Memaparkan catatan dengan label redha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label redha. Papar semua catatan

Rabu, 20 November 2024

The Journey of Love

 Bebrapa bulan lepas aku unsubscribe Netflix atas sebab aku merasanya Netflix banyak membuat aku lebih lagha dan aku sendiri jua sebenarnya tiada masa untuk menonton movies disebabkan kesibukan aku. Aku sebenarnya hanya subscribe Netflix untuk mobile devices iaitu digunakan dalam iPhone dan iPad. Entah macam mana, aku terbaca status beberapa orang teman tentang satu movie Indonesia, aku macam tertarik sebab tajuknya macam ingin ku lihat... maka aku ambil keputusan untuk subscribe semula. Setelah aku menonton kisah tersebut (yang tidak sebagaimana aku jangka kan jalan ceritanya),  Netflix aku keluarkan pelbagai saranan movie Indonesia lain. Ada yang aku muat turun dan tonton, dan aku dapati banyak movie Indonesia yang sangat Islamic dan menarik perhatian aku... Subhanallah... jauhnya beza movie Indonesia dengan movie Malaysia...


Malam tadi, disebabkan aku masih MC dan duduk saja di rumah, maka aku pun mencari movie Indonesia untuk ditonton. Aku klik movie bertajuk 'The Journey of Love'.. mungkin nampak macam cerita ini tentang cerita cinta.. ya dan tidak, Selepas menonton movie ini banyak kesedaran tentang hati.. dan tentang cinta pada Allah yang sebenarnya menjadi tonggak dalam movie ini. Kisah tentang seorang Hafizah dan seorang ustazah dipaksa berkahwin sebagai isteri kedua.. dan akhirnya terkorban dalam patuh kepada bapanya dan pegangan kepada Allah. Bila aku tonton, aku rasa banyak pengajaran kita sebagai hamba Allah yang patut aku ambil teladan.. aku tersedar dari lamunan bahawa dugaan yang Allah beri kepada diriku ini sebenarnya adalah tanda kasihnya Allah kepada aku.. tanda kasihnya Allah kepadaku.

 Suatu yang aku sangat kagum dengan movie ini adalah betapa movie ini sangat menjaga akhlak Islam, Tiada adegan yang walau sedikit membuka aurat wanita, tiada adegan bukan mahram.. malahan.. banyak yang tersirat tentang syarat berhubungan dalam Islam. Sangat bagus untuk anak-anak kita melihatnya. 

Dan kisah ini juga membuatkan aku rasa sangat-sangat bersyukur dengan kurniaan Allah kepadaku. 15 thaun perkahwinanku dengan suamiku.. dari kejahilan hidupku, dari dosa-dosa silam... Allah berikan hidayahnya dan rahmatnya yang sangat luas. Dengan ujian dan dugaan kami tempuhi dan semakin dekatnya kami kepada Allah.. semakin bahagia kehidupan kami. Itulah yang telah Allah tunjukkan. Tanpa Allah hidup selalu berantakan, selalu bergaduh.. dan paling penting hidup makin bahagia bila ada ALlah dalam kehidupan. Banyak yang aku pelajari dari kehidupan ini.. perjalanan yang jauh dari Allah ke arah perjalanan kepada redhonya.. 

Allahu.. aku bersyukur bila aku tengok movie ini. Sebab ia membuka hatiku dan membantu meyakinkan aku bahawa setiap ujian dariNYA adalah untuk menyediakan aku ke arah kebaikan. 15 tahun hidup bersama suamiku.. aku bersyukur.. 15 tahun yang penuh pengajaran tentang siapa kita dan ke mana pengakhiran kita..


Sesungguhnya.. rencana Allah itu selalu indah.. selalu... dan Allah itu Maha Lembut (Al-Latif) sehinggakan kita kadang kala kita terlupa akan Allah. Terima Kasih Allah.. kerana tidak pernah melupakanku...😭

أَفَلَمْ يَسِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌۭ يَعْقِلُونَ بِهَآ أَوْ ءَاذَانٌۭ يَسْمَعُونَ بِهَا ۖ فَإِنَّهَا لَا تَعْمَى ٱلْأَبْصَـٰرُ وَلَـٰكِن تَعْمَى ٱلْقُلُوبُ ٱلَّتِى فِى ٱلصُّدُورِ ٤٦

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Al-Hajj : 46

Semoga Allah tidak menjadikan kita buta...buta hati terhadap nikmat-nikmat yang telah diberikan kepada kita...

~mel

Khamis, 19 Mei 2011

Tentang Hidup...

