Ahad, 21 Mei 2017

Hubby @faizalr dpt steam & grilled set utk cabutan bertuah. Dah berapa bulan terperap benda tu.. so mlm ni kita bersteamboat & grilled di rumah.. hihi...


Cuti2 Kota Kinabalu

Pada 29 Apri, aku dijadualkan ada kelas di Kota Kinabalu. Disebabkan kelas PPG dah last dan ini mcm dah kelas terakhir, so aku cakap kat hubby.. jomlah ikut. Hubby pun ok. Aku juga cadangkan pada hubby agar kami ke Kundasang sebab setakat ke KK mcm dah tak tau nak pi mana. Pi Kundasang dapat juga melihat view yg cantik.. esp Gunung tertinggi di Msia, Gunung Kinabalu.  Dari Penang aku dah contact kawan FB ku Sarinah yang suaminya menyediakan kereta sewa. So siap deal dgn dia ttg kereta. Then aku plan utk stay di KK semalaman dan di Kundasang semalaman. Utk memudahkan.. kononnya aku sewa Celyn CIty Hotel dan Celyn Resot Kota Kinabalu.Kali ni aku saja beli tiket dari KLIA2, biasalah Air Asialah kan.. nak murah. So aku drive dari Penang hari Khamis petang, tidur di Tg Malim rumah hubby, then pagi2 Jumaat kami ke KL, singgah rumah mentua di Gombak.. Flight kami lebih kurang pukul 4 ptg..  First time hubby cakap jom kita try grabcar ke KLIA.. sebab first time dan hari Jumaat, awal2 kami dah gerak dari rumah.. pukul 12tghari.. Sampai KLIA2 dah pening tak tau nak buat apa.. menunggu lama sangat :P

Aku, hubby, Aliff dan Eryna makan di McD KLIA2. Ehh... bukan ke boikot McD. Kdg2 bila terpaksa telanlah juga,,, tp tidak dibiasakan.. jarang2 sekali.. 


Eryna punyalah happy.. maklumlah dah lama tak naik flight. Selalu dok ajak pi Australia lagi.. seronok pi Australia November 2016. .tapi seperti biasa mommy cakap kena simpan duit dulu ya.. so eryna pun rajinlah simpan duit dan tak delah beli benda bukan2..

Sementara tunggu flight.. kejab ok kejab merajuk.. macam2..


Alkisah kami suami isteri sekarang ni dok follow siri Prison Break. Hubby mmg peminat setia Prison Break sampaikan aku pun terrrrr minat sekali. Selalunya kalau hubby balik Penang hari Jumaat, malam tu mmg kami menonton Prison Break. Disebabkan menunggu kat airport lama sangat, sempatlah kami tengok cerita Prison Break yang aku dah download awal2 kat macbook aku.


Lobby Celyn City Hotel
Pagi Sabtu aku ada kelas. Disebabkan pelajar diminta menghantar tugasan dan projek so aku suh dia dtg ke Celyn City Hotel jelah.. huu.. So kat situlah kelas aku berjalan. sambil aku ber 'kelas' di lobby hotel, hubby dok tunggu dan bersiap2 dengan kereta sewa untuk ke Kundasang. Settle kelas dan hotel kami check-out dan terus ke destinasi kami Kundasang dalam pukul 12 tengahari... dipandu oleh hubby dan aku dan mcik google sebagai guide perjalanan... hihi.. perjalanan ke Kundasang memang penuh ranjau liku jalannya sebab jalan mendaki bukit.. jadi kami ambil masa yang agak lama dijalanan. On the way before sampai ke Kundasang, kami singgah di pekan Nabalu. Nabalu adalah pekan kecil di kaki gunung yg sangat cantik. Cuma yang tak best dalam perjalanan dan area pekan ini ada banyak anjing. Kami jumpa lebih 20 gereja Kristian di sepanjang jalan.. even restoran yang ada di tepi jalan kurang yg halal.. siap ada kedai di tepi jalan yg besar2 menayangkan banner... "Babi Salai"... huhuhu.. terkojut den.

kami di pekan Nabalu

di pekan Nabalu ada jual makanan segar, buah-buahan. sayur-sayuran dan juga barang2 kraftangan.

sempat rempat purse isi duit syilling. Dari atas pekan Nabalu memang boleh tengok kawasan pergunungan disekelilingnya. Kami berhenti agak lama di pekan Nabalu.. siap makan nasi ayam goreng berempah.. disebabkan gerai makan yg kecil dan kata hubby kuali goreng ayamnya hanya boleh muat 2 ketul ayam.. maka memang menunggu makanan punyalah lama. Tapi buat2 fahamlah.. pekan kecil nun di kaki gunung kinabalu. Dari Nabalu kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Sampai2 di Kundasang.. kami guna google map utk cari hotel.. 



Sampai2 ke jalan nak ke hotel, kami macam... ehhh.. ye ke ni.. ada sign board besar tapi jalan ke hotel adalah jalan batu batan tanpa tar. Keyakinan ada sedikit goyah.. Aduhh... aku silap book hotel lagi ke maca di Al-Caucin Spain 2.5 tahun lepas? Tapi kalau ikut google maps memang betul. So kami pun meneruskan perjalanan... hingga akhirnya nampak signboard Celyn Resort Hotel.. ya jalan yg kami ikut tadi memang betul... huhu.. mula2 kami ingat memang kami silap jalan.. kot2 lah ada jalan lain.. rupa2nya jalan itulah jalan yang paling elok ke hotel aka resort tersebut. Resort tersebut nampak ok.. besar.. bila kami check in kami dapat bilik atau resort yang paling hujung dan paling tinggi. Hubby punya gayat, macam tak ternaik je kereta sewa kami ke atas tu. Waktu nak ke bilik kami..  kami tengok macam tak ramai orang..Kami rehat sekejab dalam bilik, check waktu maghrib dan aku cakap kat hubby kita kena keluar cari makan ni.. ke pekan kundasang.. nanti kebulur kat bilik. Hubby agak reluctant mengingatkan jalan yg teruk, tp mengiyakan kami perlu makan.. so kami pun pergilah ke pekan kundasang yang jauhnya 3-4km dari pekan kundasang.. tapi disebabkan ianya berliku2 jadi rasa macam jauhnya.. uhuhuu... Kami makan malam di KFC pekan Kundasang dan kemudiannya terus balik semula ke resort utk berehat...

Resort tersebut siap dengan bfast.. mujurlah... hahaha.. So bangun pagi2 kami dah ke cafe utk bersarapan. Oleh sebab bilik kami teratas sekali lokasinya.. nak turun ke cafe dan naik semula ke bilik kami juga mencabar utk aku yg dah lama tak eksersaiz... huhu..

Ini waktu turun ke kafe.. turun oklah.. senang aje.. tapi pemandangan waktu turun memang cantik juga.. Lepas makan kami jalan2 area resort.. memang cantik dan luars mata memandang.. kami memang berada di kaki gunung kinabalu dan trekkers boleh memulakan pendakian ke gunung kinabalu dari sini.. ada trekknya..
Pemandangan dari area lobby celyn resot hotel.. memang cantik dan osem!!



Waktu nak balik ke bilik memang sengsara.. hahaha.. jenuh panjat tangga ke atas.. Hubby sempat ketip kuku lagi... tinggalkan kuku pulak dia depan resot!! Sampai bilik kami kemas2 dan bersiap2 nak ke pekan Kundasang semula utk jalan2.. dan meneruskan aktiviti. Kami check-out terus sebab nak berjalan terus ke Kundasang, Dairy Farm then terus ke KK sebab flight kami pukul 8 malam tu.

Kami sewa Proton Saga flx dengan hari Rm120 sehari.. Hubby ok je bawak kereta apa2 asalkan auto.. hahaha.. Dia kat kaki pergunungan sepanyol pun dah drive.. setakat pergunungan kinabalu tu tak delah susah sgt.. :P

Turun dari resort kami ke Pekan Kundasang.. hajat nak berli sayur mayur.. memang murah dan segar.. so aku beli asparagus.. dan mcm2 sayur lagi.. teringat kat NZ selalu makan asparagus.. suka sangat.. tapi mahal juga harga asparagus depa.. seikat RM15, so aku beli dua ikat, satu lagi utk mak mentua..





Memang bestlah jalan2 dalam pekan kundasang semata2 kerana sayur yang banyak. Ada kedai bunga juga.. geram nak beli bunga.. tp dok fikir camne nak bawak baik terus tak jadi :P

Dari Pekan Kundasang kami terus ke Dairy farm.. Tempat ni memang sesuai sgt utk budak2. Kebetulan kami pergi hari Ahad dan cuti umum jadi memang ramai orang.. parking pun susah.. tapi view dia sangat cantik la.. rasa macam di NZ jer.. huhu.. rindu nak balik NZ.

Dalam Dairy Farm tu memang adalah lembu2 dan kambing yg dipamerkan. Eryna macam berani tapi takut2 juga bila nak bagi susu kat lembu.. so Aliff sorang dan mommy lah yg kena bagi susu kpd si lembu :P





Dalam Dairy Farm juga ada jual aiskrim yang best.. satu aiskrim chocolat dan satu jenis lagi yoghurt aiskrim.. memula ingat aiskrim vanilla.. rupa2nya yogurt.. tp memang sedaplah.. hubby beli juga sebotol susu chocolate sgar.. rasanya pun enak (ehh.. macam promosi  pulak :P)

Bunga2 dalam Dairy Farm pun cantik-cantik..layan jela..

Aliff bagi susu kepada si lembu.. terketar2 juga tangannya.. :P


Lepas jalan2 dalam Dairy Farm.. kami pun keletihan.. so lepak kat luar Dairy Farm kejab sambil lain view yang cantik molek... Dari Dairy Farm kami decide nak balik terus ke KK.. sebab takut terlambat ke hape.. On the way tu tetiba Eryna nak ter..... so kami masuk ke bandar Tamparuli.. then kami decide nak solat jamak di Tamparuli dan makan tengahari di sana. Kami makan nasi ayam penyet kat satu restoran di situ.

 Menikmati nasi ayam penyet..

Masjid Tamparuli. Kami stop utk Jamak. Tak berapa ada org kat masjid. Mashid perlu ditutup pagar selalu ditakuti anjing2 liar masuk dan mengotori kawasan masjid.

Jambatan Tamparuli yang agak popular. Sempatlah kami meninajau dari dalam kereta. Agak lama jugalah kami di tamparuli ni. Meninjau bandar kecil di negeri Sabah. Dari Tamparuli kami terus ke KK. Perjalanan dari Kundasang ke KK lebih mudah sebab jalan menuruni bukit.. so perjalanan lebih cepat.

Oleh sebab waktu kami sampai masih awal so kami lepas sekejab di Oceanus Waterfront Mall. Parking kereta di situ then jalan kaki ke arah bandar KK untuk shopping2 last minit. Kami ke Jamilah, beli Pomade utk Aliff.. actually dah beli masa first day tapi ada pulak kawan aliff kirim lagi.. so beli lah lagi pomade dgn harga 2 for RM15... Kami jalan kaki ditepi2 gerai2 yang tak berapa nak halal di tepi2 jalan menghala ke bandar KK.

 Sambil tu sempatlah juga dengan selamba ambil gambar :P

Setelah selesai segalanya kami pun ke airport untuk menaiki flight jam 8 lebih.. Kereta sewa dihantar di airport, then kami solat jamak taqdim di airport.. lepak tak lama di airport terus naik flight. Sempatlah dinner di Terminal 1, Airport KK.  Naik je flight masing2 kepenatan dan tidur jer.. flight belum jalan pun dah terlena masing2.. maklumlah perjalan jauh sepanjang hari. Sampai di KLIA hubby cari grab car again dan kami pun terus balik ke Gombak...  Tambag grab dari KLIA2 ke Gombak adalah RM65 (diskaun)  berbanding masa pergi RM71.  Lupa pulak dari airport KK ke Celyn City Hotel pun hubby ambil grab car.. hanya RM8 dari aiport KK ke hotel... Biasa aku naik teksi RM30.. huhu.. tapi kalau sorang2 aku rasa aku naik teksi jugalah... tak berani :P

We had fun di KK dan Kundasang... dalam perjalanan balik berborak dengan hubby dan konon2 kami berdua merancang nak sewa kereta untuk travel berdua merentasi banjaran Crocker naik kereta... huhu.. moga2 menjadi perancangan ni.. :P


~mel
Where next??