Jumaat, 31 Disember 2010

Goodbye...


Last day of 2010.. esok akan bermulanya tahun baru.. tahun 2010 telah kulalui dgn pelbagai pengalaman.. Satu tahun di mana pelbagai cabaran ditempuhi.. dugaan demi dugaan mendatang.. Tahun 2010 di mana pertama kalinya kami hidup bersama melengkapi setahun.. Eryna Zulaikha hadir menyinari hidup kami.. Lahirnya Eryna juga banyak mengajar diriku erti kesabaran.. dugaan setelah bersalin yg amat perit aku rasakan.. kekecewaan melanda diri akibat tak mampu menyusukan eryna sepenuhnya dari awal.. Kesakitan dan keperitan itu ada yang mampu kuceritakan di blog.. ada yang ku pendam sendiri dan hanya Allah maha mengetahui detuk-detik sukar itu.... tapi pengalaman itu benar2 mengujiku.. Di penghujung tahun 2010.. baru aku rasa lega.. dugaan dan cabaran itu telah berlalu..

Selamat Tinggal 2010.. Selamat datang 2011.. Munculnya tahun baru ini kami nantikan dengan penuh harapan.. dengan penuh doa semoga cita-cita kami sekeluarga akan termakmul.. moga impian bukan lagi hanya impian.. semoga impian itu bisa jadi kenyataan...

Ya Allah.. syukur kami dipanjangkan usia untuk menghirup udara segarmu.. moga kau panjangkan usia kami untuk mendidik dan membesarkan anak-anak kami menjadi hambamu yang bertaqwa... AMIN.. ya rabbal-alamin...


~mel
mohon maaf dipinta atas segala keterlanjuran kata...

Sambal Bacang..


Sambal Bacang.., originally uploaded by melati.a.

Pagi td aku & hubby ke Pasar Tmn Tun Sardon kat Gelugor.. inilah first time kami ke sana. Selalunya kami pi Pasar Seb Jaya.. which is my favourite pasar..Bg aku pasar tmn tun Sardon ni okla, biasa jer tp brg lagi mahal...

Pendek citer, time aku tgh dok beli sayur aku ternampak kt gerai tu ada buah bacang.. Lama sungguh xmkn.. so aku pun capai sebijik.. 80sen. Nmpk buah cantik, hrp2 kt dlm elok sbb biasanya buah bacang ni buruk kt dlm..

Anyway, time hubby gi jumaat, aku masak nasi, kari ayam & tumbuk sambal bacang.. sambal kena tumbuk dlm lesung... blend xbest..fuhhh.. sgt menarik utk dimakan.. Ulam kacang botol.. Lepas Jumaat.. makan.. nasi licin.. lauk licin... rugi pulak rasanya beli sebijik jer buah bacang tu td..

~mel

Khamis, 30 Disember 2010

Anak popeye..


Anak popeye.., originally uploaded by melati.a.

Hihi.. tgklah gambar Eryna tidur tu.. cam anak popeye jer.. dulu2 bila tgk citer popeye baby dia yg merangkak tu kan pakai baju cenggini..macam gaun labuh tutup kaki.. bila anak popeye tu merangkak nampak kain terjulur jer kat blakang.. ingat x? hihi..

Suka aku tgk Eryna pakai baju ni.. yg penting kaki dia tersorok dlm baju.. xyah pakai socks.. Eryna ni tidur nk beraircon.. panas jer asyik terjaga2.. aku selalu risau sbb dia tidur lasak.. suka tendang selimut.. pakai baju ni aku rasa secure sikit.. :P

Baju ni murah jer.. kebetulan terjumpa sales kat QueensbayMall.. 3 helai RM11 jer.. berbaloi2.. kan..

Email..

