Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 30 September 2010

Episod Cucian..

Dah lama aku bercadang nak menulis entri ni.. tapi kesuntukan masa menyebabkan terpaksa delay.. Since aku keluar hospital selepas 16 hari dirawat, satu episod yg perlu aku lalui setiap hari sehingga hari ini ada mencuci luka di perut. Semasa aku di discharged dari hospital pada minggu kedua bulan puasa, luka diperutku masih belum baik.. masih sgt belum baik.. Tapi disebabkan aku memang sudah tak tahan tinggal di hospital (walaupun doktor menggalakkan aku stay dlm wad).. aku keluar jugak. So since aku keluar dari hospital dgn keadaan luka masih belum sembuh.. aku terpaksa melakukan cucian setiap hari. Pada mulanya sebelum aku habis pantang 44hari, nurse dari Klinik Kesihatan Bukit Jambul datang utk melakukan cucian di rumah aku. Tiap2 hari bertukar nurse tapi xpelah coz diorg dtg.. bila diorg dtg diorg tinggalkan kat aku beberapa peralatan cucian sebab lebih baik cucian dilakukan dengan lebih kerap. Dan kadang2 bila aku mandi, walaupun bahagian luka tu aku tutup dgn plastik, kdg2 air boleh masuk juga dan menyebabkan 'gauze' yg menutup luka tu basah. So terpaksalah tanggal dan cuci semula. Jadi bila malam, biasanya hubbyku yg melakukan cucian tersebut..

Sebenarnya time cuci tu tak de la sakit pun.. cuma ada rasa sakit/pedih sikit2 sebab cuci guna saline semata2. Cuma mula2 lepas keluar hospital tu luka tu masih teruk.. mmg menyebabkan aku takut.. Apa tidaknya, walaupun luka telah ditutup tapi darah masih banyak.. dan bila aku mengereng ke kanan..darah akan meleleh ke kanan.. bila mengereng ke kiri.. darah meleleh ke kiri.. walaupun pernah di operate sebelum ni, mmg tak pernah aku alami situasi sebegini.. situasi yg amat menakutkan. Tiap2 hari aku terpaksa tukar cadar kerana bila aku bangun pagi cadar dah terkena fresh blood. Tapi mujurlah tiada nanah yg keluar.. sbb kalau nanah yg keluar mmg aku dalam keadaan bahaya.

Selepas habis pantang.. nurse bahagian ibu dan anak dah xboleh dtg melawat... so terpaksalah tiap2 ptg hubby membawaku ke klinik utk dicuci. Pernah satu hari serog nurse bg cadangan utk tukar gauze yg dilekatkan kat atas luka aku tu dgn jenis baru sbb darah non-stop.. tapi gauze tu xboleh bukak selama 3 hari.. tapi disebabkan darah terlalu banyak keluar.. gauze yg melekat kuat tu terbuka dgn sendirinya sbb tak mampu menahan pengeluaran darah.. Actually aku mmg takut masa tu.. takut sangat.. aku rasa mcm tak akan baik2.. Especially bila lihat ada bahagian yg terkeluar dari kawasan luka tu yg menyebabkan sukar utk luka tersebut tertutup..

Beberapa hari sebelum raya tempohari sepatutnya aku sudah mula bekerja. Doktor pakar yg merawat di hospital predict patutnya by raya luka dah ok.. tapi bila aku pergi time tu.. luka belum ok.. jadi doktor tambah lg cuti 2 minggu.. waktu raya pun aku xjalan sgt ke mana2.. maklumla dalam keadaan belum begitu ok.. raya pun jadi kurang menarik.. nak jalan kena fikir 4-5 kali..

Tapi alhamdulillah.. setelah beberapa lama, akhirnya sekarang ni hampir ok dah luka tu. Walaupun belum 100% ok.. tp rasanya luka dah tertutup. Aku pun dah tak pergi ke klinik kesihatan utk cuti since cuti raya. semuanya buat di rumah. Kalau hubby kerja.. aku cuci sendiri.. guna cermin utk lihat. So dapatlah aku tgk perubahan. Insyaallah aku rasa by minggu depan semuanya akan ok seperti sediakala.. dapatlah aku mandi dgn selesa.. sekarang ni bila mandi aku still tutup perut dgn plastik untuk pastikan tak kena air lagi.. rasa mandi pun tak puas.. tapi okla.. bersyukur dgn apa yg mampu dilakukan..

Kat bawah ni alatan yg digunakan utk mencucui luka kat rumah.. Banyak jugak duit aku habis utk beli gauze, kapas, antibacterial gel, plaster dan sebagainya. Tapi tak mengapa, as long as aku sembuh. Sekarang ni aku dah rasa sihat, walaupun aku try gak control diri aku supaya jgn aktif sgt.. tapi tu la..bila badan dah rasa sihat.. mula la aku rasa aku tak reti dok diam.. ishhh...


alatan mencuci
Kapas yg akan dibasahkan dgn saline. Penyepit tu tak guna sangat.. guna tgn lagi senang.

alatan mencuci
Gel, kapas, ubat ponstant utk tahan sakit...

saline
Sebotol saline besar diberikan oleh doktor klinik kesihatan bukit jambul..


Anyway.. apa2 pun semua ini pengalaman... dugaan Allah pada aku dan suamiku...

~mel

Ahad, 26 September 2010

Suamiku...


Suamiku..., originally uploaded by melati.a.

Suamiku ada kegemaran yg dipupuknya since kami kawen.. iaitu ber gardening.. Pokok2 yg ditanam suamiku pada mulanya mcm xberapa nk memberangsangkan.. tp skrg ni nmpknya sgt subur.. Salah satu acara yg dilakukan oleh suamiku adalah menukar2 tmpt perletakan pasu2 pokok tanamannya dari luar rumah.. ke dlm rumah.. smpi ke bilik air & toilet..

Di atas tangki toilet mmg sentiasa bertukar jer pokok. Sampaikan pokok pine kecik pun pernah bermastautin atas tangki toilet tu.. Semlm ketika aku masuk toilet utk menghilangkan tekanan perut.. tetiba aku terkejut beruk!! Mujur tak terrr....... Aku nmpk benda terjuntai kt blakang toilet tu..aku terimajin cam ular. Maklumla aku pernah jumpe spesis tu kt umah ni.. Rupa2 nya suamiku letak pokok terjuntai dari atas ke bawah lantai.. haishhh buat aku gabra jer kejabbb!!!

~mel
pokok apelah pulak lepas ni diletak dak @fullfilth atas tangki toilet tu.. huhu..

Rabu, 22 September 2010

2 bulan


2 bulan, originally uploaded by melati.a.

Tadi kami ke KK Bukit Jambul utk cucuk imunisasi Eryna utk 2 bulan. Nampaknya berat badan Eryna dah bertambah dari 2.6kg pada last timbang yg direkod.. hari ni dah 4.1kg. Patutla dah lenguh tgn mummy bila dukung Eryna sebelah tangan. Masa Eryna mula2 lahir hari tu doktor siap suruh bagi Appeton Infant Drops supaya Eryna mengisap lebih bnyk. Tak sempat habis pun drops tu pasal aku kesian nk bg kt Eryna sbb dia xsuka. Bila bg dia nangis, kalau tidak pun dia buat muka pelik..

Anyway.. syukur alhamdulillah.. setakat ni nampaknya perkembangan Eryna nampak bagus. Harap2 anak mummy akan sentiasa ok.. harap2 Eryna tak demam hari ni sbb misi ckp biasanya cucuk ni akan mnybbkan baby demam..

~mel
cepat besar yer anak mummy..

Selasa, 21 September 2010

Ziarah Hari Raya...

Alhamdulillah.. pada petang hari raya kedua kami berpeluang utk menziarahi pusara ayahanda & bonda.. Walaupun tidak dapat melakukan ziarah pada pagi hari raya pertama seperti kebiasaan tapi ziarah ini sedikit sebanyak mengubat rindu pada insan2 tersayang yg telah pergi menemuiNya. Tahlil yg diketuai oleh saudara kandung sendiri sememangnya menusuk ke jiwa.. moga kalian berbahagia di sana kerana ada darah dagingmu yg mampu berbuat demikian. Syukur alhamdulillah.. rasanya itu adalah impian setiap ibu bapa.. punya anak yg mampu mendoakan melakukan tahlil sendiri buat mereka...

