Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Jumaat, 18 April 2014

Kekasih..

Best video clip ni... layan je la...



Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Rabu, 16 April 2014

Huawei..

Hari ni aku pi ofis pagi2 selepas hantar eryna.. hajat dihati nak selesaikan beberapa urusan MQA then terus sampai ke petang sebab one of my PhD student ada pembentangan proposal. Walaupun aku tgh cuti, aku still support my students bila ada pembentangan dllg.. Setelah dok leka buat kerja MQA aku pun ke bilik air ambil air sembahyang hajat nak berdhuha.. masuk ofis tanggal tudung tetiba ada org ketuk pintu.. Biasa aku malas nak buka tapi tadi cepat2 aku pakai tudung balik dan buka pintu..

Rupa2nya si Ismail Fayed, student yg nak present petang nanti.. Dia dtg nak pulangkan thesis PhD yang dia pinjam sebagai rujukan semalam.. then tetiba dia hulur satu plastik beg.. dia cakap lupa nak bagi semalam.. Semalamnya aku jumpa dia dgn sorang student PhD aku (pompuan) yg baru daftar semalam yang kebetulan kawan dia.. Bila aku ambil plastik tu aku cakap tima kasih dan dia tak perlu bawak apa2 sepatutnya untuk aku.. dia ni full time student tp aku consult dia thorugh email sahaja sebab dia kerja full time di Qatar University.. tapi dia sgt commited dgn study dia..

Aku ingatkan kotak dalam plastik tu biasanya mat arab ni bagi perfume.. aduhh.. dlm hati perfume lagi.. aku kurang sikit dgn bau perfume arab.. ada berbotol2 kat umah xlarat nak guna.. bau tak boleh ngam dgn hidung aku.. Bila aku belek2 eh.. bukan perfume... errr... la.. smartphone rupanya... terkojut den!! Sgt2 terkojut.. sebelum bukak ambik gmbr hantar kat encik hubby dulu sbb mcm tak caya..

So kat bawah ni henfon yang diberi oleh student aku tu.. bukanlah jenama mahal (kalau dapat iphone 5 mmg aku lagi pening..huhu).. Bila aku check harga under 400.. okla.. sape nak bagi henfon free kan.. boleh aku try2 best juga telefon ni.. tak de la cokia sangat.. Bila tgk review di UK org kata telefon ni sgt baik cuma sbb bahan yg digunakan tu plastik so ianya ringan dan murah... Apo-apola.. yang penting rezeki.. dan boleh aku guna utk projek android aku.. hehe..




~mel
Alhamdulillah...

Bila tiba..

Aku sebenarnya sekarang dah jarang2 layan lagu.. sebab... bila kita ubah diri kita.. sepatutnya banyak perkara yang berubah.. terutama dalam perkara-perkara yang laghaa... Walaubagaimanapun dalam kereta tu dengar juga radio sambil2 dengar traffic updates terutama untuk Jambatan Pulau Pinang. Entah macam mana tadi lagu di bawah ke udara waktu tu aku dah sampai parking offive selepas hantar Eryna.. tetiba aku duduk mendengar lagu ni sampai abis tak keluar dari kereta... Simbolik betul liriknya.. dan sangat betul.. Kadang-kadang lagu Indonesia ni lebih bagus dari lagu Melayu sebab mereka tak takut buat lirik2 yang bukan cinta manusia..  

Terkesan sungguh aku dengan lirik lagu ni.. ya mati itu pasti.. entah bila waktu kita tak tahu.. namun begitu aku berdoa semoga jika ajalku datang.. aku bermohon pada Allah agar ianya dipermudahkan bagi diriku dan keluargaku.. Semoga Allah tidak jadikan aku dalam keadaan terseksa  dan menyusahkan keluargaku dalam apa jua sekali pun.. Ya Allah.. semoga doaku ini dimakbulkan.. Amin...


Saat tiba nafas di ujung hela 
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara
Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua 
Pertanyaan...
Bila nafas akhir berhenti sudah 
Jatung hatipun tak berdaya
 Hanya menangis tanpa suara
Mati tak bisa untuk kau hindari 
Tak mungkin bisa engkau lari 
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti 
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami 
Mati....
Mati tak bisa untuk kau hindari 
Tak mungkin bisa engkau lari 
Ajalmu pasti menghampiri
Mati tinggal menunggu saat nanti 
Kemana kita bisa lari 
Kita pastikan mengalami 
Mati...

~mel

Isu..

Pagi tadi dalam email usm aku terima memo umum yang dihantar kepada semua staf berkenaan larangan berniaga di laman sosial pada waktu pejabat...  Aku pun saja-saja menghantar sebahagian dari memo tersebut sebagai status FB sebagai ramai dalam kalangan rakan FB aku dalam kalangan kakitangan awam...

Apa yang aku tulis adalah...
Baru dapat memo ni.. utk pegawai awam yang berbisnes di FB ni sila ambil perhatian
Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya. Ketua Jabatan hendaklah memberi perhatian kepada tatakelakuan yang ditetapkan dalam Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 semasa menimbang permohonan berkenaan dan hendaklah memastikan pekerjaan itu :
a) tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki melaksanakan tugas rasminya;
b) tidak dengan apa-apa cenderung menjejaskan kebergunaan pegawai itu sebagai perkhidmatan awam; dan
c) tidak dengan apa-apa cenderung bercanggah dengan kepentingan perkhidmatan awam atau menjadi tidak selaras dengan kedudukan pegawai itu sebagai pegawai khidmat awam.
 Feedback yang aku terima...



Komen aku yang last sekali tu.. just refleksi aku terhadap apa yg berlaku dalam masyarakat kita yang kadang2 lebih suka menjadikan yang tidak baik itu sebagai contoh sedangkan kita patutnya mencari jalan yang terbaik untuk kehidupan kita... mungkin suatu ketika dulu tiada kesedaran dalam diri kita.. kita selalu menilai dengan membandingkan perbuatan kita dengan perbuatan orang.. kalau orang boleh kenapa kita tidak boleh... kalau perkara tersebut baik baguslah sebab ia akan menyebabkan kita bersemangat melakukan perkara2 yang baik.. tapi ini jarang berlaku.. yang berlaku adalah kita suka banding-bandingkan perkara yang tak baik... macam zaman sekolah dulu2.. kalau kawan kita buat sesuatu kita suka pertikaikan kenapa dia boleh tapi kita tak boleh... kan..

Rasanya eloklah kita buat sesuatu mengikut hukum Islam.. kalau islam kata tak boleh tak perlu lah kita buat walaupun orang lain buat..  walaupun perbuatan kita akan nampak 'weird' dimata orang, tak mengapa asalkan ianya tidak weird pada pandangan Allah... InsyaAllah...

~mel

Isnin, 14 April 2014

Adapting...

Sebenarnya walau dah prepare physically dan mentally utk jadi single parents for the week tapi diri still feel that it is very hard to cope. Mujurlah aku tengah cuti sabatikal so boleh lah adjust slow2.  However kesihatan pulak asyik kurang baik... last week aku diserang sakit kepala yang tak henti2.. actually since the week before... tak tau la kenapa.. makan panadol pun tk jalan..  Then hari smlm waktu hubby dekat2 nak bersiap balik Tg Malim tetiba badan rasa lemah.. then ke toilet.. mula2 ingat biasa2 aje.. lepas hubby dah gerak.. aku start pi toilet.. non-stop.. pkl 9 aku dah rasa badan sgt tak larat.. mujur eryna pun keletihan.. so lepas isyak (yang aku laksanakan macam kartun sambil duduk sebab perut sakit dan bila bangun terus rasa nak ke toilet).. aku terus tidur.. tapi tak sampai sejam tidur bangun.. sakit perut.. then berulang2... badan dah lembik tapi urge to go to toilet mmg sangat tinggi.. hinggakan dalam pukul 1.30 aku terjaga sampai teraccident atas katil... aduh.. memang teruk.. 

Spjg malam macam tu.. ubat pil chi kit teck aun xde.. just mampu sapu minyak kat perut, nak turun bawah minum air atau buat teh pekat mmg tak larat langsung nak jalan..apa lagi nak turun tingkat bawah..  so aku just baring.. tidur2 ayam.. sampai pagi.. 

Pagi2 barulah ke Juara mart dekat rumah cari ubat... beli roti... then Zzzz.. Siang ni badan still lemah tapi oklah mungkin ubat dah bertindak.. sebotol aku belasah telan.. berjalan masih terhoyong hayang.. tapi dah kurang ke toilet dah... Tu lah kan.. time incik hubby ada takdela pulak aku sakit2 sangat.. yg peliknya entah apa yg buat aku sakit perut.. makan sama jer dgn encik hubby.. xde pulak makan benda lain2.. 

Tapi I have to admit that perut aku mmg kurang tahan sikit... mudah sangat sakit.. tak boleh silap makan.. that's why aku selalu avoid makan yg telah bermalam.. makanan yg dah simpan dlm peti ais.. sbb aku mmg tak tahan.. hubby ku jenis taksuka makanan yg sejuk.. kalau boleh nak makan makanan yg baru masak.. aku pulak tak boleh makan benda2 bermalam @ lama.. so tak jadi masalah sgt sebab perlu makan makanan segar kedua2nya.. yang semalam2 punya mmg tak baik utk perut aku..

anyway.. harap2 dah oklah perut aku.. hari ni eryna lepak rumah je la.. teman mummy yang suam-suam kuku keletihan.. sambil tgk iPad cerita Pingu.. huhu... 

p/s Gambat di atas #selfie semalam... 


~mel