Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Jumaat, 24 Ogos 2012

Raya 2012..

Salam Aidil fitri yang keenam. Telah 6 hari aidil fitri kita rayakan.. bagi kami aidil fitri ini penuh dgn suka duka.. Sepatutnya kami beraya di Gombak tetapi sebab mak dan abah mentua pulang ke Batu Kikir NS jadi kami ambil keputusan untuk ke Bera rumah my sister tetapi akan ke Batu Kikir after solat raya.. Bera ke Batu Kikir just dalam sejam perjalanannya... Meaning that still raya bersama mentua...

Raya Pertama 
Walaupun kami di rumah my sister, tp tuan rumahnya balik ke rumah mentuanya di Lui, NS. Jadi terpaksalah pandai2 jadi tuan rumah kepada yang beraya bersama2 kami... hihi... Selepas solat hari raya.. kami bermaaf-maafan sesama adik beradik yang tinggal di rumah my sister.. then kami belasah lemang & sate.. (yg ditempah of course).

Then kami gerak ke Lui... sebab aku nak makan lontong & mak mentua my sister ada masak lontong. So di Lui aku belasah lontong la pulak. Then kami terus gerak ke Batu Kikir... dari Lui ke Batu Kikir lebih kurang 1/2 jam perjalanan jer..  Sampai di Batu Kikir mmg ramai sanak saudara di sana... kebanyakan datang menziarahi uwan suamiku yg sudah berapa lama tidak sihat. Aku mengambil peluang mengurut2 sikit kaki uwan.. maklumla aku bolehlah urut2 sikit... semasa mengurut tu ada terdetik dihatiku.. hmmm.. aku rasa mungkin dah tak lama... Petang tu kami bawa mak dan abah ke rumah mak long.. kakak kepada mak mentuaku.. yg juga tidak berapa sihat. Sekejab saja kami di sana sebab abah risau kalau2 kami balik malam sebab tak berapa biasa jalan tu...

Dalam kereta otw back tu aku gtau hubby tentang firasat hatiku.. aku gtau hubby aku rasa uwan dah tak lama.. atas sebab2 tertentu yg aku observe.. 

abg chik bersalaman dgn ayah we & ayah chu
me & cikjan
Yina bersalaman dgn mummy & papa

papa &  yina

Nasyid panca sitara
Dengan mentua cikjan di Lui... kami singgah di Lui sebelum ke Batu Kikir utk makan lontong!!
Memandu ke Batu Kikir... dah nak sampai pun...




yina gembira panjat2 tangga di Batu Kikir







Raya Kedua
Sesampai kami di simpang nak masuk ke rumah my sister.. telefon hubby berbunyi.. perkhabaran uwan telah pergi selama2nya telah kami terima.. Innalilahiwainnailaihirajiun... hubby cakap esok pagi nya la kami ke sana semula (raya kedua).. Kalau mengikut rancangan, kami nak ke Kuantan pagi raya kedua tu sebab nak ziarah abangku yg baru dapat cucu... terpaksalah kansel..

Pagi2 raya kedua kami balik ke NS semula.. seharian diselubungi kesedihan.. arwah uwan dikebumikan selepas zohor.. alhamdulillah setelah segala urusan pengkebumian selesai kami  kemudiannya balik semula ke rumah my sister...
Van jenazah sampai

Jenazah diusung ke dalam van jenazah..
Yina semasa tunggu pengkebumian arwah uwan hubby


Raya Ketiga
Hari raya ketiga kami mendapat jemputan untuk menghadiri perjumpaan keluarga Hj Awang iaitu arwah datuk kami. Arwah ayah kami merupakan anak bongsu kepada Hj. Awang kepada isterinya yang terakhir. Dari perjumpaan ini kami dapat tahu yang Hj. Awang sebenarnya mempunyai 6 org isteri... huhu.. dan oleh sebab ayah kami anak bongsu kepada isteri yang bongsu, maka sepupu2 kami sudah berusia semuanya dan anak2 sedara pupu kami pun lebih tua atau sebaya dgn kami.. huhu.. sadis betul.. 

Anyway perjumpaan tersebut sgt best.. seramai lebih 500++ kaum keluarga yang terdiri dari cucu2 dan cicit2 Hj Awang yang hadir.. fuhh.. ramai betul sedara aku rupanya... :)
Kami sampai dah terlambat.. sampai terus diperkenalkan kepada audience siapakah kami... :)


Hubby & Atah semasa gathering cucu cicit Hj. Awang.

Raya Keempat
Pagi dah nak dekat tengahari baru kami berpeluang menziarai pusara ayah bonda.. seperti biasa my brother mengepalai tahlil untuk kedua arwah ayah bonda.. semoga tenang di sana. Then kami pergi menziarahi rumah sepupu kami di kampung berdekatan. Dari situ kami terus aje ke Batu Kikir untuk menjempat mak mentuaku balik ke Gombak...


my sister dgn anakknya danial

my sister in law.. sal

chica...
Di pusara bonda

Pemandangan otw balik Gombak.
Setelah sampai Gombak maka lebih kurangnya raya dah abis.. haha.. biasala raya kat KL mmg tak tau ke mana.. nak ke rumah sedara mara pun dah jauh.. actually aku sgt teringin nak ke rumah abg ku di Kuantan dan nak ziarah cikgu aku di Pekan.. tapi tak kesampaian pulak hajatku.. so, harap umur panjang dapatlah ke sana... sob.. sob.. :'(


Raya-raya seterusnya
Duduk rumah je la... gi jalan KL pun mcm tak best sbb hubby tak sihat pulak.. mula ingat nak balik penang hari ahad tapi bila dah mcm tk tau nak buat apa ni fikir2 baikla balik hari sabtu sebab nak mengemas rumah, membasuh, beli stok brg rumah.. kalau balik ahad bila masanya nak buat tu semua.. sampai2 dah penat, hari isnin dah kerja.. aku kursus dia hari lak tu isnin dan selasa.. so.. ingat balik hari sabtu.. boleh settlekan rumah sendiri pulak...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI... MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA...

~mel





Selasa, 14 Ogos 2012

Sabtu, 11 Ogos 2012

Bonus Raya.. fikir-fikirkanlah...

Bonus raya telah diterima oleh semua kakitangan kerajaan pada 9 Ogos.. Ada juga yang belum dapat macam suami saya yang insyaallah akan dapat lepas raya sebab proses lambat sikit.. Ramai yang ternanti-nanti akan masuknya bonus raya ni.. Macam aku hari tu.. walaupun dah tau Maybank biasanya lambat masuk (gaji aku guna Maybank.. biasanya kalau sesiapa yang CIMB dapat pagi2, aku dapat petang).. tapi pagi2 dah godek maybank2u sampai namblas kali untuk check bonus dah masuk ke idak... huhu.. Dah petang barulah masuk.. alhamdulillah separuh gaji masuk..

Penantian bonus ni walaupun setengah bulan gaji atau RM500 minimum....  ertinya tak sama antara seorang dengan orang yang lain. Ertinya tak sama di antara suami dengan isteri; antara yang single dengan yang berkahwin; antara ramai tanggungan dengan sedikit tanggungan; antara suami bertanggungjawab dengan suami tak bertanggungjawab; antara isteri yang suaminya bertanggungjawab dengan isteri yang suaminya tak bertanggungjawab; antara isteri yang suaminya kaya dengan isteri yang suaminya banyak hutang; antara mereka yang tinggal di kota dengan yang tinggal di luar bandar; antara bapa beristeri dengan bapa ramai isteri; antara ibu bersuami dengan ibu tunggal; and the list goes on... Oleh itu, apa yang remeh untuk orang lain mungkin sangat bermakna untuk yang lain.. 

Jadi.. don't take things for granted. For me.. hanya mengucapkan syukur kerana raya ni dan tahun ni rezeki sangat bertambah-tambah.. Aku percaya ini semua rezeki anak.. Allah itu Maha Mengetahui.. 



~mel
malam tadi projek tart nenas dah berjaya.. tgh fikir nak buat kuih apa lagi ni.. :)

Khamis, 2 Ogos 2012

Jiran oh jiran...

Since 2 hari lepas hati aku masih bergelodak.. dengan sikap makcik jiran sebelah rumah aku. Masih terngiang2 dan terbayang2 dia muncul di depan pintu belakang rumah aku ketika aku sedang sibuk menggoreng cucur udang utk juadah berbuka puasa.

Jiran aku ni sebenarnya sedang renovate rumah. Al-kisah waktu sebelum kami pindah, kami kan renovate rumah. Tapi al-maklumlah.. kami ni kerja kuli2 aje.. mana lah ada masa nak melawat renovation tu hari-hari.. takkan nak pergi waktu kerja pulak utk tgk.. mmg kami rely on kontraktor tu 100% untuk renovation. Pada satu petang yang agak free kami adalah pergi ke rumah untuk tengok renovation tu... tiba-tiba makcik tu panggil kitorg.. dia marah-marah cakap renovation tu menyebabkan rumah dia berabuk.. jenuh dia nak kena sapu habuk dan lain-lain lagi. Dia cakap patutnya kami kena letak kanvas in between rumah kami utk menghalang habuk masuk ke rumah dia... kereta dia kereta baru (kalau tgk plate xde la baru sgt) dan dia terpaksa beli cover untuk lindungi kereta dia dari habuk. Pastu siap sound lagi kitorg nak renovate rumah tak tanya dia.. kitorg tukar tingkap nako seluruh rumah jadi tingkap panel pun jadi isu sebab tak tanya pendapat dia... ehh.. masa tu kami mmg terkejut.. seingat aku mak ayah aku dulu pernah renovate rumah jugak.. tp xde la mintak kebenaran jiran kecuali kalau ada melibatkan kawasan rumah dia... sampai ape aku buat dalam rumah pun jadi hal.. ape kes la makcik ni...

