Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 30 April 2009

bola golf

Menu makan tghhari kat Pak Li, Bukit Raja

Hari ni macam biasa.. kalau dah balik cuti ke klang mmg wajib kena kuar sama2.. bukan ape skrg ni dah agak sibuk kerja di Penang, tak mcm awal2 dulu kerja tak banyak sgt.. boleh balik klang selalu.. plus skrg aku rasa aku dah masuk kategori muka wanted oleh boss.. so kerja mmg banyak diperturunkan ke bahu aku.. sampaikan ada jugak dengar2 sindiran.. alaa.. u skrg ni org penting.. cam tu laa.. mmg rasa tak best.. first tak suka dianggap mcm tu.. second.. aku dah susah nak balik klang.. ada je kerja perlu dibuat time weekend. So kali ni balik klang, aku ambik cuti di tgh2 minggu dan terpaksa juga si dia pun ambik cuti sama supaya boleh gi jejalan sesama.. mekasih yer awk.. appreciate that so much.

Harini faizal dtg ke klang sbb kami dah janji nak jumpa dgn atun. Atun ni kawan faizal masa kat UM. So, janji jumpe kat jusco bukit raja... jumpe2 gi makan kat Pak Li.. borak2.. walaupun aku baru first time jumpa atun.. kira bestlah borak dgn atun.. cam dah kenal lama gitu... then beli air jambu.. (atun x nak pasal dia diet.. hehe).. then atun cakap tak nak ganggu org dating.. hehe.. actually istilah dating tu dah xberapa ada dah.. kitorang sama2 suka nak lepak2 dengan kawan2..

After atun meng'excuse'kan diri utk pulang ke rumah (ntah2 gi dating).. kitorg pun just gi lepak2 kat Tanjung Harapan.. cam aku cakap td..istilah dating tu dah tak berapa ade.. pergi cari tempat lepak tu sebenarnya just utk nak melepaskan lelah berkerja.. sambil tgk org memancing ikan.. dan menghirup udara segara...

Sambil2 jalan di tepi benteng.. tah sampai ke mana tah.. satu kawasan macam paya sikit kot.. tetiba ternampak sebijik bola golf kat bawah benteng tu.. Ish.. power betul golfer tu.. golf course tu berada di seberang jalan benteng tu.. mesti golfer tu pukul kuat giler sampai ke seberang jalan bola golf tu terbang.. tetiba faizal cakap dia nak turun ke bawah utk ambil bola golf tu.. actually memula aku ingat dia main2.. rupanya mmg dia amat bersemangat utk terjun benteng.. tapinya.. aisehh.. dia dah turun bawah baru aku terfikir nak amik gambar.. :P

itu dia my boss sedang mengutip bola golf


pergh.. sempat lagi termenung sebentar setelah mengutip bola golf tu..

haa.. itu dia aksi my boss memanjat benteng dgn penuh gaya.. :P

itu dia aksinya sedang memanjat pagar benteng dgn tngan memegang bola golf..
dari skill memanjat pagar tu macam dah biasa jer.. agak2nya masa sekolah dulu mmg dah praktis ke panjat2 pagar ni boss?? Jangan marah yer... :P


~mel
happy :D

RMCA

menu tengahari semalam..
2x nasi masak kong boh ayam & 1x nasi masak udang 3 rasa

Semalam hari jalan2 se Kuala Lumpur. Actually aku tak berapa sihat sgt smlm.. agaknya non-stop travelling dan badan agak penat, so pagi2 smlm otw masa drive to faizal's house aku rasa weng smcm. After breakfast aku amik panadol, and otw to Kelana Jaya while faizal was driving aku mcm separuh jaga & lena, tau2 dah sampai sana.

But tak sihat badan tu terus hilang bila pak syed (a.k.a pak hadramie) muncul kat RMCA. He was (and is) really a nice guy dan rasa berbesar hati lak sebab pak syed sudi nak jumpa makan2 dengan we all berdua. Rasa tak kekok nak berbual dengan pak syed.. mcam dah kenal lama2 pulak. Kesimpulannya...best..best..best.

Kat atas tu menu makan tengahari we all.. best.. cuma mmg bahaya makan nasi masak kong boh ayam tu.. tengah2 makan aku tergigit cili api.. pedas..pedas.. so terpaksa ceat2 order ais kosong.. hehe.. pak syed pun cenggitu... tapi kalau faizal yg kena sure tak kisah punya pasal cili api biasanya dia buat ulam je.. silap2 dia makan macam keropok..huhu.. punya asyik makan nasi masak kong boh ayam tu sampai lupa nak pau nasi udang masak tiga rasa yg faizal makan..

Anyway.. seronok dpt jumpa pak syed smlm.. dan makanan kat restoran tu sedap.. cuma agak jauh sikitla dari klang dan gombak.. tapi kalau kepingin boleh la pergi..

Stop dulu kat sini.. pasal nak hantar mak gi klinik jab..


~mel
tq both faizal & pak syed..
had a really good day yesterday

Selasa, 28 April 2009

nasi tumpang


nasi tumpang, originally uploaded by melati.a.

One of the best thing dlm trip ke kelantan weekend ari tu adalah pasal makan. macam2 we all try. Dan dlm meeting yg last di HUSM kitorg dihidang dengan nasi tumpang. Rupa nasi tumpang tu seperti di atas.

Dalam bungkusan tu ada macam nasi impit sebenarnya. Tapi berbentuk mcm bungkusan daun pisang tu... lonjong. mengikut kata org kelantan yg join meeting tu, nasi dimasak lembik2 dan time panas2 lepas masak dimasukkan dlm daun pisang. Tu yang jadi mcm nasi impit dan berbentuk lonjong cam daun pisang tu..

Di bahagian atas, hujung yg besar tu.. diletakkan lauk pauk.. ada udang masak pedas.. serunding ikan yg sangat sedap (aku rasa), dan ada ayam masak merah. Kawan aku pun ckp nasi tumang yg kami makan tu sedap.. tapi rugi sbb time tu aku dah bfast kat hotel.. so tak dpt pulun nasi tumpang tu bnyk2..huhu..

