Selasa, 26 Mei 2009

last day..

Hari ini hari terakhir aku menemuduga.. mmg dah expect pagi ni ada sikit saja calon.. hanya ada 7 org sahaja.. which buat aku rasa lega.. mmg kalau ikutkan tak larat dah nak menemuduga.. rasanya macam dah kehabisan soalan.. 

Calon2 terakhir ni rasanya semua agak boring.. slow.. so proses temuduga jadi agak slow. Untuk kursus diploma lepasan ijazah ni, mmg syarat agak ketat yg mana sesiapa yg mengandung automatically kena reject. Sebabnya kursus jangkamasa pendek less than 1 year dan kami penemuduga tak boleh perakukan calon yg mengandung. 

Biasanya calon yg mengandung dengan mudah aku dpt kenal pasti walaupun perut tak nampak. Dan hari ni apabila calon ke 4 masuk, aku segera dapat rasakan calon itu mengandung. So cepat2 sebelum meminta calon perkenalkan diri, aku semak borang yg diisi oleh calon semasa menunggu di luar. Hmm..mmg sah dia mengandung. Aku sebenarnya tak berapa suka situasi mcm tu.. tp sebab aku sorang je pompuan dlm panel tu.. nak tak nak aku yg kena cakap yg kami tak dpt teruskan interview sbb dia mmg dah sah aka direject..

Bila aku nyatakan kat calon tu yg kami xdapat interview dia, terus dia cakap.. xde pun dlm syarat masa apply ckp tak boleh mengandung. aku cakap mmg sepatutnya calon dah tau syarat tu. dia sambung cakap kawan dia 4 org mengandung dapat dpli. siap boleh tangguh lagi sewaktu melahirkan anak. aku cakap, kursus ni tak boleh tangguh sebab elaun dibayar dan mmg syarat xleh mangandung. Calon tu terus merayu.. mintak kami dengar apa dia nak cakap.. aku cakap mintak maaf.. kalau dia cerita apa2 pun still kami tak boleh tolong. Dia cakap dia dah 10 kali mintak, inilah pertama kali dpt interview dan mintak kami dgr jugak dan pertimbangkan dia. Airmuka dia mmg nak menangis.. ya allah.. aku mmg kesian sgt.. dia skrg ni dah 4 tahun jadi guru GSTT di sekolah dan harap sgt dpt. Bertalu2 dia mintak aku pertimbangkan..

Yang aku dpt cakap, aku tak boleh perakukan dia.. dan kalau aku dengar/interview dia, still aku tak boleh terima dia. Nanti aku akan diambil tindakan. Dlm 10 minit dan dia still tak nak keluar dari bilik temuduga. Dr. Chew kat sebelah aku cakap.. u pergi panggil ketua pusat interview la.. kita tak boleh buat apa2 ni.. dia tak nak keluar.. so aku pun cakap kat calon tu.. kejab sy panggil ketua pusat.. trylah nego dia dia.. kami mmg tak de kuasa.. Aku pun naik atas panggil ketua kami.. dia pun dtg ke bilik temuduga kami.. puas dia terangkan tak boleh.. calon tu siap keluarkan kamera dari beg dia.. nak tunjukkan aktiviti yg dia lakukan kat sekolah.. dan macam2 nak terangkan lagi. Sayu sebenarnya hati aku, betapa nak nya dia masuk kursus ni.. last2 aku bangun pergi kat dia, sambil bawak borang markah dan tunjuk kat dia.. aku cakap cuba tgk kat sini.. ada satu column yg menunjukkan sebab tidak boleh diperakukan iaitu mengandung. Aku cakap kat dia.. ini adalah dokumen yg sah.. kalau aku perakukan aku akan meletakkan diri dan jawatan aku dlm situasi yg tak bagus. Aku bukan tak nak tolong.. tapi aku tak boleh tolong..

Aku cakap kat dia.. dah bersalin nanti cubalah lagi untuk intake disember. dia jawab pulak.. dr boleh jamin ke sy dpt interview?? aku cakap insyaallah..kalau qualification xde masalah.. mmg akan dpt interview.. So dia pun hulur tgn salam dgn aku.. aku pun cakap sori aku mgm xdpt tolong.. dan dia pun keluar.. adehh kesiannya aku...

Itulah cerita hari terakhir.. hmm.. kesian sgt sbnrnya.. tapi apa boleh buat..

~mel
nak buat mcm mana kan..


15 ulasan:

  1. salam...
    saya nak bertanya pada cik melati..
    kalau pregnant mmg xdapat masuk DPLI..tp macam mana pula kalu org yang mmg dah sarat waktu interview tp dapat tawaran utk mengikuti DPLI..
    adakah mereka boleh meneruskan pengajian atau menangguhkan dulu pengajian untuk pengambilan yang seterusnya?

    BalasPadam
  2. salam...
    saya nak bertanya pada cik melati..
    kalau pregnant mmg xdapat masuk DPLI..tp macam mana pula kalu org yang mmg dah sarat waktu interview tp dapat tawaran utk mengikuti DPLI..
    adakah mereka boleh meneruskan pengajian atau menangguhkan dulu pengajian untuk pengambilan yang seterusnya?

    BalasPadam
  3. Salam...

    Saya berjaya dapat DPLI ambilan Julai 09. Tetapi saya berhasrat ingin tukar tempat pengajian seperti apa yang telah saya mohon. Saya telah memohon untuk ditempatkan di UPM pengajian p.Moral atau UKM tetapi telah pilihan saya telah ditukarkan ke UPSI(P.Moral). Adakah boleh sekiranya saya ingin bertukar pusat pengajian?

    BalasPadam
  4. aiseh.. susah betul dua2 xde nama..

    1. Sepatutnya yg pregnant mmg xboleh dpt. Jadi tak taulah macam mana boleh terlepas sbb dpt borang penemuduga mmg dah tulis wajib tak peraku sesiapa yg pregnant. Untuk enrol di universiti, kemungkinan besar tak boleh kerana pihak u tertakluk pd syarat KPT iaitu sesiapa yg pregnant tak boleh enrol/register. Untuk menanguughkan pengajian kena berhubung dgn KPT kerana pihak KPT yg sponsor elaun dsbgnya. Pihak u hanya menerima pelajar. Jadi silalah berhubung dgn bahagian kemasukan kementerian pendidikan tinggi.

    2. Rasanya tak boleh kerana mungkin kuota UPM/UKM telah penuh. Lagipun penawaran p. Moral lebih kepada UPSI. sebenarnya sy tak ada jumpa sesiapa yg memohon p.moral di ukm/upm.. yg saya jumpa semua di UPSI. Apa2 pun boleh bertanya kepada pihak KPT juga. Itu chanel yg paling sesuai.

    Anyway, harap dpt membantu.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas penjelasan

    b/p: Anonymous

    BalasPadam
  6. saya cume nak bertanyakan pandangan dari cik..saya telah menerima tawaran kemasukan ke DPLI ambilan Julai 2009..Dan kini sedang hamil 9 bulan lebih dan hanya menunggu saat kelahiran..
    Due date awal Julai..semasa temuduga dijalankan,penemuduga juga mengetahui saya sarat.dengan keadaan perut yang xdapat disembunyikan lagi..dan saya menjelaskan tarikh jangkaan bersalin pada awal julai.

    Saya rasa amat ralat dengan keadaan ini,setelah beberapa kali mencuba untuk memohon ke DPLI/KPLI,dan setelah berjaya..saya kini hanya menunggu detik melahirkan sahaja..Pendaftaran pada 2 Julai ini..Dan saya akan mencuba untuk membuat rayuan demi rayuan di KPTM agar saya dapat diterima meneruskan pengajian DPLI, walaupun terpaksa tidak berpantang dan berehat secukupnya..

    Dan daripada pemerhatian saya melalui blog2 di internet..terdapat pelajar yang mengandung juga dapat meneruskan pengajian atau penangguhan..tolonglah berikan pandangan,saya amat tertekan sekarang,,dan peluang ini xkan datang berulang kali..dan saya amat terkilan sekiranya,peluang ini dilepaskan dan belum pasti saya akan diterima lagi nanti..

    Terima kasih atas pandangan..
    -Shikin-

    BalasPadam
  7. pn shikin..
    hmm.. sy pun tak tau nak cakap macam mana. utk pengetahuan shikin.. utk semester pertama 2009, teaching & learning period ada 10 minggu utk DPLI iaitu dari 6/7-12/9. Jadi kalau shikin bersalin b4 6/7 maksudnyer shikin kena masuk terus utk belajar dlm masa pantang. Enrolment adalah pada 3/7 dan spjg minggu tersebut terdpt bnyk aktiviti tp may be boleh mintak exemption dr Dekan fakulti yg shikin akan masuk.

    Sy tak pasti sama ada apa yg shikin baca boleh pregnant tu adalah pelajar DPLI/KPLI sebab setau sy mmg xboleh. Tapi utk ISMP (ijazah sarjana muda pendidikan) mmg dibenarkan pregnant sebab bukan under KPT (bermaksud tiada elaun dr KPT) dan masa pembelajaran adalan 4 thn + latihan mengajar. Berbanding DPLI hanya 20 minggu + latihan mengajar. DPLI pun tiada cuti pjg semester break pun seminggu sahaja.

    Sy just cadangkan shikin tnya kat KPT mcm mana. Doa bnyk2 moga2 baby lahir seblm enrolment 3julai. Sy pun simpati dgn situasi shikin tp sy pun xtau nak buat mcm mana. Jgn stress sgt, tak baik utk baby..insyaallah, lahirnya baby shikin tu nanti akan membawa rezeki.. jgn risau sgt..

    ~mel

    BalasPadam
  8. Salam Cik Melati,
    Saya nak tanya..saya merupakan pelajar DPLI ambilan Julai 09..saya berhasrat nak tukar universiti utk semester 2 nanti..adakah sy peru buat permohonan melalui universiti atau terus ke kpt?classmate kwn sy dapat buat pertukaran universiti..sy pun xtau die mohon ikut mane...thx

    BalasPadam
  9. salam..
    err.. maaf saya pun tak pasti.. tak pernah dengar ada yang tukar universiti.. sorry...

    BalasPadam
  10. mana lak boleh tukar U, keena benti laa, pastu mohon lain

    BalasPadam
  11. a ah tu laa... rasanya org yg tukar uni tu ada org dlm & ada masalah besar.. err.. btw watpe nak tukar.. dah dpt tu alhamdulillah... ramai lagi org yg kecewa dan sanggup dihantar ke mana2 pun utk smbng study...

    BalasPadam
  12. Salam...
    harap Cik Melati boleh bagi penjelasan..
    saya sedang mengikuti kursus DPLI ambilan Julai 2009. Minggu lepas 25 Oct 2009, setelah membuat pemeriksaan doktor,saya disahkan mengandung 6 minggu...really2 unexpected!
    Adakah saya akan dibuang pengajian jika pihak IPT dapat tahu saya sedang mengandung?
    saya dijangka bersalin pd 20 Jun 2010 dan pljr DPLI dijangka akan posting pada bulan Ogos 2010. adakah posting saya akan dilewatkan?
    Minta penjelasan Cik Melati..

    BalasPadam
  13. salam saya nak tanya..

    jika situasi ini:-

    masa pergi medsi test preggy 8 bulan.then dapat iv time tu da tggu hari je nak breanak..agak2 dorg trima tak..sebab secara logiknya 2 bulan selepas iv baru IPTA. so sempat habis pantng..dan padakemasukan ke IPTA tu da tak preggy dah..sihat dah.(so agaknya ptt tak g IV sekiranya da tggu hari nk beranak?..sbb cam pregnnt org terus reject?)

    BalasPadam
  14. biasanya begitulah.. kalau time interview dilihat pregnant dan automatik kat borang akan tanda pregnant, tapi puan boleh lah melakukan penjelasan seperti di atas sebab still anda akan diberi peluang untuk bercakap.. so, bolehlah pergi interview.. paling penting bawa bukti due date bersalin (kad merah umpamanya) supaya penemuduga pasti bahawa puan akan bersalin bila2 masa saja pada masa interview dilakukan.

    BalasPadam
  15. slm,sy nk tanya,adakah sy blh buat penangguhan dpli kerana sy sudah mendapat tawaran dan mendaftar pada 17/12/2012 nt tapi dalam keadaan mengandung skrg ni..seandainy sy mendapatkan surat sokongan dari KPM untuk di benarkan mendaftar,adakah sy dikira boleh mendaftar di IPG?

    BalasPadam