Isnin, 31 Disember 2007

Selamat Tinggal 2007

Dah lama tak berkesempatan menulis... malam ini sambil menghitung detik ke 2008.. imbasan tahun 2007 berselang seli menemani aku yg keseorangan. Teringat diawal tahun 2007, aku pulang ke benua di hujung dunia ini membawa kehidupan baru. Allah mengambil kembali satu kurniaanNYA kepadaku di hujung tahun 2006, lantas menjadikan aku seorang insan baru.. Walaupun pada mulanya sukar untuk kuterima kekurangan itu, tapi hadirnya 2007 telah memberikan aku kekuatan untuk melupakan kisah sedih 2006... kehilangan demi kehilangan terpaksa kulalui. Termasuklah kehilangan nenekku yg menjagaku dari kecil... aku yg sentiasa kesepian disebabkan kesibukan ibubapaku, menumpang kasih darinya... Paling menyedihkan aku tak dapat menziarahi nenekku buat kali terakhir kerana aku tak berupaya disebabkan pembedahan... Namun aku redha atas dugaanNYA..

Aku pulang ke New Zealand di awal 2007 membawa secebis tekad.. aku ingin bersendiri.. cukup sudah dugaan yg aku lalui, aku cuma ingin meneruskan pembelajaran aku yg terbengkalai hampir 8 bulan. Tapi.. tekad itu tak mampu aku teruskan. Dalam kesunyian.. aku terjebak jua ke alam yg sebolehnya aku mahu hindarkan. Semuanya takdir bagiku... dua kekecewaan akhirnya menjadi sebuah janji..

2007 menyaksikan perancangan yang sentiasa goyah.. namun begitu, dengan kekuatan yg ada.. keperitan yg dialami dilalui jua.. Aku sakit lagi... terasa diriku amat menyusahkan insan lain, keluargaku, insan yg menyayangiku..jua teman2... Kalau boleh aku tidak mahu mengalaminya lagi.. Kesakitan, salah faham... dan dugaan demi dugaan hadir... hinggalah akhirnya pertemuan itu terjadi. Namun dalam kita saling cuba melengkapi antara satu sama lain... goyahku hadir. Maafkan aku... bukan ku tak yakin dgnmu.. cuma aku takut tidak diterima.. Maafkan aku kerana itu.. maafkan aku... aku tahu betapa tulusnya dirimu terhadapku..

Beberapa detik lagi 2007 akan berakhir... segala kenangan akan kutinggalkan.. semua pengajaran & pengalaman yg tidak ternilai dlm hidupku.. 2007 telah mendewasakan diriku dan mengajarku erti sebuah kehidupan. Ingat Melati... kau hidup bukan hanya utk dirimu, tapi utk insan2 yg menyayangi dirimu... tanpa mereka.. siapalah dirimu....


Ya Allah... walau pelbagai dugaan ku alami sebelum ini... aku bersyukur menjadi insan yg terpilih olehMU untuk menghadapi segala dugaan tersebut... alhamdulillah...

Hadirnya 2008 ku nanti dgn penuh harapan... moga segala impian menjadi kenyataan..

Berakhirnya coretan ini ~~10 minit ke 2008

Ahad, 30 Disember 2007