Khamis, 31 Disember 2009

2009..



selamat tinggal 2009... aku mengharapkan moga 2010 akan membawa suatu kehidupan yang harmoni dan bahagiakan utk aku, suami dan keluarga ku... Banyak yang aku lalui pada tahun 2009 dan tahun-tahun sebelumnya.. kalau boleh aku nak buang jauh2 segala yg keruh, segala yg mengundang sengsara dan aku mengharapkan sinar baru yg tidak berkesudahan...

Pada tahun 2009 aku kehilangan insan tersayang.. mak pergi selama-lamanya.. tapi Allah mengurniakan aku seorang insan buat menemani hidupku.. alhamdulillah.. aku bersyukur kerana kehilangan diganti kebahagiaan.. Moga berkekalan hinggan ke akhir hayat ini...

~mel

Selasa, 29 Disember 2009

rindu mak..

Mak..
Dah beberapa bulan mak pergi.. tapi terkadang rindu pada mak tak dapat dibendung.. bila teringat rasa sayu sangat.. Raya puasa, raya haji telah pun berlalu.. kami lalui tanpa mak di sisi.. Sememangnya rasa agak pelik beraya sesama kami semata-mata tapi apa kan daya..

Mak..
Tahun Baru Hijrah dah bermula.. Anak2 mak juga hampir semua dah berjaya dalam hidup.. Masing2 telah nampak arah masa hadapan.. Alhamdulillah.. Tentu mak bangga dengan apa yg anak-anak mak telah capai.. Apa2 pun mak.. walau di mana kami berada, rindu pada mak tetap mendalam..

Mak..
Doa dari anakmu ini.. semoga mak aman di sana.. semoga Allah melimpahi rahmat ke atas roh mak.. semoga mak ditempatkan di kalangan hamba2 Allah yg dikasihi dan disayangiNYA.. Hanya doa yg mampu anakmu hulurkan buat mak.. Semoga sejahtera di sana...

Akhirkata mak.. Terima kasih kerana merestui pilihan anakmu ini sebelum mak pergi.. Alhamdulillah restu dari mak menguatkan kebahagian kami.. Syukur padaMU Ya Allah...

Rindu mak..

Pusara arwah mak...


Rindu mak..

Buat kedua arwah ayahanda dan bonda..
Semoga tenang di sana.. Semoga diampunkan segala dosa kalian.. Semoga roh kalian dicucuri rahmat dan dilimpahi keberkatan. AMIN Ya Rabbial Alamin..

~mel

Isnin, 28 Disember 2009

love this..

Aku suka betul gambar ni.. sebab nampak sangat natural.. aksi2 selamba dan tanpa disedari.. yg aku tau time gambar ni diambil aku tgh call two of my students, time tu wartawan akhbar kosmo dah lama tunggu kitorg .. yg dua org ni tah mana2 tak muncul2.. puas kawan2 derang call.. last2 aku call baru ler derang muncul... sebab lambat: mak angkat derang suh makan dulu... huhu...


aksi2 candid

P/s pandai betul org yg amik gambar ni.. boleh jadi fotografer pro ni.. :P

~mel

saja..

Terasa comel lak aku wat muka cam ni.. huhu..

Time ni bersama2 dgn hubby kat rumah keluarga angkat di Kg Ulu Kuang, Chemor Perak. TQ to my dearest hubby yg sanggup dtg dari Penang utk menemankan semalaman di sana.. Sambutan yg kami terima waktu memula dtg ke kampung ni mmg agak meriah tp last2 ada insiden yg menyebabkan aku rasa agak terkilan dan tak best..

Anyway.. semua tu pengajaran utk kami supaya lebih berhati2 dan peka di tempat org.. kan..

~mel

t

Ahad, 27 Disember 2009

True Move..


True Move.., originally uploaded by melati.a.

Pengembaraan Kembara 4 Negara tempohari bermula di Hadyai, Thailand.
The first thing yg aku realised was the fact that my DiGi still on
DiGi status until 1/2 hr perjlnan melepasi border Thai. Pelik!
Patutnya masuk2 border dh tukar status ke roaming.. Tetiba smpi satu
tmpt.. Alamak!! No Service!! Baru aku tingat.. Aiseh.. Aku patutnya
activate dulu roaming coz aku guna postpaid!! Dulu guna prepaid mmgla
auto roaming..

Sampai di Prince of Songhkla University, first thing yg aku tnya wakil
student PSU tu.. ada jual sim prepaid tak kt situ? Mamat tu org
Pattani, so boleh ckp Melayu dialek Kelante.. Dia ckp kat aku jgn
risau jab lg dia bwk aku gi beli sim prepaid..

