Rabu, 30 Mac 2011

Melbourne (Day 3- Live)





Semalam aku dapat PM dari seorg kawan yg duk di Melbourne.. aku terlupa sungguh yg dia pernah gtau yg dia kat Melbourne skrg ni, baru nak abis PhD.. Azhari nama dia. Bila di baca status fb aku dia terus message & bg no fon dia. Aku message & bagi no fon aku, mlm tu terus dia sms. Apalagi aku cakap kat dia.. bawakla kitorg jln2. Rupa2nya dia dok kat Malaysian Hall, tak jauh dari hotel yg aku duduk. Pagi tadi kitorg arrange nak jumpa kat station tram terdekat.. dia tanya nak gi mana? Aku ckp nak jalan2 cari tempat shopping jer (walau xtau nak shopping ape pun..). Aku cakap dia, ada member aku sama kerja kat USM cakap kat dfo murah.. dia cakap..ok.. dia bawak gi dfo. Mula aku tak tau ape mendenya dfo tu.. rupa2nya Direct Factory Outlet.. huhu..


So, destinasi pertama pg tadi adalah dfo. Azhari ajar kami naik tram. First day hari tu mmg kami ada try naik tram..tp turun balik sebab xde duit siling nak beli tiket.. dan tak tau nak beli kat mana pulak tiket tu.. last2 tadi bila diajar, baru tau tiket tram boleh beli kat 7e. Kami mmg rajin gi 7e sebab kat situ jer dapat beli air murah sikit.. cam dua botol besar AU$5 atau $7. So hari ni ke mana2 kami ikut azhari dgn menaiki tram. Takdela termengah2 cam smlm jalan kaki. Semalam kami naik tram gak.. tp naik tram free jer pusing satu bandar. Kat dfo xde shopping ape pun.. cam xberapa meriah.. tapi ada kedai Levis, so hubby @fullfilth rembat sehelai Levis (mmg dari msia dah plan nak cari levis sehelai). Harga boleh tahan.. Then beli beberapa buah buku yg agak murah. Aku tak beli apa2 sbb nak beli baju pun cam xberapa nak sesuai..huhu.. so just jln2 aje.
Lepas tu @amirulzahid yg bersama2 dgn gerombolan kami cakap dia nak cari kasut sukan. So azhari cakap, dia akan bawak kami ke tempat factory outlet pelbagai jenama sukan. Perghhh.. bila sampai kat situ.. kami semua melopong. Mula2 ke FOS Nike.. harga mmg sangat murah. Tergoda sungguh. Then kami ke kedai2 FOS yang lain cam Adidas, QuickSilver, Kathmandu, Russell, dan ada gak kedai2 factory utk brg2 dalam org ppuan.. haha.. :P. Mmg suka sungguh kami di situ, so adalah beberapa barang yg dirembat di situ.. Lupa pulak.. time aku tgh dok sibuk pilih baju kat Russell.. bila keluar jer.. cari2 hubby xde.. puas kitorg pusing2 cari dia.. tp xjumpa.. gabra dah aku.. jenuh cari.. last2 jumpa dia dah lepas ke jalan atas sbb tak perasan kitorg sok tgh try2 baju kat dlm Russell tu.. huhu.. mujur jumpa.. kalau tak meraung aku kat tepi jalan tu.. :P

Dari situ kami balik ke citycentre.. masing2 dah lapar..azhari bawak kami ke kedai malaysian halal, OldTown Kopitiam Mamak.. so dapatlah kami makan nasi setelah 3 hari dtg sini. Harga nasi kandar adalah AU$10.95 sepinggan..haha..kalau convert aku tak makan laa.. so apa2 jgn convert duit malaysia.. :P Dari kedai makan, jalan2 city balik,jln2 kat RMIT university, cantik betul universitinya, lalu kat library yg cantik... then jalan kat Docklands & Yarra Riverbank, di kat Melbourne Exhibition Centre.. ambik gmbr sana sini, then Azhari ajak gi another dfo. Kitorg ikut jela walaupun kaki mmg ada rasa lenguh...huhu..Kat dfo tu aku dapat beli beberapa mekap branded murah.. huhu.. suka hati...

Hari ni mmg jln kat city centre aje laa.. Penatnya mmg penat.. sebelum balik, mcm smlm, kami tapau makanan dari kedai halal di tepi Flinders Street Station iaitu Lord of the Fries. Kedai ni 100% vegetarian dan halal. Semalam kami beli burger.. bigburger.. tak terabih nak makan.. hari ni kami beli hotdog pulak.. tak terabih jugak.. sgt besar.. Hari ni cuaca agak sejuk..hujan renyai2 lak tu.. hubby pakai baju lengan pendek jer coz semalam cam panas sgt.. hari ni kesejukan.. last2 pinjam sweater org baru beli..huhu.. jadi perasmi la tu.. kalau tak mesti beku.

Sampai hotel.. kepenatan.. tp sempat lepak kat lobby bawah utk check internet jab.. huhu..


~mel


Selasa, 29 Mac 2011

Melbourne (Live)..

Hi all... Aku skrg ni di MELbourne, Australia. Actually dtg sini utk konference Global Learn 2011, aku akan present hari Jumaat ni. Tadi dah register utk konference, then ambil kesempatan utk pusing2 bandar Melbourne yg sgt besar dan cantik ini.. Tadi kami jalan2 satu naik tram free pusing city centre.. dan pergi Victoria Market yg sgt besar.. ada bnyk barang2 unik.. dan harga oklah.. boleh dibeli. Tapi tak beli apa2 sgt pun, just beli brg2 souvenir.. beli buah anggur, apple & pear yg segar dan murah. Buah anggur sgt best!!

Anyway rasa nak gi lagi Victoria market tu.. huhu.. tengokla kalau keadaan & waktu mengizinkan :P. Esok tak tau plan apa lagi.. konference still berjalan.. so may be konference dulu, tgk org lain present then baru teruskan jalan2..

Hubby & @amirulzahid

~mel @MELbourne

Rabu, 23 Mac 2011

Checking's Eryna's heart

Sambungan dari entri dari Wad Kardiologi kanak2 Hospital Pulau Pinang pagi tadi.. entri tu semasa tengah menunggu giliran eryna yg tersangatlah lama. After doktor panggil terus aje ke tempat scan and then eryna di scan dibahagian jantung. Ok.. the reason eryna kena check today was disebabkan oleh waktu lahir degupan jantung eryna lebih laju dari baby biasa.. soon after lahir. And then bila dia dibawa ke wad kardiologi ni, doktor mendapati ada lubang kecil di bahagian atas kiri jantung eryna. Tetapi setelah di warded beberapa hari didapati ianya ok. So.. today was the first examination untuk tengok sama ada lubang di jantung tu telah tertutup atau tidak. Ikut prediction suppose lubang tu akan tertutup dgn sendiri dalam masa 8-9bulan.

So hari ni adalah penentuan untuk melihat sama ada lubang tersebut telah tertutup atau tidak.

Ini dia doktor Melayu berpelat kelantan yg agak pekat sewaktu tgh dok scan jantung eryna. Actually aku agak cuak jugak sebab time dia tgh scan tu muka dia serious pastu mcm banyak kali dia dok pusing2 scan kat tempat yg sama. Dahlah before that masa tgh menunggu ada satu family ni, anak dia dah umur 6 tahun, jantung ada lubang. So masa umur setahun budak tu telah dioperate utk masukkan jaring kat luar jantung. Ayah budak tu dok cakap kat aku.. tak pe..kalau eryna kena operate sejam je prosedur dia.. dan 3 hari jer baby dok kat wad... Aku mmg masa tu cuak habis.. macam2 fikir.. bila tengok doktor ni serious je.. lagila.. rasa cam sakit jiwa dibuatnya..

Eryna masa discan sgt baik. Masa tu baru bangun tidur dari atas pangkuan papa nya.. so dia dok diam dan tengok kat skrin scan tu macam tau2 jer.. sekali sekala adalah nak try meniarap but mmg really good girl lah eryna tadi.. :)

Itu dia eryna dgn tuan doktor... good girl kan anak mommy..

Tengah2 doktor ni scan datang sorang lagi doktor kat belakang aku dan hubby.. and tiba2 doktor tu cakap... "nampak ada lubang lagi kat jantung tu.. tapi sangat kecil.. so okla macam tak ada apa2.. dan jantung nampak stabil dan balance kedua2 belah..." Then barulah doktor yg 'menyecan' ni cakap dgn pelat kelantannya.. 'yer.. masih ada lubang tapi tak serious, dan dia predict akan tutup sendiri, insyaallah"... Lega rasanya. Dan doktor cakap..ok.. kita jumpa lagi setahun utk tengok lubang kecil tu tertutup atau tidak. Lubang tu hanya besarnya kurang dari lubang jarum... so mmg kecillah..

Alhamdulillah.. lega aku dan hubby.. kalau tidak mmg tak taulah nak cakap apa.. naknyer hari ahad ni nak ke Melbourne.. eryna tinggal dgn atuk & uwan di Gombak. aku cakap kat hubby tadi..kalau ada apa2 tadi, mmg jawabnya aku kansel terus nak gi Melbourne..

Syukur kepada Allah kerana dipermudahkan... moga setahun lagi lubang dijantung anakku akan terus tertutup dan harap2 moga anak mommy sihat2 selalu yer... AMIN..


~mel
p/s balik dari hospital sempat berjumpa dgn Fatin Aliah, one of my earliest fb friends..(first time jumpa hari ni, fatin kerja di UTM) kenal dia di fb before org malaysia tau kewujudan fb lagi pun.. huhu...

Check Eryna at GH..


Check Eryna at GH.., originally uploaded by melati.a.

Today pg2 dah readykan eryna utk ke GH. Tp disbbkan aku terpaksa merasmikan satu bengkel at 9am, terpaksa hntr eryna ke nursery dulu. Pas perasmian cpt2 amik eryna dan bergegas ke GH utk appoinment pkl 10am. Appoinment kali agak penting utk mngetahui perkembangan jantung eryna.. since ada a bit complication masa lahir dulu.

Anyway, dah sejam lebih menunggu ni tp belum lg dapat jumpa doktor pakar. Kat sebelah aku time menunggu ni ada seorg kakak sebelah aku ini.. dah lama gak menunggu.. err.. actually dia nak borak2 dgn aku, tp aku kurang faham bahasa utara dia yg agak pekat & apa yg diborakkan. Rasa agak bersalah.. but what to do.. huhu..

~mel

Selasa, 22 Mac 2011

printer baru..


printer baru.., originally uploaded by melati.a.

Baru dapat printer baru utk ofis kami.. hihi.. hubby tgh dok setup.. kat ofis aku lg satu mmg dah ada printer gedabakss yg sgt berat tp sgt lasernya yg cantik.. apala punya bahasa.. :P

Ahad, 20 Mac 2011

Oreo Cheese Cake..

Hari ni pagi2 dah ke Giant, utk groceries shopping.. dan nak cari bahan utk wat oreo cheese cake.. So, balik2 aje umah je dah beroperasi mengerjakan oreo utk di cheese cakekan. Knp oreo cheese cake? Sbb biskut oreo sedap!! haha... So kat bawah ni hasil 'pengerjaan' kpd oreo yg telah diremukkan dlm plastiknya dgn menggunakan lesung batu..huhu..


Base cheese cake yg ditenyeh2 ke dlm bekas..


Cream cheese, whip cream + crumbled oreo biscuit

Belum sempat keras sgt dah jadi mangsa untuk dimakan!!.

Jemput2!!

~mel

Sabtu, 19 Mac 2011

Sukanya saya...

Tadi gi makan KFC.. entah macammana eryna dapat satu botol air warna merah.. sukanya dia.. kerjanya dok gigit tali botol air tu.. walaupun kalau buh air dalam tu mmg eryna lom boleh minum lagi sebab belum dapat skill menyedut guna straw... hihi..






p/s koleksi eryna bermula lagi.. :P

~mel

Rod Stewart I Don’t Want To Talk About It

I can tell by your eyes that youve probbly been cryin forever,
And the stars in the sky don't mean nothin to you, they're a mirror.
I don't want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, wont you listen to my heart, whoa, heart?

If I stand all alone, will the shadow hide the color of my heart;
Blue for the tears, black for the nights fears.
The star in the sky don't mean nothin to you, they're a mirror.
I don't want to talk about it, how you broke my heart.
If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, wont you listen to my heart, whoa, heart?
I don't want to talk about it, how you broke this ol heart.

If I stay here just a little bit longer,
If I stay here, wont you listen to my heart, whoa, heart?
My heart, whoa, heart.


Jumaat, 18 Mac 2011

Eryna berkerja...

Inilah aksi si cilik eryna yg dah boleh memanjat dan berdiri sekarang ni.. walaupun masih goyang2 lagi.. mulut mmg dah sgt keletah.. boleh menjawab dgn bahasa sendiri bila kita ckp dgn dia.. overall perkembangan ok.. kalau nampak mummy nak dtg amik kat bilik nursery.. dari mengangis boleh terus sengih hulur tangan nak mummy amik.. hihi

gambar ni diamik kat ofis hubby(dan my ofis jugak).. since hubby dah pindah ke mlearning centre.. di mana aku pun researcher kat situ.. big boss bg satu bilik utk kitorang berdua.. so aku ni ada 2 ofis sekarang ni.. kalau ada kerja di school aku, aku akan dk ofis sana.. huhu.. berulang alik.. ofis hubby ni betul2 depan Hadhanah sekolah eryna.. hihi... tu yg ptg2 amik eryna bawak gi opis b4 balik umah..
Dah nak start panjat tu...

Eryna tayang montot :P





Hihi... inilah gayanya eryna berkerja...

~mel

Rabu, 16 Mac 2011

Kenduri di Sik.. @nazra

Tengahari tadi aku dan hubby telah ke Sik, Kedah untuk menghadiri kenduri jemputan Umi Nazrah atau @nazra, kawan twitter kami. Bila nazra jemput last week kot.. rasa agak terkejut.. hehe.. tau2 dah nak kawen.. but aku gitau hubby, kita kena pergi ni coz masa kitorg kawen nazra sanggup turun dari utara ke KL.. so setakat ke Sik tu mestilah pergi. Tak delah jauh sgt.. Mula2 kaget jugak sebab kenduri hari rabu.. tapi sebab cuti sekolah kan.. Hubby mmg ambik cuti, tapi aku tak cuti pun.. sempat ke ofis kejab utk meeting finalised utk PPG yg nak dtg daftar Sabtu ni.. then baru gerak ke Sik. Kira hari ni ganti sebab sabtu ni aku kena kerja pagi sampai petang.. plus bagi taklimat sekali.. waaa..

Oleh sbb kami tak pernah sampai ke Sik, so mmg totally ikut alamat dlm kad jemputan.. dah sampai ke sik tu.. end of the road tetiba cam salah.. kami ada lalu satu kenduri gak.. bila hubby turun tanya somebody, org tu kata dah terlepas sikit.. kami pusing seround tapi xjumpa.. end up aku cakap kat hubby.. agaknya yg kenduri tadi tak.. ikut logik hari ni hari rabu.. takkan le ramai org wat kenduri hari rabu kan.. Sampai kat rumah kenduri tu.. suh hubby tanya.. rupa2nya salah.. hihi.. ada sorang pakcik ni volunteer nak tunjuk rumah.. dia ckp dekat jer.. so kitorg pun ikutla motor dia sampai ke rumah nazra.. begitulah org kampung... baik kan!

Inilah banner di simpang masuk rumah nazra. Berkobar2 kami berjalan masuk.. hhihi.. dah lama tak gi kenduri.. tu yg best sgt tu bila dijemput..


Hubby & sicilik eryna masa kat kenduri. Eryna cam biasa tak de masalah sgt gi mana2.. as long as mummy atau papa dukung.. she'll be a good girl. Tapi bila org hulur tgn nak amik, akan tgk muka mummy.. mcm xmo pi @ mintak izin boleh ke gi kat org tu.. hihi

Lauk pauk kenduri yg simple tapi tiga kali hubby ku bertambah. Memang sgt sedap!! First class. Yang bestnya sebab kenduri ni di kampung, masakan kampung dan kenduri gotong-royong.. aku suka sgt. KAt bandar macam dah susah nak dapat kenduri cenggini. Again.. aku nak tekankan, lauk kenduri sgt sedap walaupun simple!! Kalau org offr bungkus tadi mmg aku tak malu2 nak.. haha..

Masa kami dtg pengantin tgh dok makan, so aku dgn tak malu2 gi salam dgn pengantin dulu.. hehe..


Suasana kenduri yg best! Yang paling penting, khemah lelaki dan perempuan diasingkan.. tapi aku dan hubby dok kat khemah tgh2 makan sama2 pasal susah dgn eryna kalau nak makan asing2.. hihi (alasan).. yelah kan.. apa2 kena hubby tolong amik...:P

Ini dia penanggah.. dah jarang jumpa penanggah time kenduri ni.. so precious bagi aku kenduri2 yg macam ni.. nampak hasil gotong royong tu..

Itu dia periuk lauk pauk.. best..best..

Aku dan pengantin @nazra. Nazra ni mmg tinggi orgnya.. haha.. terasa kecik aku dibuatnya.

Peace!!

Otw balik keluar2 jer dari simpang area rumah nazra, tetiba 'pop' bunyi kuat, and tetiba cermin tingkap belah aku retak.. pop pop pop.. hubby kata ada budak baling batu, aku tak pasan.. sebab sibuk dok pegang eryna.. mujur ada tinted.. so tak de la berderai cermin tu.. jadi selamatla kereta sampai ke penang.. alhamdulillah.. sampai rumah hubby terus ke kedai utk ganti cermin yg baru.. melayang RM230.. tapi xpe.. anggaplah apa2 yg terjadi camtu semua takdir Allah dan bukan rezeki kita.. insyaallah.. Kalau nk tgk rupa cermin kereta yg pecah berjln dari Sik ke Penang boleh jenguk kat blog my hubby..

Anyway.. thanks nazra atas jemputan. really appreciate it. Selamat Pengantin baru untuk Nazra & suami.. semoga berbahagia setiap saat dan berkekalan hingga ke akhir nyawa.. Amin...

~mel

Selasa, 15 Mac 2011

PPG LAGI..

Actually aku agak bengang juga sebab MOE bila buat sesuatu, perancangannya tak berapa ok.. dan biasanya universiti dapat info tentang kursus pun last minit. Dan jadi mangsanya pensyarah2 cabuk cam aku ni.. dan petugas2 lain yang terpaksa buat kerja last minit juga.. Aku adalah webmaster pusat pengajian aku.. kalau kerja aku hanya sebagai web master aje..oklah jugak.. ni mcm2 mende lain nak buat.. marking, soalan exam, research, dllg.

Anyway.. website tu aku dah settlekan.. so.. sape2 yg dapat offer ke USM boleh buka kat sini.
Informasi tentang pendaftaran semuanya ada kat sini.. Utk yang beralamat di utara, kelantan dan sarawak, pendaftaran adalah pada 19/3/2011, manakala utk yg di Sabah pendaftaran pada 20/3/2011. Utk pengetahuan semua, PPG ni adalah kursus PJJ, di mana lebih kurang 2 minggu sekali perlu ke USM (atau di IPG KB, UniMAS & Akademi Binaan Msia, Sarawak) utk pembelajaran bersemuka. selebihnya P&P akan dijalankan secara online menggunakan LMS (learning management system). So, jgn lupa utk subscribe internet kat rumah yer.

Kat bawah ni aku sertakan link utk sape2 nak download borang utk pendaftaran. Utk borang kad matrik tu, hanya utk yg akan belajar di kampus induk pulau pinang sahaja. Kampus2 lain xperlu isi borang tersebut.

SENARAI nama calon PROGRAM PPG USM 2011

SALINAN SURAT TAWARAN KLIK DI SINI

Senarai Borang untuk pendaftaran pada 19/3/2011 atau 20/3/2011

1. Peraturan dan Syarat Kemasukan

2. Borang pendaftaran

3. Borang Pendaftaran Kursus

4. Senarai Semak untuk pendaftaran

5. Borang Permohonan Kad Matrik



Ahad, 13 Mac 2011

Beg..




Semalam pagi2 hubby dah mengemas atas almari tempat kami menyimpan beg. Ada satu beg warna oren kepunyaanku yg aku gunakan dulu2 utk berulang alik dari Msia-NZ. Beg tu sangat kuat.. dan last aku guna time pergi ke NZ pada penghujung 2008 and before that aku ke Spain. So beg tu mmg banyak berjasa.. Bila hubby angkat jer beg oren tu.. 'pup'' tangkainya tercabut.. so hubby cakap.. hmm.. camne nak bawak ke Melbourne ni.. reput dah semuanya... So, berakhirlah riwayat beg oren ke dlm tong sampah besar di Saujana ni.

So, kami pun siap2.. fikir2 pergi QBMall lah.. beli beg yg ada brand sikit.. bukan jenama "POLO' Giant coz ada beberapa trip tahun ni.. so biarlah beli yg tahan lasak. Sampai di Jusco QBMall ada sales.. alhamdulillah.. so dapatlah kami sebijik beg warna biru... jenama POLO yg asli, bukan tiruan.. haha... kenapa pilih warna biru? sbb mudah dikenalpasti bila beg tu lalu atas belt kat airport nnt.. mmg aku selalu cam tu... cari beg biar warna yg bukan hitam.. supaya aku tak pening cari kat airport.. huhu.. Beg yg ni mmg pilihan hubbyku.. dia tgk terus terpikat.. sampai kat rumah pun asyik dok cakap, bestnyer beg tu.. :P

Beg yg berharga RM549... huhu.. tak termampu den nak beli... after 70% diskaun dpt RM164.. keh3.. mujur..

Eh..muatla eryna masuk dlm beg ni.. boleh la seludup nanti.. eryna tak ikut utk trip ni coz aku kena present dlm konference + attend aktiviti konference.. tp insyaallah bulan 7 nnt kami ada trip lagi utk bercuti.. dan eryna akan ikut...


Apa?? Eryna tak boleh ikut??? Waaaa....

Nak ikut..nak ikut... :P

~mel

anak mummy..


anak mummy.., originally uploaded by melati.a.

hihi.. mummy ada kat sini la.. pandang jer depan.. jgn risaula sayang..

~mel

Sabtu, 12 Mac 2011

The Reversible Bucket Bag Sew Along (DONE)

Hihihi.. dah siap pun my 'ntahape2' reversible bucket bag!! Aku join sew along ni saja suka2.. Tak pernah jahit beg sebelum ni.. so rasa nak try... Alhamdulillah berjaya gak walaupun mungkin tak cantik cam org lain yg dah terra menjahit beg. Anyway.. this is the beginning.. ewahhh... bila yg kedua tu tak taula... dalam kepala ni macam2 nak try.. hihi... insyaallah..ada time jahit lagi.. :P


Sew Along Reversible Bag
Ini dia hasil dari join sew along reversible bucket bag anjuran sue @mybotang. Button pink bunga tu sebenarnya bukan button tapi mcm brooch yg aku beli kat student yg buat jualan kat depan Dewan Budaya, USM. Aku improvise sket supaya aku boleh jadikan ianya butang beg tu..

Sew Along Reversible Bag
sorry ler gambar tak berapa ok sebab xde tempat nak gantung.. hihi.. senget benget dibuatnya.. tak pela.. :P. Time jahit beg ni ada gak tak berapa faham instruction tapi ada pembantu yg tolong fahamkan.. sape lagi kalau bukan my hubby.. terra gak dia.. lain kali boleh suh dia tolong jahitkan sekali...

Sew Along Reversible Bag
ini bucket bag corak reversible.. kotak2 putih merah..

photo.JPG
dah siap guna semalam.. gi QBMall. letak peralatan susuan eryna..suka..suka..menambahkan semangat nak buat beg lagi... :P.