Hari ni 19/5/2011.. cepat betul masa berlalu.. kalau ikut dalam google calender aku bahawasanya lagi 4 hari lagi gaji.. rasanya baru lagi dapat gaji.. dah gaji lagi?? haha... Bila check2 dlm purse.. duit ada RM200++ lg.. okla tu.. alhamdulillah dalam bank pun ada banyak lagi.. So still boleh online shopping lagi kan? :P Sebenarnya bukanlah aku nak hightlight kan aku ada duit.. just sebenarnya diri sendiri tertanya2 ke mana arah aku nak pergi.. Dulu2 time aku dapat PhD.. aku kata pada diriku sendiri.. ok.. this is the last one.. aku tak nak cari apa2 lagi.. enough with the title Dr.

Aku sebenarnya dah abis cita-cita.. haha... cuma kalau boleh aku nak kerja.. lepas tu bila balik rumah aku nak buat kerja2 rumah.. lain xde.. nak besarkan anak2.. hidup aman damai dan xde nak fikir masalah duit.. masalah nak beli apa2.. alhamdulillah aku rasa sekarang ni xde la aku rasa masalah2 tu.. Bila hujung bulan gaji tu cukup xperlu risau nak tunggu gaji, then, kira baguslah untuk aku. Boleh ke sana sini nak naik flight boleh.. nak drive boleh.. nak gi mana2 tak perlu kira2 sgt.. which is for is quite good...



kulit pisang
GAMBAR HIASAN: Gambar kulit pisang atas meja aku.. huhu.. baru lepas kena ngapp!!

Anyway, sejak akhir2 ni aku rasa preassure sebab aku tgk kat tempat kerja aku masing2 sibuk.. Dekan aku pulak macam anggap org yg selesa dgn kedudukan sekarang ni macam xproduktif.. entahlah.. aku malas laa.. frankly speaking dulu aku mmg tak terfikir nak jadi lebih dari sekarang.. tp tekanan di tempat kerja macam memaksa pulak aku jadi lebih dari sekarang.. aku xmola balik rumah fikir hal kerja.. boleh?? Tapi tak boleh laa... Kalau boleh aku balik rumah nak jahit baju.. nak wat beg.. nak jahit manik...hihi.. tanpa fikirkan hal2 kerja yg memenatkan. Tapi sebagai pensyarah, satu masalahnya bila student tak faham... kadang2 mereka ingat pensyarah ni cam kerja 24jam.. sedangkan pensyarah pun ada family.. dan ada life yg ingin dikecapi...

Tapi mlm tadi (actually awal2 pagi waktu eryna bangun nak susu pkl 3.30pg).. aku terbaca email dari seorang pensyarah di pusat pengajian aku.. start hari ni dia bersara sepenuhnya dari mengajar... sebelum ni dia dah bersara pd umur 55 thn tpi dia sambung kontrak hingga hari esok.. bila mana umur dia genap 66 tahun 3 bulan. Beliau lebih tua dari arwah mak.. tapi tak nampak tua.. sgt cergas.. sgt merendah diri, sgt keibuan.. Beliau ada hantar email selamat tinggal utk kami semua... dan bila aku baca sedikit sebanyak berlinang air mata aku.. dan sedikit sebanyak aku rasa lega.. yaa... lega..

Pesanan Beliau:
Elakkan daripada perasaan ‘iri-hati’ di antara kita disebabkan ‘anugerah duniawi’ --kerana perasaan sedemikian akan melemahkan sifat syukur-dan-sabar dalam diri kita, dan mungkin juga melemahkan keyakinan kita bahawa “Rezeki itu adalah dalam ketentuan Ilahi (Allah)”; dan “Berusahalah UNTUK MENDAPAT (KEREDHAAN) ALLAH” dalam masa yang kita “bertugas untuk Institusi” – kerana Allah Maha Mengetahui dan Kekal, manakala Institusi akan juga Fana, walaupun jangkaan hayatnya lebih panjang daripada kita/ individu.


Aku rasa lega.. sebab.. aku tidak mahu anugerah duniawi tp seperti dipaksa untuk melaksanakannya.. aku tak mencari apa2 lagi... kecuali keredhaanNYA.. sebab aku rasa.. alhamdulillah.. aku bersyukur dgn limpah kurnia yang diberikan olehNYA... Lagipun.. berapa lama sgtlah umur kita utk terus mengejar duniawi... entah esok entah lusa kita dipanggilNYA..



~mel
p/s cuma tula kan.. kdg2 tertekan disebabkan oleh tekanan individu yg lebih berkuasa!!