Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 30 September 2010

Episod Cucian..

Dah lama aku bercadang nak menulis entri ni.. tapi kesuntukan masa menyebabkan terpaksa delay.. Since aku keluar hospital selepas 16 hari dirawat, satu episod yg perlu aku lalui setiap hari sehingga hari ini ada mencuci luka di perut. Semasa aku di discharged dari hospital pada minggu kedua bulan puasa, luka diperutku masih belum baik.. masih sgt belum baik.. Tapi disebabkan aku memang sudah tak tahan tinggal di hospital (walaupun doktor menggalakkan aku stay dlm wad).. aku keluar jugak. So since aku keluar dari hospital dgn keadaan luka masih belum sembuh.. aku terpaksa melakukan cucian setiap hari. Pada mulanya sebelum aku habis pantang 44hari, nurse dari Klinik Kesihatan Bukit Jambul datang utk melakukan cucian di rumah aku. Tiap2 hari bertukar nurse tapi xpelah coz diorg dtg.. bila diorg dtg diorg tinggalkan kat aku beberapa peralatan cucian sebab lebih baik cucian dilakukan dengan lebih kerap. Dan kadang2 bila aku mandi, walaupun bahagian luka tu aku tutup dgn plastik, kdg2 air boleh masuk juga dan menyebabkan 'gauze' yg menutup luka tu basah. So terpaksalah tanggal dan cuci semula. Jadi bila malam, biasanya hubbyku yg melakukan cucian tersebut..

Sebenarnya time cuci tu tak de la sakit pun.. cuma ada rasa sakit/pedih sikit2 sebab cuci guna saline semata2. Cuma mula2 lepas keluar hospital tu luka tu masih teruk.. mmg menyebabkan aku takut.. Apa tidaknya, walaupun luka telah ditutup tapi darah masih banyak.. dan bila aku mengereng ke kanan..darah akan meleleh ke kanan.. bila mengereng ke kiri.. darah meleleh ke kiri.. walaupun pernah di operate sebelum ni, mmg tak pernah aku alami situasi sebegini.. situasi yg amat menakutkan. Tiap2 hari aku terpaksa tukar cadar kerana bila aku bangun pagi cadar dah terkena fresh blood. Tapi mujurlah tiada nanah yg keluar.. sbb kalau nanah yg keluar mmg aku dalam keadaan bahaya.

Selepas habis pantang.. nurse bahagian ibu dan anak dah xboleh dtg melawat... so terpaksalah tiap2 ptg hubby membawaku ke klinik utk dicuci. Pernah satu hari serog nurse bg cadangan utk tukar gauze yg dilekatkan kat atas luka aku tu dgn jenis baru sbb darah non-stop.. tapi gauze tu xboleh bukak selama 3 hari.. tapi disebabkan darah terlalu banyak keluar.. gauze yg melekat kuat tu terbuka dgn sendirinya sbb tak mampu menahan pengeluaran darah.. Actually aku mmg takut masa tu.. takut sangat.. aku rasa mcm tak akan baik2.. Especially bila lihat ada bahagian yg terkeluar dari kawasan luka tu yg menyebabkan sukar utk luka tersebut tertutup..

Beberapa hari sebelum raya tempohari sepatutnya aku sudah mula bekerja. Doktor pakar yg merawat di hospital predict patutnya by raya luka dah ok.. tapi bila aku pergi time tu.. luka belum ok.. jadi doktor tambah lg cuti 2 minggu.. waktu raya pun aku xjalan sgt ke mana2.. maklumla dalam keadaan belum begitu ok.. raya pun jadi kurang menarik.. nak jalan kena fikir 4-5 kali..

Tapi alhamdulillah.. setelah beberapa lama, akhirnya sekarang ni hampir ok dah luka tu. Walaupun belum 100% ok.. tp rasanya luka dah tertutup. Aku pun dah tak pergi ke klinik kesihatan utk cuti since cuti raya. semuanya buat di rumah. Kalau hubby kerja.. aku cuci sendiri.. guna cermin utk lihat. So dapatlah aku tgk perubahan. Insyaallah aku rasa by minggu depan semuanya akan ok seperti sediakala.. dapatlah aku mandi dgn selesa.. sekarang ni bila mandi aku still tutup perut dgn plastik untuk pastikan tak kena air lagi.. rasa mandi pun tak puas.. tapi okla.. bersyukur dgn apa yg mampu dilakukan..

Kat bawah ni alatan yg digunakan utk mencucui luka kat rumah.. Banyak jugak duit aku habis utk beli gauze, kapas, antibacterial gel, plaster dan sebagainya. Tapi tak mengapa, as long as aku sembuh. Sekarang ni aku dah rasa sihat, walaupun aku try gak control diri aku supaya jgn aktif sgt.. tapi tu la..bila badan dah rasa sihat.. mula la aku rasa aku tak reti dok diam.. ishhh...


alatan mencuci
Kapas yg akan dibasahkan dgn saline. Penyepit tu tak guna sangat.. guna tgn lagi senang.

alatan mencuci
Gel, kapas, ubat ponstant utk tahan sakit...

saline
Sebotol saline besar diberikan oleh doktor klinik kesihatan bukit jambul..


Anyway.. apa2 pun semua ini pengalaman... dugaan Allah pada aku dan suamiku...

~mel

2 ulasan:

  1. Pengalaman yg menjadikan kita lebih matang dan merapatkan hubungan... mengikat lebih rasa sayang.. semoga cepat sembuh sepenuhnya ya...

    BalasPadam