Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 19 November 2009

Larangan Permainan Facebook

*Bengang sungguh!!

Assalamulaikum,

Soalan pertama, kami telah mengenalpasti punca masalah dan sedang
berusaha bersama pihak pembekal bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Soalan kedua, secara umumnya polisi pengguna internet USM adalah
selaras dan terikat dengan polisi yang diguna-pakai oleh jabatan-jabatan
kerajaan yang lain yang dikeluarkan oleh MAMPU. Bagaimana pun, kita memberi
lebih kebebasan kepada warga USMNet dalam penggunaan sumber internet.

Permainan atas talian adalah dihalang capaiannya dari dalam USM
semenjak sekian lama, perkara ini boleh dirujuk kepada muka 6, perkara 7,
sub perkara (g) pada Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 1
Tahun 2003 yang dikempilkan bersama. Lain-lain perkeliling berkaitan
penggunaan ICT boleh dirujuk pada laman http://www.mampu.gov.my/mampu/pkpa.

Halangan kepada permainan di Facebook berlaku apabila berlaku
perubahan "rating" laman web pada peringkat antarabangsa. Laman tersebut
yang sebelum ini dikelaskan sebagai laman sosial, kini disub-kelaskan kepada
permainan internet yang menyebabkan capaiannya dihalang oleh peranti
"firewall".

Saya tidak pasti apakah hasil-hasil kerja dari pihak pelajar, Dr
lebih mengetahui keperluan Dr. Dr boleh mengutarakan perkara ini kepada CIO
(En ..........................) beserta perancangan pengajaran dan detail keperluan.
Berdasarkan justifikasi yang jelas, ianya akan memudahkan kerja kami
mengenal-pasti sumber-sumber yang perlu dan kepada siapa sumber-sumber
tersebut harus disediakan. Polisi membuka semua tidak dapat dipratikkan
berikutan impak yang tidak sihat melebihi kebaikan yang ada padanya.

K..... A.....
Keselamatan ICT,
Universiti Sains Malaysia



-----Original Message-----
From: ....................
Sent: Thursday, November 19, 2009 9:40 AM
To: Fikry
Subject:

Salam fikry,

Nama : ..........................

No Staf : ....../08

Jawatan: Pensayarah Kanan

Komen:

1. Saya dapati internet connection USM mmg sangat tidak stabil. Proses
uploading selalu tergendala & internet selalu terputus. Saya rasa hal ini
makin menjadi-jadi sekarang ini. Apabila student ramai menggunakan komputer
di makmal multimedia PPIP, internet selalu problem. Untuk membuka satu2
browser pun bermasalah.

2. Kepada siapa saya nak komplen tentang games-games yang telah di blocked
dalam facebook? Saya menggunakan games-games tersebut dalam pengajaran dan
pembelajaran saya, jika ianya diblocked macam mana saya nak teruskan p&p
yer? Saya boleh sertakan perancangan pengajaran saya untuk buktikan yang
application games dalam facebook tu sgt penting utk p&p saya. Juga hasil2
kerja pelajar yang telah dihasilkan melalui application tersebut. Sila
ajukan pertanyaan saya ini kepada sesiapa yang bertanggungjawab dalam hal
ini.


Thanks




-----
Dr.......................
Senior Lecturer (ICT, Multimedia & e-learning)
School of .............................
Universiti Sains Malaysia,
11800 Pulau Pinang.

3 ulasan:

  1. sabo Mel

    lg 7 hari tuu..hahaha

    BalasPadam
  2. ini ker yang kak mel kate komplen kat ppkt tuh?

    oh btw, this is bubbles182 :)

    BalasPadam