Ahad, 12 Julai 2026

CATATAN HAJI 2026/1447H [PART 1]

Alhamdulillah.. tidak terkira rasa syukur kepada Allah SWT kerana dikurniakan rezeki yang ditunggu-tunggu untuk menunaikan Rukun Islam ke 5 pada tanggal 18 Mei 2026 bersama encik suami di bawah Pengelola Jemaah Haji (PJH) MKM Travel & Ticketing.  Usaha untuk menunaikan haji telah bermula 6-7 tahun lepas. pada masa itu rayuan haji dimulakan dengan menulis surat ke email Tabung Haji. Kemudian bila dah ada sistem, bila rayuan dibuka, cepat² aku minta husband isi supaya aku boleh isi jua. Kami mendaftar pada tahun 2014 dan tahun diperuntukkan adalah pada tahun 1479 iaitu lebih kurang 32 tahun lagi.. entahkan masih wujud di muka bumi ini entahlan tidak. Sebelum tu kehidupan kami masih boleh dikatakan lagha. Panjang ceritanya untuk sampai ke tahap berubah.

Selepas umrah pertama Disember 2014, hati mula ada kesedaran utk menunaikan Rukun Islam ke 5 ini. Tahun 2019 apabila simpanan dah mula stabil kami pun start merayu, Ya lama dah kami merayu.. dari waktu rayuan kena tulis surat (email) hinggalah dah ada apps. Setiap kali buka utk rayuan, aku akan cuba merayu walaupun tidaklah serious mana, tetap ada usaha. Pada masa itu hajat menunaikan haji tersebut tidak mengira kaedahnya.. harapan agar dapat mengerjakan haji secara muassasah.

Kami mula serious untuk mengerjakan haji setelah pergi umrah kali ke 3 pada awal tahun 2024 bersama MKM. . Masa tu hasrat menyala², tapi cubaan rayuan masih lagi gagal. Sambil² itu kami lihat² juga pakej MKM yg ada dan pada tahun 2025, kami cuba mendaftar dgn MKM. Hingga ke hujung musim penerbangan haji, kami terpaksa akur bahawa belum masa kami lagi rupanya.Kami juga telah menyertai InHajj MKM 2025 pada ketika itu sebagai persediaan. Namun jika bukan rezeki, kita harus berlapang dada..  

Pada hujung tahun 2025 apabila rayuan haji dibuka, kami mmg awal² dah standby dan isi. Lepas husband isi, saya pun isi. Alhamdulillah pada masa itu duit dalam TH telah pun mencukupi, walaupun kami tahu kalau merayu kami perlu bayar RM33k seorang. Kami prepare sebab nak sangat pergi ya..dan untuk kali ini kami bertekad untuk merayu di bawah Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi memastikan peluang kami lebih cerah.

Dipendekkan cerita pada hari pertama pengumuman rayuan TH, iaitu 26 November 2025 kebetulan saya di Unisza.. tiba² saya terima iMessage dari encik suami… 
 

RM0 Tuan/Puan TERPILIH tunai haji musim haji 1447H/2026M. Sila layari laman web THiJARI untuk memuat turun surat tawaran haji.

Dapat tak? Tanya encik suami melalui iMesssage.

Cepat² saya semak SMS.. Ya Allah.. saya pun dapat. Masa tu saya di surau Airport Kuala Trengganu bersama Dr Nadia Unisza yang menjadi PIC menghantar saya ke airport selepas event di sana.. tak dapat saya tahan airmata terus gugur di situ.. Ya Allah nikmat apa yg ingin aku dustakan.

Kalau Allah katakan ‘Kun Fayakun’ jadilah ia..

Untuk terima tawaran haji perlu lakukan medical check-up terlebih dahulu. First medical check-up saya gagal!! Allahu.. Lantas sy minta nak buat lagi sekali di USM, sebab mmg rekod perubatan saya di USM. Pada hari Sabtu result darah di KL saya gagal, tetapi bila ambil darah sekali lagi di USM.. Alhamdulillah.. result darah saya lepas.. Allahuakbar! Saya yakin ujian pertama ambil darah itu utk saya sedar bahawa Allah maha berkuasa dalam apa jua keadaan. Dalam masa 3 hari result darah saya berubah ๐Ÿ˜ญ.. tak tahu nak digambarkan betapa bersyukurnya saya. 

Setelah berbincang dengan encik suami kami, kami meneruskan tujuan haji kami melalui PJH iaitu MKM yang pernah kami berumrah bersama mereka pada tahun 2024. Kami juga pernah mengikuti kursus haji bersama mereka. Alhamdulillah disebabkan kami mendapat tawaran P1, maka jumlah asal pakej kami iatu Pakej Fateh bilik berdua yg berjumlah RM62,500 dikurangkan lagi RM5k. Kami tidak mengambil pakej masyair naik taraf (PMN) yang perlu tambah lagi ongkosnya sebab ingin juga merasai khemah muassin. Mujur juga kami tak ambil PMN, khemah muassin sudah cukup mewah dgn sofa bed, pengurut badan, pengecas usb dan usbc.. Alhamdulillah..  kami ambil pakej yang paling murah.. tapi cukup selesa InsyaAllah..

Poster MKM pergi dan balik haji 2026..
 
Kami gerak dari Cyberjaya, Eryna dah kami hantar ke rumah kakak aku di Kapar pada hari sebelumnya. Muat kereta kecil aku untuk letak barang kami berdua. Kami janji dengan adik bongsu aku untuk jumpa di Movenpick dan dia akan bawa kereta aku balik ke rumah beliau. Eryna bersekolah sementara waktu di sekolah kakak aku which is Sekolah Menengah Bukit Kapar Indah.


Kami bersedia untuk bergerak ke Mekah dari Movenpick
Kami dan mak mertua saya.. Alhamdulillah.. kadang-kadang kita tak pasti apa yang ada di hadapan kita..  tapi penting untuk kita mencipta kenangan sebab kita bukan selamanya berada di sini.. 
 
My kakak, Aziah & suami bang Faizal, yang menjaga Eryna sepanjang kami menunaikan haji. Juga mak mertua yang pada mulanya tak plan nak datang.. terima kasih biras saya, Sharm yang beria-ria nak datang menghantar.. terima kasih Sharm..
PA saya yang setia.. Dina.. hadir menghantar ke Movenpick
 

Tak tau kenapa sayu sangat... mungkin memikirkan canaran di hadapan serta meninggalkan orang-orang tersayang. Mungkin juga itulah kami terakhir kami bersua.. hanya Allah yang tahu..

 

Kami bersua dengan geng dari TH Butterworth, Rafiq & Farah yang juga sama-sama dalam MKM. Terima Kasih Kak Su dan abg Don, sahabat yang sama-sama di NZ, hadir menghantar di Movenpick. Kak Su ni adallah sahabat setia.. waktu aku graduate PhD (hari konvokesyen), kak Su juga yang hadir meraikan bersama abg Don, Nabila dan Nadia. Serious aku sangat terharu ada sahabat yang sentiasa setia bersama.

Seluruh keluargaku yang hadir, Terima Kasih semua.. Kakak ku Aziah, Adikku Afzan sekeluarga, adikku Fatah sekeluarga, adikku Azim sekeluarga, ibu mertua dan adik ipar Faiz sekeluarga, Kak Su dan abg Don serta PA aku Diana dan anak-anak. Aku amat menghargai kesemua yang hadir.
 

Kami berdua berjalan masuk untuk checkin Haji di Movenpick. Keluarga ditinggalkan dan segalanya ditinggalkan demi satu tujuan.. Rukun Islam ke 5. 
 

