Selasa, 2 Disember 2014

Hari Ramah Mesra Hadhanah & Aloq Setaq

Hari Sabtu lepas adalah hari Ramah Mesra Hadhanah Pusat Islam.. aku sebagai Timbalan Pengerusi Kelab Kebajikan merangkap Pemangku Pengerusi (Pengerusi lari.. hahaha) sama2 membuat perancangan untuk aktiviti dwi tahunan ini. Di samping hari ramah mesra, detik ini bersejarah sebab inilah hari terakhir eryna ke Hadhanah. Bulan 12 Eryna tinggal dgn personal baby sitter then bulan Januari akan start bersekolah di Tadikan Tahfiz Fitrah berdekatan dgn rumah. Ini untuk memudahkan tugasku mengambil dan menghantar Eryna berbanding kalau dia still di Hadhanah. Aku sebenarnya sedih jugak, tapi terpaksalah kan... untuk kebaikan bersama.

Anyway.. Hari Ramah mesra berjalan dgn lancar.. pelbagai aktiviti menarik berlangsung dan yang bestnya Eryna menang pertandingan mewarna.. yiehaaa... walaupun dia sebenarnya cepat bosan.. dia warnakan laju2 dan kemudian baru touch up.. huhu.. cepat sgt bosan..

Sampai2 terus bfast pakcik ni.. Gembira Aliff dan Eryna..

 
Mommy dan papa... sama2 pakai baju pink :D


Eryna mewarna dan papa jadi penyampai hadiah... hihihi

Papa sampaikan hadiah cabutan bertuah untuk Aliff... yeayy!


Papa, Mommy & Eryna... Eryna di depan pintu Adik Pintar...

Mommy sampaikan cabutan bertuah yg disponsor oleh mommy sendiri iaitu dua helai tudung NurKasih... :P



Mommy tolong Eryna kaler... bukan tolong betul2 pun cuma try nak ajar dia kontrol tangan yg laju je mengaler sampai terkeluar2.. mommy kan artis.. :P

Inilah kakak2 hadhanah yg menjaga anak2 kami di Hadhanah.. Pelik diorg sebab aku pun join sekali dgn diorg.. sampai ada yg tegur.. ehh.. Dr pun join kakak Hadhanah jugak yaa.. :P

Hasil kerja Eryna & Syabas!!


ALOQ SETAQ
Hari Sabtu hari ramah mesra, Ahad encik suami terpaksa ke Alor Setar bertuhas di Hari Pengurusan Tanah Negara 2014. Mula2nya hubby cakap suh aku hantar dia ke tol Sg Dua dan dia akan naik bas Instun dari situ... aku pun cakap laa... ok aku hantar dia tapi lepas hantar dia aku nak ke Bertam shopping di Mydin mall baru kat sana.. tetiba dia cakap.. eh  kalau nak gi Bertam baik je hantar dia ke Alor Setar.. dekat dah tu...pulakk...so aku cakap oklah.. aku hantar dia ke Alor Setar... bukan jauh sgt pun sejam je perjalanan dalam 85kn gitu... So lepas lunch hari Ahad aku hantar hubby ke Alor Setar.. dialah drive dulu kan.. aku tak berhajat nak tidur sana pun, so aku dan eryna mmg sehelai sepinggang.. masa baru nak mula jalan aku cakap hubby.. ehh.. lupa nak amik telekung dlm kereta aku... pastu aku ckp xeplah xyah pusing balik.. nnt aku solat je kat surau mana2 ada telekung.. time tu dah zohor kat rumah.. so Asar je kena bermusafir..

Sampai2 TH Hotel & Convention Centre di Kepala Batas Aloq Setaq, rupa2nya kat situ tempat event semata-mata.. hotel hubby kat bandar Aloq Setaq. Hubby ckp mujur gak aku hantar.. kalau tak jenuh nak naik bas ke sana sini... lepas setup booth hubby pun ajak gi Starcity Hotel Alor Setar. Hubby dok cakap dia kena twin sharing dgn somebody. Bila checkin rupa2nya dia dapat single room... teruslah dia menggoda si isteri untuk join dia kat situ mlm tu... aku cakap... ehh.. aku dan eryna sehelai sepinggang.. camne nak lepak hotel dgn hubby... Tapi nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan... so lepas tu kami berjalan2 di bandar Alor Setar cari makan.. then ternampak kedai pakaian Hari-Hari.. haha.. kedai murah2.. so beli baju eryna 2 psg dan baju mummy sehelai. Cari blouse tak jumpa (yang murah).. then hubby tanya.. mommy ada bawak sarung lengan tak? Aku cakap ada.. mmg sentiasa pakai sarung lengan sekarang... so dia cakap pakai je la tshirt dia esok.. sarung lengan dah ada.. oh ye.. pandai betul encik suamiku.. so xyah beli baju dah.. then lalu kedai telekung, beli telekung sepasang.. semuanya dlm RM50 huhu..tak pe la..kan. So enjoy fotos at Alor Setar..
Main kat pintu buat mommy seriau
Rajin plak nk bergambar minah ni

Eryna buat mcm rumah sendiri time rehersal
Sambil menunggu encik hubby buat kerja



Eryna dgn beg Hari Pengurusan Tanah Negara 2014
Di atas jejantas Pekan Rabu lama


Bandaq Aloq Setaq

Ehh.. jumpa pondok telefon... iphone 6 abis bateri ke bang?

Actually tak sempat ke mana-mana pun kat Alor Setar... esok paginya aku pun drive balik ke Penang ditemani eryna dan meneruskan kehidupan seperti biasa...waaa...

~mel