Memaparkan catatan dengan label awards. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label awards. Papar semua catatan

Khamis, 9 Januari 2014

Mommy's & Eryna's

Ok lets cerita tentang Eryna dulu... Semalam 8/1/2014 bermulalah episod baru dalam hidup Eryna.. Eryna start pre-schoolnya di Tadika Lestari Ilmu USM... Umur Eryna 3.5tahun tapi ikut tahun dah 4 tahun jadi dah boleh mula bersekolah.. so papa & mommy decide it's time for baby mommy ni bersekolah.. bukan apa eryna ni terlebih manja.. so lebih cepat hantar sekolah lagi baik kot.. huhu..

Eryna bersekolah petang sebab time daftar sesi pagi kedua2 kelas dah penuh.. petang pun petang lah.. Awal2 pagi masa hantar eryna ke Hadhanah memang dah pesan kat kakak2 penjaga dia yg kami akan amik before pkl 2.. so bila sampai2 tu eryna dah siap mandi cantik2 dan kiut sgt beruniform dan bertudung.. Masa dlm perjalan excited sangat nak ke sekolah..

Sampai2 kat kelas.. mula2 ok je.. tapi bila tgk ada budak2 yang menangis meraung2.. dia pun makin rapat kat mommy.. berkepit xmo lepas.. bila mommy suh duduk kat kerusi dia tak nak.. suh main pun xnak.. semua mengeleng kepala.. Pastu papa suh mommy lari slow2 biar dia yg deal dgn eryna..mommy pun keluar pi bayar yuran la bagai.. bila papa keluar papa cakap dia nangis teresak2.. bila mommy intai kat tingkap.. cikgu tengah peluk dok atas riba dan menangis.. huhu.. kesian sungguh.. Tapi after that mommy papa tinggalkan aje la.. kebetulan mommy papa ada meeting pkl 3.. so masa meeting sebab mommy kena banyak bercakap so tak tingatlah kat si kecik ni.. Tapi abis je meeting terus mommy pecut ke tadika.. pkl 4.50 dah terpacak depan tadika.. mak2 lain pun belum sampai.. hahaha...

Eryna first day.. gambar cilok dari fb papa.. haha..

Ok sebelum kejadian di atas.. pagi semalam laa.. ada event Perutusan Naib Canselor USM utk 2014 di Dewan Tunku Syed Putra, USM. Beberapa hari before that aku terima email dari pejabat perhubungan awam usm menjemput aku ke majlis tersebut untuk menerima Sijil Khas dari Tuan Yang Terutama Yang dipertuan Negeri Pulau Pinang... entah macam mana masa aku baca email tu ikut henfon aku macam ignore jer.. sebab aku ingat jemputan utk hadir event tu je.. bila aku baca betul2.. ehh.. aku kena naik pentas rupanya.. huhu.. so pagi2 semalam aku ajak incik hubby pergilah majlis Bersama Untuk Kecemerlangan Universiti (BUKU) 2014 tu.. 

Setelah abis NC USM berucap.. upacara penyampaian sijil pun bermula.. bila tang nama aku.. ehh.. nama lelaki.. nama ayah betul.. pusat pengajian betul.. dan rasanya aku sorang dari pusat pengajian aku yang dapat sijil tu.. so.. dengan pening2 lalat aku naik ke pentas ambik sijil tu.. lepas bergambar seperti di bawah.. aku pusing cakap kat NC USM yang berbaju melayu purple tu.. betul ke sijil tu nama aku sebab MC salah sebut nama.. NC cakap iyer betul Dr. nama dalam tu betul.. hehe.. Betul lah sijil tu aku punya...

Aku berbaju batik hitam putih taik cicak naik ke pentas..baju pertama kali pakai dan first time tempah kat kak Midah Taylor Gelugor.. murah dan sedap dipakai.. sepasang tempah hanya RM45 sahaja.. kalau kat KBJ sepasang RM80.. huhu..

Anyway.. alhamdulillah.. tak sangka pulak awal-awal tahun ni dapat naik pentas yang gah itu untuk menerima award yg tak disangka2... Aku rasa ramai gak terkejut bila tengok aku naik pentas.. yelah siapalah aku kat usm ni yang ada more than 1000 orang pensyarah... aku hanya pensyarah cabuk je..

Alhamdulillah sekali lagi, rasanya kami ada good start tahun ini.. encik suami tgh tak sabar2 menunggu berita untuk dirinya.. berita baik dah dapat..harap2 lepas ni berita yang ditunggu2 lebih baik lagi.. kalau kurang baik.. aku hanya cakap kat hubby.. kita sama2 tempuh dan tawakkal.. Allah Maha Mengetahui.. Amin..

~mel
Salam 2014 semoga kita dalam keberkatannya.. 

Ahad, 1 Julai 2012

Setengah Tahun Berakhir...

Tahun 2012 dah melebihi 1/2 tahun.. alhamdulillah aku rasa tahun ni telah bermula dgn baik bg kami sekeluarga.. Tahun ini kami pindah ke rumah baru.. Pada mula aku masuk rumah sbnrnya aku agak risau.. maklumlah dgn pembelian rumah dan renovation mmg duit simpanan jd sgt nipis utk kami suami isteri.. aku sbnrnya jd sgt risau sbb ada beberapa komitmen yg aku perlu tunaikan secara tiba2..dan kalau xbuat renovation pulak mmg rasa xbest nak pindah.. tapi alhamdulillah ada saja rezeki yg masuk dgn xdisangka2.

Dalam pd tu kereta aku dan kereta hubby masing2 dok buat hal.. mcm tiap2 bulan ada je nak diganti.. bukan sikit2 lak tu.. sekali dlm 4-500 ratus gak kena..so hati ni meronta2 nak beli kereta baru.. Masa cari kereta aku mmg tunggu pembayaran utk satu perkara.. dan bila dah dgr2 bayaran tu nak kluar aku beranikan diri ajak hubby cari kereta.. Bila jumpa yg berkenan kami trade in dua2 kereta.. sakit hati gak kereta aku tu nilai dia turun.. so bila trade in 2-2 kereta kami kena kluar lg 12500 utk downpayment.. mujur still dlm budjet.. so kami amik kereta tu.. Aku mmg kalau boleh tak nak byr bulanan bnyk.. so, thats why byr downpayment bnyk gak.. walaupun sbnrnya boleh buat loan lg bnyk.. Dah byr dpayment bnyk pun bulan2 byr dekat 1.4k (gulpp!!).. Pada muka kami kan.. tp dh minat punya pasal.. haha..Tapi kami puashati laa.. tercapai impian nk pakai kereta tu..

Alhamdulillah rezeki pun mencurah2 tahun ni.. rezeki aku.. rezeki hubby.. mula2 tu dlm bulan 3 risau coz hubby sgt xenjoy dgn kerja dia.. Bila one of my boss minta aku wat satu job aku ckp sori laa aku mmg xde masa nk buat.. tp hubby aku insyaallah boleh buatkan.. Then he said ok.. hubby buatkan job tu.. bila dah selesai they all puas hati and offer him a new job yg my hubby mmg xsangka2 akan dpt before this.. alhamdulillah.. rezeki kami.. So my hubby kembali kerja satu school dgn aku.. huhu..

Kemudian.. adalah beberapa rezeki yg tak disangka2.. yg aku mula2 mcm xcaya.. tp alhamdulillah.. itulah rezeki dari Allah..

Dan minggu lepas aku dpt surat menyatakan aku dpt award dari USM.. aku mmg sgt teruja..bersama award aku dpt wang sbnyk 2k.. tapi aku ckp kat hubby, disaat ini wang tu dah x jadi penting.. yg penting adalah award tu sebab aku perlukannya utk recognition kerja2 yg aku buat.. Alhamdulillah.. hubby mmg bnyk tolong aku dlm hal ini.. tolong buat label utk moodle aku.. tolong bg idea.. TQ boss!!


Anyway.. harap2 segalanya berjalan lancar untuk setengah tahun yg akan datang dan untuk kehidupan seterusnya... semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga hingga ke akhir hayat...  Amin...

~mel