Khamis, 9 Januari 2014

Mommy's & Eryna's

Ok lets cerita tentang Eryna dulu... Semalam 8/1/2014 bermulalah episod baru dalam hidup Eryna.. Eryna start pre-schoolnya di Tadika Lestari Ilmu USM... Umur Eryna 3.5tahun tapi ikut tahun dah 4 tahun jadi dah boleh mula bersekolah.. so papa & mommy decide it's time for baby mommy ni bersekolah.. bukan apa eryna ni terlebih manja.. so lebih cepat hantar sekolah lagi baik kot.. huhu..

Eryna bersekolah petang sebab time daftar sesi pagi kedua2 kelas dah penuh.. petang pun petang lah.. Awal2 pagi masa hantar eryna ke Hadhanah memang dah pesan kat kakak2 penjaga dia yg kami akan amik before pkl 2.. so bila sampai2 tu eryna dah siap mandi cantik2 dan kiut sgt beruniform dan bertudung.. Masa dlm perjalan excited sangat nak ke sekolah..

Sampai2 kat kelas.. mula2 ok je.. tapi bila tgk ada budak2 yang menangis meraung2.. dia pun makin rapat kat mommy.. berkepit xmo lepas.. bila mommy suh duduk kat kerusi dia tak nak.. suh main pun xnak.. semua mengeleng kepala.. Pastu papa suh mommy lari slow2 biar dia yg deal dgn eryna..mommy pun keluar pi bayar yuran la bagai.. bila papa keluar papa cakap dia nangis teresak2.. bila mommy intai kat tingkap.. cikgu tengah peluk dok atas riba dan menangis.. huhu.. kesian sungguh.. Tapi after that mommy papa tinggalkan aje la.. kebetulan mommy papa ada meeting pkl 3.. so masa meeting sebab mommy kena banyak bercakap so tak tingatlah kat si kecik ni.. Tapi abis je meeting terus mommy pecut ke tadika.. pkl 4.50 dah terpacak depan tadika.. mak2 lain pun belum sampai.. hahaha...

Eryna first day.. gambar cilok dari fb papa.. haha..

Ok sebelum kejadian di atas.. pagi semalam laa.. ada event Perutusan Naib Canselor USM utk 2014 di Dewan Tunku Syed Putra, USM. Beberapa hari before that aku terima email dari pejabat perhubungan awam usm menjemput aku ke majlis tersebut untuk menerima Sijil Khas dari Tuan Yang Terutama Yang dipertuan Negeri Pulau Pinang... entah macam mana masa aku baca email tu ikut henfon aku macam ignore jer.. sebab aku ingat jemputan utk hadir event tu je.. bila aku baca betul2.. ehh.. aku kena naik pentas rupanya.. huhu.. so pagi2 semalam aku ajak incik hubby pergilah majlis Bersama Untuk Kecemerlangan Universiti (BUKU) 2014 tu.. 

Setelah abis NC USM berucap.. upacara penyampaian sijil pun bermula.. bila tang nama aku.. ehh.. nama lelaki.. nama ayah betul.. pusat pengajian betul.. dan rasanya aku sorang dari pusat pengajian aku yang dapat sijil tu.. so.. dengan pening2 lalat aku naik ke pentas ambik sijil tu.. lepas bergambar seperti di bawah.. aku pusing cakap kat NC USM yang berbaju melayu purple tu.. betul ke sijil tu nama aku sebab MC salah sebut nama.. NC cakap iyer betul Dr. nama dalam tu betul.. hehe.. Betul lah sijil tu aku punya...

Aku berbaju batik hitam putih taik cicak naik ke pentas..baju pertama kali pakai dan first time tempah kat kak Midah Taylor Gelugor.. murah dan sedap dipakai.. sepasang tempah hanya RM45 sahaja.. kalau kat KBJ sepasang RM80.. huhu..

Anyway.. alhamdulillah.. tak sangka pulak awal-awal tahun ni dapat naik pentas yang gah itu untuk menerima award yg tak disangka2... Aku rasa ramai gak terkejut bila tengok aku naik pentas.. yelah siapalah aku kat usm ni yang ada more than 1000 orang pensyarah... aku hanya pensyarah cabuk je..

Alhamdulillah sekali lagi, rasanya kami ada good start tahun ini.. encik suami tgh tak sabar2 menunggu berita untuk dirinya.. berita baik dah dapat..harap2 lepas ni berita yang ditunggu2 lebih baik lagi.. kalau kurang baik.. aku hanya cakap kat hubby.. kita sama2 tempuh dan tawakkal.. Allah Maha Mengetahui.. Amin..

~mel
Salam 2014 semoga kita dalam keberkatannya.. 

1 ulasan: