Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Isnin, 28 September 2015

Hari Raya Haji 2015

Hari Raya AidilAdha kali ni kami tak balik kampung mana2.. just beraya di Penang.. for me sebab utama adalah nak berehat.. ya berehat.. dah lama kami tak berehat betul2.. selalunya kalau hubby balik hujung minggu mcm time flies so fast.. tak sempat buat apa2 weekend pun habis. So cuti 4 hari raya haji ni kami mmg ambil kesempatan utk rehat.. enjoy ourself together.. makan2.. jalan2..

Pagi raya Aidil Adha kami solat sunat di Masjid Batu. Aku try instant telekung yg aku plan nak pakai pi umrah hujung tahun ni insyaallah.. ok.. selesa..
Kawanku Fadzilah & family ada dtg menziarah. Aku masak nasi dagang, gulai ikan tongkol, kari ayam, acar, rendang dan carrot cake.. manakala ketupat & lemang aku beli je. Konon nak buat nasi impit & kuah kacang tp xsempat. Kat rumah aku mmg ada ramai anggota2 yg akan makan tmsuklah anak sedaraku yg dok uitm arau yg xdpt balik beraya di rumah kakakku sbb xde tiket.. huhu

Raya kedua awal2 kami plan ke QBmall.. jalan2 shopping, then hubby & geng solat jumaat, then kami ke Big Bad Wolf sale.. Berpinaulah mata kalau ke BBW.. semua rasa nak angkut :P. 


Hasil tangkapan Eryna.. kejab ditangkap itu.. kejab ini.. yg dibeli ni pun hasil tangkapan yg telah ditapis tanpa Eryna sedari.. hehehe..

~mel
Enjoy! 

Rabu, 16 September 2015

SMDP UA


14-15 September aku menghadiri Seminar Majlis Dekan2 Pendidikan  Universiti Awam di UTHM. Aku dah lama beli tiket flight ke Melaka. Kawan2 ajak ikut melaka ke batu pahat. Sbnrnya aku mmg berhajat nk bawa eryna sbb 2 hari je seminar tu.. cmpur travel 4 hari la.. tp sbb masa beli tiket lupa bgtau hubby, so dok tak beli tiket yina. Last week baru tingat nk gtau hubby tp tiket eryna dah xboleh online sbb under 12 kan.. so aku kena pi airport utk beli. Aku pulak busy time office hour.. last2 jumaat (2 hati b4 pergi) baru free nk ke airport.. mujur ada tiket eryna.. Kebetulan hubby gtau dia mungkin dia ada program pd hari msia, selalunya klu aku outstation, hubby bawa yina balik tg malim..  so klu dia ada peogram cuti hari msia, mana pulak dia nak tinggalkan eryna..

So aku pun bawa eryna ikut ke seminar dan biasanya mmg org xbawak budak kecik ke seminar.. pulak tu seminar ni ramai org2 besar dr seluruh msia.. huhu.. tp aku selamba jelah kan.. buat dek jer org pandang..kawan2 aku pulak sgt supportive.. syoklah yina.. ramai melayan. 

Alhamdulillah.. 2 days of seminar yina sgt baik.. tak ganggu dan sama2 berseminar 2 hari suntuk tanpa masalah. Syukur Ya Allah.. pulak tu mkn dgn penuh selera.. klu kat rumah jenuh nk suruh makan..dan aku present paper pun tanpa masalah.. eryna tak kacau.. mmg Allah permudahkan urusan aku. 

Atas flight balik penang aku ckp kat eryna.. lain kali tak boleh dah ikut mommy gi kerja tau! Kata eryna.. Tak kira! Nak ikut jugak! Yina kan baik masa ikut mommy gi kerja!!

Erk!!


~mel

Cerita sahabat lama...

Aku dan Kak chik sama2 buat Master beberapa lama dahulu. Masa tu dia telah beberapa tahun berkahwin tanpa dikurniakan anak. Dia selalu lepak di bilik aku (aku tinggal di asrama - dia menyewa dgn suaminya ketika itu) dan disebabkan dia selalu lepak bilik aku bnyk cerita kami kongsi bersama. Kak Chik ni seorg yg sgt baik. Habis Master dia ikut husband dia smbg belajar di Australia, msa tu husband dia baru nak start Master pulak.. Dia pula cuti tanpa gaji. Then husband dia smbg PhD di UK pula. Jd hubungan kami terputus. Semalam waktu mnghadirkan diri di seminar di UTHM aku bersua kembali dgn Kak Chik. Aku mmg tau dia kerja di situ so purposely aku cari dia.  Kebetulan dia menjadi pengerusi satu sessi selari di sebuah dewan. Aku pula membentang di dewan lain. Kami berjanji utk berjumpa time lunch. Dia pula xsabar2 nak bercerita dgnku.

Waktu lunch dia jemput aku ke ofis dia. Sambil nk tumpang solat, sambil nk bercerita. Dia berkata.. suami dia mcm dah berubah hati. Waktu di UK akhirnya dia dpt 2 anak. Masa tu ok lagi katanya. Tapi sejak akhir2 ini suami dia pandang rendah pada dia... Achik belum habis Phd. Bnyk masa dia terpaksa korbankan utk family. Sedangkan suami dia dah bertaraf Prof Madya dan dlm proses utk apply Professor penuh. Dia ckp husband selalu mcm merendah2kan dia yg belum habis phd, mcm dia ni tiada kaliber dllg.  Dan sejak akhir2 ini.. suami dia asyik mengadap henfon... tak kira waktu..(ok suami sy sendiri pun mcm tu kaki ngadap henfon, tp mmg kami suami isteri gila henfon sejak kami belum kawen :P ).

Kata Kak Chik, dulu husband dia tak mcm tu. Jadi pada suatu ketika terlintas dihatinya nak melihat henfon suami dia (whatsapp terutamanya).. Bagi aku mmg normal bagi seorang isteri curious dgn aktiviti suami yg sedemikian... maklumla kdg2 terlihat suami sengih2 sorang2.. eh knp sengih tu.. bila tanya ckp xde ape2 pualk.. huhu.. mana isteri tak curious nak menggodek henfon suami kan.. :P. Sambung cerita Kak Chik, katanya hancurnya hati dia bila buka Whatssapps husband dia ada conversation yg sgt mesra antara husband dan seorg perempuan yg merupakan seorg pensyarah UPM. Mereka ni buat penyelidikan sama2.  Katanya, dia rasa conversation itu sgt mesra sdgkan bila apa2 message antara dia dan husband tak pernah semesra itu. Kak Chik siap ambil gmbr setiap conversation husband dia dan perempuan tu dan tunjuk kepadaku message2 tersebut. Achik minta aku baca satu persatu.. serba salah juga aku dibuatnya.. tp dah dihulur beria-ria aku pun baca je la... Mula2 mmg ttg kerja.. kemudian makin lama makin mesra. Ada conversation semasa husband dia ke UK utk conference. Kata Kak Chik, dgn Kak Chik sbg isteri tiada bermsge lngsg, Kak Chik hntr message tapi tak di reply... (Kak Chik tunjuk kat aku)  tp dgn perempuan tu spjg masa bermessage.. siap pompuan tu hint suh beli henbag!! Ya.. apa rasa hati seorg isteri bila mana dgn isteri sendiri suami culas utk bermessage, dan even message isteri tak dibalas.. bila dibanding masa dan waktu message2.. didapati masa itu si suami sibuk bermessage dgn perempuan itu. Mana tak sedih hati isteri...

Kata Kak Chik dia dah confront suaminya ttg perkara itu.. bergaduh besar katanya. Kata Kak Chik, dia sangat hampa. Bnyk dia korbankan utk suami dia tp bila sekarang suami dia dah di atas, suami dia mcm malu dgn dia yg dianggap kurang berjaya. Sedangkan kata Kak Chik, tak pernah dia abaikan suami dia.. even setiap mlm dia masih memakaikan stokin dikaki suami dia.. aduss..(baik sungguh Kak Chik ni.. ) Suami dia pula kata Kak Chik cemburu terlebih.. Achik kata mcmmana tak cemburu.. pkl 6.30 pg boleh berwasap dgn perempuan tu ketika outstation, tp dgn isteri tak bertanya khabar sekalipun.. boleh ucap good nite dgn mesra dgn perempuan tu tp dgn isteri xpernah sekali ucap gudnite.. (ok aku pun terasa emotional juga)..