Tapi time tu, aku dan hubby just mintak maaf je la..tak cakap ape2 just terima je lah walaupun ape yg dia cakap tu tiada logiknya.. of coursela renovate rumah berhabuk.. nnt abis kenalah sapu, then ilang laa..

Dua tiga minggu lepas before kami Ke Amsterdam, dia start renovate rumah. Aku xde la nak kisah sgt..cuma dalam hati aku ada jugak berkata-kata... ehh.. makcik ni tetiba jer renovate rumah.. mcm nak berlawan2 je.. haha.. sebelum ni tak de lak nak renovate.. bukan ape.. masa rumah kami renovate dia ada masuk (without our permision) dan tgk la ape2 yg dah direnovate.. tau tau lepas kami dah pindah dia cakap aku nak wat sama cam kitorg.. build in wardrobe utk setiap bilik rumah dia.. kami wat kat masterbedroom je... Then bila kami pasang aircorn.. tetiba dia pun pasang aircon dan siap gitau aku bilik2 dia skrg semua dah ada aircon.. boleh? Aku xde lah layan coz aku ni bukan jenis nak berlumba2.. apa yg ada kat rumah mmg utk kemudahan kami je pun.. Masa kami renovate ada gak isu tar yg kitorg wat kat depan akan menyebabkan rumah dia air bertakungla dsbgnya kalau kami basuh kereta.. cina kontraktor aku cakap dia dah buat elok dan sure air akan masuk longkang belah aku punya.. then after that dia buat pulak tar/simen cam depan rumah aku... Since kitorg indah rasanya xpernah lg ada air dari rumah kami yg masuk ke rumah dia... Then dia letak pasu bunga tengah2 antara pagar aku dan dia.. punyalah payah nak pusing/reverse kereta.. tapi kitorg diam je laa... malas nak layan... org lain xde la pulak wat cam tu.. agaknya takut kereta kitorg jejak kat tar rumah dia yg baru tu..huhu..

Berbalik pada kisah dia renovate rumah.. bila dia renovate berialah dia suh kitorg buh itu ini..kertas la bawah pintu utk halang abuk dsbgnya masuk rumah... porch mmg sahlah penuh habuk sbb dia tak pasang kanvas.. haha.. dlm hati aku cakap jugak.. ehh.. dulu dia beria suh kitorg letak kanvas.. skrg tak letak pun.. nak balas dendam ke? haha.. tapi mmg aku xde masa nak amik tau pasal renovation rumah dia.. kita ni balik kerja dah penat, nak masak, membasuh, kemas rumah.. kdg2 bawak kerja balik rumah.. mmg xde time la nak amik tau pasal rumah dia.. Time pergi Amsterdam, hubby ada cakap.. balik nnt sure teruk kena sapu habuk tp xde la kitorg marah ke ape..

Tetiba masa aku tgh masak 2 hari lepas.. dia muncul.. marah-marah tengking aku cakap kalau aku nak pekerja dia basuh rumah dia skrg (waktu tu pkl 7 mlm) dia akan suruh... ehh.. aku mcm blur abis.. awat plak makcik ni.. dia cakap pekerja renovate rumah tu cakap aku cakap habisla.. habis laa... masa aku keluar kereta dan marah2... ehh.. pekerja kontrak binaan boleh ngadu kat tuan rumah ehh?  pastu siap ungkit2 time aku renovation betapa susahnya dia dgn habuk, dia tak mintak ganti rugi dllg.. aku masa tu mmg pening abis.. banyak kali dia cakap nak suh pekerja dia basuh rumah aku time tu jugak..  last2 aku cakap dia, makcik sori sy tengah masak nnt hangus (mmg cucur udang aku hampir hangus)..

Sebenarnya time aku sampai rumah keluar kereta mmg aku ada cakap.. habis la.. muka aku mmg masam la sebab penat balik kerja puasa2 ni xdela tersengih.. Aku cakap habislah sbb tempat letak kasut aku ada kat depan rumah tepi bhg tgh dicat.. lupa nak alihkan kasut2 kat situ.. pekerja dia wat kerja selekeh lak tu.. cat mmg menitik2 kat atas lantai & dekat tmpt kasut tu.. kasut Clark aku harga RM220 ada atas tu wooi..! Tapi aku xdela marah dia ke hape.. aku cakap habis sebab aku yg tak alih kasut tu.. Agaknya dia terdengar aku cakap habisla tu.. dia ingat aku cakap kat dia.. aku rasa takkanlah cina tukang cat tu yg menyampaikan kat dia.. Tetiba jer dia serang aku.. masa dia serang tu hubby ada kat atas..

Bila aku cakap kat hubby aku yg aku kena marah tu.. hubby cakap mmg la tadi dia ada suruh pekerja2 mengecat tu tolong cuci cat2 yang bertepek2 atas lantai dan dinding rumah aku sebab mmg sgt bertepek2. Yelah kenalah cuci terus time masih belum keras.. tu je. Pastu hubby cakap dia ada borak2 dgn pekerja tu dan pekerja tu cakap dah boleh cuci rumah kami sbb dah selesai bab habuk2 & cat2 ni.. tu je.. Dan yang penting aku tak tahu menahu tentang conversation hubbyku dan pekerja2 tu... Last2 aku kena serang.. kena tengking.. aduhhh.. patutlah dia beria cakap kalau nak suh cuci rumah aku dia boleh suruh pekerja tu cuci time2 tu jugak. Aku mmg terpinga2.. Aku cakap kat dia.. ehh..makcik tak payah lah.. tak perlu.. 10kali kot dia cakap nak suh cuci jam2 tu jugak!

Dalam hati aku sekarang ni macam ni gi cakap kat dia.. wahai makcik.. bulan bulan puasa sekarang ni.. bersihkanlah hati tu.. jgn nak anggap orang ni macam dia.. aku ni kan mmg xde masa nak fikir hal2 macam tu.. laman rumah aku tu mmg aku jarang sekali lah sapu.. biasanya incik hubbyla mengemas kat situ.. aku cuma amik pot dlm rumah jer.. kalau aku nak buat semua mmg tak sempat.. Spjg dok rumah ni mmg rasanya aku tak pernah kemas ke.. sapu adalah sekali dua kat porch aku tu.. semua incik hubby buat.. lagi satu aku mmg bukan jenis nak berlumba2 ke dengan jiran.. aku tak de niat pun nak tgk isi perut rumah orang.. bukan macam dia, beria ajak aku masuk rumah dia sebab katanya aku tak pernah pun tgk isi rumah dia... mmg rumah dia lawa dan sarat dgn barang2.. so what? dia dah umo berapa.. anak2 dia ada yg lg tua dari aku kot.. so buat ape aku nak berlumba dgn dia.. nak berlumba pasal kereta ke.. motor ke.. ish.. dia pakai CRV beli 3 thn lepas lepas dia dah pencen.. so.. kami ada rezeki beli Stream skrg.. so itu rezeki kami.. bukan nak berlumba2 cuma kami ada keperluan utk beli kereta tu.. dan Spectra tu pulak dah turun harga & asyik nak kena tukar part.. rasa mcm membazir.. so tu sebab kami tukar kereta... Motor? Dulu kami pakai 2 kereta.. tp skrg satu kereta jer.. so, kalau ada ape2 tak de kenderaan utk kecemasan.. kebetulan aku ada rezeki lebih tahun ni.. dapatla beli motor tu cash... dapatlah pergi pasar malam naik motor je.. dapat la hubby gi surau time maghrib naikmotor.. so what? Takde niat langsung nak berlumba dgn dia ke hape... Tapi tu laa.. tak faham tak faham...

Makcik..makcik.. tolonglah bersihkan hati.. makcik nak renovate ke.. nak buat rumah makcik jadi 10 tingkat ke.. aku tak kisah.. makcik nak letak pasu bunga penuh pagar pun lantak la.. tapi tolong jangan datang serang aku dengan mende2 bukan2 yang buat hati aku sesak. Tolong ye makcik.. makcik fikirlah katalah aku mati esok lusa.. mmg makcik berdosa sebab tuduh aku mende2 yang aku tak de niat pun.. tuduh mcam2 yg buat hati lembutku ini jadi sengsara... So makcik.. banyak2 beristighfar pada Allah.. renung2kan lah kehidupan kita ni tak lama.. harta dunia ni tak kan ke mana.. kita renovate rumah banyak mana pun takkan boleh bawak ke kubur.. berabuk banyak mana pun rumah kita nanti kita dalam kubur kena timbus dengan tanah.. bukannya habuk lagi.. So bersyukurlah dengan apa yg Allah berikan.. jangan cari kesalahan orang.. tolong yer makcik.. diharap makcik sedar..


~mel
harap makcik baca blog ni.. huhu