Selasa, 19 Mei 2009

tuan rumah..

Aku start duduk sewa rumah yg aku tinggal sekarang ni since Disember 2008. Tapi officially aku tinggal kat sini since januari sebab disember tu aku ke new zealand for almost the whole month.. time aku mula2 nak sewa tu, aku tanya kat tuan rumah aku seorang chinese lelaki.. how do i pay my rent? boleh aku bayar online direct ke his account tak? he said he'll come and pick the rental every month. So aku cakap ok walaupun aku sebenarnya prefer bank in jer.. senang.

Actually tuan rumah aku ni sama dgn seorang kakak satu ofis. Kakak ni mula2 ajak aku tinggal dgn dia but aku mmg nak cari rumah sendiri. So, kebetulan tuan rumah dia ada another house for rent, so dia rekemenkan kat aku. Nak jadi cerita kami ada tuan rumah yg sama la.. 

Awal bulan ni aku kan away ke beberapa tempat. Kebetulan masa kat PD kakak tu kursus sama2 dengan aku. Aku ckp kat kakak tu, boleh ke aku pass duit sewa rumah aku kat dia sebab dari PD aku nak cuti lepak kat rumah di Klang. Kakak tu cakap, tak payah.. just call jer tuan rumah ckp aku tak de. .. tuan rumah tu baik, really baik.. dia tak kisah. So aku pun call dan tuan rumah aku cakap.. ok dia akan dtg hari isnin lepas aku balik. Aku pun cakap ok la.. Tunggu punya tunggu, baru mlm td dia dtg.. which was 19hb Mei. Punyalah lama baru dia dtg kutip. Dia ckp dia agak busy dengan kutipan amal food fair kat centre kepunyaan dia.

Ok.. actually tuan rumah aku ni kuat kristian. Ada centre jaga org2 cacat org kristian. Last time yg aku tau dia bawak penghuni2 centre dia tu pergi ke genting highland.. yg cacat2 tu la.. Dan melalui kak as (yg sama tuan rumah dgn aku tu), dia mmg sgt baik. Waktu mula2 kak as belum dpt phd (dr universiti tempatan) dia mmg xde duit, terutama sebab dia lambat dipanggil ujian lisan (viva), jd attachment di usm terpaksa renew je (macam kontrak). So setiap kali renew, duit elaun lambat masuk, dan tak mampu bayar sewa rumah. Kak As ckp kat aku.. mmg kdg2 dia duduk sebulan tak bayar, just call tuan rumah ckp dia xde duit. Dan tuan rumah ni mmg ok, cakap dia dtg bulan depan. 

Lagi satu cerita pasal tuan rumah ni.. dia pernah tolong ada 2 org anak yatim Islam. Budak2 dua org ni terabai so melalui centre dia, dia memohon dari Pusat Zakat kot utk menolong budak dua orang ni.. Bila fikir2kan balik, mmg dia seorang yg amat baik dan menolong org xkira bangsa. Dari satu segi mmg baguskan.. tapi tulah kan.. susah pulak nak jumpa tuan rumah beragama islam macam tu..  aku sampai terfikir kdg2 golongan kristian yg macam ni la kot yg membuatkan org2 islam yg terumbang-ambing atau dlm kesusahan mengambil jalan mudah meminta bantuan dari mereka... kan. Sebab mungkin mereka lebih prihatin..

Anyway... sewa rumah aku dah settle. Bulan depan dah gitau awal2 kat tuan rumah aku mintak dia kutip sewa sebelum 5 hb sebab lepas tu aku cuti pjg.. Nak balik kampung.. :)


~mel
hoping that everything will goes well..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan