Selasa, 17 Jun 2025

Biskut..

 Petang tadi aku ke pejabat YB Menteri untuk membentangkan kertas untuk kelulusan Majlis Jemaah Menteri. Disebabkan tak ramai yang hadir dan aku je yang nak kena cerita kat dia, YBM cakap tak perlu guna bilik mesyuarat.. just discuss di meja pejabat beliau. Sambil tu dia makan biskut dan minum air teh o.Habis meeting, dihulurnya kepada aku sekeping biskut.. dia cakap rasalah.. sedap. Bila balik ofis, aku makanlah biskut yg sekeping tu.. memang sedaplah.. lemak-lemak manis. Nampaknya lepas ni kenalah aku cari mana biskut ni jual. 

Biskut Famous yang sedap tu

Lepas habis briefing YBM tu.. aku pun tanya lah kepada YBM.. Dato Seri dah lunch ke? Maklumlah sebab aku tengok dia makan biskut tu dengan seleranya. Dia cakap.. hari ni dia lunch dah.. tapi semalam, sarapan pagi dan lunch dia tak sempat makan.. makan malam jer dia makan di Majlis Tahlil Perdana Kementerian Pendidikan Tinggi & Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Aku pun bertanyalah juga kat dia.. macam mana dia boleh ada kekuatan, boleh tahan kerja nonstop pagi sampai malam... seriously memang kagum jugalah tengok energy dia.. saya cakap kat dia.. saya balik dari pangkor tempohari sampai sekarang rasa penat😂

 Jawapan dari YBM, dia rasa sihat dan bertenaga sebab passion.. sebab dia suka apa yang dibuat.Jadi dia tak rasa penat..

 Dalam hati aku cakap.. ohh.. patut aku rasa penat.. aku ni passion aku mengajar, aku suka melatih, menyampaikan ilmu.. memberi sesuatu yang baru kepada insan lain. Aku boleh kerja macam sekarang,  sebagai pengurusan atasan..tetapi bila aku mengajar, aku lupa penat aku.. aku lupa perkara lain..  Bila aku refleks balik patutlah aku penat balik dari Pangkor.. masa kat pangkor aku ada 2 session dengan semua Timbaan Naib Canselor Akademik Universiti Awam.. masa tu aku tak rasa penat... dah sudah.. baru aku perasan aku over penat.. 

 

   
Perbincangan dgn YM Menteri KPT   
 

Gambar di atas diambil oleh my staf.. sorang MyStep, sorang Pembantu Tadbir (PT).. depa beria ambil gambar sebab first time masuk bilik menteri.. aku pun lupa nak tanya depa tak teringin ke nak ambil gambar dengan pak menteri.. 😁. 

 

 Okitu jer.. babai

 

~mel 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan