Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Rabu, 29 Februari 2012

#Wordless Wednesday


#Wordless Wednesday, originally uploaded by melati.a.

Me: Wordless!!
Asang: I'm long gone..
Adi: Goodbye mobile@usm.. (yesterday)
Faizal: Yeaay!! My last day *grin*

Isnin, 27 Februari 2012

Sian Eryna...

Hari Jumaat hari tu.. aku keluar agak lambat dari ofis. Ada student tetiba dtg tepat jam 5 ptg utk bincang hal study dia. Bila tgh dok bicnang2 hubby bg isyarat nak gi amik eryna dulu. So hubby pergilah amik dulu dan aku pun cepat2 nak abiskan perbincangan. Lagipun student ni tiba2 jer datang jumpa without appoinment. Bila dah abis.. cepat2 aku gi jalan ke Hadhanah, nursery eryna yang terletak just depan ofis jer..



Sampai pertengahan jalan tgk2 hubby dah amik eryna. Bila dah dekat hubby cakap... Eryna kena cakar dak kawan dia!! Muka hubby mmg dah semacam. Bila aku tengok mmg sku sangat terkejut.. ya allah habis calar balar muka eryna macam dicakar kucing!! Sgt dalam cakaran tu terutama dibelah kanan. Hubby cakap penjaganya cakap sampai berdarah!! Kami berdua mmg rasa sgt curious! Macam mana boleh bercalar balar sampai gitu sekali??? Diorang tak tengok ke budak2 ni... eeeiiii geram sgt aku... rasa nak buat aduan bertulis jer..

Aku ni sebenarnyna xde la cerewet sgt.. kalau sikit2 tu aku biarkan saja sebab kita ni manusia.. sedangkan kita sebagai mak ayah jaga pun tidaklah sempurna.. ada juga jatuh sana sini... Tapi bila sampai berdarah dan mereka cakap.. mula2 ingatkan nangis sebab apa... meaning that tak tengok langsung la tu... Anyway kat bawah ni gambar2 eryna.. gambar terang sangat sakat tengok yg real mmg kesian gila sebab sgt dalam lukanya :(






~mel
kesian rasanya tinggalkan eryna kat nursery pagi ni... :(

Isnin, 13 Februari 2012

Home Sweet Home..

Dah lama nak tulis pasal my home.. my own sweet home.. Rumah yg kami beli awal tahun lepas.. sign SnP pada 2 Jan 2011 dan semuanya settle dalam almost one year... kami beli rumah ni dgn harga RM275k dan buat renovation gedebuk gedebak dalam RM40k. Kami beli atas org.. sebabnya.. itu jer termampu.. huhu.. dan sebab kami suka sgt lokasi ni.. senang nak gi kerja.. hanya 5 minit ke Jambatan Pulau Pinang... hanya 5 minit ke Jambatan Pulau Pinang...

So ni la dia rumah kami.. terletak di Perai Pulau Pinang walaupun kami berdua bukan org Penang.. tapi hubbyku adalah bau2 belacan org Penang.. huhu


Bilik tidur dgn katil king size.. haha.. skrg eryna dah pandai pulak nak menumpang.. kot eryna ada kat dlm bilik ni jugak.. dlm bilik ni juga kami buat build-in wardrobe setinggi siling.. tp aku malas nak amik gambar.. huhu.. kalau nak letak brg kat yg atas sekali kena guna tangga lah.. jenuh.. :P

Bilik air dalam master bedroom... special sikit sebab hiasannya daun pandan.. haha.. pintunya jenis sliding.. dan aku sgt2 suka bilik air ni sebab sgt2 besar.. kalau org ramai xcukup tempat tidur boleh tidur dlm ni.. :D

My favourite place... sudut menjahit di bawah tangga.. Mesin jahit tepi aku tu dah agak uzur.. tingin gak nak beli yg baru... tunggula ada rezeki nanti bila2.. hihi.. tapi sebenarnya since pindah ni baru berjaya menjahit langsir rumah aje.. :P

Ruang tamu... sofa tu pilihan incik hubby yang sukakan kerusi jenis bersudut.. aku tak kisah pun camne.. yg penting xyah susah nak kemas... Dulu kami duduk rumah USM jadi semua ada perabut.. bila pindah ni terpaksala beli segala2nya.. huhu...

Ruang menonton tv.. TV pun baru sebab dulu guna tv buruk jer... Ni hubby punya pilihan jugak.. adalah mende2 & gadget2 yg aku malas nak amik port.. huhu.. biarlah jadi kerja tetap dan berpencen suamiku..

Hehe.. dapurku yg bersepah.. ok..itu tandanya aku memasak di rumah.. sekarang ni jarang dah makan di luar.. konon2nya.. :P

Dari salah satu sudut rumah.. mmg xde banyak barang (lagi??)..huhu..setakat ni biarlah simple macam ni, dgn kesibukan aku berkerja.. dan dgn kami yg tak suka ada maid.. so simple & terang benderang cenggini okla utk aku kemas.. kdg2 hubby rajin jugak menyapu2 & mengemas2.. :D


Ruang meja makan yg simple mimple jer.. tumpang letak MacBookAir sekali sekala sebab skrg laptop dah tak masuk bilik since pindah rumah baru.. tak taula sebab apa.. mungkin sebab kami mmg enjoy dok rumah baru ni... atau.. atau..sebab iPhone 4s yg pantas dan best melayari internet... :P

Anyway.. alhamdulillah since dah duduk rumah sendiri rasa lapang di dada.. moga2 Allah terus limpahi rahmah dan mawaddahnya buat kami sekeluarga.. Sesungguhnya kami bersyukur diberikan rezeki dan hidup dalam kesederhanaan ini.. moga kami terus bahagia di bawah lindunganMU Ya Allah...


~mel
sambil tunggu suamiku balik dari tengok bola USM vs Pahang.. huhu

Ahad, 12 Februari 2012

Madu itu pahit..

Cerita ni berlaku tak berapa lama hari tu.. may be dalam 1-2 bulan lepas.. dah lama nak cerita kat sini tapi tak berpeluang nak menulis disebabkan kekangan masa..

A few months back dalam bulan Sept/Okt.. aku & hubby pergi ke kenduri kawen one of my best fren yg satu pusat pengajian.. She is one of my best fren, one of the first person yg aku kenal since kerja di sini, ofis dia pun selang dua pintu ofis aku.. masa aku kenal dia, dia sdg ada problem dengan ex-husband dia dan at last thru proses mahkamah dia berjaya tuntut fasakh dari ex-husband dia. Ex-husband dia kawen lain so dia xnak bermadu. My fren ni seorg yg cantik, mmg lawa.. body pun boleh tahan.. pandai jaga badan dllg yg membuatkan kami dok pelik knp ex-husband dia nak kawen lain. Anyway.. mungkin dah xde jodoh...

Disebabkan my fren yg cantik & bergaya tu mmg ramai la lelaki yg mengejar dia.. ada suami org.. ada yg teruna dllg.. Tapi my fren ni bertegas.. dia xnak kawen dgn suami org dan jadi wife ke 2. So, setiap lelaki yg mendekati diberitahu lebih dahulu.. kalau suami org dia takkan layan. My fren ni ada cerita kat aku yg dia ada bf (after dah divorce tu la).. seorg jurujual kereta.. dia cakap this guy tak kawen lagi.. So aku pun bila dia cerita dengar je la kan.. dan kami (aku dan kawan2 lain) selalu tanya when dia nak kawen.. dia cakap macam2 problem pulak coz status dia tu menyebabkan keluarga si lelaki xsuka & mcm2 tentanganlah coz lelaki tu bujang. Anyway at last tiba2 dia announce dia nak kawen.. so mmg kami really happy for her sbb b4 this mmg mcm2 dugaan dia alami.. kesian betul kat dia..

After pergi ke majlis kenduri dia.. aku adalah blog kan gambar kami gi kenduri tu kat blog ni.. biasalah kan.. selalu gi kenduri aku blog gambar kami dan pengantin.. Setelah beberapa lama.. aku ni kan bila tidur laptop ada kat sebelah katil (masa kat rumah USM dulu, since pindah rumah sendiri laptop xmasuk bilik dah :P). So pada satu pagi, buka2 mata aku check email. Aku terpandang satu notification from flickr.. pada gambar yang aku post ke blog aku thru flickr iaitu gambar kawen my fren tu... Komen itu mengejutkan aku bila membacanya.. iaitu komen dgn seorg wanita yg menyatakan beliau adalah isteri pertama suami my fren.. yg kawen tu laa... bila baca2 aku terus gtau hubby.. bila hubby baca dia cakap.. err.. yelah kot..

Aku terus email kat that lady.. tanya macam2.. aku call my fren tanya gak macam2.. then aku buat conclusion.. yes.. the lady is (skrg ni was la..) the first wife of my fren husband. Ya Allah.. kesian sungguh kat my fren.. and kesian juga kat that lady. Aku tak salahkan the two ladies.. sebab? My fren ni sgt lurus orangnya.. lurusnya mmg tak leh cakap.. dia mudah percaya.. dan dia cakap dia percayakan husband dia dulu2 sbb setiap kali call tghmlm buta ke mesti that man jawab.. then since kawen her husband tak malu2 cium & peluk dia dikhalayak ramai.. which makes her feel sgt disayangi dan dicintai gitu. Dari isteri pertama, aku dapati perkara yg sama dilakukan oleh that man pada isteri pertamanya.. which is WOW!! Dia boleh buat gitu pd masa yg sama pd dua pompuan?? WOWWW!!

Satu perkara yg aku buat adalah walaupun aku berhubung dgn first wife tu.. aku tak gtau my fren apa2.. just semuanya aku simpan.. Sampai skrg pun nobody in my ofis know cerita ni. Disebabkan the first wife jumpa gambar kawen tu.. akhirnya they all bercerai.. my fren pulak mmg minta her husband sama ada pilih dia atau the first wife.. Sebab dia cakap dia dah gtau awal2 dia tak nak bermadu... End up the first wife dilepaskan..

Actually aku rasa sedih dgn cerita ini.. dua wanita diperdaya.. The first marriage of that man memang kenduri gila2.. the man anak somebody so kenduri they all pun siap jemput sultan. The man bg alasan kat my fren dia tak ceraikan the first wife sebab his mum suruh bayar balik all the expenses for the kenduri kawen (around 5 years ago).. haaa... ini namanya kenduri nak megah2.. anyway.. for me.. masa jumpa the husband masa kenduri tu mmg dia peramah.. rasa boleh join.. tp skrg ni aku rasa cam.. erkk! sorry.. huhu..

Tapikan kesian kan isteri pertama.. mujur tak de anak.. aku mmg simpati kat dia.. aku juga simpati dan risau pada my fren.. sebab dia ni lurus.. aku harap lelaki tu jaga dia dgn baik walaupun aku mmg satu sen pun tak caya pada that man...

For women out there.. hati2lah.. jangan mudah percaya dgn lelaki yg romantik2 sgt ni... dan paling penting kdg2 kita kena perlu fikir tentang diri kita sendiri.. we can survive kalau kita mahu..


~mel
Miss AJ - kalau u baca post ni sori ekk.. just utk pedoman jer ni...

Isnin, 6 Februari 2012

Menaiki feri ke Pulau Pinang..

Post title tak boleh bla.. huhu.. nama jer duk Penang tp naik feri baru 2-3 kali jer kot.. Hujung minggu ni my siblings semua dtg ke rumah utk kenduri doa selamat di rumah kami.. so rumah jd sgt meriah.. 5 family 2 bujang = 5 bijik kereta. Tapi diorg dtg kejab jer.. So xde la ke mana2 pun. Cuma masing2 ramai tak pernah naik feri.. biasa naik jembatan jer.. so kali ni kitorg ajak semua naik feri.. best best.. mmg meriah.. cuma haru sket sbb satu kereta tertinggal xdpt naik sama feri.... huhu.. driver berhemah sgt.,

Anyway it was a fun trip.. Enjoy the photos..ada yg malap sket..

~mel