Rabu, 20 Mei 2009

pengalaman hari ini..

Seorang gadis melangkah memberi salam dan melangkah masuk. Setiap kali org yg berlainan masuk, aku akan memerhatikan mereka. Bila gadis ini masuk, ada suatu perkara tentang dirinya yg jelas aku dapat kenalpasti. Bajunya. Bajunya tak macam org lain.. walaupun ramai yg berasal dari kampung sekitar kedah dan pulau pinang, kebanyakan dari mereka baju nmk baru & cantik2. Tapi gadis ini bajunya agak lusuh.. tudung juga begitu.. mmg nampak pakaian tu agak lama.. lain dari org lain.

Biasanya aku akan mulakan pertanyaan.. dan pertanyaan permualaanku biasanya.. dtg dari mana.. dtg dgn siapa.. jwpan gadis tersebut, dari seberang perai dtg dgn boss!! jawapannya menarik perhatian kami.. hah! boss?? dia cakap yer.. boss dia ada menunggu di luar. Aku bertanya lagi.. kerja di mana.. katanya IKS. Bila pertanyaan diteruskan, baru kami dapat teka siapa dia. Rupa2nya dia adik kembar kepada pelajar terbaik Pulau Pinang utk STPM dan keputusan STPM dia tak kurang baiknya. Terus aku faham kenapa baju dia lusuh. Mereka anak yatim, org susah.. tai telah berusaha keras utk mencapai yg terbaik dlm STPM. Insaf aku dibuatnya. Juga kagum dgn org2 sebegini. Rasanya kalau aku.. aku tak mampu nak jadi mcm mereka. Abang kembarnya bekerja sambil belajar, begitu juga dia. Dan mereka berjaya mencaai yg terbaik.. kagum sungguh.

Itu salah satu pengalaman aku setelah 3 hari menjadi penemuduga utk pemilihan pelajar ijazah sarjana muda ke IPTA tempatan. Dan tadi ada juga pengalaman yg membuat hatiku sayu..

Seorang gadis juga.. bila aku bertanyakan dtg dgn siapa.. terus dia ckp pjg ceritanya cik.. aku cakap.. tak e..ceritalah walaupun pjg.. so dia pun mulakan cerita. Katanya pg semalam dia ke Pendang kerana tok wan (datuk ~panggilan org utara) dia masuk hospital disyaki chikubunya. Dia tinggal di kulim. Bila di hospital tok wannya disahkan kena angin akhmar + jantung. Pukul 5 ptg smlm dia blk semula ke kulim utk bersiap sedia utk temuduga hari ini. Sesampainya dia di rumah, dia dpt tahu tok wan dia meninggal dunia. Ayahnya xbenarkan dia balik ke pendang kerana mahukan dia pergi juga interview. Teresak2 dia bercerita. Last2 dia dtg interview dgn kawan dia. Bila aku bertanyakan kepada dia.. lepas ni nak balik mana, dia just cakap dia tak tahu. Dia tgh blur.. dia ckp dia dtg interview sbb takut terlepas peluang. Tapi pd masa yg sama dia sedih sebab keluarga dia sedang sibuk menguruskan jenazah dllg.

Masa tu aku terasa simpati yg amat sgt. Mmg kalau dia tak hadir interview.. jawabnya takkan dpt masuk universiti. Dalam esak tangis tu aku terpaksa juga mengemukakan soalan yg wajib ditanya. Dia cuba jawab sebaiknya bersama esak tangis.. aku terasa suara aku pun bergetar mengemukakan soalan.. berat sungguh sekiranya dugaan dtg sebegini.. tapi apa boleh buat.. yg pergi tetap pergi.. kita yg hidup perlu teruskan hidup.. kalau dia lepaskan interview tadi.. sukar diramalkan masa depan dia.. anyway.. marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah tok wan gadis tadi..

Bila menemuduga mmg lebih ramai perempuan dari lelaki.. So seorang gadis india berjaya membuat kami tergelak setelah episod2 sedih semasa menemuduga. Aku menyoal gadis tersebut.. katakanlah setelah habis belajar dia terpaksa posting ke sebuah pulau di sabah.. dan dan boifren dia menghalang dia pergi. Dengan tegasnya dia berkata "Kalau dia benar-benar CINTAkan saya.. dia akan relakan sy pergi".. hehe.. mcm adegan dlm drama swasta pulak.

Anyway.. mcm2 yg aku pelajari 3 hari ini... another 6 days to go..


~mel
another valuable experience..

3 ulasan:

  1. wah yg last tu boleh buat filem :P best menginterview org ekk

    BalasPadam
  2. macam mana la gamaknya kalau naz dpt interview ni dan diinterview oleh cik Mel....

    aiyak....


    ^_^

    BalasPadam
  3. @faizal best jugak.. good expereince.. tp certain time bosan jgak.. 24 org sehari..

    @naz ish napelah naz tak ckp awal2 naz mintak..really..

    BalasPadam