Anyway.. kalau anda ke Kelantan... silalah rasa nasi tumpang ni.. worth the try... :). Aku rasa nasi tumpang ni ada sikit2 mcm lontong kering johor tapi ada beza sikit.. if you go to johor then try lontong kering lak... :)


~mel
tingin lak nak makan nasi tumpang lg..

Ahad, 26 April 2009

arish naurah


arish naurah, originally uploaded by melati.a.

petang tadi aku ada mesyuarat di HUSM Kubang Kerian. Kawan aku dari awal we all bertolak dr penang insisted yg dia nak pergi melawat anak kawan dia di HUSM. So td habis meeting cepat kol 4 tp waktu melawat pkl 5 ptg. So staff HUSM ckp dia tolong bwk kami gi melawat. Lagipun kami staff so kad staff kami boleh access bangunan HUSM juga.

Sampai2 kami kat wad bayi kritikal.. kami diberitahu oleh misi yg kami xdibenarkan masuk ke dlm bilik anak kawan aku tu sebab condition dia kritikal. cuma boleh jumpa ibu bapanya sj. Kawan aku agak frust.. then kawan dia cakap xpe.. dia akan dukung baby ke luar dari pintu wad dia.

So.. di atas ini adalah gambar baby arish naurah. dpt amik dari luar aje... arish disahkan mengidap kanser darah (dlm golongan leukimia). Kes spt dia agak rare di malaysia, sekarang dah kimoterapy phase 3 tapi yg sedihnya kimo lngsng tak berkesan.. maksudnya sel kanser masih membiak. Ibu nya diberi cuti tanpa gaji 6 bulan (skrg dah 3bulan tak kerja) dan ayahnya dah 2bulan xkerja dan akan sambung lg. utk pengetahuan u all sbnrnya ibubapa arish kerja di penang tp di penang xdpt kesan ape2. kebetulan ibu arish org kelantan, bila bawak ke HUSM baru dpt kesan. Arish anak ke 3. so anak2 mereka yg besar dh dipindahkan ke KB utk bersekolah sementara arish di sini..

kesiankan... simptoms2 yg dihadapi oleh arish sebelum admitted to HUSM adalah sentiasa demam.. dan setiap kali demam doc akan bg ubat yg sama.. sehingga satu ketika ada infection baru dpt kesan something wrong. Masa aku pergi td, bapa arish cakap dia non-stop demam (tgkla kat kepala tertampal cool fever) dan suhu badan ni sentiasa dlm 39.9C.

sedih td.. siap mengalir airmata.. arish belumpun sampai setahun.. airmuka dia sayu jer...

kawan2 kalau rasa teringin nak menderma apa2 kepada keluarga ini ckpla kat mel.. insyallah mel akan smpikan kepada mereka. xdapat. mel bygkan suami isteri tu skrg bercuti tanpa gaji.. mata ibunya mmg bengkak.. sentiasa menangis.. dgn anak2 besar yg bersekolah... kesian sungguh...



~mel
sayu sgt rasanya..

Sabtu, 25 April 2009

merak kayangan..

Hari ni aku ke kota bharu atas urusan kerja. rombongan dari penang terdiri dari 7 orang.. 2 perempuan dan 5 org lelaki. kami bertolak dr penang pkl 10.3pg dan sampai ke kb dlm pkl 4ptg. oleh kerana ada urusan kerja yg perlu diselesaikan rombongan terus ke area pantai berhampiran perdana beach untuk melihat satu tapak kerja. semasa menunggu org2 dari yayasan kelantan terperasan ada satu sangkar merak kat situ.. mula2 merak ni tak buka sayap dia.. xde nampak ape2... tetiba dia bukak sayap dia... perghh..mmg really cantik... patutla org kata seperti merak kayangan... indah sungguh... tengokla gambar2 ni dari pelbagai sudut seekor merak..



Cantikkan? Ada lagi gambar2 merak ni kat sini. Silalah tengok yer..


p/s just realised i refer driving then jd penumpang kat belakang... rasa teruk journey td.. siap tahan nak muntah..loya... adehh.. mlm ni pun rasa tak larat... kalau drive sendiri biasa ok jer..

~mel
betul ke sayap istilah utk merak?
si dia pun xtau... :P

Jumaat, 24 April 2009

temper

Aku dahlah tak berapa sihat.. hari ni mc.. ubat menyebabkan aku mengantuk dan mood aku memang swing.. sedang aku tengah enak tidur.. badan pun dah berpeluh2. .tiba2 henfon ku berbunyi. Dari fix line tmnet area Kuala Lumpur. Macam biasa aku angkat sebab biasanya kalau no fix line ni adalah formal punya call..  Conversationnya mcm ni..


"Hello," kataku dgn mengantuk tanpa buka mata
"Hello, eh you kat mana? kat ofis KL ke," kedengaran suara perempuan di hujung   talian.

Aku yg dlm keadaan mengantuk td tersentak.. terus xjadi nak ngantuk.. dlm hati sempat berfikir bila plak aku ada ofis kat KL ni.. tapi teruslah seperti biasa hati aku dah syakwasangka.. mesti cari pompuan tu lagi..

"Ni siapa ni?" aku dah start nak naik angin
"Ni kak Lina laa.." minah tu cakap..  

Lerr.. kak lina mana plak ni.. aku mmg ada kakak tiri nama kak lina tp suara dia tak mcm tu.. dan rasanya no fon aku pun dia tak de.. 

"Kak lina mana pulak ni?" aku menyoal
"Eh ni marina kan?" tinggi pulak suara pompuan tu... 

Entah macam mana terkeluar dari mulut aku...

"Astarafirullahalazimm... sampai bila nak abis org cari marina ni? saya ni bukan marina,  dan saya dah guna no ni setahun lebih dah.. takkan la si marina ni tak update fon dia  kat u?" seperti biasa semua org yg cari marina akan kena angin kus kus aku. 
"Eh marina tak guna no ni dah ke?" soklan bodo dari perempuan tu.
"Ler kan sy dah cakap sy guna no ni dah setahun lebih dah" aku dah mmg angin jd  angin lagi laa..
"Oh..sori..sori.. tak tau pun dia dah tukar no.." kata pompuan tu.

Sebab aku masih bengang aku membebel kat pompuan tu.. lain kali kalau nak call cakap la elok2 tanya siapa yg bercakap..ni main soal jer u kat mana.. itu ini.. kalau u tak tau dia dh tukar no ni meaning that u dah setahun lebih tak call dia.. boleh ke terus tanya u kat mana ni, kat ofis KL ke.. buat sy yg menjawab ni konfius!" 

Lepas tu minah tu terus cakap..sori..sori.. dan letak telefon... ish.. aku sebenarnya dah fed-up terima panggilan utk marina ni.. sedara mara dia, credit card, promosi yg tak reti bahasa.. sampai kdg kalau sku tengok no lain sikit aku jadi malas nak angkat fon.. tapi pulak nanti aku punya.. penting pulak tu... eeeiiii.. apalah aku nak buat.. nak tukar no lain? No lain tu pun sah no recycle gak.. rasanya itu bukan solution.. grrr... grr.. grr... 


~mel
geram!

tq pak hadramie..

salah satu design font jawi yg berlainan..

Yesterday pak hadramie buatkan islamic wallpaper iPhone untuk faizal.  So aku hint2 kat dia yg aku nak jugak (dgn tak malunyer).. huhu.. tengok2 pagi ni pak hadramie dah up-load dua wallpaper utk my iPhone.. wah.. best sgt aku rasa.. sampai dua tu.. but then later on pak hadramie cakap sbnrnya ada 5... wahhh.. teruja aku.. and bila pak hadramie dah upload wallpapers tu ke flickrnya, aku amat terharu bila baca.. "for a dear friend".. hmm.. really touching.. terima kasih yer pak hadramie.. 


Inilah wallpaper iPhone aku sekarang.. aku rasa lawa sgt.. oleh kerana dah ada 5 bolehlah aku tukar2 selalu wallpaper iPhone aku ni..  :)


~mel
rasa nak sgt jumpa pak hadramie.. bila yer boss..

CUP CAKES


CUP CAKES2, originally uploaded by szen_volta.

teringin nak makan mende ni.. kalau dpt mmg nak makan sampai...

morning...


tertanya-tanya mengapa aku masih stuck di sini??
tertanya-tanya juga bila mimpi itu akan berakhir???
mengapa Allah tunjukkan aku masih perlu di sini??
Whyyyyyyyyyyy???????????

Lelah..

1. Cintakan Allah

2. Cintakan diri sendiri

3. Baru cinta org lain..


These are the words yg selalu diulang2 pdku... tapi yang sukar untuk aku lakukan. Cintakan Allah tetap pertama.. tp no. 2 dan 3 itu sgt sukar utk aku lakukan. Aku mmg bodoh.. sbb tak kasihankan diri sendiri.. mcm2 dah aku lalui.. dan aku sepatutnya belajar dari kesilapan lalu.. jgn terlalu sygkan org.. jgn terlalu percaya pd janji2 org.. dan aku sanggup tak menjamah makanan atau minuman walaupun aku terlalu lapar semata-mata kerana aku pentingkan org lain dr diriku sendiri. Tapi aku bukan seorang yg baik.. aku ni entah apa2..


Cuma.. ketika ini aku mengharapkan Allah berikan kekuatan padaku.. aku merasakan aku telah berada di penghujung jalan.. ada dua persimpangan di hadapanku.. mengalah lantas lelah.. & berani tapi mati.. dua2nya sukar.. dua2nya penuh liku..


mengalah lantas lelah ~aku terasa ingin mengalah..membiarkan istiharah terakhir berkubur.. biarlah impian itu tinggal impian.. biarlah semuanya berlalu.. walaupun akan lelah utk teruskan perjalanan hidup.. mungkin itu yg terbaik.. ya Allah.. terasa ingin beristiharah lg malam ini.. dan bersolat hajat utk melupakan segalanya.. aku benar2 lelah.. kalau sirih yg diberi hang tuah supaya puteri raja melupakannya wujud (dlm filem hang tuahdulukala).. aku mmg ingin memakan sirih tersebut.. supaya aku boleh lupa dan mulakan hidup baru.. tp apakan daya.. itu hanya cerita purba... dan aku tetap lelah..


berani tapi mati.. aku boleh teruskan.. beranikan diri.. menaruh harapan.. tapi aku juga mengundang kematian pd hidupku, mengundang kedukaan.. & sengsara.. jika kupilih jalan ini.. aku terpaksa sanggup utk menghadapi segala2nya.. ahhh...aku tak tau.. why should i stay... why should i... aku hanya mengundang derita hidupku.. Ya Allah.. haruskah aku sengsara demi kerana sebuah kasih sayang... wujudkah lg kasih syg yg tidak membawa duka...


Hmmm.. aku harus kembali padaMu Ya Allah.. berikanlah aku petunjukMu Ya Allah.. kerana ku telah sgt lelah dan amat perlukan petunjuk istiharah... Malam ini kan ku ulangi lagi...


~mel
dlm wudhuk aku mencurah rasa...
moga beroleh ketenangan jiwa...

Rabu, 22 April 2009

surat kebenaran


kebenaran, originally uploaded by melati.a.

malas betul nak bangun gi kerja hari ni... rasa letih & penat.. may be sebab semlm travel kot.. so dah dptkan kebenaran dari doktor.. huhu.. bestkan kalau doktor betul2 boleh bagi kebenaran cenggini...


dapat surat ni dari Sick Note application utk IPhone... hehe.. best guna iPhone ni.. aplication ni boleh didapati dari iTunes Application Store.. for free.. kalau nak notes yg lagi best kena beli dgn harga USD1.99.. guna yg free je la.. :P


~mel
malasnyer nak bgn..

