Selasa, 31 Disember 2013

Weekend yg penat..

Post ni sebenarnya awal-awal dah upload gambar.. tapi penat campur tak berkesempatan nak menulis apa2.. Last weekend memang kami kepenatan..  Since Krismas (Rabu) aku cuti hinggalah hari Ahad memang full of activities & travelling. Time Krismas tu tak de la apa sgt pun tapi sebab weekend sebelumnya aku & hubby ke KK untuk jaga exam dan balik hari Isnin.. Selasa pulak kerja.. hari Rabu tu aku amik peluang kemas rumah, basuh baju.. beli baranag rumah dllg... Hari Khamis pulak hubby kerja, aku walaupun cuti terpaksa ke sana sini jugak sebab ada banyak urusan yg perlu diselesaikan.. Khamis tu sebaik sahaja hubby balik kerja, kami gerak balik Gombak. Disebabkan hubby puasa dan bakal buka puasa dlm perjalanan, aku dgn rajinnya dah membuat karipap dlm 10 ketul je gitu.. huhu.. penat gak tau! So memang buka puasa dlm kereta sambil berbekalkan karipap & teh o sebotol...

Actually tujuan sebenarnya nak ke Kemaman utk majlis pernikahan dan perkahwinan belah perempuan anak sedara aku (lelaki) yang sulung. Mula2 hubby ajak terus ke Kemaman hari Jumaat dari Penang.. tapi last2 kami tukar utk balik Gombak.. at least bolehlah jugak jenguk mak abah di sana..
Air teh o Gombak

Hari  Jumaat pagi kami pun gerak ke kemaman.. Majlis nikahnya sepatutnya pkl 4, jadi kami pun xdelah rush sgt nak ke sana... Rupa2nya bila sampai sana dlm pkl 2.30ptg, kakak aku cakap nikahnya dah dipercepatkan pukul 3... haa apa lagi.. terkecoh2 la pasal kami dah la belum makan.. kakak aku pesan jgn makan diperjalanan sebab dia order nasi arab special utk makan tghari..

Anyway.. kecoh2 pun kami sempat makan then ke Masjid Geliga untuk majlis akad nikah...




Anak sedara aku Hafeez dan pasangannya Rosalida selepas akad nikah

Aku dan adik aku si CikJan

Gabungan kedua-dua family... kakak aku yg sulung & suami  di belah kiri pengantin


After selesai majlis kakak aku bagi kunci Homestay... homestay dia punya sendiri seperti di bawah.. homestay ni baru first time aku tgk pun sebab aku pun dah berzaman tak gi Kemaman rumah kakak aku ni.. selalunya jumpa dia bila balik kampung jer.. Homestay ni ala-ala hotel sebenarnya.. sgt cantik.. bersih.. mmg kelas gitu.. promote sikit tapi mmg puashatila kalau nginap kat sini.. (tak tipu punya)

Homestay kakak aku .. abaikan mende warna merah tu.. payung burger Deen Burger Bakar yang juga bisness kakak & abg ipar aku 

 Bilik tempat aku dan hubby menginap... ada 6 bilik semuanya dalam homestay ni.. Kalau nak tgk lagi tentang homestay ni tgk kat fb page dia


Keesokan paginya (Sabtu) hubby cakap kawan dia ajak pi makan roti payang... aku ingat mende la roti payang ni.. bila aku whatsapp kat kakak aku ckp kami nak gi breakfast roti payang.. baru la aku tau yg roti payang tu sebenarnya roti 'tempayan' dlm slang ganu... tapi bila pi makan memang best.. roti tempayan dgn gulai kambing... perghh... rasa nak makan lagi.. hehe..

 Bersama kawan hubby & family


Balik2 bfast siap2 kami nak ke kenduri belah perempuan.. layan je la gambar sebab tak leh nak tulis panjang2 incik hubby dah balik dari surau pulak.. hahah..

 
Situasi menunggu pengantin yg pi basuh kereta.. ada ke patut..

Incik hubby kekenyangan bersama abang iparnya..

Kami bersama pengantin... eryna xmo amik gambo...

Lepas kenduri terus balik KL... esok paginya (Ahad) terus balik penang....

Alahai penatnya.. layan Baskin Robbins kat hentian hiway...

~mel

Tiada ulasan:

Catat Ulasan