Memaparkan catatan dengan label hospital pulau pinang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hospital pulau pinang. Papar semua catatan

Selasa, 31 Mac 2015

After 4 years..

4 tahun lalu ada tarikh 23 Mac 2011 kami ke Wad Kardiologi dan Paedetrik (Pakar Jantung Kanak-kanak, Hospital Pulau Pinang untuk memantau perkembangan jantung Eryna. Sewaktu Eryna lahir doktor mendapati degupan jantung Eryna tak stabil, jadi dia perlu follow-up di klinik pakar tersebut. Ceritanya di sini.

Eryna sewaktu pemeriksaan ketika berumur kurang 8 bulan. Doktor mendapati ada lubang sebesar jarum dijantung Eryna, namun begitu doktor positif bahawa ianya bukan satu masalah dan lubang tersebut akan tertutup sendiri. So appoinment seterusnya adalah apabila Eryna berumur 4 tahun 8 bulan. Sewaktu kami diminta membuat appointment untuk 4 tahun lagi pada masa itu, kami macam terkejut. Hah!! 4 thn.. entah2 apa yang berlaku. Jururawat disitu berkata, insyaallah kami berada di sini lagi 4 tahun nanti...huhu..

Selama 4 tahun aku menjaga kad appoinment eryna dengan baik, siap letak dalam plastik dan disimpan dalam purse.. takut hilang/musnah.

Day goes very fast. Sekejab sahaja rupanya 4 tahun.. semalam adalah hari yg ditunggu2. Awal2 aku dah minta hubby minta cuti hari isnin supaya kami dapat pergi bersama2. Mencari parking di hospital sangat susah di pagi hari, appointment jam 9 pagi. Apabila dah tak jumpa parking, hubby turunkan ku dan eryna sementara dia pergi cari parking. Masa tu dah 9.20pg. So aku dan eryna pergi dulu. Mujurlah misi tak kisah sgt kami lambat. Sementara menunggu eryna check berat (12.8 kg je pun) dan degupan jantung. Bila hubby sampai dia terpaksa pula ke tingkat 3 untuk ambil GL yang boleh di print melalui HRMIS. Memula misi suruh aku tapi USM tak guna HRMIS, so guna hubby punya je la.

Sewaktu menunggu nama dipanggil

Bila nama dah dipanggil utk scan.. eryna pun dengan gembiranya berbaring di atas katil. Memula sebelum pergi tu takut katanya.. puas pujuk!




Mamat pengimbas ni waktu mengimbas cakap semuanya nampak ok.. so kami agak lega.. tapi kena jumpa doktor dulu..

Setelah jumpa doktor tak sampai 2 minit, dotor cakap semua dah ok, lubang dan fully covered dan Eryna dah boleh discharged dari Hospital Pakar Jantung Kanak-Kanak. Alhamdulillah.. Eryna siap high five dengan doktor lagi... Semua Happy..

Dah sampai parking kereta.. punyalaj jauh papa park.. tapi tak pe.. we are happy..


~mel
kalau tak tulis cepat-cepat nanti lupa :P

Rabu, 28 Mac 2012

Temujanji di GH

Hari ini 28/3/2012 aku terpaksa minta my colleague, Amy gantikan kelas pagi sebab Eryna ada appoinment di Klinik Pakar Cardiology di Hospital Besar Pulau Pinang. Appoinment mmg dah dibuat setahun lepas time Eryna pergi buat check-up jantung di sana juga. Boleh check kat entry ni. Since checkup setahun lepas rasanya Eryna tiada apa2 masalah kesihatan besar.. just adalah demam2 sikit tp alhamdulillah, tiada yg merisaukan. Semasa checkups lepas mmg tak ada apa2 masalah walaupun time tu doc cakap still ada tiny hole di jantung eryna. So hari ini adalah appoinment setahun utk melihat sama ada lubang tu dah tertutup atau tidak.

Hubby meriba eryna yang sangat baik sewaktu operasi scan jantung eryna.

Dari hasil scan tadi doc cakap still masih ada lubang di jantung eryna.. walaubagaimanapun tidak membimbangkan. Lubangnya kecil dan hopefully akan tertutup disuatu masa nanti. Walaupun lama menunggu di GH tadi tp alhamdulillah..lega rasanya. Appointment seterusnya adalah pada 30 MAc 2015.. huhu.. lagi 3 tahun. Tadi dok kira2 dgn hubby, dekat2 umo eryna 5 tahun nanti barulah kami ada appoinment lagi... sekarang ni rasa lama je lagi, tapi kalau tengok hari2 yang berlalu skrg ni amat pantas... kejab jer dah hari jumaat... agak2nya nanti cepat jer eryna dah besar kan!

Anyway, skrg ni busy betul.. tak sempat nak update blog.. huhu...


~Mel

Isnin, 13 Februari 2012

Home Sweet Home..

Dah lama nak tulis pasal my home.. my own sweet home.. Rumah yg kami beli awal tahun lepas.. sign SnP pada 2 Jan 2011 dan semuanya settle dalam almost one year... kami beli rumah ni dgn harga RM275k dan buat renovation gedebuk gedebak dalam RM40k. Kami beli atas org.. sebabnya.. itu jer termampu.. huhu.. dan sebab kami suka sgt lokasi ni.. senang nak gi kerja.. hanya 5 minit ke Jambatan Pulau Pinang... hanya 5 minit ke Jambatan Pulau Pinang...

So ni la dia rumah kami.. terletak di Perai Pulau Pinang walaupun kami berdua bukan org Penang.. tapi hubbyku adalah bau2 belacan org Penang.. huhu


Bilik tidur dgn katil king size.. haha.. skrg eryna dah pandai pulak nak menumpang.. kot eryna ada kat dlm bilik ni jugak.. dlm bilik ni juga kami buat build-in wardrobe setinggi siling.. tp aku malas nak amik gambar.. huhu.. kalau nak letak brg kat yg atas sekali kena guna tangga lah.. jenuh.. :P

Bilik air dalam master bedroom... special sikit sebab hiasannya daun pandan.. haha.. pintunya jenis sliding.. dan aku sgt2 suka bilik air ni sebab sgt2 besar.. kalau org ramai xcukup tempat tidur boleh tidur dlm ni.. :D

My favourite place... sudut menjahit di bawah tangga.. Mesin jahit tepi aku tu dah agak uzur.. tingin gak nak beli yg baru... tunggula ada rezeki nanti bila2.. hihi.. tapi sebenarnya since pindah ni baru berjaya menjahit langsir rumah aje.. :P

Ruang tamu... sofa tu pilihan incik hubby yang sukakan kerusi jenis bersudut.. aku tak kisah pun camne.. yg penting xyah susah nak kemas... Dulu kami duduk rumah USM jadi semua ada perabut.. bila pindah ni terpaksala beli segala2nya.. huhu...

Ruang menonton tv.. TV pun baru sebab dulu guna tv buruk jer... Ni hubby punya pilihan jugak.. adalah mende2 & gadget2 yg aku malas nak amik port.. huhu.. biarlah jadi kerja tetap dan berpencen suamiku..

Hehe.. dapurku yg bersepah.. ok..itu tandanya aku memasak di rumah.. sekarang ni jarang dah makan di luar.. konon2nya.. :P

Dari salah satu sudut rumah.. mmg xde banyak barang (lagi??)..huhu..setakat ni biarlah simple macam ni, dgn kesibukan aku berkerja.. dan dgn kami yg tak suka ada maid.. so simple & terang benderang cenggini okla utk aku kemas.. kdg2 hubby rajin jugak menyapu2 & mengemas2.. :D


Ruang meja makan yg simple mimple jer.. tumpang letak MacBookAir sekali sekala sebab skrg laptop dah tak masuk bilik since pindah rumah baru.. tak taula sebab apa.. mungkin sebab kami mmg enjoy dok rumah baru ni... atau.. atau..sebab iPhone 4s yg pantas dan best melayari internet... :P

Anyway.. alhamdulillah since dah duduk rumah sendiri rasa lapang di dada.. moga2 Allah terus limpahi rahmah dan mawaddahnya buat kami sekeluarga.. Sesungguhnya kami bersyukur diberikan rezeki dan hidup dalam kesederhanaan ini.. moga kami terus bahagia di bawah lindunganMU Ya Allah...


