Jumaat, 24 Ogos 2012

Raya 2012..

Salam Aidil fitri yang keenam. Telah 6 hari aidil fitri kita rayakan.. bagi kami aidil fitri ini penuh dgn suka duka.. Sepatutnya kami beraya di Gombak tetapi sebab mak dan abah mentua pulang ke Batu Kikir NS jadi kami ambil keputusan untuk ke Bera rumah my sister tetapi akan ke Batu Kikir after solat raya.. Bera ke Batu Kikir just dalam sejam perjalanannya... Meaning that still raya bersama mentua...

Raya Pertama 
Walaupun kami di rumah my sister, tp tuan rumahnya balik ke rumah mentuanya di Lui, NS. Jadi terpaksalah pandai2 jadi tuan rumah kepada yang beraya bersama2 kami... hihi... Selepas solat hari raya.. kami bermaaf-maafan sesama adik beradik yang tinggal di rumah my sister.. then kami belasah lemang & sate.. (yg ditempah of course).

Then kami gerak ke Lui... sebab aku nak makan lontong & mak mentua my sister ada masak lontong. So di Lui aku belasah lontong la pulak. Then kami terus gerak ke Batu Kikir... dari Lui ke Batu Kikir lebih kurang 1/2 jam perjalanan jer..  Sampai di Batu Kikir mmg ramai sanak saudara di sana... kebanyakan datang menziarahi uwan suamiku yg sudah berapa lama tidak sihat. Aku mengambil peluang mengurut2 sikit kaki uwan.. maklumla aku bolehlah urut2 sikit... semasa mengurut tu ada terdetik dihatiku.. hmmm.. aku rasa mungkin dah tak lama... Petang tu kami bawa mak dan abah ke rumah mak long.. kakak kepada mak mentuaku.. yg juga tidak berapa sihat. Sekejab saja kami di sana sebab abah risau kalau2 kami balik malam sebab tak berapa biasa jalan tu...

Dalam kereta otw back tu aku gtau hubby tentang firasat hatiku.. aku gtau hubby aku rasa uwan dah tak lama.. atas sebab2 tertentu yg aku observe.. 

abg chik bersalaman dgn ayah we & ayah chu
me & cikjan
Yina bersalaman dgn mummy & papa

papa &  yina

Nasyid panca sitara
Dengan mentua cikjan di Lui... kami singgah di Lui sebelum ke Batu Kikir utk makan lontong!!
Memandu ke Batu Kikir... dah nak sampai pun...




yina gembira panjat2 tangga di Batu Kikir







Raya Kedua
Sesampai kami di simpang nak masuk ke rumah my sister.. telefon hubby berbunyi.. perkhabaran uwan telah pergi selama2nya telah kami terima.. Innalilahiwainnailaihirajiun... hubby cakap esok pagi nya la kami ke sana semula (raya kedua).. Kalau mengikut rancangan, kami nak ke Kuantan pagi raya kedua tu sebab nak ziarah abangku yg baru dapat cucu... terpaksalah kansel..

Pagi2 raya kedua kami balik ke NS semula.. seharian diselubungi kesedihan.. arwah uwan dikebumikan selepas zohor.. alhamdulillah setelah segala urusan pengkebumian selesai kami  kemudiannya balik semula ke rumah my sister...
Van jenazah sampai

Jenazah diusung ke dalam van jenazah..
Yina semasa tunggu pengkebumian arwah uwan hubby


Raya Ketiga
Hari raya ketiga kami mendapat jemputan untuk menghadiri perjumpaan keluarga Hj Awang iaitu arwah datuk kami. Arwah ayah kami merupakan anak bongsu kepada Hj. Awang kepada isterinya yang terakhir. Dari perjumpaan ini kami dapat tahu yang Hj. Awang sebenarnya mempunyai 6 org isteri... huhu.. dan oleh sebab ayah kami anak bongsu kepada isteri yang bongsu, maka sepupu2 kami sudah berusia semuanya dan anak2 sedara pupu kami pun lebih tua atau sebaya dgn kami.. huhu.. sadis betul.. 

Anyway perjumpaan tersebut sgt best.. seramai lebih 500++ kaum keluarga yang terdiri dari cucu2 dan cicit2 Hj Awang yang hadir.. fuhh.. ramai betul sedara aku rupanya... :)
Kami sampai dah terlambat.. sampai terus diperkenalkan kepada audience siapakah kami... :)


Hubby & Atah semasa gathering cucu cicit Hj. Awang.

Raya Keempat
Pagi dah nak dekat tengahari baru kami berpeluang menziarai pusara ayah bonda.. seperti biasa my brother mengepalai tahlil untuk kedua arwah ayah bonda.. semoga tenang di sana. Then kami pergi menziarahi rumah sepupu kami di kampung berdekatan. Dari situ kami terus aje ke Batu Kikir untuk menjempat mak mentuaku balik ke Gombak...


my sister dgn anakknya danial

my sister in law.. sal

chica...
Di pusara bonda

Pemandangan otw balik Gombak.
Setelah sampai Gombak maka lebih kurangnya raya dah abis.. haha.. biasala raya kat KL mmg tak tau ke mana.. nak ke rumah sedara mara pun dah jauh.. actually aku sgt teringin nak ke rumah abg ku di Kuantan dan nak ziarah cikgu aku di Pekan.. tapi tak kesampaian pulak hajatku.. so, harap umur panjang dapatlah ke sana... sob.. sob.. :'(


Raya-raya seterusnya
Duduk rumah je la... gi jalan KL pun mcm tak best sbb hubby tak sihat pulak.. mula ingat nak balik penang hari ahad tapi bila dah mcm tk tau nak buat apa ni fikir2 baikla balik hari sabtu sebab nak mengemas rumah, membasuh, beli stok brg rumah.. kalau balik ahad bila masanya nak buat tu semua.. sampai2 dah penat, hari isnin dah kerja.. aku kursus dia hari lak tu isnin dan selasa.. so.. ingat balik hari sabtu.. boleh settlekan rumah sendiri pulak...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI... MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA...

~mel





Tiada ulasan:

Catat Ulasan