Memaparkan catatan dengan label mommy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mommy. Papar semua catatan

Khamis, 9 Januari 2014

Mommy's & Eryna's

Ok lets cerita tentang Eryna dulu... Semalam 8/1/2014 bermulalah episod baru dalam hidup Eryna.. Eryna start pre-schoolnya di Tadika Lestari Ilmu USM... Umur Eryna 3.5tahun tapi ikut tahun dah 4 tahun jadi dah boleh mula bersekolah.. so papa & mommy decide it's time for baby mommy ni bersekolah.. bukan apa eryna ni terlebih manja.. so lebih cepat hantar sekolah lagi baik kot.. huhu..

Eryna bersekolah petang sebab time daftar sesi pagi kedua2 kelas dah penuh.. petang pun petang lah.. Awal2 pagi masa hantar eryna ke Hadhanah memang dah pesan kat kakak2 penjaga dia yg kami akan amik before pkl 2.. so bila sampai2 tu eryna dah siap mandi cantik2 dan kiut sgt beruniform dan bertudung.. Masa dlm perjalan excited sangat nak ke sekolah..

Sampai2 kat kelas.. mula2 ok je.. tapi bila tgk ada budak2 yang menangis meraung2.. dia pun makin rapat kat mommy.. berkepit xmo lepas.. bila mommy suh duduk kat kerusi dia tak nak.. suh main pun xnak.. semua mengeleng kepala.. Pastu papa suh mommy lari slow2 biar dia yg deal dgn eryna..mommy pun keluar pi bayar yuran la bagai.. bila papa keluar papa cakap dia nangis teresak2.. bila mommy intai kat tingkap.. cikgu tengah peluk dok atas riba dan menangis.. huhu.. kesian sungguh.. Tapi after that mommy papa tinggalkan aje la.. kebetulan mommy papa ada meeting pkl 3.. so masa meeting sebab mommy kena banyak bercakap so tak tingatlah kat si kecik ni.. Tapi abis je meeting terus mommy pecut ke tadika.. pkl 4.50 dah terpacak depan tadika.. mak2 lain pun belum sampai.. hahaha...

Eryna first day.. gambar cilok dari fb papa.. haha..

Ok sebelum kejadian di atas.. pagi semalam laa.. ada event Perutusan Naib Canselor USM utk 2014 di Dewan Tunku Syed Putra, USM. Beberapa hari before that aku terima email dari pejabat perhubungan awam usm menjemput aku ke majlis tersebut untuk menerima Sijil Khas dari Tuan Yang Terutama Yang dipertuan Negeri Pulau Pinang... entah macam mana masa aku baca email tu ikut henfon aku macam ignore jer.. sebab aku ingat jemputan utk hadir event tu je.. bila aku baca betul2.. ehh.. aku kena naik pentas rupanya.. huhu.. so pagi2 semalam aku ajak incik hubby pergilah majlis Bersama Untuk Kecemerlangan Universiti (BUKU) 2014 tu.. 

Setelah abis NC USM berucap.. upacara penyampaian sijil pun bermula.. bila tang nama aku.. ehh.. nama lelaki.. nama ayah betul.. pusat pengajian betul.. dan rasanya aku sorang dari pusat pengajian aku yang dapat sijil tu.. so.. dengan pening2 lalat aku naik ke pentas ambik sijil tu.. lepas bergambar seperti di bawah.. aku pusing cakap kat NC USM yang berbaju melayu purple tu.. betul ke sijil tu nama aku sebab MC salah sebut nama.. NC cakap iyer betul Dr. nama dalam tu betul.. hehe.. Betul lah sijil tu aku punya...

Aku berbaju batik hitam putih taik cicak naik ke pentas..baju pertama kali pakai dan first time tempah kat kak Midah Taylor Gelugor.. murah dan sedap dipakai.. sepasang tempah hanya RM45 sahaja.. kalau kat KBJ sepasang RM80.. huhu..

Anyway.. alhamdulillah.. tak sangka pulak awal-awal tahun ni dapat naik pentas yang gah itu untuk menerima award yg tak disangka2... Aku rasa ramai gak terkejut bila tengok aku naik pentas.. yelah siapalah aku kat usm ni yang ada more than 1000 orang pensyarah... aku hanya pensyarah cabuk je..

Alhamdulillah sekali lagi, rasanya kami ada good start tahun ini.. encik suami tgh tak sabar2 menunggu berita untuk dirinya.. berita baik dah dapat..harap2 lepas ni berita yang ditunggu2 lebih baik lagi.. kalau kurang baik.. aku hanya cakap kat hubby.. kita sama2 tempuh dan tawakkal.. Allah Maha Mengetahui.. Amin..

~mel
Salam 2014 semoga kita dalam keberkatannya.. 

Khamis, 10 Februari 2011

Busy.. & baby..

This week aku mmg sgt2 busy.. rasa tak tak cukup tgn nak buat kerja.. sampaikan tadi.. tetiba aku teringat.. ehhh.. hari ni berapa haribulan... laaa.. dah 10/2/2011.. rupa2nya semalam eryna genap 7 bulan usianya... dah besar anak mommy rupanya.. makin lasak.. makin bising dgn papapapa bababa nya.. dan dah kenal org.. sgt3 kenal org..

Actually mula2 aku tak perasan sgt yg dia dah kenal sgt2 dgn org sebab biasanya pagi2 bila hantar ke nursery eryna mmg tak nangis.. boleh senyum2 bila aku cakap bye bye.. dan terus main.. Waktu aku ke bengkel di Lumut 2 minggu lepas.. bawak eryna sekali.. time tu bila org ambil dia memang menangis.. tp time tu aku cepat ambil dia.. so tak dela nangisnyer melarat sgt.. Bila aku balik Gombak last week.. dia menangis sekuat2nya bila atuk & uwan nak ambik.. siap tergesa2 dtg kat aku smbil nangis lagi.... ooooo.. barula mommy tau.. anak mommy dah besar.. dah pandai.. Skrg ni kat umah pun gitu.. kalau aku dok atau baring2 kat tepi dia mmg dia diam je main.. bila aku bangun jer.. haaaa... terus nangis nak ikut..gapai2 tangan.. hahaha.. mmg dah besarlah tu kan kan..

Malam tadi, first time dia bangun tghmlm dan xmo tidur.. ajak main.. eryna tak nangis.. tapi mulut bising sgt2.. bila susu dah abos sebotol aku suh tido.. dia bising dlm Cot.. bila aku baring atas katil aku diintainya dari Cot.. sejam lebih macam tu.. dia nangis.. akupun bawak tido dgn aku atas katil.. pasal aku ngantuk sgt. Mlm sebelumnya dah ler aku tido lmbt sbb sediakan powerpoint untk mengajar (tak sempat sediakan time ofis sbb busy dgn meeting sehari suntuk). Bila bawak atas katil.. pun xmo tidur.. ish ish ish.. papa bangun pun dia ajak main jugak.. last2 aku dah tak tahan.. gi buat susu lagi sikit.. (buat susu sambil kepala pening2 lalat).. bg kat papa.. haa.. biar papa lak tidurkan.. aku penat sgt2.. last2 tidur gak sikecik tu..


Inilah aksi si kecik eryna ni.. kalau bandingkan badan dia dgn baby2 lain yg sebaya kat nursery, mmg dia paling kecik.. lebih kurang mcm baby umur 3-4 bulan jer.. tapi.. sbnrnya dah besar.. huhu.. dah pandai jadi boss!! :D


Comot
Hehe.. berlengas dgn biskut..

Comot
Tak nak duk diam.. pusing sini..pusing sana

Comot
Nak rampas biskut kat tgn mommy..


~mel