Memaparkan catatan dengan label eryna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label eryna. Papar semua catatan
Rabu, 10 April 2019
Baju Raya @ AEON Alpha Angle
Preparing for raya.. tak payah pergi ke fitting room, test kt patung je lah nak tau cantik ke idak design tu 😂😂 #tb #throwback #ErynaZulaikha
Ahad, 8 Januari 2017
Hari Pertama Eryna ke sekolah..
Hari ini 3 Januari 2017, Eryna melangkah ke Tahun 1 di SK Pauh Jaya yang terletak tidak berapa jauh dari rumah kami. Eryna dapat kelas 1 Bestari, kelas no. 4. Oklah tu kan. Mommy masa darjah 1 pun kelas corot. Seramai 229 org murid tahun 1 mendaftar di SKPJ, ada 7 kelas kesemuanya. Eryna memang sangat happy.. alhamdulillah. Sangat excited untuk bersekolah sebab nak jadi dewasa, tak nak jadi baby lagi.. huhu..
Beratur ketika menunggu nama dipanggil. Memang dah beratur ikut kelas mula-mula tapi a a juga ibu bapa yang tak check senarai nama yang dipaparkan di hadapan sekolah, so ada juga yang lost..
Eryna memang sangat seronok. Apalagi bila jumpa kawan2 yang satu tadika. Masa tadika dulu dia selalu bercerita yang dia ada 'geng' dan mujurlah kawan2 geng dia satu sekolah. Cuma Aufa di kelas lain. Siti Syifa satu kelas dengan Eryna.. Memang hilang terus kerisauan mommy. Risau tentang nak pi toilet je sebenarnya.. Eryna ni kan penakut.. risau dia tak nak pi toilet sebab takut.. mujur ada kawan baik dia.. so senanglah berteman ke toilet.. hihi
Suasana beratur tunggu masuk kelas.
Macam-macam gaya budak2 tahun satu menunggu nama dipanggil, ada yg terduduk.. ada juga sampai terbaring... huhu
Happy berjumpa dengan Aufa waktu rehat. Aufa adalah best friend masa tadika, cuma masuk sekolah ni kelas lain-lain.
Post kat bawah ni mula2 sy postkan di FB official saya, tapi kemudiannya saya privatekan bila ada sekolah screen shot fb saya dan bandingkan sekolah beliau dgn SKPJ.
First
official day of school. Ok mommy yg sesungguhnya penat. Seawal 7.10
pagi dah di SKPJ. Saya bukan nak cerita tentang hari pertama Eryna
sangat, tapi nak bercerita tentang mentaliti ibu bapa yang makin surut
dan kurang peka dengan situasi sekolah. Semua ibu bapa (yang normal)
sayangkan anak. Saya pun sama.. dah la Eryna anak pompuan sorang,
bongsu, cute, hitam manis, kuat merajuk dllglah kerenahnya.. dan
memanglah rasa risau bila masuk Tahun 1 ni.. tapinya kan,. kan.. hari
ini saya tengok mentaliti ibu bapa ramai yang "terlalu sayang" kan
anak.. anak dah tahun 1 kot, tak perlulah nak bersuap makan di kantin,
tak perlulah beratuq sama2 dengan budak2 kecil Tahun 1.. siap tolak2
anak orang sebab nak membayar untuk anak sendiri. Aduhai.. saya tengok
je dari tepi.. bukan sorang macam tu.. ramai!! takut bebenor anak tak
dapat beli sampai tak prihatin langsung pada ramai lagi anak orang
(bukan anak patung ya) yang beratuq di kantin sekolah. Semua anak orang
tu tahun 1.. bukannya tahun 6. Setelah akhirnya anak saya dan kawan baik
dia sejak tadika dpt membeli makanan.. saya ckp kepada mereka, pi cari
tempat makan sendiri. Aduhailaa.. meja kantin penuh dgn mak ayah yang
sibuk duduk sekali dengan anak2..sibuk nak menyuap.. sbuk nak beri air..
last2 Eryna dan Aufa kembali kpd saya dan cakap.. tak de tempat nak
duduk. Kadang2 darah tinggi saya ni memang tak kena tempat.. so saya pun
bawa kedua2 Eryna dan Aufa ke satu meja di mana sebelahnya si ayah
duduk menengok mak menyuap anaknya.. depannya ada parents lain borak2..
yg ada di meja tu cuma DUA org murid tahun 1 sahaja, yg lain mak ayah yg
tak peka budak2 tak de tempat duduk nak makan. Saya pun sound, Encik
dan Puan.. Boleh tak bangun sebab budak2 tiada tempat nak makan, waktu
rehat dah nak habis (yelah.. tadi murid2 kena bergusti dgn mak ayah
beratuq nak beli makanan- dah ambil masa).. Si ayah tersentak lantas
bangun dan cakap okok... huhu.. Ok walaupun saya berpegang kepada
pendekatan konstruktivis.. tetapi kadang2 perlu juga kepada pendekatan
behaviouris.. Tak de stimulus memang tak de respon.. diorang pakat buat
dek jer.. tu anak orang.. bukan anak aku...
p/s tgk gambar ni pun boleh rasa marah tgk mak yg duduk sebelah tu tak bangun2 dan bapak yg dok belakang tu.. adesss...Harapnya lepas di tahun2 yg akan datang ibu bapa prihatinlah kepada anak2 orang lain...