Selasa, 21 April 2009

guru


guru, originally uploaded by melati.a.

aku memblog ni direct dari kelas 4 sains sebuah sekolah di kulim. pelajar2 sdg melakukn prbincangan..pelatih yg sedang aku observe sdg memantau.. hari ni last aku observe kat sekolah ni.. sebenarnya berat tugas seorg guru.. dr merancang prngajaran setiap hari dan setiap waktu.. mendidik anak2 bangsa dari segi akademik & kehidupan.. sesungguhnya besar jasa guru dlm hidup kita.. bukan senang nk jadi guru yg berkualiti dan melahirkan anak2 banga utk membangunkan generasi akan dtg.. kita yg bukan guru usahlah pandang remeh tugas mereka..

ingatlah bakti guru2 kita.. siapalah kita tanpa guru...


~mel
insaf betapa sukar tugas guru..

Khamis, 16 April 2009

Puisi hamba..

On the way back dari kerja tadi dlm kereta aku terdengar lagu baru Ella ni.. Sebagai peminat setia lagu2 Ella aku mmg agak teruja bila terdengar Ella ada lagu baru... so dalam hati ni mmg tgh fikir nak ke kedai CD utk beli album baru 2009 ni.. dengar cerita mcm album kompilasi gak ni.. tapi ada 3 lagu baru... errr.. dah kuar ke belum album ni... tercari2 gak kot2 ada mp3 lagu puisi hamba ni... lom semat kuar lg kot..huhu..


Puisi Hamba

~ ELLA

Esok hari...tiada lagi...
Suram nya hati utk ku pergi...
Meninggalkan bulan dan suria...
Itu umpama kamu semua...
Diri ini diterpa hiba...
Tika fajar berubah senja...Ooo...


Terima lah puisi hamba...
Pengganti ku bila tiada...
Sukar untuk ku berkata...
Selamat tinggal semua...
Aku ini sering berdoa kepada yang Maha kuasa...
Agar kita satu semula...
Sayang ini bukan masanya...

Sejauh mana aku kembara....
Memori ku digalas bersama...
Esok hari tiada lagi suramnya hati untuk ku pergi....

Terima lah...terima lah.. terima lah..


Bersama...bersama..bersama...


~mel
puisi hamba....

internet..

Aku rasa sakit hatilah dengan internet2 provider kat Malaysia ni.. kalau iklan mmg sangat gah.. pantas, cepat, bagus dan sebagainya. Tapi semuanya hanya janji2 palsu.. internet selalu jer ada problem.. dulu time aku guna celcom broadband servis, connection macam hampeh.. ingat ambik yg mahal RM98 sebulan oklah.. tapi nak download macam kura-kura nak upload apa ke lagi..  memang betul2 membazir duit. 

Bila aku pindah rumah baru masuk streamyx.. RM99 sebulan package combo.. servisnya pun hampeh jugak.. slow mcm kura-kura jugak..  mmg frustrated habis.. dan sejak akhir-akhir ni makin ada problem.. Malam tadi before aku tertidur connection ok jer.. bila aku terjaga tgh2 malam buta pun masih ok.. bila aku bangun subuh.. tengok2 tak leh connect ke internet.. sampai la ke time aku nak gi kerja.. puas aku mereset modem la.. ish.. tah ape2 rasanya... wifi signal semua excellent.. apa la ke bendanya streamyx ni?? dulu celcom.. skrg streamyx..

Aku ni bukan ape.. bukan nak puji negara lain.. tapi aku mmg makin hari makin rasa malaysia ni hampeh dari segala segi.. kecuali makanan..  dari perangai org.. dari segi kereta kat jalanraya.. dari macam2 segilah... macam internet provider ni lah.. semuanya berapi2 mempromote servis yg entah apa2.. semua bagus..semua lebih baik dari yg lain.. tapi sebenarnya sama jer.. tak nampak satu pun yg ikhlas dan berbaloi dengan duit yg kita bayar.. Dulu masa aku kat NZ, bayaran internet 49.99 unlimited usage. mula2 aku guna yg murah sikit tp asyik exceed her bandwith, so pastu aku upgrade. Mmg nampak beza bila upgrade.. bukan macam internet malaysia.. bayar murah ke.. bayar mahal ke.. sama jer..


Aku sungguh2 tak faham la.. derang ni tak tau ke keberkatan rezeki tu penting (bg org islam laa..) bila dah org tak puas hati dgn servis.. asyik kena sumpah seranah hari2.. manalah dtgnya keberkatan tu..  



~mel
eeii... rasa nak marah sgt sebenarnya ni... 

Isnin, 13 April 2009

hatchlings certificate...


Certificate hatchlings yg dikeluarkan hari ni.. 13/4/09.. Tak sangka betul sampai 31,474 bijik telur yg aku kutip.. ranking no. 5 NZ.. disaat2 akhir tu mmg bnyk kutip sebab ada sebijik telur tu mmg susah nak jumpa.. Minah yg dok kat tmpt no. 4 tu mmg tensen giler agaknyer sbb masa tu aku dok potong dia.. sampai last day tu lebih 1000 bijik telur dia kutip.. huhu.. tp last day tu senang lak dapat telur tu.. so xdela aku kena cari telur ber round2... anyway.. congrats ada diriku yg masih tak jemu2 cari telur.. org lain ada dah letak jawatan dah.. tapi aku masih di sini.. tak kenal putus asa..



~mel
will try my best whatever happen... will always do..

Ahad, 12 April 2009

Hatchlings favourite...


There are lots of weekly collections in hatchlings.. but these are my personal favourite.. Why? Because the eggs colours have made me confused and at first i did not realised the eggs are limited edition eggs. And I found that the armadillos are really cute..




~mel
buhsannya mlm ni...

Gerimis Senja..


~Saja hari ni layan lagu Alleycats...


Gerimis Senja - Alleycats

Ku terpegun di jendela
bila hujan gerimis senja
Tak ku lihat di hadapan ku
diri ku dalam lamunan
Tiada lain yang ku bayangkan
hanya peristiwa itu
Dosa-dosa yang ku lakukan
tetap mengganggu batin
Tanya pada diri
apakah ini semua cobaan belaka
Kesal ku tak berakhir
menduga keyakinan ku kepadanya
Batin ku menjerit namun tiada suara..
Aku cuba menyatukan semua harapan yang berkecai
Tuhan ku bimbingkanlah diri ku
agar kesal ku hilang
Gerimis sungguh mencengkam
tiada dapat ku tahan lagi
Sungguh-sungguh tak ku menduka hingga jadi begini..




