Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Sabtu, 19 Mei 2018

#TerimaKasih Encik suami @faizalr for the #AppleWatch #Series3. Kejadian berlaku tiba2 diwaktu sedang tukar bateri remote pagar rumah di sebuah kedai jam di Tesco Seb. Jaya. Sambil menunggu saya ckp.. lama xbeli jam dan tunjuk kpd dia jam bling2 yg sy suka. Dia cakap. Jam kena pi kedai Tong Eng, baru best. Kedai Tong Eng ni kedai jam di bawah Komtar yg jam dia mmg best2. Tetiba terua dia ajak pi Tong Eng. Hati cakap.. biar benar ajak pi Komtar pulak ni. Tapi ikut jela kan.. kang dia ubah fikiran pulak πŸ€ͺπŸ€ͺ. Kat atas jambatan si dia cakap kita ainggah zohor dulu di Maajid USM lah, kebetulan masuk waktu zohor. So singgah dulu di USM. Lepas solat tiba2 dia cakap.. dari beli jam biasa baik beli Apple Watch.. Saya macam 😱😱. Tak pernah terfikir nak beli Apple Watch ⌚️. Bukan murah harga jam buah 🍎 ni. Jauh dari harga jam yang saya nak beli di kedai Tong Eng. So dia ajak ke QB Mall.. Redho je la kan. Sampai ke QB Mall.. terus ke Switch dan gitu gini.. jemg3.. dapatlah jam buah 🍎 ni.. Saya tanya beli utk saya je ke.. dia punya xde? Dia cakap nnt sy belikan lah utk dia πŸ˜‚πŸ˜‚. Anyway.. thank you again #PapaYina. Ada makna sia beli tu.. suruh si isteri jaga kesihatan dan exercise lah tu πŸ˜…πŸ˜…. #USMFit #GetReadyToRoll #HadiahRamadhan #feelingblessed #Syukur #Alhamdulillah. Moga encik suami terus dimurahkan rezeki. aminn,...


Ahad, 6 Mei 2018

Prof Fong call saya utk memulangkan laptop projek kami.yang ada pada dia untuk inventori. Kebetulan dia balik Penang utk mengundi (skrg dia kerja di UMS). Waktu dia call saya sdg siap2 nak ke AEON BM utk cari baju raya. Maklumla puasa dah dekat, nnt tak larat nak berhempas pulas cari baju raya. Masa dia call dia cakap, wife dia ajak dia pergi AEON BM, then terus sy cakap sy pun tgh siap2 nak ke AEON BM, so kita jumpa kat sana je lah. So set.. sdg sy dok cari baju #ErynaZulaikha dia call, so pi jumpa dia dulu, then dia belanja makan.. bagi komputer.. settle. Prof Fong was my mentor, dan dialah yang encourage saya dlm segala segi. Dia salah seorang yg membawa saya ke tahap inj.. dan skrg dia cakap saya dah melebihi diri dia.. Yang saya kagum, dia masih sgt humble.. dan tadi dia tanya satu soalan kpd saya.. Dia cakap wife dia yg tanya.. wife dia terfikir ada tak mantan dekan saya Dato’ R mengucapkan walau sepatah tahniah atas segala kejayaan saya.. Saya cakap.. tidak. Tidak satu ucapan tahniah dari insan itu, dan skrg langsung dia tak mahu pandang saya lagi.. walaupun saya sendiri tak tau apa salah saya.. Kata Prof Fong, dia dan isteri dia dah sangka begitu.. Dia cakap, insan itu mmg tidak mahu anak buahnya melebihi diri dia... Macam2 lagi dia cerita.. pasal gaji dia di UMS pun dia cerita.. dari 20k turun 8k kemudian naik semula 20k... OK... saya nak cepat2 naik pangkat πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ #MySifu #USM #PPIP #WeLead #SayNoToRacism