Sabtu, 30 Mei 2009

kawan lama..

Semlm aku pergi jalan-jalan di QB Mall.. actually tak ada specific nak cari just jenguk2 barang kat jusco & kedai2 kat dlm QB Mall tu.. Tiba2 tgh2 jln tu ada org menyapa aku..bila aku amat-amati org tu.. ehh.. aku ckp... CikLiiii... he was one of my bestfriend masa sekolah dulu.. terkejut jugak aku he still can recognised me after i don't know how many years.. he is working in KL and dtg Penang ada kerja katanya..

Pendekkan cerita.. tanya perihal diri masing2.. and aku pun tanya kat dia tentang wife dia.. aku dengar cerita pasal dia kawin time aku di luar negara.. bila aku tanya pasal wife dia.. terus airmuka dia berubah.. slow je dia cakap kat aku.. "wife aku dah tak ada lagi..." Aku terkejut.. don't know how to react.. but still curious kenapa.. so aku cakap.. "sorry to ask.. aarwah wife ko sakit ke?". Dia ngeleng.. mcm berat nak cerita..but macam nak cerita..

Last2 dia cakap.. "arwah wife aku meninggal sebab accident".. Aku tanya.. "accident ape?". Dan cerita dia sungguh menyayat hati aku.. Katanya.. suatu pagi beberapa tahun lepas, dia dan wife dia bersiap2 nak pergi kerja. Masa tu wife dia sedang pregnant anak pertama mereka. Pagi tu wife dia mintak dia sediakan breakfast.. beria2 nak dia masakkan breakfast.. so sebab wife dia tgh pregnant.. dia un buatkan breakfast makan sama2 dan bnyk betul wife dia makan. Lepas breakfast baru merekea bertolak ke temat kerja.

Masa tu katanya derang naik motor. Wife dia membonceng di belakang. Entah macam mana sampai satu tempat ada mcm minyak tumpah.. motor dia tergelincir.. kedua2 dia dan wife dia jatuh tercampak.. dan kereta kat belakang tak dpt kontrol terus langgar wife dia. Dia jatuh ke tepi sikit.. jd dia tak kena. Wife terus kena langgar.. meninggal dlm perjalanan ke hospital.. bersama2 anak pertama mereka di dalam kandungan...

Ya Allah.. masa tu berlinang air mata aku. Dia pun aku perasan bergelinangan airmata. Dia cakap kat aku.. sampai sekarang dia tak boleh lupa peristiwa tu, masih teringat kejadian tu walau dh beberapa tahun. Masa mula2 lepas kejadian tu mmg dia ck dia rasa macam nak gila. Cuma makin lama makin dia dpt terima hakikat tu, cuma utk mencari pengganti.. katanya agak sukar.. mungkin bukan sekarang katanya.. Aku sebenarnya terkedu.. tak tahu apa nak cakap.. simpati dgn nasibnya.. tapi bila aku fikir2kan.. perpisahan tu ada bermcm cara.. dan kematian adalah perpisahan yg abadi.. dan paling sukar utk dihadapi..


Mlm tadi di rumah aku teringat2 akan kawan aku tu.. Tak mampu aku nak bayangkan kalau insan yg aku syg pergi dari hidup aku. Mampu tak aku nak teruskan hidup mcm dia. Sedangkan sekarang aku terpaksa menghadapi pelbagai dugaan yg kdg2 membuatkan aku buntu.. entahlah kan.. itu adalah bahagian masing2..


Cuma.. apa2 pun.. semoga kita dpt menghargai insan2 yg kita syg.. kita tak tahu bila insan yg kita syg akan ditarik balik dari hidup kita.. kerana mereka hanya pinjaman bg kita utk sementara. Kdg2 kita terlupa yg kita tak mampu nak hidup tanpa mereka.. kdg2 kita mengabaikan mereka.. dan berbagai perkara kita lakukan menyinggung hati mereka. Dan selalunya kita tak sedar.. betapa pentingnya mereka dlm hidup kita. Kita selalu take things for granted.

Sayangi dan hargai insan yg kita sayang selagi dia di samping kita.. andai dia pergi, mungkin tiada pengganti yg serupa...

Al-Fatihah utk arwah isteri Cik Li kawan ku.. moga berbahagia di sana mengetahui ada insan yg sentiasa mengenangmu selama2nya..


~mel
rasa sgt sayu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan