Post ni ditulis hari Ahad hari tu guna iPhone.. tapi tak terpost sebab kesibukan..dan keterlupaan.. hari ni teringat pulak sebab ada cerita yg hampir berkaitan terjadi.. so aku ingat aku post yg ni dulu sebelum cerita hal yang recently berlaku... So..ni cerita weekend hari tu..
This weekend aku di Kuching menjalankan kuliah PPG.. Walaupun aku sampai
Jumaat dan bnyk masa utk lepak2, aku tak contact student yg dah jadi
mcm kawan dgn aku utk pi jln2.. This time mmg aku fikir mls nk susahkan
diorg.. So hari Jumaat tu aku just jln2 sorang utk shopping ape2 yg
patut.. especially nk beli lipstik aku yg dah abis.. smpi terpaksa korek
dgn jarilah nk guna.. haha..
After kelas smlm aku ckp dgn student2 tu mintak diorg hntr aku balik..
sbb dah mlm, aku mmg mls amik teksi, tp diorg ada lg satu kelas yg lom
abis.. so aku kena tggu.. tetiba ada sorang student lain ckp.. xpelah
Dr. sy nak kluar kejab ni.. meh sy hntr Dr balik hotel.. aku pun ok lah
coz badan dah terlalu penat mngajar 3 subjek berturut2..So aku ckp kt
student yg baik dgn aku tu.. xpelah lain kali jumpa lg..
Dlm pkl 11 mlm student tu (Mila namanya) sms tnya hari ni sape hntr ke
airport).. aku masa tu tgh layan cerekarama.. huhu.. xpasan pun dia sms
sbb fon silent mode dr kelas sblm tu.. Bila pg b4 mandi baru aku pasan..
Aku xreply, ingat saja nk tggu pkl 7 baru nk reply..6.45pg - Kuching
dh terang benderang masa ni. Mila call. Dia ckp dia ada kat depan hotel
dah.. Laaa.. cepat2 aku siap turun bawah.. bfast pun xsempat.. tak
pelah bfast kat airport je laa.. Mila dtg berdua dgn sorang lg student,
kak ju. Kak ju tido kat rumah dia mlm tadi..
Dlm perjlnan aku tanya Mila.. bila suami dia nk dtg penang lg.. Suami
dia buat PJJdi USM. Dia ckp tahun depan kot.. ehh.. aku rasa cam pelik
sbb ada kot.. Then dia gtau.. dia dah berpisah dgn suami dia.. 4.9 yg
lalu.. aku terkejut! Tp biasalah, aku mmg xtanya bnyk tp dia volunteer
cerita.. Dia ckp suami dia ditangkap khalwat dgn student Unimas..
Actually tahun 2008 dah kena sekali.. ini lg sekali.. ohhh.. kesian aku
dgr.. dia ckp dia minta fasakh sbb suami dia xberubah2.. rupa2 time
suami dia ke usm sekali tu.. suami dia tersilap send sms.. nak hntr pada
girlfriend dia tp terhantar kat dia.. dah gaduh2 pastu kena tangkap
khalwat pulak.. Then dia jumpa lawyer dan minta fasakh..
Tetiba kak ju yg sama2 dlm kereta pun ckp.. akak pun sama Dr.. tp lg
teruk.. akak dimadukan dah dua bulan ada madu baru tahu., dan semuanya
berlaku mcm mimpi.. time nak final exam pulak tu.. Kak ju ni anak dia
dah 7 org!! Suami dia bercinta dgn isteri org yg ada anak tiga.. dan
kena tangkap kat hotel dgn pompuan tu oleh suami pompuan tu!! Kesian..
merana dia.. anak dia dua org dh masuk unimas.. Lepas kena tangkap tu
pompuan tu bercerai dgn suami dia dan masing2 pi kawin di Pontianak
tanpa pengetahuan kak ju.. dah 2 bulan kawen baru dia tahu, itupun
diberitahu oleh Guru Besar sekolah suami dia. Btw diorg ni semua cikgu
suami isteri..
Lepas tu diorg pun cerita, ramai dalam kalangan student2 aku tu pun
single mum.. Aku pun mcm terkedu kejab.. tapi tulah apa nak buat.. semua
dah tertulis masa kita lahir sejak dari Luh Mahfuz.... frankly rasa sedih.. siapa nak hidup mcm
tu.. tingat kisah kawanku Salmiza.. serupa tp tak sama..
Cuma yg aku boleh katakan..inilah nasib wanita.. yg kita boleh buat
adalah untuk bertahan.. kukuhkan kehidupan.. jgn mudah mengaku kalah pada kehidupan.. kisah yg aku dgr kbnykkannya kisah wanita yg didua tiga oleh suami masing2.. tapi tu lah kan.. kalau kita tengok persepsi pandangan serong pun akan terkena pada wanita juga..Kalau wanita jadi janda.. mesti dipandang serong.. yg pandang serong tu pun biasanya perempuan jugak..kan..
Anyway.. semoga kita semua diberi kekuatan dan rahmat dari Allah dalam mengharungi kehidupan ini..
Insyaallah...
~mel..
Nauzubillah...
BalasPadamsemoga wanita² ni tabah menghadapan ujian dari Allah...
insyaallah.. amin..
BalasPadam