Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Isnin, 25 Mei 2009

interview..


interview, originally uploaded by melati.a.

Pagi ini semua calon yg aku temuduga semuanya perempuan. sebenarnya banyak cerita yg boleh diceritakan tentang pengalaman menemuduga ni. hari ini hari ke lapan aku menjadi penemuduga dan hari ke tiga untuk temuduga diploma lepasan ijazah. bermaksud calon-calon yg datang semuanya telah mempunyai ijazah di dalam bidang masing-masing.

Semalam ada dua org calon lelaki berkelulusan universiti al azhar mesir. memohon utk menjadi ustaz (dpli pendidikan islam). actually bila time yg macam ni aku pulak yg gabra sebab kena uji kemahiran mereka dalam bahasa arab sedangkan aku bahasa arab pun zero. dan seorang lg penemuduga Dr. Chew (cina laa..).. hehe...lg tak relevan. So, aku pun fikir cara ape nak uji mereka dlm pengetahuan yg aku pun tahu. So aku pun minta mereka membacakan apa2 surah dan terjemahan sekali. mujur la kedua2 mereka pilih utk baca surah al-fatihah.. hehe.. alhamdulillah sebab terjemahannya pun aku tau, siap aku boleh tegur calon pertama sebab terjemahan dia ada salah sikit.. hehe.. berlagak betul.. macam ler terra.. :D

Selama 8 hari aku menemuduga aku mmg biasanya xfailkan sesiapa kecuali sebab2 teknikal.. contohnya kalau mereka belum habis belajar, xde diploma atau degree, mmg auto gagal.. dan utk diploma lepasan ijazah kalau yg mengandung aku terus awal-awal beritahu mereka yg mereka xboleh ditemuduga atau diterima ke program. so itu kes2 direct yg aku terus reject. actually dlm sesi temuduga ni aku yg bagi markah utk semua.. Dr. Chew hanya tolong sign utk pihak kedua. haa.. so semua ditangan aku. nak bg markah rendah ke tinggi.. but insyaallah biasanya aku bg markah tinggi. bg aku mudah, kalau aku tengok boleh berkomunikasi dan ada ciri2 yg diperlukan.. aku akan bg peluang. lagipun ramai dari kg2 so, aku kalau boleh tak nak sekat peluang mereka.

Tapi tadi ada satu kes aku terpaksa reject. Sorang wanita.. jyg langsung tak boleh nak bercakap, berkomunikasi, tak ada inisiatif.. dan terus terang aku rasa tak layak jadi guru. even appearance peribadi nampak lemah gemalai dan xde kaliber. so, aku terpaksa bg markah rendah.. sebenanrnya rekod ni.. walaupun aku kalau boleh nak membantu semua org tp aku gamble dgn masa depan anak2 di sekolah.. so.. sorry.. harap itu yg first and last aku tidak perakukan sebab personaliti.

Dan dlm syarat menginterview, kami tak boleh terima lelaki "lembut". Semalam ada seorg calon.. bila masuk nampak seorg lelaki.. tapi bila bercakap.. ada ciri2 kelembutan di situ. kemudia bila ditanya aktiviti dimasa lapang, dia menyatakan dia seorg guru chereographer.. ehem..ehem..guru tarian rupanyer. So, apa lagi.. aku meminta dia beraksi sbg guuru tarian kepada kami... dan dia mempersembahkan tarian india.. dengan lenggok & lentok yg amat menyeramkan dan menaikkan bulu roma aku.. huhu.. anyway kami menerima calon tersebut sebab kami rasa kelembutan dia tidak cukup utk melabelkan dia sbg seorang "lembut"...

mcm2 lagi pengalaman yg menarik semasa menemuduga terutama utk calon dpli.. sebabnya mungkin mereka bnyk pengalaman.. ada yg bagus yg mampu merenerangkan sesuatu dgn baik hinggakan aku rasa banyak ilmu baru yg aku belajar dari mereka.. cth.. cara main kompang, CPR, dikir barat, kawad.. dan macam2 lagi. dan masing2 sanggup melakukan semuanya kerana cita-cita.. syabas! aku rasa calon2 yg macam ni mmg amat sesuai dan insyaallah mampu mendidik anak2 kita disuatu hari kelak.. insyaallah..


~mel
good luck to all..

6 ulasan:

  1. Ni kes buli ni, sampai kena menari huhu

    BalasPadam
  2. manade buli.. di atas kerelaan hati tu.. siap mintak kebenaran nak buka kasut utk menari..hehe.. silap x amik gambo smlm..

    BalasPadam
  3. byk amik gambar tu, gambar besar xde? :P

    BalasPadam
  4. dah siap sarung sport shoes dah ni..jaga... *pinjam kat minah dtg interbiu td.. pakai baju kurung dgn sport shoes..* huhu

    BalasPadam