengajian kami, Kak Gayah masuk hospital. Masa diberitahu tu beliau dah seminggu beliau di hospital. So Jumaat seminggu lepas aku dan  kawan2 pergi melawat beliau. Masa tu kami boleh bercakap2 dgn kak gayah.. beliau cuma cakap beliau tak lalu makan.. satu apa makanan pun tak boleh masuk, tapi doktor belum dpt diagnose apa sakit beliau. Yang aku dapat observe muka kak gayah kuning dan bengkak.. Semasa berbual2 kami ckp pd kak gayah, makanlah apa2 yg boleh. Kebetulan aku bawa sedikit buah.. dia cakap buah pun tak boleh masuk. Then beliau cakap.. tak mengapalah biarlah dia duduk lama di hospital, dia mmg nak tinggal di hospital. Disaat itu aku dan kawan2 rasa pelik.. Masa bersalam dgn kak gayah kami dapat merasakan kelainannya...

Pada hari Ahad tetiba aku mendapat berita kak gayah tidak sedarkan diri. Pelbagai versi cerita yg didgr membuatkan hati ada sedikit gundah. Lantas dalam group Whatsapp ofis aku cadangkan utk semua staf buat bacaan yassin. Ramai yg bersetuju tp ada juga yang hanya mementingkan KPI dunia terus berkata aku tak sepatutnya menyarankan bacaan yassin tanpa bertanya kpd bos terlebih dahulu. Oleh sebab tidak mahu bertikam lidah, aku menyiakan sahaja kata2 hamba Allah bekas boss aku tu walaupun sebenarnya aku dimalukan diWhatsapp tersebut. Yang penting pada hari Isnin bacaan yassin diteruskan pada pukul 10.30pg dan aku sendiri tidak dpt hadir kerana bertugas beri training kepada pensyarah USM. Tak mengapalah.. niat aku baik dan dimalukan itu tidak langsung memberi kudis pada diriku. Hari Isnin aku tak sempat nak melawat kerana training sehari suntuk.. hari selasa (semalam) aku dan rakan2 karib ke hospital pada waktu lunch hour... Ya Allah.. sedihnya bila melihatkan situasi kak gayah yang koma dan disebabkan pembuluh darah di kepala pecah makan darah mengalir keluar dari mulut, hidung dan mata. Kak Gayah tak macam yang kami jumpa minggu sebelumnya. Sambil menitiskan airmata aku berdoa semoga urusan kak gayah Allah permudahkan.

Dalam pkl 4.50 aku start kereta utk pulang. Sambil kereta terhenti di pintu pagar USM, tiba2 dpt alert Whatspp bahawa Kak Gayah telah pulang kerahmatullah... Sedihnya hati tak terkira.. Sepanjang jalan aku menitiskan airmata.. :'(

Aku bukanlah sgt rapat dengan kak gayah tapi aku baik dgn arwah.
Arwah seorang yang sgt baik.. lemah lembut dan setiap pagi akan bertanya khabar diriku.
Tak pernah kak gayah marah2, tak pernah meninggi diri.
Last sekali bertugas bersama dia bilamana dia bantu aku menjaga exam di KMPP.
Aku selalu tempah kek dengan kak gayah, dia seorang yg kreatif.
Seingat aku mula2 encik suami yang tempah kek birthday Aliff dari arwah.
Masa tu aku tak tau dia pandai buat kek, encik suami yg tau dahulu.
Lepas tu aku selalu tempah kek kat dia. Latest utk hari guru sekolah eryna dan aliff.
Kak Gayah.. cepat betul kak gayah pergi. Allah lebih menyayangi Kak Gayah. Moga Kak Gayah ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang soleh. Sesungguhnya pemergianmu mengejutkan tapi membuatkan kami insaf... Aku tersentak seketika.. tetiba rasa ya Allah aku ni banyak sgt dosa.. perlu perbaiki diri dan bersedia untuk pulang padaMU. Entah bila hariku akan tiba.. entahkan esok entahkan lusa... :'(


 Cupcakes terakhir tempahan aku pada Kak Gayah, Hari Guru 2016


Pagi tadi kami pergi menziarahi Kak Gayah buat kali terakhir sebelum persemadian arwah di Perkuburan Sg Nibong. Tak dapat aku menahan airmata dari gugur sambil menginsafi bahawa hidup ini hanya pinjaman semata2. Bila tiba hari kita, tiada dilewatkan barang seminit. 

Aku dan staf2 lain menunggu jenazah dimandikan. Tersenyum bukan gembira tetapi cuba mengubat hati yang lara.. :(
 
Belangkusawa Kak Gayah... Selamat Jalan.. Moga tenang di sisinya.. You will be missed..

~mel
10/8/2016

Khamis, 4 Ogos 2016

Anak Yatim..

Pernah tak kita terfikir bila kita telah tiada ibu dan ayah, apa yg akan berlaku pada diri kita?
1. Tiada lg insan yg sudi bertanya khabar tentang kita
2. Tiada lg rumah selain dari rumah kita sendiri yg boleh kita buat apa saja tanpa rasa segan dan malu
3. Tiada lg tempat utk kita pulang waktu kita perlukan sedikit perubahan hidup
4. Tiada lg insan yg mampu menilai diri kita seikhlas dan sedalamnya
5. Tiada lg insan yg akan dpt mengesan kita bukan kita sbnrnya

Andai kita jadi anak yatim.. mungkin kita tidak lagi memerlukan telefon, sebab yg selalu bertanya khabar hanyalah seorang ibu dan seorg ayah.. Yang lain.. hanya bersandar pd dirimu saat kamu diperlukan.. andai tidak.. kamu dilupakan... 

Nasib seorang anak yatim..  


:'(