Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 24 Ogos 2011

#Wordless Wednesday


#Wordless Wednesday, originally uploaded by melati.a.

Kafe Saujana..

One of the job as Felo kat Saujana ni adalah mengendalikan 'pakcik2 dan makcik2' Pengusaha Kafe Saujana ni (kerja yg paling aku tak suka). Derang ni banyak betul songeh2 yg menyebabkan aku selalu tension.. Org dah bagi peluang berniaga banyak lak songehnya.. Time cuti Ramadhan ni aku bg semua tutup.. before that masing2 dah banyak cuti dah pun atas alasan student tak de.. walaupun sebenarnya ramai penginap luar yg tinggal kat sini.

Anyway.. oleh sebab 'lemak' mereka dah bnyk sgt.. so hari Jumaat lepas, aku panggil meeting.. actually aku dah lama suruh derang buat apron seragam.. kemas kafeteria tu elok2 sbb nampak sgt serabut.. dllg.. tapi haram sorang pun tak buat.. So, time meeting hari tu aku sound derang.. aku cakap.. mereka berniaga di sini bukan 'tetap dan berpencen'.. kontrak di renew every two years.. dan kontrak bg sessi ni dah tak lama dah akan berakhir... so kalau derang nak terus berniaga kat sini, derang kena ikut arahan aku sebab dah terlalu banyak yg aku mintak derang tak buat.. sedangkan apa yg derang request semua aku tunaikan. Tak adilkan? So aku cakap aku mau this week derang kemas kafeteria, cat semuanya baru (cat pun aku supply).. cuci semua.. coz student baru akan masuk 6 Sept nanti. By hari Jumaat ni aku nak semua settle.. semua cantik.. semua segaram.. eh seragam. kalau tak, aku takkan teragak2 utk tidak renew contract derang... So semalam bila aku gi melawat time tengahari (bukan lunch tau!).. tengok derang tgh dok mengemas & mengecat. Haa.. barula nak ikut.. sebab kena gertak.. huhu


proses mengecat sedang dijalankan

tiang warna kuning gelap.. pintu pun kena cat..

Kerusi meja akan di arrange semula after dah siap cat..
Gerai burger ni memang selalu buat semak kat kafe ni...

Sekarang kafeteria akan di cat kuning... harap2 after proses minggu ni kafeteria akan jadi berseri2.. Tapinye kan.. masa aku dtg lepak tengok derang mengemas... muka masing2 bila nampak muka aku masam jer.. haha.. maklumla bulan2 puasa kena dtg buat kerja.. entah2 tak dapat nak masak utk bisnes kat Pasar Ramadhan... :)

Apa2 pun.. kalau kafeteria ni cantik derang mungkin dapat lebih ramai pelanggan.. First impression pelanggan tentunya nak beli makanan di Kafeteria yg bersih dan ceria kan. Dapatlah derang bersaing dgn Kafeteria sebelah, iaitu Kafeteria Restu. Kalau gerai derang ramai pelanggan, aku ke yg untung?? Idak ler gitu... gaji aku sama jer.. huhu... xde naik 1 sen pun.. yg untung derang laa.. Itu pun xmau ke?? Kan...

~mel

Selasa, 23 Ogos 2011

Utk Pn. Maznah...

Last week kak maznah sebelah ofisku mintak aku ajarkan dia simple technique of jahit manik.. So aku set dgn dia utk buat sessi jahit manik kat ofis pada hari Jumaat. Masa aku tgh mmeeting jumaat pukul 9 pg tu tetiba kak maznah call.. ckp yg dia xdpt dtg kerja.. MC.. bila aku tak pe la kak.. hari Isnin kita buat.. dia cakap dia tak tau berapa hari dia MC.. so.. xjadi ler nak buat kelas..

Bila balik ofis.. aku mcm teringat2 pulak cakap kak maznah yg dia just nak jahit manik simple jer kat lengan baju maryam, anak dia.. sebab baju raya maryam plain sgt.. fikir punya fikir.. + kesian kat dia.. aku pun sms.. cakap... kalau dia nak minta aku tlg jahitkan manik tu.. nnt bebila masukkan baju maryam dalam pigeonhole aku (walau pun kami sebelah bilik tp susah nak berjumpa.. haha). Dia cakap..ok & smlm dia masukkan baju dlm pigeonhole aku..

After iftar semalam, aku pun start menjahit manik kat lengan baju maryam.. aku jahit guna manik yg aku ada jer.. malas nak gi cari dah.. puas jugak nak cari manik dan sequin yg sesuai.. maklumla kedai jahit yg aku impi2 kan nak buka belum tercapai lagi impiannya.. (yo yo jer..). Ada lebih kurang 3-4 kali juga aku dok jahit and bukak bunga sequin kat lengan tu.. yg last sekali combination biru & merah.. Setiap kali tunjuk kat fesyen consultant aku (en hubby laa..) dia cakap tak cantik.. Bila tunjuk yg biru dan merah tu.. still dia cakap tak cantik gak.. sambil ngeleng2 dan muncungkan mulut.. last2 dia cakap.. warna putih xde ke? Aku cakap takde.. tetiba aku selongkar koleksi sequin.. terjumpala warna cream.. bila combine dgn merah.. nampak cantik.. so.. teruslah aku jahit ke lengan baju maryam.. semalam siap satu lengan, lepas sahur tadi.. siap lagi satu..

Dan tadi kebetulan jumpa kak maznah kat ofis.. terus aje aku bagi.. Dia cakap.. cantiknya... sure nanti maryam suka.. Bila dia tanya... berapa ringgit ni... err.. err... aku cakap.. xyah la kak.. sy ni first time jahitkan org punya.. selalu jahit sendiri punya jer... she insisted on nak bayar gak.. haha..

Ni la baju maryam.. simple jer aku jahit.. huhu

Anyway... manik baju aku pun lom abis jahit.. waaaa...

Nak jadi cerita... masa hari jumaat lepas yg aku janji nak ajar kak maznah tu.. aku dah siap bawak segala jenis alatan utk jahit manik.. dan aku pakai baju yg aku jahit manik sendiri sbg reference la konon.. bila aku gi kat my 2nd office, bebudak kat sana dok cakap... cantiknyerrr baju Dr. Aku cam biasalah cakap.. cantikkan? saya jahit sendiri tau.. haha (dgn mengadanya!!). Budak2 tu cakap.. ye ke... and one of them cakap.. Dr. ajarlah kami camne nak buat.. aku pun cakap.. u all lucky.. saya ada bawak barang2 nyer.. haha.. terus buat sessi jahit manik kat situ.. One of the girl cakap.. dia tak de baju raya tahun ni.. xde duit.. huhu..jd dia nak jahit manik utk baju dia yg lama, bg nampak baru.. So, aku dah bagi tugasan.. lepas raya aku nak tengok baju2 derang yg dah siap jahit manik.. keh3.. pastu aku siap sound.. kalau biasa, org ajar jahit manik, satu sessi dlm RM200.. tp sebab korang ni belajar dgn lecturer korang.. kena bayar ikut profesional punya fees la.. at least RM1000.. :P

Anyway.. saja gurau2.. aku sebenarnya suka ajar orang.. tak kiralah siapa.. ajar ape.. teaching is my passion.. dan dalam kehidupan ini, apabila kita dah tiada nanti.. ada dua perkara yg kita tinggalkan di dunia yg akan sentiasa membantu kita di sana.. anak2 yg soleh dan solehah.. dan ilmu yg kita ajar pada org lain dan sentiasa dimanafaatkan oleh org tersebut...

Selamat berpuasa semua..

~mel

Khamis, 11 Ogos 2011

Aksi terkini Eryna..

Yina Laikha dah berusia setahun sebulan.. tapi belum boleh berjalan lagi.. aku ni tak kisah sgt sebenarnya sebab bagi aku, yang penting eryna sihat dan perkembangan dia biarlah mengikut apa yg dia mampu.. as long as kitorg galakkan.. lambat atau cepat tu biar sajala kan..

Anyway.. kenakalannya tok sah cakap.. kdg2 dah terdengar dah papa menjerit..."Yinaaaa...."!! haha.. mommy selalunya masa tu kat dapur.. tgh masak.. bulan2 puasa ni aku sebenarnya kalau balik cepat dari ofis lebih suka masak.. tp tu la kdg2 kepenatan bila full day of meetings.. mujurla skrg ni kelas semua tak de..

pakai baju yg Wan Gombak buat, dpt dlm poslaju semalam...



Buat muka geram.. time ni kat Petrosains Jusco Bandar Perda.. Sabtu hari tu..

I'm a happy girl...

~mel
selamat berpuasa semua.. nak buka apa hari ni yer..




Isnin, 1 Ogos 2011

On the way to Queenstown..

Hari ni kami dari te Anau ke Queenstown... jgn lupa hari ni first day puasa.. kami bersahur roti john jer.. Tak rasa dahaga walaupun travel dalam 3 jam... Perjalanan ok.. lalu di tepi Tasik Wakatipu yg pemandangannya sgt menarik.. tetapi agak gayat juga bila sampai tang yg tinggi dan tengok tasik ada nunnn jauh di bawah... Dalam perjalanan juga sempat berhenti kejab kat sheep farm.. haha.. sebab nak ambik gambar ada gambar biri2 kat belakang (hubby la tu nak amik gambar dgn kawan2 dia.. :P)..




Satu scene berlaku di Kingston Township... hihi..

Seorg isteri tetiba cakap kat suami dia... ehh papa.. tu ada polis kat depan.. suaminya menyelowkan kenderaan. Tiba2 tgk kereta polis tu pusing dan ikut kat belakang.. si isteri pun cakap... papa.. dia suh benti tu.. so suaminya benti..

Bila buka tingkap polis tu cakap.. "Hello.. do you know what's the speed limit within the township? Si isteri jawab... "err.. Is it 50km (buat muka blur).." Polis tu cakap.. "is is 80km and u r driving 93km".. Oh.. ok..cakap isterinya (yg drive si suami).. "sorry for that, this is the first time my husband driving in NZ".. Polis tu minta lesen, agreement rental car... dan check.. last2 dia cakap.. "it's ok, i'll only give u warning, but remember.. speed limit in township 80km & in highway 100km"... huhu... perghh..legaa... mujur tak kena saman.. Agaknya polis tu fikir kalau aku saman pun bukan boleh buat ape.. kalau derang lari tak bayar aku lak susah...:P

Anyway.. pengajaran.. kena hati2 memandu di tempat org..

~mel