Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Jumaat, 15 Mei 2009

selamat hari guru.. 16/5/09


sekolah & guru, originally uploaded by melati.a.

~koleksi gambar2 sewaktu aku menyelia guru2 pelatih yg ada dlm iPhone ku..


since aku kecil hanya ada dua cita-cita yg ada dalam hatiku : guru + doktor. setiap kali cikgu bertanya di dalam bilik darjah, mmg itu jawapanku. tak pernah ada jawapan yg lain. cita cita aku utk menjadi seorg doktor terpaksa aku kuburkan apabila aku masuk tingkatan 4. mengapa? tak perlu aku nyatakan,cuma disebabkan beberapa perkara semasa aku tingkatan 4 aku tidak dapat mengambil subjek biologi. Hanya bio yg aku terpaksa tinggalkan, subjek fizik, kimia dllg aku pelajari. walaupun aku amat kecewa pd masa tu, aku terpaksa.. jd doktor jauh dari anggan ku. hanya tinggal menjadi guru.

walaupun aku tak dpt menjadi seorg doktor..tp alhamdulillah dt juga aku bergelar dr. cuma sekarang aku adalah doktor yg mendidik guru.. dan aku amat bangga menjadi seorg pendidik yg mendidik guru. aku bukanlah insan yg baik.. cuma.. aku harapkan setelah ketiadaan aku suatu hari nanti.. ilmu yg aku tinggalkan mampu membantuku di akhirat kelak. itu saja yg aku ada..

sesungguhnya, aku sayangkan kehidupanku sebagai pendidik, my passion is here.. dan aku tidak pernah menyesal sedikitkan berada di sini. pernah sewaktu aku menyelia guru-guru pelatih di sekolah, mereka selalu tersasul memanggilku dgn panggilan "cikgu" dan memohon maaf kerana tidak memanggilku dgn panggilan :dr". Biasanya jawapanku mudah... tak mengapa.. jgn rasa bersalah.. saya juga guru dan sy tak kisah dipanggil "cikgu". kerana sy berbangga dikenali sbg "cikgu"... bukan mudah utk menjadi guru, ianya bukan hanya satu pekerjaan tetapi ianya adalah tugas dan tanggungjawab. pada bahu gurulah letaknya generasi kita akan dtg.

Selamat Hari Guru utk semua guru2 ku.. jasamu sentiasa ku kenang..


~mel
teringat guru masa darjah 1.. namanya cikgu Zanaria & masa tu rasanya dialah guru yg paling cantik dimataku... :)

2 ulasan:

  1. selamat hari guru doc...
    ah...profesion apekah?/?
    kompius suda

    BalasPadam
  2. profesion ape atun..
    guru kepada cikgu bole?
    huhu..

    BalasPadam