Best join sew along ni.. Thanks @sue sebab oraganisekan sew along ni.. kalau tak memang xde la aku nak start jahit beg walaupun sgt minat.. so pecah dah rekod aku... berjaya jahit beg.. yiehaaa...


~mel

Khamis, 10 Mac 2011

Kura-kura..


Kura-kura.., originally uploaded by melati.a.

Tadi on the way nk pi mkn kt Anjung Semarak, ada student buat jualan.. tiba2, hubby ternampak org jual kura-kura & ikan.. dah lama tinginkan kura2.. so hubby belilaaa.. & ikan gapi sekali.. hehe..

~mel

Isnin, 7 Mac 2011

Program Pensiswazahan Guru di USM

Aku baru saja upload nama2 guru yg berjaya memasuki Program pensiswazahan Guru di USM. Baru siap membina pautan di webpage Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. So kepada guru2 yg nak tau sama ada mereka dapat USM ke tidak, boleh la check kat 'segera' yg aku buat tadi.

Kalau nak check boleh pergi ke sini >>>> Program Pensiswazahan Guru (PPG) 2011

Basically USM akan mengendalikan kurus utk guru2 dari Kelantan, Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

OK sila check yer... pendaftaran pada 19 Mac 2011 bagi di Kampus Induk Pulau Pinang, Kota Bharu & Sarawak. 20 Mac 2011 bagi kampus Sabah.

Utk download borang2, dah di update kat blog ni.. di sini..

Sabtu, 5 Mac 2011

Mongoloid & Buta Huruf..

Minggu lepas adalah minggu yg tersgt sibuknya buat aku. Ada mcm2 aktiviti dan tugas yg perlu dilakukan hinggakan nak online pun tak terlarat.. Antara aktiviti yg berlaku adalah pemantauan kafeteria, hubb start kerja baru (melibatkan aku gak), design dan buat webpage, meeting.. meeting.. dan kerja2 pensyarah laa iaitu supervise student phd dan masters.

Yang aku nak cerita pasal topik Mongoloid & buta huruf ni berkaitan dgn pemantauan kafeteria Bakti Permai. Seperti biasa aku adalah ketua pemeriksa pemantauan. So aku akan jadi org yg bertanggungjawab atas segala aktiviti pemantauan. Salah satu gerai yg kami periksa kepunyaan Pak Habib.. salah serog pekerjanya adalah anaknya sendiri yg Mongoloid/Down Syndrome. Biasalah kan.. hati manusia.. bila tgk anak dia yg sebegitu bekerja di gerainya, aku mula rasa goyah.. eh.. budak ni ada pass keselamatan ke.. ada ambik cucuk typhoid ke.. dllg concern. Tapi dari segi fizikal mmg tgk elok budak tu (perempuan) pakai topi, apron, kasut bertutup dllg.

So bila pegawai kesihatan yg bersama2 aku melakukan pemantauan dok pegang kad2 kesihatan pekerja.. cepat jer aku gi tanya.. budak tu ada cucuk ke? Ada kad kesihatan ke? Bila pengawai kesihatan kata semuanya lengkap.. then aku lega. Tapi sedikit marah dgn diri sendiri sbb ada sedikit perasaan menyangka yg bukan2.. huhu.. Kemudian.. dok tgh kami check gerai pak habib tetiba pak habib tu panggil anak dia tu.... "Kakak....., Mai sini sat..!!" Dan anaknya menjawab.. "Yaa Abah!!" dgn suara yg halus dan mulus... Bergetar hati seorg ibu ini.. walaupun anak tu serba kekurangan, dpt juga membantu ayahnya di gerai makan tu.. Sebak juga rasa hati...


Buta Huruf... actually salah istilah ni.. tapi tak tau panggil ape.. Salah satu gerai yg aku pergi juga adalah gerai menjual air kepunyaan Haji Sattar. Haji Sattar ni dulunya ada 4 org isteri.. baru2 ini isteri yg sulung kembali ke rahmatullah, so tinggallah 3. semua isteri2 haji sattar ni bekerja di gerai pak sattar.. ada 2 gerai haji sattar ni, satu di hadapan masjid dan satu gerai minuman yg aku nak pantau/check hari tu. Bila aku ke gerai tu, haji sattar xde. Mmg dah lama xnampak haji sattar kat situ, so bila aku dtg aku minta isteri dia (seorg ) yg ada di gerai minuman tu utk panggil pak sattar dtg ke gerai sebab ada dokumen pengesahan yg haji sattar perlu tandatangan setelah aku selesai check gerainya.