So b4 kitorg checkin guest house uni, dia bwk aku kt satu kedai uni &
beli simcard prepaid True Move ni.. Harga utk satu sim lebih kurang
RM4.90 dan spjg 3 hari di sana aku hnya top-up dlm RM9.00 dan still
ada balance rasanya dlm tu.. Yg bestnya topup dia ada 3 je.. RM2, RM5
& RM9.. Lain takde..

Tapi xtaula kan berapa bil my hubby this month psl dia yg kena call
aku dr Msia.. Huhu..:P

~Mel

Sabtu, 26 Disember 2009

malam last..

Today is our last day of Kembara di Indonesia.. Esok akan ke Singapore & ambil flight balik ke Penang. Oleh sebab duit projek di Indonesia banyak yang tidak digunakan (dlm ertikata lain banyak lebih), AJK projek bhg Indon telah mengumumkan bahawa makan mlm hari ni di sponsor dgn duit projek. Kira last dinner lah utk projek kembara K4N ni.. Biasanya makan guna duit sendiri. Tempat yg derang decide adalah restoran seafood. Aku ngikut aje..

Sampai kat tmpt seafood gerak hati aku cakap... errkk esklusif tempat ni. Aku pun tanya kat derang.. duit ada berapa.. agak2 cukup ke nak makan ni. Derang ckp.. rasanya cukup Dr... kami ada sejuta rupiahv(dlm RM250++). Aku cakap.. kalau xcukup aku xleh nak bantu sebab duit aku dah habis shopping.. yg tinggal cuma dlm 60ribu rupiah je.. Bila aku tanya en. sofwan, my colleague dia ada duit lebih tak in case tak cukup duit.. dia cakap dia ada 600 ribu rupiah lg.. So aku budjet2 cam cukupla... ada dlm RM500, xde risau sgt..

So, di meja bedudak Ajk ni order la.. sikit punya lama pilih makanan.. aku siap sound lagi.. cepatla.. aku dah lapar.. Bila makanan sampai... mak ooooiiii.. terkejut aku.. macam2 jenis seafood.. udang (4 pinggan besau), ketam, sotong (4 pinggan lain2 jenis masakan), ikan siakap (2ekor besar), ikan kerapu (2 ekor besar), tiram (etah tak ingat berapa pinggan), udang galah (4 pinggan besar), sayur2 ait fresh orange + air temikai 2 jug, dllg.. aku macam nak terbeliak bijik mata. Selalu makan satu family dgn family aku yg ada 23org jumlahnyer pun xsebanyak itu. Itupun kalau kat Msia dlm lingkungan RM300. Ini mcm 5 kali ganda yg selalu family aku makan ni.. Tgh2 makan aku tanya kat bebudak tu.. berapa ni semua korang kira tadi.. derang ckp.. dalam 600ribu Dr. Aku terkejut. Eh.. betul ke korang ni kira.. td siang kitorg lunch kat kedai nasi padang yg agak ekslusif pun dah 630ribu.. takkan ni lg murah.. Derang ckp.. betul Dr.. mmg kitorg dah kira.

Aku cakap kat en. sofwan.. errr.. aku cam tak percaya jer 600ribu lebih ni.. entah2 budak2 ni tak biasa makan seafood x? ke diorg salah faham camne nak order ni... Anyway.. dalam pada berfikir ttg harga tu, mmg sedap giler makan seafood fresh ni.. Org lain pun makan sesedap rasa..

lagi 15 minit kol 9.. aku cepat2 suh derang siap2 nak byr.. van yg kami sewa habis khidmatnya kol 9..so kena cepat2 balik.. So mana2 yg dah siap semua berlari ke van termasuklah en sofwan. Mula aku nak ikut ke van tapi aku cam tetiba rasa aku kena tunggu jugak bebudak ni bayar.. Bila waiter datang bawak bil... tengok2 bilnya 2JUTA RUPIAH!!.. (dalam RM750)Bebudak ni ade 1 juta rupiah jer.. en sofwan dah tah ke mana.. kalau campur duit en sofwan pun tak cukup.. baru 160ribu. Muka ketiga2 org AJK dah pusat lesi. Mana nak korek duit nak bayar ni.. duit ada separuh jer.. Kesian betul aku tgk muka bebudak tu..