Hari ni pagi2 aku dah bengang.. Ada sorang lecturer kaflamyanga ni mintak nak ngajar course aku.. Aku penyelaras course tu.. so bila dia mintak and Prof. Fong yg team teaching dgn aku utk ngajar course ni ckp ok la kita terima dia.. aku pun buatla instructional planning utk semester ni yg baru.. pasal aku dah buat sebelum ni and dahpun hntr kat Timbalan Dekan aku awal2 hari tu.. Bila dah siap, aku hntr email la kat mamat ni.. tetiba pagi ni dia cakap..dia xnak ajar topik yg aku bagi kat dia sbb topik tu tak selaras dgn apa yg dia ada difikiran dia untuk diajar pada student.. dia suh aku tukar topik dan cakap salah satu topik dlm lecture tu tak valid.

Bengang betul aku! Bila baca aku terus nak balas.. tengah2 dok karang email.. Prof. Fong call aku.. dia pun bengang.. dia cakap ade ke patut mamat ni suh kita tukar topik? Dia nak ngajar subject yg kitorg expert.. dia bukan latar belakang ICT.. tp nak ikut suka2 hati dia tak ikut silibus.. lega aku bila Prof Fong cakap camtu.. Prof Fong ckp nnt dia nak dtg ofis aku bincang.. Akupun ckp ok.. Tunggu punya tunggu dah lunch aku pun kuar.. After lunch.. baru Prof Fong dtg bilik aku.. dia siap sound kat aku.. mamat tu banyak kabel.. kalau layan dia nanti entah2 dia adu kat sape2 yg kitorg ajar tak valid sedangkan dia yg xfaham course tersebut.. Silap2 nnt dia bawak cerita pasal kitorg.. So Prof Fong cakap.. keluarkan saja dia, jgn terima dia ngajar subjek tu.. kebetulan pulak time Prof Fong dtg tu, aku tgh tulis email kat bawah ni.. so dia cakap.. dia setuju dgn apa yg aku cakap.. yess!!

Aku bukan apa.. walaupun Prof Fong ni chinese tp dia banyak tolong aku.. banyak guide aku dgn kehidupan sbg lecturer di USM ni.. Bukan nak puji.. tp mmg aku respek kat dia.. dan dia pun kalau ada projek dia akan masukkan aku sekali supaya aku dapat experience.. Which org melayu pun xbuat cam tu kat aku..

Anyway.. email kat bawah ni aku hantar kat kaflamyanga tu... straight forward.. dan dia pun dah balas yg dia terima yg aku tak nak dia mengajar course aku... yieeehhhhaaaa... yess!!

Ini emailnya..

Dear T*****,

As you offered to teach the course and to be able to teach a course u MUST
be able to teach the content provided. If u are not able to do Week 7-9,
then I think you shouldn't lecture in the course at all. I understand if u
want to teach new technologies to the students but u should also consider
the teaching environment that they are going to enter after they graduated. I am
also tempted to teach them new technologies, however I believed they should
be equiped with basics knowledge in ICT first before anything else.
Moreover, the topics are inline with the projects for the course and
lectures are the medium to equiped students with the theories that support
the projects. As the coordinator of the course, I think lecturers that teach
ICT IN EDUCATION should be able to teach the topics mentioned in the course
outline.

As you are not able to do the topics given, I'm sorry to say that you have
to teach other courses that related to your expertise.

Thanks for your interest in teaching the course.

p/s Prof. Fong, I'll send you a new Instructional Plan (the one that I
previously prepared for the course, TQ).



hehe.. mcm jahat jer ayat aku.. tapi alhamdulillah.. walaupun skrg akan mngajar dgn prof fong jer tapi aku rasa ok.. daripada nak fikir pasal org yg tak tau pasal topik yg nak diajar.. baiklah aku buang sebelum menyusahkan kepala otak aku nanti..

~mel

Rabu, 29 Disember 2010

Lunch..


Lunch.., originally uploaded by melati.a.

Haishh.. agak geram sbnrnya sbb tgh lapar.. tp Anjung Semarak xde nasi sbb smlm xde air.. ada ke patut..

Bukit Merah..

Perghh..huhu

Last week aku cuti hari Khamis & Jumaat.. hajat hati sebenarnya nak relaks2 habiskan cuti tahun aku yg berlambak + gi massage dan sebagainya. Tapi tetiba kakak aku call ckp anak2 dia sibuk nak bercuti sbb since cuti sekolah derang tak ke mana2. Dia tnya pendapat aku nak gi ke mana.. memula dia ckp nak ke Lost World of Tambun.. tp sebab dia cadang nak balik hari dari rumah aku di penang, aku cadangkan pergi Bukit Merah lagi dekat.. So, kakak aku & family datanglah hari Rabu last week.. hari Khamis kami ke Bukit Merah.. Oleh kerana hubby tak cuti..so aku tak bawakla si gebuss eryna.. tinggal di nursery je.. Kalau hubby ikut ofcoz aku bawak sekali...Kami pergi pagi dan sampai rumah ngam2 utk ambil eryna di nursery...
So layan je la gambar2 di bawah sebab aku tgh malas nak menulis.. hihi... gambar cilok ni.. sebab cantik aku rasa... hihi


Ngade2 betul aliff ni.. siap konon2 tidur.. aku adalah rasa gayat... haha..


Best jugak Bukit Merah ni.. harga package utk satu keluarga 2 dewasa 2 kanak2 adalah RM88. Kanak2 umur bawah 12thn atau yg kurang 90cm tak perlu bayar.. Tapi kalau dah lebih 90cm.. umur 3 thn pun kena bayar jugak yer... Walaupun enjoy kat sana.. tp sebab hubby & eryna xde xbesh sgtlaa.. kalau hubby ade sure aku ajak dia naik gelongsor air.. yg aku naik dgn anak buah aku si syirah. Best giler... huhu..sila rujuk gambar di bawah.. :D

Best.. best.. tapi sakit montot terkena bumper kat gelongsor tu... :D

This week dah start kerja... kelas dah start.. supervision dah start.. so.. off holiday mood until the time comes...


~mel

Selasa, 28 Disember 2010

Tips Untuk Penjual Online..

Actually dah lama aku berhajat nak tulis tentang topik kat atas.. tapi masa tak mengizinkan.. Aku ni memang skrg ni banyak shopping online.. dari tudung.. baju.. kek lapis.. alat2 jahitan.. ishh macam2 la.. Bukan ape.. senang shopping online ni.. xyah susah2 nak ke shopping compleks.. walaupun pergi jugak shopping compleks tp kurang dah membelinya..

Tapi tula.. walaupun aku suka beli online.. aku tak suka di tag.. ecpecially kat fb.. sbbnya nnt kuat kat page aku.. muka aku jadi tudung, jadi kek, jadi baju.. eeeiii sgt2 tak suka.. Ok kat sini aku nak senaraikan mende2 yg aku tak suka bila membeli belah online.. harap2 dpt jadi panduan kat penjual2 di alam cyber sana tu..