Setelah abis check 11 gerai semuanya aku & kuncu2 aku yg memantau kafeteria bakti permai naik ke bilik mesyuarat kat atas gerai tu untuk berbincang & bagi markah. Lepas tu kami panggil semua tuan punya gerai naik utk sign. Tunggu punya tunggu haji sattar tak muncul. Aku dah tak sabar sbb dah nak lunch masa tu. Kepenatan pun yer jugak. Tiba2 munculllah isteri haji sattar (yg keberapa aku tak tau) bg mewakilkannya. So, aku pun jemput dia duduk dan terangkan hasil pemantauan dan lain2 lagi sebelum minta dia tandatangan. Dalam ruang yg perlu diisi tu ada ruangan nama, no. ic, dan tandatangan... So bila dah selesai aku pun cakap kat kakak tu... kak tolong tulis nama kat sini, sign kat sini.. dan tulis no ic kat sini..

Dia ambil pen dan sign dgn bentuk yg paling ringkas... mcm huruf l senget tapi adala lubang sikit kat tgh (aku nyesal tak amik gambar sign dia tu). Pastu dia bg kat aku dokumen tu.. aku cakap..kakak tulis nama dan no ic yer kat sini... dia tulis kat no ic 76854 kat no ic.. aku pndg muka dia.. dia ckp ni no passport! Oh.. bukan org malaysia rupanya tp cam pendek sgt pulak no passport tu.. aku terima je la.. mmg slanga yg digunakan agak berbeza.. aku agak mcm org kemboja. Kemudian aku suh dia tulis nama... bila dia tulis.. terbeliak bijik mata aku!! Dia tulis jawi!! Alamak!! Bila aku tengok betul2 tulisan jawi yg kecik + halus tu, aku pandang muka dia.. aku tnya.. nama akak Maryam ke? Dia cakap yer nama Maryam. So aku pun tulis dlm rumi dan tanya Maryam binti ape.. dia pun cakapla nama dia Maryam bt Hussin.

Actually kakak tu mmg agak takut2 masa berdepan dgn aku tu... so aku pun simpati gak.. jd aku pun jd amat lembut.. haha.. tapi selalu mmg aku beli air kat gerai tu.. mengira dia mmg pandai.. tp tak taula pulak dia xpandai tulis rumi.. Dalam hati aku berkata ada jugak zaman skrg org tak pandai tulis rumi.. pada jangkaan aku umur kakak tu dlm lewat 40an... so dia bukanlan buta huruf.. respek aku dia pandai tulis jawi.. aku ni tergagap2 nak baca jawi.. apalagi nak tulis.. buruk betul tulisan aku kalau tulis jawi...

Sebenarnya dalam hal ini juga tetiba aku rasa sebak.. salah satu sebab aku simpati dgn kakak tu sebab dia mmg nampak takut dgn aku... lagi satu sebab aku rasa sedih sebab aku sendiri kurang pengetahuan dlm jawi.. baca boleh..tulis tu mcm org buta huruf la sikit2 kena fikir lama utk nak wujudkan satu perkataan... sedih2.. nak belajar skrg ni otak ada sedikit kebekuan... so aku pun boleh dikategorikan sbg buta huruf gak kan??

huhu...moralnya.. jgn pandang org2 cam ni sebelah mata.. tak kira la mereka downsyndrom ke buta huruf ke... mungkin sebenarnya mereka lagi pandai dlm satu2 pengetahuan berbanding dgn kita yg konon2nya sempurna ni... kan?

~mel

Katak..


Katak.., originally uploaded by melati.a.

Eryna dgn bantal katak baru beli kt karnival saujana tadi.. :P.. Tu baru bgn tido dan merengek2 minta dikeluarkan dari baby cot..

~mel