Memula aku ingat nak suh one of them gi panggil en sofwan.. pastu cam fikir apa en sofwan boleh buat.. duit dia pun tak cukup.. Tetiba aku terfikir nak tanya waiter tu... errr.. sini boleh guna kredit kad kan? Waiter tu cakap.. "buleh Mbak.." Aku pun terus ikut budak tu.. hulur kredit kad aku..& bayar.. Settle bil aku pun pusing tgk blakang.. Ajk2 aku semuanya muka masih pucat tak berdarah lagi.. Tergelak terbahak2 aku dibuatnya..

OTW nak gi van.. masing2 masih gabra.. Dr.. mcm mana ni... macam mana kitorang hanya mampu nak byr 1 juta jer kat Dr... lagi 1 juta mcm mana.. Mmg time tu aku gelak habis.. mmg time aku bayar tu tak terfikir pun camne nak suh derang byr balik...yg penting time tu nak selamatkan derang dari jadi tukang basuh pinggan kat restoran tu!! huhu.. Then aku cakap.. xpelah..jgn risau.. duit projrk kat aku pun masih ada lebih.. so aku boleh amik balance nya dari situ je nanti.. huhu...


Masing2 terus cakap... LEGAA.... Rupa-rupanya semua tukang order makanan tu tak pernah makan seafood kt restoran... jd derang tak tau yg harga seafood semua tu dikira dlm kilo!! Derang ingatkan kalau tulis 10ribu rupiah tu maksudnya 10 ribu rupiah sepinggan.. tak tau yg maksudnya 10ribu rupiah sekilo!

Dalam van derang kena gelak.. really experience la kat derang.. hehe.. masing2 tak habis2 ucapkan TQ sebab aku jadi penyelamat derang.. kalau tak mmg kena cuci pinggan laa..


~mel
mujur kad boleh swipe.. huhu seram gak sbb amountnya berjuta2.. :P

Khamis, 24 Disember 2009

sup tulang..



Beberapa jam lalu kawanku Yati menjemput aku di depan hotel backpackers depan Bugis Junction Singapore. First time nak jumpa Yati.. kawan aku since beberapa tahun lepas di Multiply. Bila jumpa Yati mmg terus boleh ngam! Macam dah kenal lama.. Yati bawak aku gi mkn di Beach Road.. dengan aku yg tak berapa sihat.. Yati siap nak bawak gi klinik tp aku rasa cam menyusahkan dia jer.. so kitorg gi makan. Ya Allah.. order makanan macam2.. macam nak bg satu bala tentera nak makan.. dgn nasi putih, kuey teow nasah, tom yam, sayur, dan yang paling menarik.. SUP TULANG.


Tapi yg peliknya sup tulang tu warna merah, dan kuahnya tak dela banyak macamsup tulang kita di Msia.. haa.. tgk la gambar sup tulang tu kat atas.. xde kuah sgt.. sup tulang ni pulak dihidangkankan dgn roti.. ish ish.. jenuh nak makan dan tak terabis pun...

Anyway..thanks Yati.. for the nice food & belanja mel.. :)

Rabu, 23 Disember 2009

Baby..


Nama saya baby.. bila amik gambar saya boleh buat pelbagai jenis muka.. time ni saya panjat abah saya punya timbang sayur dan timbang diri sendiri... Auntie lupa nak tanya siapa nama saya sebab auntie panggil saya baby yer.. Mak dan abah saya jadi mak angkat auntie di Kg. Lakai Jelebu NS.. Cute kan saya.. Cuba tengok kat timbang tu.. berat saya 10kg..

TQ..

Just to say tq to my students.. since semalam derang really concern tentang aku.. tak habis2 bertanya.. aku ok ke.. apa derang boleh tolong.. siap pegangkan tangan takut aku jatuh.. Pagi ni masing2 tengok aku teruk.. Siap tanya larat ke aku nak pergi temankan derang ke Science Centre.. aku cakap aku ok.. still boleh survive.. tp di Science Centre aku mmg dah tak mampu nak jalan.. so aku just lepak aje duduk atas kerusi.. fikiran aku jadi bercelaru..

Last2 aku cakap kat derang.. after this aku nak balik. aku tahu kat mana limit aku.. nafas pun dah rasa sesak.. Derang ckp ok.. ada yg nak temankan tp aku ckp xpe.. kesian takkan derang xleh gi melawat sebab aku.. then kami naik MRT.. MRT sgt penuh.. bila ada tempat kosong depan derang siap xbg org duduk, ckp aku tak sihat kena bg aku duduk, walaupun masa tu aku jauh dari derang.. Terharu pulak rasa.. derang turun di stesen awal.. aku sorang2 ke stesen Bugis jauh sikit dari tmpt derang berhenti.. time sorang dlm MRT berlinang airmata aku.. entahlah aku tak tahu apa yg aku rasa skrg ni.. aku rasa sedih sgt..

~some of them


~mel
wish i can stop crying..

Kosong..

Ada beberapa hari lg kembara ini akan berakhir.. Aku dah rasa sgt
penat.. I think my student pun mcm tu.. Hari ni 2nd day in spore.. Aku
mmg rasa xbrapa sihat since smlm.. Pg2 bila aku bgn aku dh rasa
semcm.. My students yg very observant risau betul.. Siap tanya aku ok
ke.. Dari sorang ke sorang.. Aku just ckp aku ok.. Walaupun aku x ok..
Badan xsihat + homesick..

Skrg ni actually tgh tunggu nak msk Science Centre.. Aku mmg xde mood
lngsg.. Rasa kosong.. Kosong sgt.. Rasa blur.. Rasa penat.. Rasa
xlarat.. Semua cukup..

But.. Who cares?? Huhu..


~mel
23/12/09
Sent from my iPhone

Sabtu, 19 Disember 2009

Serendah, Selangor, Malaysia

BEGIN:VCARD
VERSION:3.0
N:;;;;
item1.ADR;type=HOME;type=pref:;;;Serendah;Selangor;;Malaysia
item1.X-ABADR:my
item2.URL;type=pref:http\://maps.google.com/maps?f=q&q=3.366374\,101.606590%20%28Serendah\,%20Selangor\,%20Malaysia%29
item2.X-ABLabel:map url
END:VCARD

On the way to jelebu.. Still have six days to go.. Kembara 4negara..


Ahad, 13 Disember 2009

Bedset..


Bedset.., originally uploaded by melati.a.

Hadiah kawen pemberian boss hubby.. Sgt cantik jenama Akemi tp
lecehnya sarung bantal 2 jer.. Tapi biasala kan.. Mmg jenama ni sarung
bantal 2 jer + 1 sarung bantal golek...

Selasa, 8 Disember 2009

Haisshhh...


Haisshhh..., originally uploaded by melati.a.

Ada sape2 nk tambah hutang?? Huhu.. Xyah ler.. Buat sakit kepala
jet..:P Lagipun bak kata hubby td.. Guna iphone ni paling best.. So
dpt henfon freee pun xguna..:D

Ahad, 6 Disember 2009

colek'...

Sebenarnya aku tak reti nak eja perkataan tu... colek @ coleq @colek' ... sbb kalau org kelantan menyebutnya sebutannya ada sengau sikit.. atau lebih tepat lg.. ada keunikan tersendiri.. colek' ni bukan kena culik @ diculik @ penculikan.. tetapi sambal atau dlm erti kata lain bahan utk mencicah buah2an @ keropok @ apa2 yg seangkatan dgnnya..

Tadi aku gi Giant Bayan Baru.. beli barang keperluan sambil hilangkan boring la.. hubby berbengkel di Eastin Hotel.. Bila sampai tang tempat buah-buahan.. nampak ler buah jambu batu.. so beli la... Bila sampai rumah, baru terfikir.. alaa.. aku xde kuah rojak ke.. @ asam masin ke utk makan dgn buah jambu tu...

Tiba-tiba teringat.. haa.. masa kecik2 dulu mmg tak makan buah jambu @ apa2la buah, mangga ke, belimbing ke.. nenas ke.. dgn kuah rojak @ asam masin yg beli.. tapi buat colek' sendiri... walaupun buat sendiri tapi mmg rasa sedap sgt.. so td aku pun tingatkan kaedah zaman dulu2 buat colek', style ala2 kelantan gitu.. ada dua version, satu version guna kicap.. satu version guna cuka..

Version kicap ~campur semua bahan2 ni.. agak2 ler bnyknyer ikut keperluan utk dimakan dgn buah2an..

Kicap
Gula
Garam sikit
Belacan sikit
Cili api

Version Cuka ~ bahan sama je cam version kicap, tapi kicap ganti dgn cuka..

Kira bahan2 kat atas tu campur bagi sebati.. cili api + belacan di penyek2 bg hancur... pastu leh la makan dgn buah2 pilihan.. biasanya version kicap makan dgn buah2 spt mangga, nenas, belimbing dllg.. dan version cuka makan dgn jambu.. Sangat menyelerakan.. sape2 yg tak pernah buat cubala... Tadi aku buat version kicap.. perghhh.. dh lama xmkn mmg rasa best sgt..


~mel..
tetiba kecur ailio...

Sabtu, 5 Disember 2009

Eastin..


Eastin.., originally uploaded by melati.a.

Just arrived at Eastin Hotel di Queensbay.. Jgn salah sangka, ni bukan
gi hanimun.. Tp sebab si dia ada bengkel kat sini smpi 9 hb, so aku
pun dtg ler.. Kebetulan dia dok bilik single.. Dpt ler aku menepek kt
sini.. Dtg pun pkl 10mlm.. Dia masih kt bawah kerja lom habis.. So aku
lepak tgk tv jela.. Aku tak bawak laptop mlm ni.. Rekod tu.. Tp tak
kisahlah.. Ifon aku ade, lgpun skrg ni aku dh kurang online sgt.. Dulu
salahsatu sbb online sbb si dia jauh dimata.. Skrg dh ada dpn mata..
So aktiviti online tu dh diminimakan, dah beransur nk tukar jd manusia
biasa.. Huhu..

Eastin Hotel ni sbnrnya dekat jer dgn rumah aku.. Dlm 10 minit drive
jer.. Tp td on the way ke sini jalan jem giler.. Sbbnya kena lalu
dekat dgn tapak pesta pulau pinang kat Sg Nibong.. Ramai betul org
td.. Agaknya sbb mlm mggu.. Si dia ada tanya td.. Bila kita nk gi
pesta tu.. Aku ckp tah lah.. Weekend kitorg penuh dgn keje.. Hopefully
next week free sbb mnggu pastu aku kena travel ke 4 negara.. Waaa..
Dulu masa mula2 di offer pergi rasa best.. Tp dlm keadaan skrg ni rasa
xbest coz trpaksa tgglkn hubby 11 hari.. Waaaaaaa...

dialog..

Dalam pukul satu tengahari tadi... seorang isteri berkata..

"Abg, mel nak mandi jab la.. abg leh tengokkan ayam goreng atas dapur tak?"

"Err.. tengok jer kan, kalau hangus ke.. tengok jugak la kan".. kata si suami

Dalam hatiku berkata.. haiyaaa..kang hangus pulak ayam goreng yg aku inovasikan ilham dari ayam goreng kenduri hari tu... ayam goreng berempah dgn daun kari. Aku pun pergi semula ke dapur.. sambil ambik pinggan utk menghidang... tak jadi nak gi mandi. Tiba2 teringat pulak satu ketika dahulu, ibu mentuaku (masa tu belum jadi ibu mentua lagi) pernah cakap kat aku, kalau tak silap sehari sebelum raya tahun lepas.. Masa tu dia tengah masukkan pulut dlm ketupat kot.. ada rendang atas dapur.. ibu mentuaku meminta adik suamiku tolong kacaukan rendang atas dapur... sambil2 tu dia berkata..

"Ijal tu tak de nyer nak tolong kat dapur, kalau adiknyer memang rajin nolong2 kat dapur ni.. dia tu tak de la.."

Mengingatkan dialog ibu mentuaku suatu ketika dahulu terus menyebabkan aku KIV nak mandi.. tunggu sampai ayam habis goreng, hidang semua atas meja.. (aku masak gulai kurma telur ~kehkehkeh telur kawen xtra yg disimpan dlm fridge, sambal sotong & ayam goreng rempah berdaun kari). Siang2 time weekend ni boleh la masak bnyk2 sikit kalau xkuar ke mana2.. Settle semua dihidang.. cepat2 aku gi mandi (sbb dari pagi tak mandi dok mengemas & mengalih2 brg rumah).

Oleh kerana lapar.. aku makan bnyk jugak.. tengok si dia makan pun boleh tahan... aku tambah nasi dulu.. then tetiba dia capai periuk nasi (hehe..aku hidang dgn periuk nasi jer atas meja).. dialog last dia yg aku tak tahan.. terus kembang semangkuk macam belon dimasukkan gas helium..

Dialog dia...

"Rasa cam dah kenyang tapi kalau tak tambah rasa rugi pulak... "

Apa maksudnya tu... tahlah.. tapi aku interpret guna bahasa aku la.. terasa cam dipuji lak.. huhu.. kira puji tu kan? Ke aku perasan?? huhu... habis nasi seperiuk tghari td..


Anyway dalam hati ku berdialog jugak... "aku kena gak ajar dia masak sikit2 nanti.. manalah tau.... aku jugak yg susah nanti...."



~Mel
ke sebab time masak lom mandi?

Selasa, 1 Disember 2009

Bergunting..


Bergunting.., originally uploaded by melati.a.

Abgku gunting rambut... Menghansemkan diri lepas kawen :P