Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Selasa, 31 Disember 2013

Weekend yg penat..

Post ni sebenarnya awal-awal dah upload gambar.. tapi penat campur tak berkesempatan nak menulis apa2.. Last weekend memang kami kepenatan..  Since Krismas (Rabu) aku cuti hinggalah hari Ahad memang full of activities & travelling. Time Krismas tu tak de la apa sgt pun tapi sebab weekend sebelumnya aku & hubby ke KK untuk jaga exam dan balik hari Isnin.. Selasa pulak kerja.. hari Rabu tu aku amik peluang kemas rumah, basuh baju.. beli baranag rumah dllg... Hari Khamis pulak hubby kerja, aku walaupun cuti terpaksa ke sana sini jugak sebab ada banyak urusan yg perlu diselesaikan.. Khamis tu sebaik sahaja hubby balik kerja, kami gerak balik Gombak. Disebabkan hubby puasa dan bakal buka puasa dlm perjalanan, aku dgn rajinnya dah membuat karipap dlm 10 ketul je gitu.. huhu.. penat gak tau! So memang buka puasa dlm kereta sambil berbekalkan karipap & teh o sebotol...

Actually tujuan sebenarnya nak ke Kemaman utk majlis pernikahan dan perkahwinan belah perempuan anak sedara aku (lelaki) yang sulung. Mula2 hubby ajak terus ke Kemaman hari Jumaat dari Penang.. tapi last2 kami tukar utk balik Gombak.. at least bolehlah jugak jenguk mak abah di sana..
Air teh o Gombak

Hari  Jumaat pagi kami pun gerak ke kemaman.. Majlis nikahnya sepatutnya pkl 4, jadi kami pun xdelah rush sgt nak ke sana... Rupa2nya bila sampai sana dlm pkl 2.30ptg, kakak aku cakap nikahnya dah dipercepatkan pukul 3... haa apa lagi.. terkecoh2 la pasal kami dah la belum makan.. kakak aku pesan jgn makan diperjalanan sebab dia order nasi arab special utk makan tghari..

Anyway.. kecoh2 pun kami sempat makan then ke Masjid Geliga untuk majlis akad nikah...




Anak sedara aku Hafeez dan pasangannya Rosalida selepas akad nikah

Aku dan adik aku si CikJan

Gabungan kedua-dua family... kakak aku yg sulung & suami  di belah kiri pengantin


After selesai majlis kakak aku bagi kunci Homestay... homestay dia punya sendiri seperti di bawah.. homestay ni baru first time aku tgk pun sebab aku pun dah berzaman tak gi Kemaman rumah kakak aku ni.. selalunya jumpa dia bila balik kampung jer.. Homestay ni ala-ala hotel sebenarnya.. sgt cantik.. bersih.. mmg kelas gitu.. promote sikit tapi mmg puashatila kalau nginap kat sini.. (tak tipu punya)

Homestay kakak aku .. abaikan mende warna merah tu.. payung burger Deen Burger Bakar yang juga bisness kakak & abg ipar aku 

 Bilik tempat aku dan hubby menginap... ada 6 bilik semuanya dalam homestay ni.. Kalau nak tgk lagi tentang homestay ni tgk kat fb page dia


Keesokan paginya (Sabtu) hubby cakap kawan dia ajak pi makan roti payang... aku ingat mende la roti payang ni.. bila aku whatsapp kat kakak aku ckp kami nak gi breakfast roti payang.. baru la aku tau yg roti payang tu sebenarnya roti 'tempayan' dlm slang ganu... tapi bila pi makan memang best.. roti tempayan dgn gulai kambing... perghh... rasa nak makan lagi.. hehe..

 Bersama kawan hubby & family


Balik2 bfast siap2 kami nak ke kenduri belah perempuan.. layan je la gambar sebab tak leh nak tulis panjang2 incik hubby dah balik dari surau pulak.. hahah..

 
Situasi menunggu pengantin yg pi basuh kereta.. ada ke patut..

Incik hubby kekenyangan bersama abang iparnya..

Kami bersama pengantin... eryna xmo amik gambo...

Lepas kenduri terus balik KL... esok paginya (Ahad) terus balik penang....

Alahai penatnya.. layan Baskin Robbins kat hentian hiway...

~mel

Isnin, 30 Disember 2013

Tenang...

Pagi ni aku bangun pagi dengan keadaan yg tak berapa nak sihat.. semalam seharian macam cerry berry.. mungkin jugak kepenatan yang melampau..jadi malas betul nak bangun... since last week aku sebenarnya berhajat nak ke Pusat Sejahtera USM aka Pusat Kesihatan USM..actually dah lama nak pi tapi asyik tertunda2 aje dgn kerja2 yg banyak.. Aku sebenarnya biasanya buat checkups kesihatan di KK Bukit Jambul since selepas bersalinkan Eryna mmg checkups kat situ.. dulu cuci perut pun kat situ.. so segala masalah kesihatan semua gi sana sebab rekod ada kat sana.. Entah macam mana 2-3 bulan lepas bila aku pi sana doktor tu macam perli aku jer.. (aku yg terasa ni).. Dia cakap awak orang USM buat apa checkup dan ambil ubat kat sini.. pergi Pusat Sejahtera USM, kat sana lagi bagus, banyak pakar, ubat pun bagus..bla bla bla.. aku dalam hati cakap..eh.. doktor ni halau aku ke... last2 aku tekadkan hati.. lepas ni xmo dah pi KKBJ tu.. huhu..merajuk la konon..

dpt kalender kuda dari farmasi USM

So disebabkan aku tak sihat pagi tadi plus bekalan ubatan aku pun dah hampir habis... aku pun kuatkan semangat ke Pusat Sejahtera USM.. kalau dah rutin pi klinik memang nak pi klinik tu perlukan kekuatan tau.. dlm hati aku imajin.. hah.. agak2 student tak ramai hari ni sebab minggu ni study week, so student mesti ramai balik kampung..

Sampai2 kat sana.. mmg tgk tak ramai sgt orang.. oklah tu..rutin biasa bila dah dapat no kena check tekanan darah... wahhh terkejut den bila misi (lelaki) cakap tekanan darah agak tinggi.. aku cakap.. ehh.. sy selalunya tekanan darah mmg rendah.. so misi tu cakap.. relaks jab.. 5 minit.. bila check semula.. alhamdulillah.. normal.. Sambil menunggu nak jumpa doktor dalam keadaan beraircond.. aku terfikir.. awatlah aku tak dtg sini awal2.. huhu..kat KKBJ tu punyalah panas.. kat Pusat Sejahtera USM punyala selesa.. misi pun baik2 semuanya.. huhu..

Bila aku dah masuk jumpa doktor.. aku pun ceritalah masalah aku yg tak berapa sihat bagai.. then aku ceritalah yg doktor KKBJ suh aku checkup kat USM aje.. huhu dgn sedih... bila aku dah abis cerita.. best jer doktor tu bagi nasihat kat aku.. tak marah2 macam kat KKBJ.. xde jeling2.. huhu.. sgt profesional.. yg paling best dia cakap.. walaupun aku sedang makan ubat.. dia mau aku aim for pengurangan ubat hingga sampai tak makan ubat langsung.. dia siap pesan.. jgn lupa doa pada Alah semoga Allah beri kesembuhan kepada setiap penyakit yg dihidapi... waa... nak meleleh airmata aku.. huhu.. tapi bagi aku ini first time dapat doktor yang begitu prihatin.. macam2 petua, nasihat dan kaedah yang suruh aku try.. try supplement dan macam2.. before this kat KKBJ mmg tak dela nasihat macam tu...

Di samping supplement.. ada juga dia suruh aku try kaedah2 alternatif.. herbs.. dllg... siap suruh cari ayat utk dicuba bersama kaedah alternatif... dia cakap kat aku jgn terlalu rely dgn ubat.. cuba kaedah lain yg mungkin boleh membantu... 

After session dgn doktor tu aku rasa sgt relieve... pergi amik ubat.. dan terus ke farmasi USM sebelah farmasi ubat utk beli supplement cadangan doktor tu.. magnesium & chosium.. dah jumpa ternampak jenis2 green tea.. ada kawan aku yg body dia sgt cantik suruh aku minum teh hijau utk kempiskan perut.. dah lama dia pesan.. aku dok lupa jer.. hehe... jadi tadi jumpa aku beli utk minum di ofis je laa.. Time nak bayar kat kaunter farmasi tu ada Al-Mathurat harga 1.90 jer.. teringat time dok asrama dulu.. Al-Mathurat sentiasa menemani aku.. wirid.. zikir yg aku hafal pun kebanyakan dari Al-Mathurat.. so ingat nak buat Al-Mathurat ni peneman masa kerja.. sambil2 boring kerja boleh hafal wirid sikit2 yg dah lupa... insyaallah...



 Al-Mathurat & green tea


Okla sebenarnya kepala pening2 lalat sambil buat SKT ni.. tu yg tetiba rasa nak berblog pulak!

~mel

Rabu, 25 Disember 2013

Damiral's Grill Restaurant & Coffee

Ok first time nak review restoran.. hehe.. agaknya ada dah kot tapi maklumlah blog ni lebih kpd cerita2 peribadi, kdg2 update.. kdg2 idak.. so xingatlah ada ke idak review restoran..

Hari Isnin aritu sekembali dari Sabah malamnya incik suami @fullfilth ajak pi makan di bandar Perda. Kami ni sbnrnya jarang kluar mlm.. jarang mkn mlm di luar.. selalunya mkn mlm luar bila aku ada kelas sampai mlm.. lepas kelas trus cari makan.

Kat Bandar Perda incik suami ajak ke Damiral's Grill Restaurant & Coffe... western food restoran yang lama dah kami teringin nak pergi sebab nampak mcm best restoran tu.. Masuk2 restoran best la jugak, environment ala2 bar/pub.. gelap dgn lampu2 suram...utk aku oklah tapi aku sebenarnya lebih prefer restoran yang terang supaya senang aku nak tengok makanan time makan... ni suram2 jer.. huhu.. tapi kalau orang nak dating ke (tapi dah kawen lah yer).. honeymoon ke.. this is the place yang you all can feel quite romantik... environmentnya menyokong suasana romantik...

Bila waiter datang, kami pun order.. for Eryna french fries je la.. kalau dgn french fries mmg eryna suka sangat...  incik suami order Grilled Lamb Shank.. dan aku order Salmon Oregonato.. bersama juice tembikai dan nenas. Eryna seperti biasa nak air kosong jer.. huhu..

 Sementara menunggu order (which takes around 1/2 jam) tetiba muncullah nachos dan sauce utk kami makan... ini macam jajan utk menunggu... eryna of cozlah suka sangat.. aku pun sama.. nyam nyam nyam... Ini tidak di cas dlm bil yer kawan2.. hehe.. (betul ke incik hubby?? ). Then sampai lah fries eryna.. sedap fries dia.. aku dan eryna suka... :D


Ini pulak Grilled Lam Shank incik suami.. sambil dia makan aku pun  mintak la pau sikit.. emmm.. taste really nice.. incik suami pun tak pandang kiri kanan lah makan... huhu tak romantik langsung.. lagipun eryna jadi minah jimnastik dok panjat kerusi... eeeii geram betul...

Ini pulak Salmon Oreganoto.. presentation baik.. rasanya pun sedap.. cuma bagi aku macam terlama sikit diorg grill jadi permukaan salmon tu jadi agak keras.. bila makan ni teringat pulak makan ikan grilled di kaki bukit di Romania tengah tahun hari tu...  sos dia jugak best.. sayur pun best...

Yang paling best tentang restoran ni adalah tandasnya.. hahaha... tengah makan eryna nak membuang air jadi cepat2 ke tandasnya.. aku sebenarnya tak suka pi tandas restoran sebab selalunya... uwekkkk!! Tapi tandas restoran ni aku bagi A++ sangat bersih, wangi dan selesa. So kalau tandas ok tu harap2 kitchen dia pun oklah yer...

Ok.. total yang kami makan semalam adalah RM70++ . Agak gulp jugakla tapi berbaloi.. kalau sekali sekala untuk bersama keluarga apa salahnya.. tapi kalau hari2 jawabnya cepatlah kita pening2 lalat yer kawan2... huhu...

Ok itu saja.. entri ini khas untuk Julia Mahir kawan/adik di USM Kejuruteraan yang mula2nya kawan twitter, kemudian sekarang dah jadi kawan...