Jumaat, 30 April 2010

Khusyuk..


Khusyuk.., originally uploaded by melati.a.

Khusyuknya suamiku berkebun.. Balik2 kerja, tukar baju dari baju
melayu ke t-shirt, terus aje mengerjakan pokok2 di luar rumah..
Semangat2.. Moga hidup suburlah semuanya.. Nak harapkan aku mmg xde
la.. Balik2 kerja tetus debooommm atas katil.. Pinggang sgt lenguh
duduk seharian di atas kerusi.. Penat2..

Anyway.. Xtau ler dia sedar ke tak aku amik gmbr dia berkebun tu..
Huhu..

~mel

Ahad, 25 April 2010

Adoiii..


Adoiii.., originally uploaded by melati.a.

Aku tingin nak mkn kulat sisir dan mmg tak jumpa kat Penang ni.. So
aku suh my sister belikan and pos ke sini.. Dan tgkla apa yg dia
pos.. Dia mms gambar masak lemak kulat sisir!! Perghh.. Terliur..
Terliur..

~mel
Bila nk sampai ni..

Jumaat, 23 April 2010

TQ kak Izz..

Semalam aku dapat satu parcel dari KL.. pemberian dari Kak Izz.. Kak izz adalah salah seorg kawan online aku yg agak lama.. kami mula2 berkawan dari zaman multiply lagi.. memang berkenalan dari sana.. dulu di multiply lah tempat kami bercerita.. walaupun masa tu aku dah ada fb tapi masa tu fb masih belum popular lagi di malaysia.. Ramai juga kawan2 yg aku kenal thru multiply tapi yg masih lekat tinggal beberapa org saja lagi.. dan yg masih berhubung cuma Si Koosem a.k.a Rya yg aku jumpa buat pertama kali semasa aku gi Singapore tempohari. Memang baik orgnya.. Hinggakan dah nak balik di airport pun dia dtg bersama ibunya utk menghantar aku. walaupun masa tu first time jumpa tapi dah macam adik beradik.. macam dah kenal lama..

Berbalik kepada parcel dari kak izz.. Oleh kerana awal2 org pejabat desa dah call aku gtau parcel tu ada di pejabat desa, lepas kerja aku terus minta hubby singgah di pejabat desa utk ambil.. tak sabar2 dah. Bila buka parcel tu terbeliak mata aku... wahhh.. cantiknya.. Hubby pun cakap..wahh lawanya.. Kak Izz memberikanku sehelai jubah warna hitam bersulam emas yg sgt cantik.. Aku ni jenis sempoi jer mmg jarang ler pakai baju yg glamer2 ni.. huhu.. gi kerja pun kadang pakai seluar & blouse simple2 jer.. Hubby cakap.. baiknya kawan aku... Tapi mmg aku rasa lawa sangat.. Teruja gila.. huhu..

Anyway.. thanks kak izz for the gift.. buat susah2 jer but really appreciate it.. Hari ni nak gi kenduri kawen.. so boleh la melawa pakai jubah pemberian kak izz tu.. Amacam?



P/s sori kualiti gambar kurang memuaskan.. coz masa amik gambar smlm dah gelap.. :p

~mel
bestnyer rasa...

Rabu, 21 April 2010

Nyampah #fb

Hari ni mood aku ok.. walaupun setelah kepenatan dan sedikit kesengalan tangan kiri akibat injection di hospital pagi tadi.. Petang ni mmg la rasa penat dan ngantuk kat ofis tapi malas pulak nak tidur. Sambil2 membaca thesis student aku online sikit2 utk menghilangkan mengantukku..

Tetiba ada seorg "friend" yg aku tidak kenali menegur di Facebook. Actually aku mmg sebenarnya malas nak chat dgn org.. tak kirala kat mana.. facebook ke, gtalk ke, ym ke.. kalau xde apa2 yg penting aku tak layan. Tapi entah macam mana mood aku baik aku jawablah sapaan hamba Allah yang aku tak kenal ni. Namanya tak familiar, meaning that dia bukan kawan sekolah aku, bukan sedara mara aku, bukan kawan ada2aje, bukan kawan online aku, bukan kawan twitter... pendek kata mmg namanya tak familiar langsung. Tapi sebab pompuan aku pun tak kisahlah.. So gini conversationnya.

"Hello", dia menyapa
"Hai" aku menjawab
"Who are you" dia bertanya

Terkedu kejab aku... ehh.. dia menyapa aku, pastu dia tanya aku sape plak.. seingat aku aku dah lama tak add org kat FB.. yang aku add sekarang ni pun penjual2 tudung, penjual2 baju preganant, dan penjual brg2 yg aku minat (cthnya tupperware dsbgnya). Bila check email.. dia yg add aku suatu masa dahulu.. dulu2 tu aku baik hati.. approve jer sape2 yg rekuess friend.. skrg ni kurang dah aku buat kerja2 gitu..

Dlm seminit aku jawab... "i'm mel, u?" Minah tu terus jawab.. "Bye".

Eh.. pulak.. arrogant pulak aku rasa minah ni.. dia tanya aku aku dah jawab, dia wat gitu. Sombong betul. At least ckp ler sorry, i tak kenal u ke.. hape ke.. ni terus bye.. Oleh sebab aku bengang dgn minah tu.. aku terus jer pergi kat ruangan belah kiri bawah... haa... nah ko.. nak sangat,, menyombong tak tentu pasal.. baik aku remove jer dari friend aku.. huhu..

So.. aku pun remove je la minah tu.. aku tak de lah terhegeh3 nak kawan dgn dia.. My friends who know me, know who I really am and I think after this years of leaving schools and universities, my friends who know me well are still there, even kawan2 sekolah rendah pun masih berhubung rapat walaupun it was like loooonggg time ago. So I don't think I need arrogant person like that minah to be a friend. Baik remove je la kan. Ramai lagi kawan2 lain yg boleh dibuat kawan.. dan bersopan santun..

So.. skrg ni mmg dah malas nak add org2 yg tak kenal. Tapi ada jugak kawan2 yg kenal online yg baik2 dan pernah jumpa dan at last jadi kawan baik... tu lah kan..

apa2 pun jgn ler sombong sgt.. walaupun dengan org yg kita tak kenal.. sia2 jer buat dosa ptg2 ni sakitkan hati org... huhu


~mel
yeyyy kejab lagi dah nak balik...

Selasa, 20 April 2010

Donut..


Donut.., originally uploaded by melati.a.

Walaupun donutku ini tak secantik Donut kat DunkinDonut atau Big
Apple, tp aku suka jugak sbb aku berjaya menghasilkannya sambil aku
baring2.. Tido2 ayam.. & online.. Hari ni aku cuti dan mmg hasrat hati
nk relaks2 jer kt umah.. Tp hati teringin nk mkn mcm2.. Jd terhasillah
donutku yg tak berapa nk cukup bahan.. Adunannya pun aku main campak2
jer.. Xde sukatan.. Errr.. Harap hubbyku sudi memknnya bila dia sampai
balik kerja nanti.. Huhu..

~mel
Kalau esok cuti lg kan best..

Rabu, 14 April 2010

Grafiti..


Grafiti.., originally uploaded by melati.a.

Kreatif sungguh budak2 kat Malaysia menconteng meja dan dinding kelas
kan. Gambar ni aku ambil di salah sekolah yg aku pergi utk observe
student2 ku sbg guru pelatih. Tingat jugak time aku sekolah2 dulu..
Rajin gak menyonteng meja.. Rasanya dinding aku tak contengla..

Actually mcm2 pengalaman yg aku tempohi bergerak dr satu sekolah ke
satu sekolah ni.. Cuma xde masa nk menulis jer..

~mel
Penat gak observe org ngajor ni..

Ikan baru..

Hari ni pagi2 aku dah ke sekolah utk menghabiskan observation student ku. Observe 4 masa direct di atas bangku stool makmal Biologi mmg mencabar bagiku dalam keadaan perut yg makin membesar ni. Anyway student yg kedua tu perancangan pengajaran tak berapa ok sgt, so tercepat la pulak dia habis kelas. Lepas membebel sket kat dia, aku pun balik. Sampai depan ofis hubby just in time for lunch. Abis jer lunch hubby tanya nak gi mana? Balik umah @ ke opis? Aku cakap.. nak gi heaven.. huhu. Ooo.. hubby cakap.. masjid ler tu.

OTW nak balik USM, tetiba nampak kedai ikan.. hubby cakap.. eh..nak tengok ikan? Aku cakap boleh jugak..Nak cari ikan laga buat pengganti ikan lagaku yg dah arwah.. :( Bila sampai kedai aku hubby cakap.. lerr.. takkan nak bawak gi ofis lak ikan ni.. Aku lak cakap.. err.. kalau ada sekor kat ofis pun ok.. So hubby end-up beli dua ekor.. satu utk rumah.. satu untuk ofis aku.. Lepas beli.. terpaksalah hantar ikan balik umah...

Sampai2 umah.. hubby terus jer masuk dapur.. mengerjakan ikan lah tu.. bila dia masuk bilik.. siap bawak sebijik bekas yg dia jumpa kat dapur.. haaa. nak wat isi ikan laga kat ofis aku.. Bekas kuih raya rupanyer.. huhu.. Pastu aku tanya soklan bodoh kat dia... "err... kalau tutup bekas kuih tu ikan tu mati tak? kena biar terbukak ke"... Hubby ku tersengih2 dan cakap... "Ni mesti tak belajar sains masa sekolah dulu, mati ler ikan tu nnt, xde oksigen". Aku cakap.. "eh.. sape kata tak belajar sains, hari ni jer 4 waktu dok observe kat makmal sains tau.. huhu"

Anyway.. Inila ikan laga yg hubby belikan utk temankan aku kat ofis ni.. Nak bagi aku ade kawan kat ofis la tu.. Nak suh dia temankan mmg dia punyalah susah nak ziarah ofis aku sebab kat tingkat dua.. paling hujung sekali lak tu.. Mentang2 la ofis dia kat tingkat paling bawah & paling hujung gak...



~mel
Mekasih yer bang.. :P

Isnin, 12 April 2010

Sambal Mangga Muda..


Sambal Mangga Muda.., originally uploaded by melati.a.

Hari ni aku mmg agak kurang sihat.. Tak tau lah kenapa.. Pagi2 time
breakfast aku tetiba rasa semacam.. Hubby siap tegur nape muka
berpeluh2 time tgh mkn bfast tu.. Aku xtau knp tp tetiba aku rasa
weird.. Bila smpi ofis aku mmg rasa semcm.. Aku amik bantal & baring..
Terus tertido.. Sedar2 dh pukul 11.30pg.. Pkl 12 lebih hubby tnya nk
lunch ktne.. Aku ckp entahla.. Aku rasa xsedap badan & xrasa nk mkn..
So hubby ajak gi kt Anjung Budi USM coz kt situ ada mskn goreng2 yg
mungkin menyelerakan.

Hubby order char kuey teow dua.. Aku mkn separuh jer.. Fresh orange
pun aku xleh nk abiskan dan di pau oleh hubby yg kehausan.. Huhu..
Lepas mkn blk ofis aku mmg rasa xlarat.. So aku smbg tido blk.. Itupun
dgn perasaan serba xkena.. Baring xbest.. Duduk dgn kaki atas meja pun
xbest.. Pendek kata.. Serba xkena.. Satu kerja pun xmenjadi hari ni..

Balik kerja hubby ajak minum kt Cahaya Gemilang sementara tggu kereta
aku siap (hntr kedai cat hari sabtu hari tu). Order teh ais pun aku
xlarat nk abis.. Minum suku jer.. Last2 kitorg gi betulkn aircond
kereta hubby.. Kejab jer.. Pastu tgk2 kereta aku xsiap lg.. Org kedai
ckp nnt dia hntr.. So kitorg endup blk rumah..

Tak lama kt umah.. Org kedai dtg hntr kereta and mintak hubby hntr dia
blk.. Sambil tu aku fikir apalah nk masak mlm ni.. Selera aku mmg xde
langsung.. Tp kesian kt hubby, sure dia nk mkn nasi mlm ni coz siang
td mkn char kuey teow jer.. So aku larat2 kan diri, bgn and masak sup
ayam. Teringat pulak smlm gi pasar mlm jumpa mangga putik muda &
jantung pisang. Dah lama aku cari mangga muda nk wat sambal. So.. Aku
tumbuk sambal mangga.. Celur jantung pisang.. Masak nasi + sup ayam..
Alhamdulillah hubbyku mkn dengan seleranya.. Habis licin semangkuk
sambal mangga tu.. Aku pun dpt gak mkn nasi tu.. Tumpang selera hubby..

Anyway bila dah tak larat tp memasak jugak & hasil masakan habis
licin.. Badan yg xberapa nk best rasa lega skit sbb hati berbunga
riang.. Ok rasa nk tido je ni.. Harap2 mlm ni batuk berkurangan..
Xlarat betul..

~mel
On antibiotics

Ahad, 11 April 2010

Yummyyy pizza..


Yummyyy pizza.., originally uploaded by melati.a.

Lunch hari ni mkn kt Domino's Pizza.. Sedap betul.. Yummmyyyy...
Perghhh... Sedapppp..

~Mel

Sabtu, 10 April 2010

Accident..


