Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 22 September 2012

Murtabak Mini..


Murtabak Mini.., originally uploaded by melati.a.

Actually cerita ni dah basi.. sama seperti murtabak mini yg dah xtau pi mana dah.. haha.. bulan puasa hari tu aku mmg rekod laa.. paling jarang ke pasar ramadhan.. kenapa? entahlah.. aku rasa cam pasar ramadhan tak berapa best.. tambahan pula first day pi pasar ramadhan aku dah frust sebab beli gulai kawah daging ada seketul jer!!

So bila dah masak hari2 terpaksalah mereka mcm2 masakan... termasuklah murtabak mini ni haa.. cara nak wat sgt senang.. buat mcm inti karipap.. kentang/ daging cincang/ayam.. pastu buat cam telur dadar dan letakkan inti kat tgh2.. klu pernah tgk murtabak mamak.. lebih kurang camtu laa..

Pastu ambik kulit popia.. bentang.. (konon2 kulit roti canai laa).. then letak inti bersalut telur tadi.. lipat 4 segi and then letak telur kt tepi2 utk lekatkan...then boleh la shallow atau deep fry.. dua2 aku try dan dua2 ok..

Hasilnya seperti digambar... rasanya mcm murtabak.. bnyk kali aku wat time puasa dulu.. kira balik2 keje tu sempatla aku buat.. rasanya mmg sedap (puji diri sendiri).. dan berbaloi2 sbb boleh mkn bnyk2.. hehe..

Cubalah buat... :P

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan