Jumaat, 29 September 2017

Jumaat 29 September

Hari ni banyak perkara yg baik2 hadir. 

Pagi2 ke Pusat Sejahtera berjumpa doktor yg baik dan meminta sy banyak berehat, elakkan stress dan tukar ubat yg menyebabkan saya batuk 'kering' beberapa bulan ini. 

Dari Pusat Sejahtera ke Bakti.. kakak roti canai yg sentiasa menyapa sy dgn penuh hormat dan tertib walaupun kelelahan menebar roti akibat demam katanya semalam. 

Keluar dari Kafe Bakti singgah SCMart nak beli roti utk kat rumah, tiba2 dipelawa nasi lemak daun pisang free di atas kaunter - ada org sedekah jumaat sebakul nasi lemak katanya. Lepas lunch hari ni.

Balik dari USM singgah ATM nak keluar duit.. ada dlm RM15 je kot dlm purse. Sesampai ATM, ada seorg lelaki sdg dlm kebingungan. Sy beratur diblkgnya, lantas dia berpusing dan bertanya.. kak kalau duit RM13 dlm akaun boleh ke sy keluarkan RM10? Sy ckp xpasti sambil meninjau melihat ke ATM yg menunjukkan baki RM 13.45. Dalam hati berkata.. Ya Allah aku ni tak pernah keluarkan even RM50 je dari ATM.. sampai xtau boleh ke tak nak kluarkan RM10. Tetiba mamat tu pusing lagi, kak.. kalau sy nak cuba keluarkn RM10 mcm mana, sy tak reti.. maaf kak sy OKU. Walaupun agak teragak2 tp sbb mmg sy tgk dia dah dlm akaun so sy cuba juga tlg kluarkan RM10 tu.. tapi ATM kata hanya boleh kluar RM20 dan bilangan lain shj. Bila sy katakan tak boleh pdnya dia mcm hampa sekali dan beri laluan pd sy utk keluar
duit dan berlalu pergi. Kesian pula rasa dihati. Lantas cepat2 sy keluar duit dan nampak dia di hujung  kawasan smbil menung. Bila nmpk sy dia bertanya.. kak mmg RM10 tu tak boleh keluar ya?? Sedih pulak sy, lantas sy keluarkan RM10 dan beri padanya.. Nah ambil ni dik.. Muka dia terkejut dan tunjukkan muka sedih.. ucapkan terima kasih. Cepat2 sy berlalu takut jadi drama pulak 😅😅

Sampai rumah sy buat kerja sikit, menyiapkan artikel utk submission hari ni, tetiba teringatkan my BFF yg ada problem sebab kurang ada penerbitan. Lantas sy terfikir utk masukkan nama dia sekali. Dia pun bnyak tolong sy walau bukan dr segi akademik.. tlg jaga eryna dan mcm2.. Bila dah submit, sy whatsapp dia bgtau takut dia terkejut.. lantas dia menangis dan mengucapkan terima kasih serta doakan yg baik2 utk kami sekeluarga. 

Hari Jumaat ini sungguh indah bila kita sentiasa melapangkan hati dan berbaik sangka kepada Allah. Akhirnya buka email, ada rezeki masuk.. Ya Allah.. terasa Allah bayar segala rasa syukur cash! 

Moga hari ini hari yg bahagia untuk kita semua. Insyaallah.. Amin..


~mel

Pi #PusatSejahtera USM ambil ubat.. tetiba jumpa Einstein hihi.. #JgnMarahyer 😂😂😅😅😍😍