~mel
batinku menjerit namun tiada suara...

pondok...


pondok, originally uploaded by melati.a.

Sebuah pondok berunsur tradisional di tengah-tengah kampus USM.. nampak kukuh berdiri megah walaupun tidak diketahui apa fungsinya.. jarang nampak ada orang di situ...

putaran..


Dulu-dulu aku tak pernah pun dapat agak putaran hidupku macam mana.. dan aku tak tahu apa putaran hidupku yang akan datang.. kadang-kadang kita tak pernah terfikir apa yang berlaku pada insan lain akan berlaku kepada diri kita. Kadang-kadang mungkin kita akan memandang serong kepada sesuatu yg berlaku kpd org lain, dengan menjadikan alasan hidup kita takkan jadi sebegitu. Tapi siapa tahu.. roda hidup ini berputar dan putarannya kdg2 tak sekata. Kdg2 apa yg kita tidak mahu berlaku pada diri kita.. itulah yg kita hadapi. Hidup ini satu perjalanan yg tak pasti.. kita tak punya kuasa ke atas apa yg terjadi.. yg penting.. berdoa, berusaha dan bertawakkal adaNYA.


~mel
merenung jauh..

Sabtu, 11 April 2009

gunting..

Last week aku gi Kamdar.. tgk2 ada sale.. so aku beli la dua pasang kain.. kononnya last weekend aku nak gunting dan jahit tp di atas sebab2 tertentu tak jadi aku nak gunting.. terbiar jer kain tu. Tiap2 mlm lepas balik kerja aku dok bermimpi nak gunting tp mimpi hanya tinggal mimpi.

Disebabkan hari ni seharian aku melepak kat rumah tak kemana-mana, kebosanan dah sampai tahap maksima.. so.. terpaksa jugalah aku menggunting kain tu.. tgh2 gunting ngantuk plak.. actually bila brg2 jahitan & brg2 guntingan xberapa lengkap mmg boring nak start.. aku masih mencari2 kedai peralatan jahitan dekat2 rumah aku ni.. tp x nampak pulak.. kedai bunga adalah.. mana nak cari ekk.. kalau dapat jumpa kedai peralatan jahitan sure lg semangat aku menjahit.. agak2nyer pc pun boleh diabaikan... huhu.. (boleh caya ke?)... :P

Di bawah ni kain yg aku gunting.. nak buat baju kurung pesak gantung.. baju yg buat ukuran tu mmg paling selesa pakai skrg ni.. huhu..

baru nak gunting bhg badan (aiseh nmpk jari kaki plak..:P)

bhg tangan.. saja buat kembang sikit kat belah hujung..


yang ni bhg pesak.. yg paling susah nak adjust bila gunting..

yang ni bhg atas pesak.. kalau mak aku panggil kekek.. or.. kikik.. err.. xberapa surelah namanyer...

Utk tang kain senang jer.. tak perlu gunting teruk2, just nanti adjust time nak jahit.. Actually mmg aku suka sgt menjahit ni.. skrg dah boleh menjahit sbb kedua2 mesin jahit aku dah ada, mesin jahit tepi dan mesin biasa.. tp since smpi tak pernah test lagi.. takut gak kot2 jem lama kat tgh laut.. huhu..



~mel
menjahit utk memberi semangat pd diri yg rasa tah ape2 skrg ni...
psstt... tak sabar nak pakai baju baru jahitan sendiri
teringin gak nak jahitkan baju melayu utk seseorg..

Jumaat, 10 April 2009

jerangkung..

Awal pg td aku diarah oleh boss utk pergi ke satu meeting or lebih tepat lagi satu demonstrasi produk dari sebuah syarikat di KL tentang e-content. Aku seperti biasa pergi je laa.. Sampai kat bilik mesyuarat bhg penyelidikan & inovasi yg nauzubillah kecik berbanding dgn jemputan.. mata aku terus tertumpu kat seorg lelaki di depan aku.. ehh.. macam kenal... bukan org usm nie... dengan tak semena2 terkeluar jer dari mulut aku... "eh, razlan?". dia pandang muka aku mcm konpius pas tu cakap... "laa..ko ke ni?.. lainnyer.. sgt kurus.." aku pun cakap.. yer la..aku ni sape lg..

aku pun tnya dia keje mana skrg, sbb last time aku jumpa dia, dia nak masuk uitm. rupanyer dialah yg akan memberi demo pasal e-content tu.. jd senior executive kat company tu rupanyer.. before dia nak start demo tu dia sempat dia cakap.. ish.. ko skrg dah mcm jerangkung.. kurus betul..

Bila teringat dia cakap aku cam jerangkung aku terbayangkan aku ni cam rangka hidup jer.. atau lebih tepat lagi.. tulang2 yg berjalan, berdiri dllg... camnela nak ugrade sikit berat badan ni... risau plak..



~mel
teringat lak lagu jerangkung dlm almari!

kawan atau sahabat..


Semalam aku agak bengang..  aku jumpa student aku copy kerja org lagi utk assignment derang..
Actually aku rasa penat bila jumpa mende2 mcm ni.. sebab kena fikir apa nak buat.. So smlm aku call student dua org ni.. perempuan.. assignment group dua org.. aku tunggu pukul 1 tak dtg.. dah geram aku ni.. last2 aku call derang ckp on the way.. 

Bila sampai aku tanya derang.. tau tak kenapa aku panggil.. sorang terpinga2.. sorang tersipu2.. tapi cakap tak tau.. aku tunjukkan assigment derang dgn artikel yg derang tiru.. yg tersipu2 tu terus jawab sy yg buat tu.. dia tak de kena mengena.. Assignment tu mmg tiru sebijik2 dari artikel tu.. yg tersipu2 tu cakap.. tak pelah dr. biar saja je terima hukuman.. sbb sy yg buat.. bglah kawan sy lepas.. Tetiba kawan dia cakap... eh mana boleh.. kita satu group.. kena sama2 lah terima akibat dari perbuatan ni.. Pastu minah ni pandang aku dan cakap.. Dr. apa yg kitorg boleh buat utk betulkan kesilapan kami ni.. Saya sanggup buat lain hari ni jugak.. 