~mel
sambil tunggu suamiku balik dari tengok bola USM vs Pahang.. huhu

Rabu, 23 Mac 2011

Checking's Eryna's heart

Sambungan dari entri dari Wad Kardiologi kanak2 Hospital Pulau Pinang pagi tadi.. entri tu semasa tengah menunggu giliran eryna yg tersangatlah lama. After doktor panggil terus aje ke tempat scan and then eryna di scan dibahagian jantung. Ok.. the reason eryna kena check today was disebabkan oleh waktu lahir degupan jantung eryna lebih laju dari baby biasa.. soon after lahir. And then bila dia dibawa ke wad kardiologi ni, doktor mendapati ada lubang kecil di bahagian atas kiri jantung eryna. Tetapi setelah di warded beberapa hari didapati ianya ok. So.. today was the first examination untuk tengok sama ada lubang di jantung tu telah tertutup atau tidak. Ikut prediction suppose lubang tu akan tertutup dgn sendiri dalam masa 8-9bulan.

So hari ni adalah penentuan untuk melihat sama ada lubang tersebut telah tertutup atau tidak.

Ini dia doktor Melayu berpelat kelantan yg agak pekat sewaktu tgh dok scan jantung eryna. Actually aku agak cuak jugak sebab time dia tgh scan tu muka dia serious pastu mcm banyak kali dia dok pusing2 scan kat tempat yg sama. Dahlah before that masa tgh menunggu ada satu family ni, anak dia dah umur 6 tahun, jantung ada lubang. So masa umur setahun budak tu telah dioperate utk masukkan jaring kat luar jantung. Ayah budak tu dok cakap kat aku.. tak pe..kalau eryna kena operate sejam je prosedur dia.. dan 3 hari jer baby dok kat wad... Aku mmg masa tu cuak habis.. macam2 fikir.. bila tengok doktor ni serious je.. lagila.. rasa cam sakit jiwa dibuatnya..

Eryna masa discan sgt baik. Masa tu baru bangun tidur dari atas pangkuan papa nya.. so dia dok diam dan tengok kat skrin scan tu macam tau2 jer.. sekali sekala adalah nak try meniarap but mmg really good girl lah eryna tadi.. :)

Itu dia eryna dgn tuan doktor... good girl kan anak mommy..

Tengah2 doktor ni scan datang sorang lagi doktor kat belakang aku dan hubby.. and tiba2 doktor tu cakap... "nampak ada lubang lagi kat jantung tu.. tapi sangat kecil.. so okla macam tak ada apa2.. dan jantung nampak stabil dan balance kedua2 belah..." Then barulah doktor yg 'menyecan' ni cakap dgn pelat kelantannya.. 'yer.. masih ada lubang tapi tak serious, dan dia predict akan tutup sendiri, insyaallah"... Lega rasanya. Dan doktor cakap..ok.. kita jumpa lagi setahun utk tengok lubang kecil tu tertutup atau tidak. Lubang tu hanya besarnya kurang dari lubang jarum... so mmg kecillah..

Alhamdulillah.. lega aku dan hubby.. kalau tidak mmg tak taulah nak cakap apa.. naknyer hari ahad ni nak ke Melbourne.. eryna tinggal dgn atuk & uwan di Gombak. aku cakap kat hubby tadi..kalau ada apa2 tadi, mmg jawabnya aku kansel terus nak gi Melbourne..

Syukur kepada Allah kerana dipermudahkan... moga setahun lagi lubang dijantung anakku akan terus tertutup dan harap2 moga anak mommy sihat2 selalu yer... AMIN..


~mel
p/s balik dari hospital sempat berjumpa dgn Fatin Aliah, one of my earliest fb friends..(first time jumpa hari ni, fatin kerja di UTM) kenal dia di fb before org malaysia tau kewujudan fb lagi pun.. huhu...