Ketika berada di sana, kesedihan masih terasa.. baru setahun lepas mak pergi.. rasa macam baru semalam.. kerinduan pada mak mmg masih sentiasa membara.. terutama bila tiba hari raya begini.. kesyahduan amat terasa.. Ini kali kedua beraya tanpa mak.. apa2 pun aku tahu.. aku pasti mak berbahagia di sana.. dengan ilmu yg mak tinggalkan pada kami.. ilmu yg mak tinggalkan pada anak2 murid mak.. insyaallah tentunya ianya jadi bekalan buat mak di sana. lebih2 lagi jika ilmu tersebut digunakan oleh insan2 tersebut. Masih ku ingat.. masa aku masih kecil.. mak sering mengutarakan bahawa dia ingin sekurang2nya salah seorang anaknya menjadi guru.. Alhamdulillah.. impian mak tercapai.. malah aku rasa bertuah kerana aku adalah pendidik guru.. mendidik insan2 untuk membentuk insan2 berguna di muka bumi ini... Bertuahnya aku kan..

Airmataku tetap menitis di pusara insan kesayangan ku.. terutama ketika ingin melangkah pergi... rindu akan tetap bersamaku.. dan tak mungkin rindu ini akan terpadam...


ziarah..1
Tahlil di hadapan pusara..

ziarah..
Kali pertama suamiku menyertai kami...

ziarah..
Ahli keluargaku..

Menziarahi kubur
Aku (baju hitam merah) mendukung eryna... (p/s gambar cilok flickr hubby @fullfilth :P)


Semoga bersua lagi di lebaran akan datang...

~mel

Isnin, 20 September 2010

baju dari Jepun..

baju dari Jepun..

Sebelum balik beraya ke Gombak tempohari, kawanku Fatin yg bekerja di negara matahari terbit bgtau dia akan pulang ke tanahair utk berhari raya dan nk berjumpa dgn kami di KL b4 dia balik ke Kedah. Namun malangnya xdpt nk arrange prtemuan b4 raya sbb kesuntukan masa & kami berselisih di jlnn.. aku baru nk blk kl, dia pulak otw ke kedah..

Walaubgmana pun.. pd hari khamis sblm kami blk ke penang, fatin gtau dia dh ada di kl tp xde kenderaan utk ke mana2.. kebetulan hari jumaat kami agak free, so ptg tu kami ke rumah kakak fatin di Aman puri Apt, Kepong. Sambil2 tu beraya sekali kt sana. Rupa2nya fatin ada belikan baju utk Eryna dari Jepun.. cantik sungguh!! Bertuah Eryna.. :) Tapi kena tunggu Eryna besar sikit baru boleh pakai.. maklumla Eryna ni comey lote org nyer.. :P

Thank You so much Fatin @fafahd.. susah2 je.. tp kalau xsusah beli la lg.. hehehe..

~Mel

Sabtu, 18 September 2010

Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. tahun ini aku masih dipanjangkan umur dan berpeluang menyambut Syawal bersama2 keluarga tercinta dan dimeriahkan lagi kehadiran Eryna Zulaikha.. puteri kesyanganku.. Walaupun diriku masih belum pulih 100% tetapi aku bersyukur perkembangan kesihatanku menunjukkan tanda2 positif sejak akhir2 ini..

Pada 16/9 iaitu pada cuti hari Malaysia, alhamdulillah kami telah mengadakan kenduri aqiqah Eryna dan juga sambutan hari raya aidil fitri bersama2 keluarga. Segala2nya telah berjalan lancar dan terima kasih kepada kawan2 yg sudi hadir ke majlis tersebut.

Aku, hubby @fullfilth & baby @erynazu

Sepanjang sessi penggambaran eryna tidur jer.. :)

Comelnya sayang mummy..

Hmm.. mummy cium banyak kali pun tak sedar..

Eryna bersama peminat2 tegar :D (Alamak ada org tegur aku dah double chin skrg... errr.. nak kena start diet pulak lepas ni.. :P)

papa & eryna.. i love u both soo much..

Walaupun luka di perutku masih belum fully recovered tp aku dah rasa agak sihat.. cuma sekali sekala terasa keperitan & menyucuk di bahagian perut di mana darah beku masih ada. Kata doktor proses utk darah beku (hematoma) utk ok adalah up to 6 bulan.. so dlm jangkamasa tersebut terpaksala aku tanggung sikit sebanyak rasa sakit.. Doktor ada bekalkan ubat tahan sakit tp aku tak de makan sgt.. aku tak nak bergantung sgt pada ubat tahan sakit tu..

Anyway.. alhamdulillah aku syukur sgt things nampaknya makin ok.. back to normal.. harap2 everything will be all good tak lama lagi.. insyaallah.. aku plan nak start kerja awal bulan 10.. dah book nursery eryna start 1/10.. aku skg ni masih on MC yg diextend dari cuti bersalin aku yg habis sebelum raya tempohari.. Apa2 pun aku bersyukur.. ada hikmahnya semua ini.. dapat juga aku jaga eryna hingga berumur 3 bulan sebelum dihantar ke nursery.. kalau tidak..dua bulan dah kena hantar.. :)

lastly.. salam lebaran... semoga hari2 yg mendatang lebih bermakna buat kita semua.. AMINN..

~mel




panas..


panas.., originally uploaded by melati.a.

Eryna sembunyi bawah saputgn sbb panas matahari dlm kereta. Kami otw pulang ke Penang setelah berhari raya di Gombak.. Selamat Hari Raya & Maaf atas segala keterlanjuran kata..

~Mel

Isnin, 6 September 2010

Ahad, 5 September 2010

raya..


raya.., originally uploaded by melati.a.

Dah lama tak menulis kt blog ni.. nak kata xde masa.. ade.. just agak malas since keadaan kesihatan diri sendiri yg up & down.. dah bnyk kali berhajat nk menulis tapi disebabkan kalau mengadap laptop terpaksa mengiringkan badan utk menaip, kansel je la.. Luka di perutku masih belum pulih.. cuma baru sehari dua ni darah dah kurang, sebelum ni darah sentiasa meleleh keluar dari bandage dan klu aku baring mengiring mnybbkan cadar katil aku bertompokan dgn darah.. tu yg aku malas tu.. nak kena tukar cadar pulak..

Anyway sehari dua ni bandage dah kurang dibasahi darah.. alhamdulillah.. cuma ada problem yg perlu aku bincang dgn doktor selasa ni b4 balik raya.. Tentang raya.. klu thn lepas mmg bnyk aku shopping utk raya, thn ni nmpknya aku xshopping sgt.. maklumla dlm keadaan aku cam ni.. First aku gi shopping dgn hubby last week, nak cari baju kurung & baju melayu raya di Kompleks Bukit Jambul. Oleh sbb dh tau satu butik yg mmg harga baju ok & jahitan mantap so kami terus ke situ jer.. Pilih2.. cuba & balik. Yang paling susah nk cari tudung yg sesuai.. Jln kejab jer time tu aku dh penat.. so terus blk lps beli baju.. Kali kedua keluar gi QBmall cuti merdeka.. beli kereta sorong & baju raya Eryna + baju raya utk Aliff. Time tu mmg dh sound awal2 kt hubby kena kluar awal2 takut jem + xde parking.. alhamdulillah mujur kluar awal, time kitorg balik mmg parking penuh + jln nk masuk QBmall jem.. Kali ke3 aku kluar smlm gi Giant nk beli brg2 rumah.. Kat Giant mcm2 beli.. tapi bila tgk kuih raya.. alahai kurang berkenan.. mmg thn ni xdpt nk beli kuih raya yg best2 pasal aku terperam kt umah..last2 aku capai beberapa bahan kot2 nk wat kuih kt umah..

So.. endup tadi aku buat dua balang biskut arab berkurma.. buat tu pun berhenti2 gak coz dgn eryna yg nk susu dllg.. tp last2 siap jugakla.. memula hubby xde gi basuh kereta.. bila dia blk baru smooth sikit wat kuih coz dia layan sekecik tu.. anyway kt atas tu la kuih aku buat td.. rasa2 nya tu je la satu2nya kuih yg aku buat.. huhu.. kalaulah aku ni suri rumah sepenuh masa & sihat.. rasanya aku buat jer kuih raya sendiri + baju raya aku jahit sendiri.. tapi nmpknyer lmbt ler lg aku nk jd surirumah sepenuh masa.. tunggu pencenla jwbnya..huhu..

~mel
baru jer ada mood raya..