Actually dah taip post ni kat my iphone.. ntah macam mana xdpt dikesan pulak... grr.. lupa nak save la tu.. :|
Anyway.. hari jumaat aritu (hari kebangsaan) aku & hubby bertolak ke Taiping untuk ke rumah pak sedara hubby yg telah lama tidak diziarahinya.. kami janji dengan mak, abah mentua & faiz (adik ipar) untuk berjumpa di sana. Aku dah book hotel Perdana Taiping tapi bila sampai sana tengok ada hotel legend inn dekat dgn masjid daerah taiping (tempat kami berjumpa).. so bila pergi kat situ ada bilik & lagi murah, kami decide utk stay kat situ jer.. aku kansel je booking kat hotel perdana. Hari tu kami melawat pak sedara hubby (panggilannya mamu man) di Taiping. After melawat kami balik hotel.. malam kami pekena yong tau fu kat sebelah balai boma taiping.. sedap jugak!
Pagi2 esoknya kami slow2 je la siap sbb janji dgn mak/abah pkl 8.30pg. Tgk2 pkl 8pg they all dah siap.. mak ckp ada pasar tani kat depan hotel.. so sementara tunggu they all siap2 brg, kami turun pi bfast + pasar tani taiping... kat pasar tani tetiba nampak hubby dok tercegat depan gerai buah.. sambil tersengeh dia cakap.. "mommy mesti nak beli tu... ".. hehe.. bergugus2 mangga muda kegemaranku... so mmg tak boleh tidak.. kena belilah kan.. (sebenarnya sama2 suka makan.. bukan aku sorang yer..)..
Dari Taiping, kami ke Kg Talang.. dekat2 dgn Ipoh. Kat situ rumah Opah incik hubby.. banyak la cerita2 baru yg aku tau.. b 4 this tak berpeluang kenali keluarga belah abah hubby.. then kami ke Ipoh rumah kakak abah (yang dipanggil Pupu.. istilah2 Pakistan yg first time aku dengar..huhu). Alkisahnya datuk hubby Sheikh Mohd Kamal berasal dari Pakistan.. tu la sebabnya kening hubbyku bercantum kot.. haha.. nama sebenar abah adalah Sheikh Mohd Ali tp surat beranak dia hilang masa dia kecik.. so cilok surat beranak ntah sape ntah.. so jadi ler nama dia Abdul Rahman... hehe..
Ok.. cerita detail ttg perjalanan ke rumah sedara mara hubby tu dia akan ceritalah kot kat blog dia nanti..
Balik dari Ipoh tayar kereta terlanggar skru pulak kat hway PLUS.. terpksalah kami masuk Taiping cari kedai tayar.. sudahnya sampai rumah dekat pkl 7 mlm.. sampai2 masing2 dah penat.. lepas mandi terlepek kami berdua.. naka masak pun rasa tak larat.. tp nak kluar mkan luar lagilah malas.. so after 8.30mlm.. dah lapar aku pun turun bawah nak masak ala kadar.. nak masak nasik & sardin jer..
Tetiba ternampaklah mangga2 muda yg mengecurkan air liuq aku.. err.. tetiba rasa rajin nak tumbuk sambal mangga.. apa lagi dah menumis lauk sardin, aku pun amik cili api dari peti ais dan basuh.. masuk dlm lesung batu.. wokeh.. aku pun masuklah bahan2 sambal mangga tu.. dan tangan pun dgn pantas nak menumbuk.. tup tup.. cili api melompat.. masuklah dalam kedua belah mata aku.. aduhhh.. sakit gila.. aku dok kat sinki basuh punya basuh.. dah helpless.. mata xleh bukak..aku pun jln slow2 kat mr hubby yg dok baring sambil tgk tv.. berpinau kepala dibuatnya kena penangan cili api tu... cakap kat hubby..dia rasa kepala dan area mata dia ckp panassnyaaa... panas cili... masa tu mmg aku xleh nak buka mata..
Bila time tgh sakit2 ni biasanya aku akan tingatkan mak.. ntah nape ntah.. nak nangis la tu.. tetiba tingat masa aku kecik2 mak pernah kena cili gak time menumbuk.. pastu dia ludah kat lutut dan tenyeh mata kat air liur dilutut tu.. Desperate punya pasal.. aku pun ludah kat lutut aku.. and then tenyeh mata...tetiba... jeng jeng jeng... mata boleh bukak.. aku pandang hubby and cakap.. dah hilang rasa cili.. slow2.. dua2 mata jadi ok...hubby terkejut.. wahhhh dia cakap..mujarab betul!
So.. aku buat conclusion mmg petua tu sgt mujarab.. aku rasa mungkin airliur tu ada bahan utk meneutralkan rasa pedas.. that's why kita boleh makan pedas kot.. dan fungsi lutut tadi sebab kita tgh duduk.. bila ludah dilutut mmg direct boleh letak mata utk digenyeh kat lutut.. kalau genyeh dgn tangan kang bertambah panas sebab tangan tadi pegang cili kan!! So sape2 yg terkena cili..lain kali boleh try this petua.. hehe..
Dan kami makan dengan rakusnya nasi berlauk sardin.. bersambal mangga... dan petai rebus.. hehe... And the rest of the mangga muda dah jadi seperti yang ditunjukkan di bawah.. homemade jeruk mangga!!!.. Huhh.. dah rasa pun... sedap!!!
~mel
hari rehat2 sedunia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan