Sabtu, 15 Ogos 2015

Puasa Syawal..

Hari ini last day of Syawal.. tahun ni aku mmg langsung tak menghadiri rumah terbuka kecuali satu je kot.. Even sambutan raya fakulti pun aku tak join kerana kekangan tugas memberi training di merata tempat..

Tadi aku mengadu pada encik suami tercinta.. hmmm.. aku sedih, tahun ni aku tak sempat menghabiskan puasa 6 syawal.. Spjg syawal hanya dpt berpuasa 3 hari sahaja.. first disebabkan masalah kesihatan, second, bila aku bg training selalunya dari pkl 8.30 pg hingga 4.30 ptg aku mmg tak mampu nak berpuasa kerana perlu aktif spjg hari... Ada sekali aku cuba berpuasa.. pkl 11.30pg terpaksa berbuka kerana badanku terasa  sgt lemah..

Bila aku mngadu pada suami.. katanya.. takpelah.. niat utk berpuasa tu yg paling penting.. sesungguhnya niat yg baik itu akan diberi ganjaran yg besar dr Allah. Juga kata encik suami, bukan saja puasa malahan jika ada niat lain yg baik, contoh nk pi mekah tp tak kesampaian.. insyaallah niat tersebut pun akan mendpt balasan yg besar, Insyaallah..

Senang sikit hati.. 

~ mel