 Perjalanan dari Movenpick ke KLIA dengan bas yang diiringi polis. Special sangat menjadi duyyfurrahman ini. Allahuakbar. Masa ini perasaan rasa sangat bercampur baur.. sukar digambarkan. Dihati cuma mampu berkata.. Ya Allah.. aku ini hambaMu yang banyak dosanya, tetapi kau masih memberikan aku nikmat yang sangat indah ini.. Terima Kasih Ya Allah.. Jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa mengingatiMu dalan setiap langkah hidupku..
 

Tanpa disangka juga aku berdua dengan En Rosli, bekas pensyarah ku yang sama-sama terbang satu flight dengan aku. Memang tak sangka walaupun kami lain PJH tetapi akhirnya Allah pertemukan dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.. 
 
 
Cukup sampai di sini untuk kali ini. InsyaAllah semoga aku diberikan masa dan peluang untuk sambung catatan perjalanan indah ini yang aku lalui bersama suamiku tersayang.
 
 
~Mel 
 
 



 

Khamis, 1 Januari 2026

WElcome 2026

 Lama betul tak sentuh blog ni. Seperti biasa tak de masa nak update. Banyak jer cerita yang patutnya boleh di update. Tau² dah tahun 2026. Banyak perkara berlaku pada tahun 2025 yang tak terupdate. So just update kami di tahun batu 2026  jela.. Practise jalan² sekitar rumah jer... 





~mel

Selasa, 17 Jun 2025

Biskut..

 Petang tadi aku ke pejabat YB Menteri untuk membentangkan kertas untuk kelulusan Majlis Jemaah Menteri. Disebabkan tak ramai yang hadir dan aku je yang nak kena cerita kat dia, YBM cakap tak perlu guna bilik mesyuarat.. just discuss di meja pejabat beliau. Sambil tu dia makan biskut dan minum air teh o.Habis meeting, dihulurnya kepada aku sekeping biskut.. dia cakap rasalah.. sedap. Bila balik ofis, aku makanlah biskut yg sekeping tu.. memang sedaplah.. lemak-lemak manis. Nampaknya lepas ni kenalah aku cari mana biskut ni jual. 

Biskut Famous yang sedap tu

Lepas habis briefing YBM tu.. aku pun tanya lah kepada YBM.. Dato Seri dah lunch ke? Maklumlah sebab aku tengok dia makan biskut tu dengan seleranya. Dia cakap.. hari ni dia lunch dah.. tapi semalam, sarapan pagi dan lunch dia tak sempat makan.. makan malam jer dia makan di Majlis Tahlil Perdana Kementerian Pendidikan Tinggi & Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Aku pun bertanyalah juga kat dia.. macam mana dia boleh ada kekuatan, boleh tahan kerja nonstop pagi sampai malam... seriously memang kagum jugalah tengok energy dia.. saya cakap kat dia.. saya balik dari pangkor tempohari sampai sekarang rasa penat๐Ÿ˜‚

 Jawapan dari YBM, dia rasa sihat dan bertenaga sebab passion.. sebab dia suka apa yang dibuat.Jadi dia tak rasa penat..

 Dalam hati aku cakap.. ohh.. patut aku rasa penat.. aku ni passion aku mengajar, aku suka melatih, menyampaikan ilmu.. memberi sesuatu yang baru kepada insan lain. Aku boleh kerja macam sekarang,  sebagai pengurusan atasan..tetapi bila aku mengajar, aku lupa penat aku.. aku lupa perkara lain..  Bila aku refleks balik patutlah aku penat balik dari Pangkor.. masa kat pangkor aku ada 2 session dengan semua Timbaan Naib Canselor Akademik Universiti Awam.. masa tu aku tak rasa penat... dah sudah.. baru aku perasan aku over penat.. 

 

   
Perbincangan dgn YM Menteri KPT   
 

Gambar di atas diambil oleh my staf.. sorang MyStep, sorang Pembantu Tadbir (PT).. depa beria ambil gambar sebab first time masuk bilik menteri.. aku pun lupa nak tanya depa tak teringin ke nak ambil gambar dengan pak menteri.. ๐Ÿ˜. 

 

 Okitu jer.. babai

 

~mel