  1. Aku tak suka di tag.. haa.. ramai org lain pun tak suka kan.... penjual biasanya akan mention: "feel free to remove tag..".. mmg la boleh remove tapinya kalau dia tag nama lime belas org.. jenuh nak cari nama kita.. pastu kena tag sepuluh kali.. mmg buang masa remove tag!! So, utk penjual.. tak yah susah2 tag nama org.. tag nama sendiri sudahla..@ nama2 penjual lain.. sbb bila tag diri sendiri akan keluar dlm new feed jugak.. tp jgn tag semua gambar.. tag jer satu gambar hari ni.. esok lg satu.. so nnt akan keluar tiap2 hari barang anda dlm news feed..
  2. Jangan set gambar private -Aku selalu browse bila tgk kat newfeed fb dan kadang2 tu bila friends kita kena tag.. boleh la browse kat gambar bukan friends utk tgk gmbr tu.. Cuma yg aku pelik.. ada gak penjual yg set gambar dia private... laaa lepas tgk satu gmbr terus xleh tgk dah.. kalau nak menjual suppose gambar kena letak semua org boleh tgk walaupn akaun kita to friends only.. camne nak luaskan pasaran kalau friends jer yg boleh tgk gmbr tu..
  3. Jangan sombong - ada gak penjual yg sombong sket.. mcm2 syarat dia kenakan pd pembeli.. siap bg amaran lagik.. ish ish.. may be ada pengalaman buruk dgn pembeli.. tp tu la kan.. kdg2 ayat2 amaran tu menyebabkan org cam aku takut nak membeli.. sbb mcm terhegeh2 aku nak kena ikut terms and condition dia.. sdgkan duit aku yg keluar dulu.. kalau duit aku tak sampai kat dia.. xyah la poskan? sbnrnya sistem cam ni penjual xde rugi apa2 sgt.. kecuali kalau org tu dah book xbayar.. rugi masa je laa.. Tapi cam aku mgm xde book.. kalau aku suka dan nak beli.. aku terus mintak particulars dan bayar immediately.. book book ni tak mainlaa.. kalau ada duit beli.. kalau xde xyah!! senang cerita..
  4. MESTI letak harga - Aku cukup bengang bila tgh browse2 gambar tp tak de harga... bila ada org tanya, penjual akan cakap.. I PM u.. lerr... tak patut betul.. kalau nak jual letaklah tanda harga.. macam kat kedai..xyah susah2 org nak tanya.. info tu kena jelas.. berapa postage.. ukuran..dllg.
  5. SOLD-OUT - kalau mende tu dah sold-out.. sila tulis besar2 atau remove dari album/ gmbar brg yg nak dijual.. jgn bila kita tanya.. baru cakap.. "Dah Sold-out dear.."
  6. Tolongla bagi feedback seberapa segera.. nak jual online kena at least 3 kali sehari check pesanan.. ini kita hantar form (yg kdg2 susah nak isi tu) hari ni.. nak dpt feedback 4-5hari baru dapat.. apa kess?? Dan kalau dah terima duit sila la inform kat pembeli.. ni idak.. bila pembeli masuk duit.. cpt2 suh bg particular.. bila dah dpt duit.. penjual senyap jer.. gabra jugak pembeli.. kang lesap pilak duit!! walau xpernah jadi kat aku.. tp pernah sekali penjual tu senyap seminggu lepas aku bayar.. bila dah seminggu xde aku message.. dia cakap.. DIA LUPA nak inform yg baju aku nak tu ada rosak sikit.. So TAK JADI hantar.. Aku terus ckp dia.. xpe.. pulangkan duit aku skrg jugak.. mujur dia pulangkan terus & pastu aku terus remove friend.. mmg aku tak suka cam tu.. so xmo berurusan dah pastu..
  7. POS as soon as u can.. meaning ASAP.. Bila org dah bayar, cuba pos secepat mungkin.. sbb org tu dah keluar duit.. Lainla kalau mmg dah gitau, next week baru boleh pos.. xdela pelanggan tertunggu2.. kan?
  8. Err.. xde dah kot..huhu..

Actually ramai penjual online yg sgt bagus kat sana.. Aku suka order coklat kat Maputeri Coklat.. she is the best!! aku suka beli tudung kat Ainz E-Shop, Ida Sidek, Suzita Shaari, dllg laa... haha.. kalau nak senarai..mmg pjg.. sbb kat macam2 tmpt aku dah beli..

Apa2 pun utk kedua2 penjual dan pembeli online berhati2 lah.. jgn main belasah jer semua... takut2 ada yg ambil kesempatan...kan.. dunia ni mcm2..

~mel

Makin lasak..


Makin lasak.., originally uploaded by melati.a.

Eryna akan masuk 6 bulan pd 9/1/2011.. td kami ke GH, bawa eryna ke appoinment di Klinik Paedetrik, GH Penang.. maklumla masa lahir dulu ada problem sket.. Td time jumpa doc xde ape2 problem, cuma walaupun kuat menyusu doc ckp tumbesaran eryna masih belum cukup..so doc suggest tukar susu Novalac yg ada apa tah (kertas yg tulis td ada kt hubby).. Just bg susu tu selama sebulan jer.. pastu smbg susu biasa semula..

overall bg aku eryna ok jer.. makin aktif & kalau atas katil boleh ronda2 satu katil dan xboleh biarkn sendirian.. even kat baby cot pun nk kena turunkan tilam ke level bwh xlama lagi.. sbb tgn dah mula mencapai.. mcm nk pnjt dinding cot pun ade...huhu

~mel
p/s hari ni cuti.. esok dh start kelas..

Khamis, 16 Disember 2010

Mahal tapi..


Mahal tapi.., originally uploaded by melati.a.

Pagi smlm before nak gi kerja aku gi gosokla baju raya tahun ni utk pakai gi kerja.. Baju tu aku beli kat Kompleks Bukit Jambul kt one of the boutique yg ada bnyk kat situ. Masa aku beli tu mmg aku tak pilih sgt sbb time tu kan aku still sakit, perut masih berdarah.. tp sbb smgt raya (masa tu lg sminggu nk raya rasanya) aku pergi gak shopping baju raya.. Lepas hubbyku beli baju hijau.. aku pun cari baju hijau bunga2.. Baju hubby dlm RM170.. klu xsilap.. bila cari2 aku punya.. yg sedondon sukar dicari..

Bila nmpk satu baju ni.. aku rasa cam secocok.. padan dgn baju hubby.. tengok harga RM298... Tunjuk kat hubby.. dia ckp 'gulp!!'. Bila nego dptla harga RM268..

Bila aku nk pki baju tu buat kali ke 3 pg tadi (1st pki raya puasa & 2nd pki raya haji) tetiba kedua2 cangkuk kain tetiba loose.. aisehh nk jahit xsempat dah.. so aku amiik pin cangkuk dgn pin.. Settle..Sampai ofis otw jln kaki nk gi bfast tetiba aku trpasan hujung lgn baju belah kanan lain mcm.. rupa2 nya jahitan bawah lengan pulak tertetas.. grrr..

Sampai2 ofis, aku kunci pintu (biasanya mmg kunci pun.. xbg salesman masuk).. aku pun buat operasi mnjahit cangkuk & bwh lengan baju.. mujurlah dlm beg tgn aku mmg tersedia jarum dan benang.. sewing kit yg mesti aku ambil bila pi kursus @ bengkel di mana2..

Tapi tula kan beli baju ni mmg kena tgk betul2.. takut2 jd camni la.. bg aku yg mmg hobi mnjahit no problem.. tp tensen gakla beli mahal2 kejab jer dh bermasalah..

~mel

Rabu, 15 Disember 2010

COVER YOUR AURAT CAMPAIGN | SHOW YOUR SUPPORT!

Mende ni nampak mcm mudah... tapi amat susah pada pandangan aku... Menutup aurat..



Actually baca kempen ni kat blog Mama Mirza.. terus hati tertawan.. sbnrnya aku jarang masuk contest yg perlu link2 blog ke blog lain sbb aku tak minat sangat.. lgpun aku ni berblog utk kepuasan hati aku.. so.. biasanya aku tulis something ttg diri aku & family aku.. atau seangkatan dgnnya...

Tapi bila aku tengok kempen ni.. aku terus nak tulis tentangnya di blog aku.. dan sudah semstinya aku support kempen ni.. TQ mama mirza yg membuatkn aku terbaca ttg ni..

Kenapa aku sgt tertarik.. sbb aku rasa aku ni masih jauh lg nak mencapai kesempurnaan dlm menutup aurat.. hmm.. dulu pernah mencuba utk sempurnakannya..last2 sbb bukan buat kerana diri sendiri.. terus xmenjadi..

Sejak akhir2 ini aku try untuk menyempurnakan tp still aku rasa masih jauh.. Aku dah kurang pakai baju yg 'kecik' makdusnya dulu ada jugak baju aku yg cam sarung nangka..skrg semua dok tang bawah dlm lemari.. hajat hati nak bg kat org tp fikir2 balik kang ada org pakai baju tu..mengundang kepada 'pendedahan aurat' lagi.. Dulu ada jugak pakai baju yg lengannya jarang.. skrg ni rasanya xmo dah.. nampak gak lengan kita bila kain dilengan tu jarang.. Cuma aku bangga sikit mmg aku tak pakai baju lengan pendek walaupun atas siku.. biasa aku pakai lengan panjang.. tp malu balik bila fikir aku pakai baju lengan jarang.. sama gak...

Sejak akhir2 ni baru berjina2 dgn baju muslimah.. baru ada 3 helai.. tunggu la dulu kalau nk tambah pun.. slow2.. harap2 aku tak mati esok.. semoga sempat aku menyempurnakan segala2nya..

Bagi aku.. yg paling susah nak buat adalah menjaga aurat dalam rumah.. maksud aku dengan ipar duai.. biras dan sebagainya.. mmg mende ni org ambil mudah.. di luar kita pakai tudung.. tp bila dgn ipar2 kita (yg sah bukan muhrim kita walaupun dia suami kakak kita).. kita selamba jer tak pakai tudung. Aku dgn abg2 ipar aku pun cam tu.. Itu yg aku kena cuba ubah.. bila keluar bilik aku nak tutup aurat.. kesian suami aku menanggung dosa aku.. walaupun mungkin dlm rumah tu xnampak cam dosa.. sbnrnya sama dosanya dgn kita tak pakai tudung di luar rumah..

Kdg2 tu terasa gak.. alahai mcm org pndg alim bebenor lak betudung dlm rumah bersama2 dgn ahli keluarga.. tp nak wat mcm mana.. aurat ttp aurat.. mmg susah.. dan aku berdoa aku juga mampu melakukan ini semua..

Semoga aku mampu berubah kepada yang lebih baik... insyaallah...


~mel
p/s klik gmbr kat atas tu untuk pergi ke blog asal yg melakukan kempen ni yer..

Selasa, 14 Disember 2010

Terkesima..

Tadi sedang aku menonton movie yg aku download smlm, tiba2 telefonku berbunyi. Satu sms hadir dan menyatakan seorang yg aku kenali meninggal dunia sebentar tadi. Hmm aku sememangnya terkejut. Terkejut kerana arwah masih agak muda, punya isteri yg tidak bekerja, dan 3 org anak yg masih kecil, klu xsilap yg paling kecil dlm lingkungan 2 thn..

Masih ku ingat setiap kali aku bersua isterinya akan ku hulur sedikit wang belanja untuk isterinya. Isterinya sgt baik, berpewatakan lembut.. Dan pernah jua meluahkan kesengsaraan hidupnya.. tp xmampu berbuat apa2..

Hmm.. kini suami dia baru sj meninggal. Aku terkesima memikirkn nasibnya & anak2nya.. dan terus terang aku agak terkesima.. berita ini buat aku terfikir.. hidup kita entah bila akhirnya.. di mana penyudahnya.. Andai insan2 yg aku syg pergi meninggalkan aku.. mampukah aku bertahan...??

Ya Allah hidup ini hanya sementara.. insan2 yg kita syg juga hanya pinjamannya.. Dan terkadang, bila kita insaf akan sesuatu, ianya hnya bersifat sementara.. sukarnya menjadi khusyuk & tawadduk terhadap si Pencipta..

Ya Allah..Ampunkn kami atas segala dosa kami.. dan jadikanlah kami hambaMu yg sentiasa mengingatiMu..

Sent from my iPhone

Gaya menyusu..


Gaya menyusu.., originally uploaded by melati.a.

Inilah gaya org besar menyusu.. xmo nyusu terlentang.. nak jugak nyusu sambil meniarap... hai eryna.. eryna..

Ahad, 5 Disember 2010

kopiah utk hubbyku..


kopiah utk hubbyku.., originally uploaded by melati.a.

Pagi semalam kami ke pasar seberang jaya. Dari pasar seb jaya tu aku ckp kt hubby yg aku nk ke A Tu Z.. tmpt jual brg2 kraf yg besar sgt.. hajat hati nk beli manik & labuci utk dijahit kt baju sutera yg aku beli kt KB hari tu..masuk2 dlm kedai tu aku terus ternampak benang kait punyalah bnyk.. teringat ada ckp kt hubbby yg aku nk jahitkn kopiah utk dia..so aku capai benang putih & hijau.. jarum kait.. utkku buat kopiah buat hubby tersyg..

So smlm balik2 umah aku pun start mengait kopiah.. mngait sambil duduk.. sambil baring (sampai tettidur) dan sambil2 online.. huhu.. hubby menunjukkan interestnya time aku mengait.. cam nak belajar.. huhu.. Hari ni spjg hari kami berjalan.. pukul 9.30 mlm baru aku sempat mula smbg kopiah kaitan ku.. alhamdulillah.. setelah bnyk kali try siaplah kopiah simple dariku buat hubby.. sempatlah hubby bergaya kejab sebelum tidur..:)

Kopiah ni xdela cantik sgt coz dh beribu tahun aku tak mengait ni.. Kopiah tu menjadi pun mujur.. Suka hatiku dpt buat sehelai kopiah utk hubbyku yg menjadi Imam dalam keluarga ini.. Moga dirahmati Allah selalu..

sambil mengait sempat juga hubby berkata.. nnt bole la kaitkan kopiah utk Abah (pak mentuaku).. Aku ckp insyaallah leh wat hadiah birthday tahun depan.. Then hubby ckp lg.. bole la wat utk Luqman, Adib, Dani etc..

Errrrr... errrr.. ish mcm ler bnyk masa aku ni.. projek manik aku pun berlambak2.. huhu

~mel
Hamsem tak hubby ku kat atas tu menggayakan kopiah baru?? ;P

Khamis, 2 Disember 2010

My Macbook Air..

Aku dah lama mengidamkan Macbook Air ni.. since time aku wat phd lagi.. time tu kat new zealand bila tengok macbook air ni keluar mmg sangat2 nak.. tapi harganya NZD3500. So aku diam je la.. Aku mmg minah Mac sbb since aku degree aku mmg guna Mac tu buat design.. pastu bila aku wat phd mmg aku diprovide dgn sebijik mac yg aku sgt suka menggunakannya..

Entah macam mana bila macbook air keluar baru2 ni kat malaysia, hubby cakap.. apalagi belilah macbook air idaman aku tu.. harganya amat berpatutan.. starting from RM3299. Fikir punya fikir.. huhu.. tak boleh tahan.. jadi kami pergi kedai Switch Queensbay Mall dan book satu.. yg paling murah la... RM3299.. 11 inci. Time aku di KB dapat call dari Switch..order dah sampai.. terpaksa tunggu sampai balik Penang baru boleh ambik. Mula2 ingat nak tambah Office for Mac which is Rm699.. errr.. rasa cam mahal sgt.. so bile preview software iWorks.. mmg compatible dgn Office.. so aku ambil iWorks je laa.. dgn harga RM299.. so total cost utk macbook air aku ni RM3598.. tapi mmg berbaloi2.. aku sgt suka..

Switch ada bagi kelas utk belajar mac percuma.. tapi aku ingat biar hubby jer yg pergi.. aku rasa aku ok je guna tanpa belajar sbb dah biasa... So ni la macbook air aku...

pandangan atas

aku paling suka sebab sambungan plug nya kecil dan bermagnet.. mmg sgt senang utk connect..

Ini pandangan tepi macbook air aku.. cantikkan? huhu.. dan wallpaper aku set tukar setiap 10 minit..

Cuma kekurangan guna mac, secara overall adalah sebab kat malaysia ni org ramai guna pc.. so even aku nak configure utk guna wifi usm pun tak de configuration utk mac.. so terpaksalah aku berinternet guna internet tethering iphone... which is really2 good.. kalau masa aku guna laptop dulu mmg bila guna internet tethering iphone mmg slow giler... tapi skrg bila guna mac ni... sgt ok.. tak de problem terputus2 dan even my iphone is charging during tethering.. kalau guna laptop biasa mmg habis drain bateri iphone aku masa tethering tu.. sampai flat!!

So.. setakat ni mg sgt puas hati beli macbook air ni.. :)

~mel
dah xmo ipad dah.. huhu

bundle..

Last week aku ada kursus di PJ so hubby ambik cuti utk ambil peluang, boleh balik Gombak sekali. Kami sampai Gombak ptg Rabu.. rehat2 sampai malam then hubby hantar aku ke Crystal Crown coz aku tak tau agenda kursus tu keesokan harinya.. terpaksalah aku check-in hotel mlm tu.

On the way nak ke PJ lalu kat area Chow Kit. Aku dgn tak semena2 cakap kat hubby.. tak nak gi bundle? Dia pandang aku & cakap.. nak gi?, tapi susah nak cari parking katanya.. Aku cakap..ikut dia la.. aku mmg xpernah pergi bundle KL ni.. huhu..so..tak semena2 hubby cari parking and terus kami ke bundle bnyk2 kat Jln TAR tu.. Pergh.. banyak giler.. untuk aku yg tak pernah pergi.. Kat bawah ni gambar2 kat salah satu gerai bundle.. hubby biasanya pergi bundle cari jeans.. mmg banyak..



Endup kami beli 2 helai jeans Levis.. harganya RM60++ utk 2 helai kalau tak silap... satu utk hubby satu utk aku.. hubby saiz... errr... err... aku punya saiz... err.. err... (dah turun saiz aku ni.. huhu.. :P)

Anyway, actually masa di luar negara mmg aku rajin di beli baju 2nd hand ni.. biasanya keadaan masih sgt baik dan harga yg murah.. cuma kat msia ni ianya tidak dijadikan amalan...huhu.. Nampaknya lepas ni boleh selalu2 pergi bundle.. aku tak kisah sgt sebenarnya.. siapalah aku utk tak pakai pakaian bundle ni... belasah jer semua... :)



~mel
rasa lawa lak aku pakai jeans bundle tu..


Rabu, 1 Disember 2010

Baju dari Ayu...

Pagi2 tadi sebelum pergi breakfast singgah kat my pigeonhole utk check surat.. Hari ni hubby just temankan aku bfast pasal dia ada bengkel, dah ada makanan tersedia.. so minggu ni aku makan sorang2 sambil hubby jadi penonton je laa...

Bila buka tengok2 ada parcel kat dalam my pigeonhole tu.. dah agak lama aku tak shopping online.. huhu.. sebab since balik dari KB rasa dah terlebih shopping.. so malas nak shopping online.. jadi parcel dalam pigeonhole tu tentunya bukan utk aku spesifically... Namun begitu aku dapat teka parcel tu dari sape.. so aku pun ambik parcel tu utk bawa sekali gi bfast sebab nak tunjuk kat hubbyku.. parcel tu special dari Ayu.. Ayu dah gtau dia nak hantar sesuatu utk Eryna.. Bila aku buka (tak sabar2 nak buka jd sambil jalan nak ke kedai makan terus buka parcel.. huhu).. wahh aku cakap kat hubby.. Laura Ashley tu.. Hubby cakap.. err.. Laura Ashley tu brand ape.. huhu.. Adehhh..aku cakap.. ni brand terkenal kat UK.. mmg cantik... So kat bawah ni la baju kiriman dari Ayu tu...

Baju dari Ayu

terima kasih ayu.... cantik betul baju ni... mommy yg suka lebih2.. hihi.. Untung eryna ada auntie2 yg bagi baju cantik2... baju yg k.wan shafarina & fatin bagi pun cantik jugak.. insyaallah tak lama lagi rasanya dapatlah eryna pakai.. hubby pagi tadi ada mention, harap2 dapatlah eryna pakai kalau ada rezeki nak ke melbourne hujung bulan march nanti.. insyaallah..

tetiba teringat.. borang nak gi melbourne pun lom ambik lagi..huhu.. alhamdulillah paper aku dah accepted utk present utk konference kat sana.. so skrg nak apply utk pembiayaan ke sana.. walaubagaimanapun utk family guna duit sendiri laa.. takkan guna duit kerajaan pulak.. just utk aku nak present jer yg apply duit kerajaan.. sambil aku kerja.. bawak family bercuti.. insyaallah.. doa2kan kami dapat pergi...

Anyway.. Thanks again Ayu.. :)

~mel