Kawan dia yg buat salah tu dah meleleh (ni yg aku tensen sbb aku ni sensitif terlebih)..  Aku cakap kat minah tu.. hmm.. sy tak boleh nk bg awak buat lain sbb next week dah exam, so xde cara dah utk perbaiki.. lagipun kamu berdua patutnya kena masuk akademik board dan gagal subjek ni..  Yang minah bersalah dah tensen abis, ckp Dr. hukumlah sy jgn hukum kawan sy, tp sy tak sanggup kena repeat paper.. tinggal lagi satu semester jer..  Kawan dia tu pun cakap.. sy tak kisah Dr. nak suh kami buat apa saja, bg C pun tak pe, sy sanggup terima dapat C sebab kami berkumpulan, sy sanggup terima sama2 dgn kawan sy.


As a human being, aku menilai kedua2 student aku ni dari dua sudut, academically dan psikologi. Academically aku sbnrnya mmg geram mende ni berlaku sbb dah bnyk kali aku tekankan, no plagiarism! Psikologically aku melihat student yg tak buat salah tu as a good person sebab dia tak pentingkan diri sendiri. Ada rasa tanggungjawab terhadap kumpulan. Yang buat salah tu macam terpaksa mengaku salah dan atas rasa bersalah minta dihukum sendirian..

hmm.. pening aku nak buat keputusan td.. but at the end.. aku terpaksa bg penalti for both.. cuma kadar penalti tu berbeza.. 

Cuma aku sedikit sebanyak respek kat minah yg tidak bersalah tu.. automatik dia standup utk group dia, sanggup terima tindakan.. kalau aku nak cari sahabat.. i think that's the friend that i would choose... apa anda rasa?


~mel
agak touchy..

Khamis, 9 April 2009

shawl..

Early morning when i woke up.. it was raining heavily. Dalam kepala dah membebel.. payung tertinggal di Klang when i fetched my mum two weeks ago from kampung. Kena redah hujan la jawabnya. When I got to office..  hari masih hujan sampai sekarang. Aircon bilik ofis aku yg selalunya terhegeh2 utk menyejukkan bilik.. hari ni mmg sejuk abis.. 

Anyway, mujurlah aku mmg letak sehelai shawl (kain selendang tebal) di ofis.. selalu terdampar dikerusi tmpt aku duduk.. masa aku mula2 bawa ke ofis aku fikir.. kat ofis je tempat yg sesuai utk pakai shawl ni sbb ianya agak tebal.. dan betul apa yg aku fikir masa tu.. berguna shawl ni utk waktu2 sejuk cam ni...


~me @my office~


Shawl ni pemberian dia sewaktu aku masih di NZ. Sayang aku kat shawl ni.. aku memang suka warna maroon.. masa dia bg tu cam dia tau2 jer yg aku suka warna ni.. dan sekarang ni ianya mendakapi aku di waktu aku kesejukan... what a nice feeling... 



~mel
cold physically.. warm in heart..

Rabu, 8 April 2009

fb & twitter



Semalam dlm pukul 2.30pm aku dah ada di auditorium utk meeting department. As usual dgn salmiza and as usual selalu lmbt sebab tunggu dia.. Baru je meeting nak mula tetiba one of my collegue panggil aku keluar auditorium.. bincang psl one of our student kejab. And then tetiba dia ckp.. eh i want to ajak u pergi satu meeting (he is a chinese senior lecture). aku tanya dia meeting apa? dia ckp psl ICT clusters and dia sure aku pasti minat punya. aku tanya boleh ke.. aku tak dijemput.. dia cakap no worries.. prof yg mngendalikan tu kwn dia dan dia sure prof tu tak kisah punya. aku teragak2.. dia ckp i'm going now, and dia suh aku masuk dlm mintak kebenaran dgn boss utk skip meeting dept tu.. aku ckp ok... dgn sedikit was was.

Bila aku smpi ke meeting tu.. tgk2 adalah dua tiga org yg aku kenal.. setakat kenal tp xbiasa sgt. Muka2 lain mmg unfamiliar. Bila prof anf his collegue bentangkan projek tu.. perghh.. betuk ckp my collegue td.. semuanya aku suka. And aku ada experience in every inch of the project. Tgh2 they bentangkan tu, tiba2 they all tnya soklan.. sape2 sini pernah guna twitter.. haha.. aku rasa nak gelak kat situ... fb? lagila aku rasa nak terguling.. tp sebab aku dah ler xdijemput.. wat muka macho je la..sambil angkat tangan. And my collegue tetiba je perkenalkan sape aku kat meeting tu.. dan cakap.. actually aku gunakan twitter & facebook utk aku punya kelas.. semua mata pandang kat aku.. haaa.. nak explanation la tu...

So, terpaksalah aku cerita panjang lebar pasal projek twitter and facebook aku for my students, and also blogging system. Tak lupa juga aku membangga diri kejab cakap actually projek yg they cadangkan itu aku mmg biasa buat time aku kat nz and rasanya aku mmg familiar dgn apa yg they all inginkan. Hah.. bertalu2 soklan kat aku pulak.. camne aku guna twitter & facebook utk pengajaran dan pembelajaran sebab ianya sosial networking. Aku just terang satu persatu dan aku tekankan yg this is my early exploration. However.. setakat ni aku rasa aku dah melangkah jauh sikit dari the normal ways of teaching and learning... which is sooo boring! They were all really impressed!

Suddenly the Pof stood up and said: I want you in our team! Dang!

I got it and i love it!
:)



~mel
a bit of inspiration for myself to take my mind away from all the -ve thoughts...

cari telur..


Lagi 4 hari nak musim pertama 2009 hatchlings nak abis..  skrg ni sambil baring pun hatchlings.. sambil makan pun hatchlings.. sambil marking pun sempat hatchlings lagi.. Nak kejar ranking dunia lah katakan.. Dulu masa mula2 diperkenalkan mmg cam malas jer nak main.. tapi sekarang org yg memperkenalkan tu pun dah tak main.. kita plak yg lebih2.. Tapi inilah games yg boleh main sambil baring.. pejam mata pun boleh main gak kot..  Skrg ni aku dah kutip 28,500+++ bijik telur dan 144 bijik telur limited edition.. gilo kan?




Buat masa skrg ni ranking aku no. 4 (network NZ ~huhu tak sedar diri dah balik M'sia). Malam kang mesti sorang minah ni kejar punyalah.. nak dapat certificate cantik sikit dari last season.. 
Yang atas dan bawah ni pet2 peliharaan.. jenuh nak bagi makan kalau tak jumpa burger.. kalau rajin tolong gak bagi makan pet2 org lain... KALAU RAJIN LA.. tapi selalunya kuranglah kerajinan tu...


Entah apa2 hari ni dok citer pasal games kat facebook pulak..  huhu.. pening aa dok marking hari ni... berpinau bijik mata baca assignment students.. kalau lah students tahu betapa susahnya nak marking assignment derang.. huhu... 


~mel
tgh fikir nak main lagi tak abis season ni...

cikeboom..


Cikeboom melawat Obama... pinjam gitar sat ekk..


I'm feeling a bit tired today.. rasa letih dok kat kerusi ofis ni.. but lots of markings to be finished off by Friday..  Kesian my cikeboom dah beberapa hari tak sempat melawat betul2.. selalu time penat2 kat ofis layan gak pet society @facebook ni buat penghilang penat.. lg satu kat ofis internet laju compare to kat rumah.. kalau nak bagi cikeboom jalan pun laju laa... Lg satu sebab this week final week for Hatchlings.. cari telur kat facebook.. at the moment my rankings is the 5th in New Zealand.. tengah beradu dgn sorang minah ni tiap2 hari.. kejab dia no. 4.. kejab aku no. 4.. huhu.. have been trying to beat each other... 

So this is my lovely cikeboom.. muka dia mmg tak senyum.. mcm tuan dia gak.. muka sokmo masam jer..  Skrg rumah cikeboom masih lg konsep piknik.. nanti la bila ada masa boleh tukar balik..  Terima Kasih kat boss a.k.a Obama sebab selalu bg gift kat cikeboom.. appreciate it.. yelah kan sape lagi nak bg kalau bukan boss kepada PA nyer.. :P




Actually just layan benda2 ni utk menghilangkan kesunyian, keboringan dan menghilangkan tension.. Wish that i don't haveto main mende2 ni suatu masa nanti.. i wish i can dedicate my life to somebody.. forever.. and ever.. and ever.. insya allah.. 


~mel
cikeboom is me.. obama is you.. 

Selasa, 7 April 2009

doa..

Bismillahirahmanirrahim...

Ya Allah.. mungkin malam ini istiharahku yg terakhir..
Tunjukkan padaku sebenar-benarnya jalan hidupku..jalan ke arah keredhaanMu..
Sesungguhnya selama ini istiharahMu menjadi petunjuk hidupku ya Allah..
Kujadikan panduan yg mengharungi hidup penuh dugaan..
Aku percaya pada Qadha dan QadarMu Ya Allah..
tapi aku juga makin tidak mampu untuk bertahan lagi..
Haruskah aku menunggu.. atau haruskah aku pergi..
Ya Allah.. berikan petunjukMu..
Sujudku hanya padaMu..
Berikan aku sebab mengapa aku perlu terus di sini..
Namun.. aku tidak perlu sebab untuk pergi.. aku redha Ya Allah..
Andai itu jalan hidupku..
Hanya padaMu aku berserah..
dan hanya padaMu aku memohon pertolongan...

Ya Rahman.. Ya Rahim..
Hanya padaMu ku titipkan doa..
Rahmatilah ibuku.. dan arwah ayahku..
Berikanlah lindunganMu buat mereka..
Ya Hannan.. Ya Mannan..
Berkatilah hidup insan yg ku sayang..
Rahmatilah kedua ibubapanya
Berikanlah keberkatan pada hidup mereka..
Ampunilah dosa2 mereka...

Ya Allah..
Malam ini dan hari-hari seterusnya..
kupohon padaMu..
pudarkanlah sayang dan cintaku sesama manusia..
Limpahkan hanya sayang dan kasih buatMu..
Kerna aku tidak lg sanggup bermimpi..
Rasa penuh dosa menyiksa hati sendiri..


Ya Allah..
Andai istiharahku malam ini.. menghendaki aku pergi... ya Allah aku redhaa.. seredhaa redhaanya.. Andai istiharah ini masih mahu aku terus melalui ranjau ini.. akan jua kuturuti.. tapi ya Allah.. andai kau mahu aku terus begini.. permudahkan jalanku.. sesungguhnya aku sudah tidak berdaya lagi... tolonglah aku.. Ya Allah.. Istiharahku hanya padaMu.. teguhkan imanku dan tingkatkanlah kesabaranku.. Cukuplah Ya Allah dugaanMu padaku.. kasihanilah aku.. aku hanya perlu kasihan dariMu.. tidak dari manusia.. jauhkanlah rasa kasihan manusia pada diriku.. jauhanlah... aku hanya inginkan kasihMu..

Amin.. Ya Rabbal alamin..




~mel
malam ini mungkin istiharahku yg terkhir..
akan kuturut jejak terakhir ini tanpa menoleh lg..
cuma ku panjatkan doa.. istiharah ini melontarkan aku jauh..
dari mimpi yg sama dengan istiharah2 ku sebelum ini..

Isnin, 6 April 2009

Di Sebalik rahsia cinta..

Lagu kat bawah ni salah salah lagu baru dalam album Exists(Keunggulan 2009). Actually lagu ni lagu lama yg dinyanyikan semula oleh Exists (ft Mimie). Tak tau pun sape mimie ni.. layan je laa... boring hari ni komputer tersangat lembab kat opis.. satu kerja tak dapat nak buat.. rasa nak kuar shopping jer.. grrr....


Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia di dalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci..

Dan diwaktu ini
Kau dan aku satu
Berlindung di bawah kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan 
Penuh restumu oh tuhan..

Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
kerana leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan

Dan kini kita terbuang di awangan
terpisahlah dari kenyataan
lalu ada yang terlupa pada perjanjian
kerana leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan...


Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbuka rahsia cinta..
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah.. rahsia cinta...


when you give..


when you give something to people.. what do you expect to get in return? i've never think of something in return, except for the pleasure i'ved got when i give something, the good feeling i'm having when people expressed their appreciation.. but even i'ved got nothing in return i still feel good..

I think you also feel the same when u give something.. even when u don't actually give something that u are aware of.. sometimes u give someone love.. unconditional love.. it is something that you seldom think of.. but when u do.. you know, you'll never take back that love.. the love will remain the same even you are far apart.. even when u got nothing in return, even the love hurts you, but the love will also cure you in times..

i will never stop giving.. even sometimes it's hurts me.. nevermind.. it's better to give than to take.. it's better to love than to hate.. it's better to accept than to igmore..

FRIENDS.. wherever u are.. whether i know u or not.. thanks for giving a lot of hopes and courage for me... although i seldom mention it.. i really appreaciate it..

YOU... thanks for giving me everything.. when we are together and when we are far apart.. everyday i feel your existence, your suport and your everything.. even when you're mad of me.. you're giving me something.. something to ponder about my life.. thanks for being you..

i wish i have more to give.. to make people happy.. i wish to be happy.. but it is not that important anymore... as long as i can make other people happy.. i hope it will show in me...

~mel
5.18am.. penang..

Ahad, 5 April 2009

bubur cha cha


bubur cha cha, originally uploaded by melati.a.

dah lama tak masak bubur ni.. rasanya bubur ni agak popular di kawasan utara kot.. kalau bulan puasa memang best.. kadang-kadang org tmbah sagu bersama cha cha tu.. Nak terhangus bubur cha cha ni tadi sebab sambil online sambil masak sambil tgk tv..

Tapi paling best makan bubur jagung + nasi. Sape2 tak pernah cuba cubalah.. gunakan jagung dlm tin campur yg cream dgn kernel.. pastu santan,gula, garam sikit.. camur semua letak atas api & kacau. Bila dah dekat nak mendidih tu ambil nasi sejuk (sedang2 saja).. campur sekali. Bila mendidih angkat + hilangkan. Pernah buat di nz dulu dan semua org pelik tp suka makan...

best! tp aku tak suka manis sgt, so mmg bila buat manis gitu2 jer..


~mel
masak utk hilangkan pening..

Sabtu, 4 April 2009

kisah cinta..

Sudahlah aku tidak diterima.. hari ini aku rasa terbuang.. dilontar jauh2 dari sebuah kehidupan.. adatak lagi apa2 lg ingin kalian lakukan pada aku? tak cukupkah sengsara hidupku? aku cuba menerima segalanya dengan tenang.. ku cuba tersenyum dlm tangisan.. tapi aku rasa hari ini aku kalah.. kenapalah aku yg terpaksa terima dugaan sehebat ini.. dari satu ke satu.. kenapa aku dipertemukan dgn dia.. kenaa..kenapa.. kenapa.. dari awal aku tak mahu jejaki alam ini.. kenapa semua ini takdir diriku??? kenapa mereka tak faham.. aku tak mahu dari awal tp makin cuba aku lari makin dekat dia dtg..

hari ini aku memangis lagi.. aku dah tak punya sesiapa dlm hidupku.. aku dah tak mampu utk tenangkan diriku.. keberanian aku dah tak wujud lagi.. yg aku tahu aku nak pergi dari sini.. kenapa perlu aku masih ada sayang.. sedangkan tiada siapa didunia ini yg sayangkan aku... tiada siapa.. tiada siapa.. :'(





Fauziah Ahmad Daud (Ogy) - Kisah Cinta

Ini sebuah kisah cinta
Dari sekuntum bunga sekeping hati
Dua jiwa dalam hayalan
Berat rasa untuk berpisah

Dua dunia satu mimpi
Satu cita dalam satu hati
Terjerat dalam permainan hidup
Terkandas dalam cinta terhalang

Mengapa dunia
Kejam pada mereka yang bercinta
Mengapa bercinta
Harus ada saja perpisahan

Kisah cinta berakhir
Dengan penuhharapan
Kisah cinta berakhir
Dengan penuh ratapan
Kisah cinta...



~mel
hidup sudah tiada makna lg...

Jumaat, 3 April 2009

air barli susu...

Sebenarnya tak terfikir pun nak memblog kaedah membuat air barli susu ni. Mesti ramai org tak pernah dengar, aku pun masa mula2 dtg penang ni tak pernah gak dengar. Tapi bila dah rasa air barli susu ni kat cafe desasiswa bakti usm.. tergoda pulak. biasa kita minum air bali biasa bergula je kan. Tapi air bali susu ni, gula diganti dengan susu pekat manis. Ada kelainan pada rasanya. Aku mmg suka air barli dan lagipun air barli ni baik utk pemprosesan buah pinggang. Memang dah lama cuba selalu2 mengamalkan minum air barli ni. Sekarang ada alternatif barli susu... bolehlah diselalukan meminumnya...


Basuh + rebus barli sehingga mendidih + barli jadi lembut



Sediakan susu pekat manis secukupnya, kalau suka manis buh ler bnyk..
aku xsuka manis2 sgt.. so kandungan susu tu aku kurangkan. Kalau beli kat kafe bakti, susu dlm gelas tak dikacau.. nanti pandai2 la kacau sendiri..


Pastu masukkan barli ke dalam cawan/gelas yang dah ada susu pekat manis tu. Jangan lupa air barli tu sekali dimasukkan lepas tu.


Kat atas ni air barli susu yg telah dikacau. Begitulah hasilnya.


Air barli susu ni boleh diminum suam ataupun buh ais. Dua2 sedap.
Cubalah kalau rajin.. kalau malas..kena dtg usm la jawabnya.. huhu..


~mel
nanti nak blanjer boss/si dia minum barli ais ni... :P