Semalam time tgh relex2 balik kerja tiba2 kedengaran pintu rumah diketuk. Aku pun cepat2 intai tgk2 ada dua org student china tgh tunggu. Bila aku keluar, dgn muka tensen budak tu cakap... "Errr.. Dr... tadi saya telah terlanggar kereta Dr. Ada scratch di kereta Dr." Aku dgn blurnyer bertanya.. kereta yang mana satu? Budak tu cakap.. "Spectra Dr." Hmm.. sahlah kereta aku, bukan kereta hubby.. Aku suh budak tu tunggu jab, aku masuk bilik capai tudung & gtau kt hubby budak tu terlanggar kereta aku.

Bila aku kuar.. nmpklah kereta aku ada scratch warna putih kt bumper depan. Tak de la teruk..tp sbb kereta aku warna hitam.. of coz ler nmpk jelas. Aku tnya budak tu.. err.. kereta u xde ape2 ke? Dia tunjuk kereta dia Iswara putih dan ckp xde ape2. Dia ckp "Dr. Saya akan byr.". Aku cam serba salah coz aku pun xtau nak suh dia bayar berapa pun. Tiba2 nampak hubby kuar. Bila hubby tgk.. dia ckp sikit jer.. xyahla bayar apa2.. Aku pun ckp kat budak tu xpelah.. xyah bayar coz mmg serba salah nk suh dia bayar pun. Lagipun kereta aku tu mmg aku dh beberapa lama plan nak cat kat bumper tu sebab ada org langgar lari dulu tu.. tp xde kesempatan. So aku and hubby just ckp..okla.. no problem.. xde rosak ape2 yg major.. just scratch jer.

Budak tu dgn muka cam tak percaya.. cakap terima kasih bnyk2 dan berlalu dari situ. Aku pun xdela nak mintak no fon dia ke.. atau ape2.. just malas nak fikir dah.

Malam tadi.. time aku dan hubby tengah makan malam, kebab home-made, tetiba kedengaran pintu rumah ku diketuk. Aku pun intai.. tgk perempuan dua org.. then aku bukak. Rupa2nya budak china tadi dgn mak dia. Mak dia bwk sebakul buah2an dan bg kat aku.. mak dia cakap terima kasih bnyk2 coz tak marah anak dia yg careless.. Dia org tak sangka yg kami xsuh dia byr apa2.. Bnyk kali mak dia cakap terima kasih.. Aku cakap..it's ok auntie.. xde masalah, xde kerosakan major.. lgpun biasaanya org lari jer kan... huhu..

So kt atas tu ler buah2an yg mak budak tu hantar mlm td... hihi.. jenuhlah pulak nak abiskan... Jab lg nak kuar cari tmpt cat kereta... huhu...

~mel
hubby tgh mkn anggur..:P

Rabu, 7 April 2010

Mangga...


Mangga..., originally uploaded by melati.a.

Beli mangga sampai 4kg.. Nak makan dua orang.. Siap bawak bekal gi
ofis lagik.. Yummyyyy...

~mel

Isnin, 5 April 2010

baju flintstone...

Pada satu petang Ahad... seorang isteri dengan tak sabar2 lagi nak tunjukkan baju yg separa siap dijahit kepada suaminya...

Dialog..

"Abang..abang.. cantik tak baju ni.. err... tapi lengan lom siap jahit lagi.." kata si isteri sambil menggayakan baju yg xde lengan lagi tu..

Si suami menganggat kepala yg sedang mengadap laptop... "Hmm.. cantik.. cantik..."

"Cantik kan.." kata si isteri bersungguh2..

"A ah cantik..." kata si suami lagi.

Sedang si isteri pun menoleh, nak tanggal baju yg sedang digayakan utk sambung jahit.. tetiba kedengaran suara si suami kat belakang (perlahan jer..).. "Macam flintstone.." kata si suami..

"Haaa.. ape?? teruk2 org jahit dia cakap mcm flintstone?? Cehh!!!" sahut si isteri

Si suami tergelak2 sambil berkata... "Yelah xde lengan, corak pun lebih kurang.. hehe" sambil tgnnyer mem browse image kat google mencari gambar flintstone utk bandingkan baju tu sama ke idak dengan baju flintstone...

Huh ade ke patut!!! xpe.. xpe.. hari ni dah siap pun baju flintstone tu.. Kain tu aku beli kat kamdar.. 3 meter dlm RM11 kot.. murah jer.. sebab nak wat baju pregnant.. so kain murah2 pun xpe sebab xpakai lama sgt kan..

Anyway.. kat bawah ni lah baju flintstone yg aku jahit sendiri.. huhu.. utk suamiku tersayang.. amacam? Dah siap masih sama dengan baju flintstone tak??



~mel
huhhhhh... siap pun..