Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 29 November 2009

Inai..


Inai.., originally uploaded by melati.a.

Tadi on the way nak ke Gombak aku dok tunjuk kat boss inai segera aku
yg hampir pudar.. Aku ckp kt boss cepat betul hilang inai ni.. Tapi
pakai pun sekejab juga.. Stgh jam jer..

Tingat lak dulu2 bila nk pakai inai.. Cari daun inai.. Tumbuk-tumbuk
guna lesung..sampai lumat.. Isi nasi sikit.. Baru leh pakai sebelum
tidur.. Esok pgnya baru boleh pakai..

Pahlawanku..


Pahlawanku.., originally uploaded by melati.a.

:)

Sabtu, 28 November 2009

Sarapan..


Sarapan.., originally uploaded by melati.a.

Sarapan beramai2 di bwh khemah sementara tunggu nak mekap dan sambung
kerja..

Jumaat, 27 November 2009

Besday..


Besday.., originally uploaded by melati.a.

Dalam kalut2 bersiap sedia utk majlis, berkebetulan 4 org kanak2
bersepupu di rumah ni sambut besday dekat2.. So diadakan majlis
sambutan besday Auni, Aliff, Chicha & Aqil.. Makan kek secret receipes
+ KFC..masing2 nak mkn awal sebelum maghrib sbb lepas tu kakak2 aku nk
tggu Nur Kasih episod akhir.. Huhu.. Sabor jer..

Esok kenduri nikah aku.. Nikah diMasjid pkl 11pg.. Insyaallah..
Kenduri kt rumah aku kecil- kecilan aje.. Hanya utk keluarga & rakan
terdekat.. Sbnrnya lngsg xde org tua untu kenduri aku ni.. Paling tua
kakak aku jer.. & adik beradik aku.. Mak ayah dh xde...

Apa2 pun.. Moga2 semuanya berjalan lancar esok dan lusa.. Doakan kami
hidup aman damai, bahagia & dalam lindungan & keberkatanNYA.. Aminn..

Kerja..


Kerja.., originally uploaded by melati.a.

Ni my profesional worker yg mmbantu mnyiapkan gudi2 utk kenduri esok..
Pantas & cekap..:D

Khamis, 26 November 2009

Telur...


Telur..., originally uploaded by melati.a.

Smlm konon nk sggh beli telur tp tak sempat.. Hari ni kat sini telur
hampir habis.. Adehhh..

Selasa, 24 November 2009

Mira..


Mira.., originally uploaded by melati.a.

Kak mira nak kena hntr gambar dia kt polis internet..jagalah dia..

Kelam..


Kelam.., originally uploaded by melati.a.

Aku ingat nk perabih marking mlm ni.. Tgk2 letrik pulak xde.. Tadi dr
siang xde air.. Waduh waduh.. Jgn la lama sgt xde api air ni.. Mati
kutu dibuatnyer.. Kepala pun pening jadinya...

Preparation..

Balik2 hari Ahad tengok my sister's house tengah renovate.. lerr.. katanya renovate utk kenduri.. she is quite excited about the kenduri and she is the one who organise everything. Segala persiapan dah pun settle.. Insyaallah khemah & pelamin akan pasang hari Khamis ni, sebab hari Jumaat raya haji. Hari ni agak bising sebab orang dok buat kerja kat depan rumah.. Aliff pagi2 dah bising sebab tengok lori ada kat depan rumah.. Lori mai.. lori mai.. Bila tanya nak naik lori tak? Nanak....!! Mira pulak sibuk menggayakan baju kurung sama macam pengantin.. Cicha cool jer nak ajak gi beli gaun warna sama pengantik walaupun sebenarnya tak suka pakai gaun...

Semalam time gi jumpa org katering (kira sedara gak ni) org tu cakap.. kesian korang xde orang tua.. semua organise sendiri.. hmm.. nak buat macam mana.. mak dah pergi dulu sebelum sempat majlis diadakan.. tak mengapalah, at least mak merestui segala2nya sebelum mak pergi.. Teringat pulak pertama kali mak jumpa si dia... slow slow mak tanya kat belakang dia ni melayu ke... jeng jeng jeng... huhu.. jgn marah boss.. :P

Apa-apa pun yg penting aku kena siapkan marking exam paper hari ni... adehh.. harap-harap line internet tak buat hal.. kalau x jenuh aku nak upload file....

DOA-DOA moga cuaca terus baik hingga ke hujung minggu supaya adik beradik ku yg lain tidak terkandas dlm banjir... risau jer.. takut juga jalan ke sini banjir kalau hujan lebat..


Preparation..

Moga2 segala yg dirancang berjalan dengan lancar.. AMINN..

~mel

Khamis, 19 November 2009

Larangan Permainan Facebook

*Bengang sungguh!!

Assalamulaikum,

Soalan pertama, kami telah mengenalpasti punca masalah dan sedang
berusaha bersama pihak pembekal bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Soalan kedua, secara umumnya polisi pengguna internet USM adalah
selaras dan terikat dengan polisi yang diguna-pakai oleh jabatan-jabatan
kerajaan yang lain yang dikeluarkan oleh MAMPU. Bagaimana pun, kita memberi
lebih kebebasan kepada warga USMNet dalam penggunaan sumber internet.

Permainan atas talian adalah dihalang capaiannya dari dalam USM
semenjak sekian lama, perkara ini boleh dirujuk kepada muka 6, perkara 7,
sub perkara (g) pada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1
Tahun 2003 yang dikempilkan bersama. Lain-lain perkeliling berkaitan
penggunaan ICT boleh dirujuk pada laman http://www.mampu.gov.my/mampu/pkpa.

Halangan kepada permainan di Facebook berlaku apabila berlaku
perubahan "rating" laman web pada peringkat antarabangsa. Laman tersebut
yang sebelum ini dikelaskan sebagai laman sosial, kini disub-kelaskan kepada
permainan internet yang menyebabkan capaiannya dihalang oleh peranti
"firewall".

Saya tidak pasti apakah hasil-hasil kerja dari pihak pelajar, Dr
lebih mengetahui keperluan Dr. Dr boleh mengutarakan perkara ini kepada CIO
(En ..........................) beserta perancangan pengajaran dan detail keperluan.
Berdasarkan justifikasi yang jelas, ianya akan memudahkan kerja kami
mengenal-pasti sumber-sumber yang perlu dan kepada siapa sumber-sumber
tersebut harus disediakan. Polisi membuka semua tidak dapat dipratikkan
berikutan impak yang tidak sihat melebihi kebaikan yang ada padanya.

K..... A.....
Keselamatan ICT,
Universiti Sains Malaysia



-----Original Message-----
From: ....................
Sent: Thursday, November 19, 2009 9:40 AM
To: Fikry
Subject:

Salam fikry,

Nama : ..........................

No Staf : ....../08

Jawatan: Pensayarah Kanan

Komen:

1. Saya dapati internet connection USM mmg sangat tidak stabil. Proses
uploading selalu tergendala & internet selalu terputus. Saya rasa hal ini
makin menjadi-jadi sekarang ini. Apabila student ramai menggunakan komputer
di makmal multimedia PPIP, internet selalu problem. Untuk membuka satu2
browser pun bermasalah.

2. Kepada siapa saya nak komplen tentang games-games yang telah di blocked
dalam facebook? Saya menggunakan games-games tersebut dalam pengajaran dan
pembelajaran saya, jika ianya diblocked macam mana saya nak teruskan p&p
yer? Saya boleh sertakan perancangan pengajaran saya untuk buktikan yang
application games dalam facebook tu sgt penting utk p&p saya. Juga hasil2
kerja pelajar yang telah dihasilkan melalui application tersebut. Sila
ajukan pertanyaan saya ini kepada sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal
ini.


Thanks




-----
Dr.......................
Senior Lecturer (ICT, Multimedia & e-learning)
School of .............................
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.

Rabu, 18 November 2009

Kepingin..

A few days ago.. aku cakap kat boss.. lama betul aku tak makan putu mayam.. rasa teringin pulak nak makan.. tapi mmg susah nak cari orang jual putu mayam.. tadi balik kerja aku ajak boss gi pasar malam. Tujuan utama sebab aku nak cari sayur.. kalau beli sayur kat Tesco mesti aku tak berapa puas hati.. Lagipun dah lama aku xgi pasar malam. Rasanya last sekali time bulan puasa ari tu. Tengah dok jalan2 kat pasar malam.. aku terpandang gerai putu mayam.. so apa lagi.. aku terus beli laa... 4 keping singgit... seingat aku masa kecik2 dulu berapa sen jer harga putu mayam ni... kalau singgit tu kira boleh bagi satu batalion askar makan ler...

Anyway melepas lah kempunan aku nak makan putu mayam.. Kalau tengok kat bawah ni mcm nasi pulak.. Bagi sesape yg tak pernah makan putu mayam (kot2 la ada yg ketinggalan lrt).. putu mayam ni terdiri dari 3 komponen.. komponen ala ala mihun.. komponen gula merah (aku rasa skg org guna brown sugar jer) & last sekali komponen kelapa parut. Bila ketiga2 komponen ni digaul sekali dan dimakan... rasanyer amat menyelerakan. Cubalah... huhu..


Putu Mayam

~mel
tengah dok buat website utk komponen2 projek InSPIRE..
tu yg terpengaruh dgn perkataan 'komponen'..
mata dah kuyu...

Selasa, 17 November 2009

Pengawas..


Pengawas.., originally uploaded by melati.a.

Ptg ni aku jadi pengawas exam bg subjek yg aku ajar.. Exam dijlnkn di
PHS II di mana 4 paper di combinekan dlm satu dewan.. Hari ni sbnrnya
aku rasa xberapa sihat.. Jd time jd pengawas ni aku rasa tak berapa
selesa la.. Dah ler jaga exam dgn org2 yg x aku kenal..

Aku tgh pening.. Manala aku letak borang utk ambil skrip exam.. Selama
ni aku jaga hati2 utk hari ni.. Tetiba hari ni aku xingat pulak mana
aku letak..

Teruk betulla.. Grrrr.. (pada diri sendiri)

Isnin, 16 November 2009

RM3...

Last week gi kenduri kat Kepala Batas.. On the way nak ke rumah kenduri nampak tempat basuh kereta RM3.. so awal2 cakap kat boss nak basuh kereta otw back.. seperti biasa bila cakap kat dia.. dia tak jawab.. tp toing toing angguk jer.. huhu..

So.. balik tu singgahla.. wahh.. tiga inggit jer.. best2.. lepas tu mmg berkilat kereta... :)
Kat sekitar USM ni tak de lagi tempat basuh kereta cenggitu.. so kalau ada sape2 nak buka amat dialu-alukan... errr... ke boss nak buat jadi pengusaha kedai cuci kereta lak pas ni.. :P

photo

photo

photo

photo

photo

photo


Selesai.... Tamat..

12 days to go...

12 hari lagi hari itu akan tiba.. banyak perkara yg perlu diuruskan.. pening kepala makin bertambah tapi walaupun pening sedikit sebanyak aku enjoy the shopping, the making of hantaran dllg.. Takkan tak enjoy kot.. huhu.. walaupun penat dan kdg2 susah betul nak cari the things that we wanted.. Naknyer nak cari barang di Penang ni, masing2 tak biasa di sini, nasib baik abang ku ini sangat supportive orangnya dan hensem sgt membuat kan ku cair setiap kali menatap wajah tampannya (ini dia yang tulis sendiri dgn perasannyer.. :P) Dia juga tidak lokek memberikan senyuman manja (Sebenarnya dia sgt susah senyum.. kalau jeling orang sampai nak kuar bijik mata.. huhu.. kalau tengok kening... perghh.. lagila takut.. :P)


Susahnyer..
Haa.. ini time abangku nak cari kasut hantaran last week (pakai baju tight-in tu..huhu) .. adehh adeh.. jenuh mencari.. mujurlah matahari bersinar hari tu kat Sunshine.. jadi jumpala kasut yg diidam2kan.. Sebelum nak beli tu sms k.hani dulu utk komfemkan kasut yg macam mana... Dia cakap kasut mesti macam kasut Obama.. tak boleh lain.. Dalam firasat aku.. mesti kena beli kasut bekilat yg boleh buat cermin muka kalau nak berbedak & berlipstik....


photo

Oleh sebab aku tak de menggaji org utk buatkan hantaran.. jd kebanyakkannya aku gubah sendiri.. bila balik kerja aku buat sikit2.. sampai sekarang pun masih sikit..huhu... anyway..hopefully siaplah hingga hari yg dinanti2 kan.. My sister dok suh buat hantaran ala-ala moden.. aisehh.. malas la aku.... huhu.. buat je la ikut kreativiti tgn aku yg tak berapa nak kreatif ni.. lgpun hasrat hati nak buat sendiri semuanya utk hari itu... amacam?


~mel
ok.. sambung kerja..

Ahad, 15 November 2009

Mcm mana nak lalu ni..


Mcm mana nak lalu ni.., originally uploaded by melati.a.

Tgh otw nak ke gurney drive mkn pasembur.. Ada org potong pokok dlm
USM.. Perjalanan tergendala sebentar..

Sabtu, 14 November 2009

Anak sape ni?


Anak sape ni?, originally uploaded by melati.a.

Pagi2 ni kena kacau.. Empat kali mms masuk time tgh tidur.. Aiseh..
Henfon jauh lak, terpaksa bgn lak.. Tgk2 ada gambar sikecik ni.. Anak
sape ni? Ibunya sila angkat tgn yer...

Rabu, 11 November 2009

Perjalanan..

Dah beberapa lama aku berhasrat nak berbicara tentang apa yang ada dalam hati aku sekarang ni. Tapi kesibukan yang bertandang tanpa henti membuatkan aku terpaksa lupakan hasratku. Lagi 16 hari detik itu. Macam-macam perlu diuruskan. Sebenarnya dari segi fizikal dan mental juga perlu diuruskan. Dugaan yg mendatang mmg banyak. Bergaduh pun mmg agak hyperaktif jadinya. Tapi tulah kan.. bila baik balik everything seems normal. Dalam kesibukan menguruskan hal-hal berkaitan, tekanan kerja juga bertambah. Kerja makin berlambak2.. bukan aku saja.. dia pun macam tu. Hari Sabtu & Ahad pun masing-masing bekerja. Kalau Sabtu ni aku ada bengkel, dia pulak Ahad & Isnin... adil kan? Pastu sama-sama tension.

Anyway.. entahlah.. semua ini dugaan kot.. sebenarnya dah bermacam dugaan yang kami lalui.. satu demi satu.. tapi tak tau macam mana kami masih kuat berpegang antara satu sama lain... mungkin inilah yang dikatakan saling melengkapi.. aku ada banyak kelemahan.. kesabaran aku mmg kurang.. dan cukup sensitif.. tapi dia sabar dgn kelemahan-kelemahan aku tu... which i am so thankful... 16 days to go.. 16 days to go...

Perjalanan..
"Sometimes the road ahead is blurry and fogged
With a plethora of decisions to be made.
Accidents can and will occur.
Will you allow them to derail you?

Be Careful! A mistake early on may cost dearly down the road.
And sometimes the crossroads of loved ones are cut short.
But do not fear; For your road continues on.
Will you lead your road? Or will it lead you?

Perhaps your path will merge with another
And continue on as one.
Does now your journey seem complete?
No, you are just beginning, much more is to come."

from the poem The Journey
by Adam Johnson

Ahad, 8 November 2009

Nasi lemak..


Nasi lemak.., originally uploaded by melati.a.

Hari ni boss ajak breakfast di fajar harapan.. Tak pernah lg breakfast
situ.. Kami sama2 mkn nasi lemak.. Tgh2 mkn aku ckp kt boss.. Sedap
jugak nasi lemak ni.. Nasi nya cukup rasa.. Boss pun ckp.. Sambal pun
boleh tahan walaupun rupa xmenawan..

Tetiba teringat nasi lemak arwah mak.. Rasanya mmg dah bertahun2 tak
rasa nasi lemak masakan arwah mak.. Tp still boleh bygkan rupa & rasa
nasi lemak tu.. Santan nasi lemak arwah mak mmg mesti guna santan
segar yg diperah dari nyiur yg baru dibelah.. Kat nasi tu mesti ada
titik2 coklat muda hasil dr perahan santan.. Mmg kaw rasanya..
Sambalnya pun umpphhh.. Aku mmg xleh celen..

~mel
Rindu masakan arwah mak terutama sayur masak asam keladi dgn taucu...

Sabtu, 7 November 2009

Nak gi kenduri..


Nak gi kenduri.., originally uploaded by melati.a.

Kami otw nak ke Kepala Batas utk kenduri anak staff my office..
Biasala kan.. Aku sentiasa menikmati pemandangan atas jambatan Pulau
Pinang setiap kali aku lalu atas jambatan ni.. Terutama bila aku xyah
drive.. Hehe..

Rabu, 4 November 2009

Serabut..


Serabut.., originally uploaded by melati.a.

Sbnrnya tgh ngantuk giler ni.. Boss mintak tolong sortkan kad2
undangan utk dihantar balik ke Gombak.. Tapinya mengantuk mengatasi
segalanya.. Baik aku tido sat..

Ahad, 1 November 2009

Your invitation to preview Google Wave

melati@ada2aje pulak dapat invitation google wave.. huhu..

Google wave
preview
 
Thank you for signing up to give us early feedback on Google Wave. We're happy to give you access to Google Wave and are enlisting your help to improve the product.
 
To accept your invitation, sign into Google Wave at the following link*:
https://wave.google.com/wave/invite?a=pre&wtok=255596df44109f77&wsig=ABk8uhTa7mNSixhdup4b9ocnNNCXlo9p0g
(If you do not have a Google account, you will be prompted to create one)
 
Once you've signed in:
  • Check out the videos and example waves
  • Invite others to join you
 
Happy waving!
The Google Wave Team
 
For help, please visit http://www.google.com/support/wave
 
* This link will only work for one invitation to Google Wave, it cannot be shared!
 
 
Copyright 2009. Google Inc, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043.



--
1 + 1 = 3