Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 14 Disember 2010

Terkesima..

Tadi sedang aku menonton movie yg aku download smlm, tiba2 telefonku berbunyi. Satu sms hadir dan menyatakan seorang yg aku kenali meninggal dunia sebentar tadi. Hmm aku sememangnya terkejut. Terkejut kerana arwah masih agak muda, punya isteri yg tidak bekerja, dan 3 org anak yg masih kecil, klu xsilap yg paling kecil dlm lingkungan 2 thn..

Masih ku ingat setiap kali aku bersua isterinya akan ku hulur sedikit wang belanja untuk isterinya. Isterinya sgt baik, berpewatakan lembut.. Dan pernah jua meluahkan kesengsaraan hidupnya.. tp xmampu berbuat apa2..

Hmm.. kini suami dia baru sj meninggal. Aku terkesima memikirkn nasibnya & anak2nya.. dan terus terang aku agak terkesima.. berita ini buat aku terfikir.. hidup kita entah bila akhirnya.. di mana penyudahnya.. Andai insan2 yg aku syg pergi meninggalkan aku.. mampukah aku bertahan...??

Ya Allah hidup ini hanya sementara.. insan2 yg kita syg juga hanya pinjamannya.. Dan terkadang, bila kita insaf akan sesuatu, ianya hnya bersifat sementara.. sukarnya menjadi khusyuk & tawadduk terhadap si Pencipta..

Ya Allah..Ampunkn kami atas segala dosa kami.. dan jadikanlah kami hambaMu yg sentiasa mengingatiMu..

Sent from my iPhone

2 ulasan:

  1. Amin...

    Alfatihah untuk arwah...
    Sifat manulis mmg begitu.. terkadang kita lupa... bila diuji kembali kepadanya.. huhu..
    sy juga begitu..
    Ya Allah.. buanglah sifat buruk ini daripada kami.. Amin..

    BalasPadam