Aku baca dr gambar2 yg diambil.. hnya mampu mengeleng kepala... yg aku mampu ckp pada Kak Chik.. bersabarlah ya achik.. perempuan itu pula isteri org, ada anak, ada suami. Aku katakan pd Kak Chik, itu sbbnya perlu kita elakkan berwasap, telegram atau apa2 chatting dgn org yg bukan suami kita. Bahaya sgt.. Banyak dah kita tgk berlaku macam ni.. tak kira kawan sekerja, kawan sekolah, dllg... Aku tgk pompuan yang bermessage dgn suami Kak Chik tu pula macam banyak masanya... macam henfon tak lekang ditgn.. time bermessage tak kira masa.. hmmm...

Setiap perkahwinan akan menghadapi satu fasa di mana suami isteri akan rasa hidup ini flat. Bila muncul insan lain yg tiba2 beri perhatian kpd suami @ isteri tersebut, hidup rasa akan bercahaya, rasa ada org beri perhatian, rasa org itu lebih memahami dari suami @ isteri kita, terutama bila dlm whatssapp yg icon2 boleh dimanipulasi dgn pelbagai maksud yg berlainan.. membuatkan suami @ isteri tersebut akan rasa teruja.. akan rasa dihargai dan merasakan org itu lebih baik dari suami @ isteri dia skrg.. That's why aku selalu ingatkan kawan2 esp kawan lelaki sekolah.. maklumlan skrg ada whatsspp.. ada yang cuba mengimbau kenangan lalu lah.. tp aku rasa perempuan/lelaki should awal2 hindarkan berchatting di whatsapp ke telegram ke.. dgn orang2 yg bukan muhrim.. kalau ada perkara penting such as kerja ok lah sepatah dua nak tanya... ini bersembang tak ingat dunia..  kalau ada group pun yg bercampur lelaki perempuan, hindarkan perbualan berbaur emosi dan yang mengundang lelaki luar menghubungi kita... Bagi aku kalau tiada dua org yang suka perkara ini terjadi.. perkara ini takkan terjadi... Perempuan suka dimanjakan... lelaki pula seronok bila diberi perhatian dan dilayan istimewa... Aku rasa itulah yg terjadi kpd suami Kak Chik.. 

Kadang2 sebagai isteri mungkin balik kerja dah letih.. kena masak, kena layan kerenah anak.. jadi layanan kepada suami mungkin tak seindah layanan kata-kata dari insan lain di whatsapp.. apa2 pun yang penting kembali kepada Islam.. Bila Islam menjadi asas kehidupan, nak buat sesuatu yg salah pun akan segera rasa berdosa. Seharusnya kena saling memahami keperluan masing2.. Isteri memang cemburunya kuat.. sangat2 kuat.. hidup dgn cemburu ini juga sangat menyiksakan.. aku juga seorang yg sangat kuat cemburunya (sorry encik suami.. :P ) tapi aku rasa suami perlu memainkan peranan menghindarkan cemburu isteri.. sebab kadang2 tanpa sedar cemburu itu wujud.. tak kira lah dlm perkara kecil.. bukan isteri suka2 nak cemburu.. kalau time PMS lagilah memang tak boleh kontrol langsung.. Contoh dalam kes Kak Chik.. aku faham kenapa dia cemburu... message Kak Chik kpd suami dia langsung tak dibalas.. sedangkan dlm masa yg sama, perempuan lain menerima message tanpa ada gap masa.. tapi tulah kan.. walaupun suami Kak Chik ada cakap (waktu dia confront) katanya achik over cemburu, bertindak ikut perasaan...semuanya because of work...  tapi itulah perempuan, memang tak boleh nak kontrol bila tengok benda2 macam tu.. Bagi perempuan yang bernama isteri, hatinya akan menganggap she should be the attention of her husband, sebab hidup dia dah diperhambakan seluruhnya pada suaminya.. bukan saja dirinya malah harta benda dan bagai2 lah (termasuk tanggungjawab) adalah seharusnya perkongsian yang abadi.. Mungkin suami isteri boleh terus bercinta melalui message.. hidupkan hubungan cinta sambil bermessage.. memuji suami isteri melalui message.. berkongsi gambar melalui message.. tak kiralah walau hidup serumah dan bersua hari2..

Conclusion aku utk kes Kak Chik - Aku pun tak tau nak beri nasihat apa2 selain meminta dia bersabar dan berdoa banyak2 kepada Allah semoga diberi petunjuk dan hidayah buat diri Kak Chik sendiri dan suami Kak Chik.. Ini merupakan satu ujian dan dugaan utk kehidupan berumahtangga.. Yang penting kena saling memahami antara satu sama lain... 

P/S cerita ini bukan untuk mendedahkan aib sesiapa (nama Kak Chik - bkn nama sebenar).. tapi untuk menjadi pedoman kepada diri sendiri dan perempuan lain juga... kpd perempuan: jgn over layan lelaki yg bukan suami kita di Whatsapp atau tempat chatting lain.. nanti hati akan tergoda, mula akan rasa sentiasa perlu bercakap dgn org tu. Lelaki pula perlu faham, perempuan mmg pandai menggoda.. huhu.. dalam hal di atas, bagi aku kedua2 salah (lelaki dan perempuan yang berchatting). Dan pernah terbaca juga, chatting antara lelaki dan perempuan bukan muhrim adalah haram... so hindarkan.

 Moga Allah ampunkan dosa kami yang pernah berbuat demikian.


~mel
i love my husband yg rajin berselfie dan selalu hantar kpd saya :P




  



Sabtu, 5 September 2015

Airmata...

Semalam aku ke KK jaga exam..mmg plan utk jalankan tugas semata2.. dan beli sekilo dua ikan bilis.. Badan tak berapa sihat sbnrnya.. perut meragam tp kukuatkan semangat utk berjuang, maklumla exam xboleh kansel, tiket flight dah book..

Disebabkan perut yg tak berapa sedap aku jadi gundah gulana, harap2 tak melarat.. sambil tu telan pil chi kit teck aun yg sentiasa dlm bekalan.. pkl 8 mlm dah di bawah selimut, bdn tak berapa larat.. tiba2 hati terfikir dan berdoa.. Ya Allah moga tak mudarat hingga esoknya..   First risau tgh jaga exam nak ke tandas.. mcm mana agaknya.. sbb aku sendirian.. tiada pembantu.. kedua, dari jaga exam aku plan terus ke airport.. aku risau mcmmana aku nak solat., risau mcm2 jd tgh jln takut tak bersih nak solat...

Alhamdulillah, bgn pagi ni walau perut masih tak berapa ok, tp better than yesterday. Urusan jaga exam dipermudahkan dllg. Sampai awal di airport dlm 11.35am, aku mkn KFC, then terfikir.. eh aku mungkin sempat zohor sblm masuk flight sbb zohor di KK 12.16 dan flight aku 1.35pm. Setelah habis mkn, aku segera ke surau. Hati sedikit runsing sbb telekung aku terletak dlm luggage dan dah hntr ke bag drop. Sampai2 di surau ambil wudhuk, sambil siap2 ada sorang mcik menegur.. sudah zohor ke dik? Aku check ipray dan ckp belum lg. Waktu just nice.. sedang bentang sejadah, azan ipray pun berbunyi, alhamdulillah..

Tiba2 hati berkata2.. ya Allah syukur kerana kau permudahkan urusanku hari ini. Syukur diberikan kesihatan.. dlm solat tiba2 hati yg sayu, menitis airmata.. aku rasa insaf.. dulu aku tak mcm ni, bnyk benda yg aku permudahkan.. solat, amalan dllg... tp Allah tak lupa aku.. dan Allah selalu permudahkan urusanku.. Sayu rasa hati.. di surau airport aku menitiskan airmata.. Ya Allah.. kukuhkanlah keimananku.. jgnlah kau jadikan diriku org yg lalai semula.. Kuatkanlah hati dan imanku Ya Allah..

Ya Allah.. Berikan hidayahMu utk aku menjadi insan yang lebih baik.. Amin..


~mel
Dan airmata kesyukuran itu terus menitis..