Waktu balik, Ustazah Sarifah dah tunggu di pondok guard SKPJ untuk check murid2 ke transit tahfiz fitrah. Sebenarnya masa saya sampai ke kelas eryna masa balik tu, satu kelas dah kosong. Rupanya mungkin saya terselisih dgn mereka waktu saya berjalan ke kelas. Sampai2 di pondok guard, Eryna dah pakai name tag warna hijau yang perlu dipakai untuk ustazah kenal pasti budak2 yang akan naik van ke transit. Mujur eryna dah kenal dgn Abg Ijat yg bawa van tu.. so tak delah dia takut2. Yang sebenarnya eryna sangat excited dan tak nmpk pun takut atau nervous.
Alhamdulillah... berakhir hari pertama ke sekolah biasa. Eryna dah dewasa nampaknya. Hari kedua mommy pergi intai2 je.. dan hari ketiga dan keempat mommy dah tak masuk sekolah..just drop eryna (drive thru) dekat pintu pagar sekolah saja dan minta dia cari sendiri tempat beratuq...
~mel
Isnin, 11 Julai 2016
Eryna berpuasa (Ramadhan 1437H)
Saya puasa!!
16 Jun 2016 bersamaan 11 Ramadhan, Eryna Zulaikha Anastasia Puteri Princess Pertama kalinya berpuasa sehari penuh. Syukur Alhamdulillah. Oleh yang demikian beliau telah melangkah ke satu tahap lagi dalam kehidupannya.. pada hari pertama tersebut Eryna bangun sahur dan makan dengan banyaknya mi goreng. Berselera sungguh. Tapi aku memang tak expect dia akan puasa pun, bagi aku umur 6 tahun masih terlalu awal untuk eryna berpuasa sehari suntuk. Kalau sekerat hari tu oklah.
Pagi tu eryna tak nak bawa botol air ke sekolah. Puas dipujuk tapi dia taknak. So aku pun ikutkan ajelah. Bila aku ambil dari school pukul 5 ptg, aku tanya yina puasa ke? Dia cakap yina puasa... betul ke.. betul.. then dia cakap dia haus sgt.. aduss.. hari memanglah agak panas.
Setelah bertungkus lumus sebelum waktu berbuka akhirnya eryna berjaya juga berpuasa buat pertama kali nya dalam hidupnya. Mommy dan papa of courselah sgt bangga dan suka dengan pencapaian yina. Mommy sendiri pun darjah 1 baru puasa.. itupun sehari.. yina lagi kuat dari mommy nampaknya.. Moga anak mommy dan papa terus istiqamah ya sayang..
Seterusnya Yina terus berpuasa lagi dua hari untuk Ramadhan 1437H, bermakna tahun ini yina berjaya puasa selama 3 hari. Alhamdulillah.
Tahniah Eryna Zulaikha bt. Muhammad Faizal!
~mel
Encik suami selalu ingatkan untuk blogkan peristiwa ini.. baru berkesempatan nak tulis.. ya.. aku berblog sebagai diari kehidupan dan dulu hingga kini... insyaallah..
Sabtu, 30 April 2016
MF Mart
Biasanya pagi2 sabtu kami bfast di luar. Bosan dah mkn ditempat biasa, kami pi mkn ke arah Tmn Samagagah Permatang Pauh. Paginya pun tak pagi sgt.. dekat pkl 10 dah pun. Otw nk cari warung utk bfast encik hubby tunjuk satu flyers.. ajak ke situ.. MF MArt. Tulis kat flyers tu ada jualan brg2 dari Jepun. So selesai bfast, kami pun mencari lah kedainya... Sampai2 baru tau.. oo bundle rupanya. Tapi barangan dari Jepun la.. Masuk2 tgk banyak pakaian.. kami sebenarnya bukan org highclass huhu.. pakai baju seluar bundle pun tak pe.. tak de salahnya... Di bahagian belakang kedai tu pula ada perabut import dari jepun. Fuhh... mmg cantik perabut2 import tersebut. Kualiti mmg bagus dan paling penting design mmg cantik. Memang tergoda aku, Tengok almari baju pun tertarik sungguh.. mujur rumah dah penuh almari baju... hhuhu..
Then tengok banyak seluar jeans cantik2.. utk budak perempuan.. so aku beli 2 helai jeans utk Eryna.. harga RM5.30 jer pun satu... dan yang paling best sbb sebenarnya bukan seluar jeans 2nd hand tetapi seluar jeans yang tidak terjual.. Label still ada.. Cuma dah kerepotlah label tu...
![]() |
| Seluar jeans utk Eryna |
| ||
| Siap ada bunga2 di kaki lagi... mmg cantik.. |
![]() |
| Inilah almari yang telah di book dan dibayar.. |
Oleh sebab tak bawa duit masa pergi bfast tu.. terpaksa book dan balik untuk keluarkan duit dulu... duit bawak 20sen nak beli almari.. anyway.. dapatlah beli almari ni.. tak taulah bila sampai..katanya dalam masa seminggu.. :P
~mel
Khamis, 3 Disember 2015
Graduasi Tadika Tahfiz Fitrah 2015
Hari graduasi Tadika Tahfiz Fitrah.. 21 Nov 2015..
Beria goyang2 menyanyi 😜
Persembahan Eryna & Kawan2..
Senyum meleret..
Kelas Eryna ~ 5 Ibnu Sina 2015
Mommy & Papa happy juga..
~mel
Graduasi Tadika Tahfiz Fitrah 2015
Hari graduasi Tadika Tahfiz Fitrah.. 21 Nov 2015..
Beria goyang2 menyanyi 😜
Persembahan Eryna & Kawan2..
Senyum meleret..
Kelas Eryna ~ 5 Ibnu Sina 2015
Mommy & Papa happy juga..
~mel
Rabu, 16 September 2015
SMDP UA
14-15 September aku menghadiri Seminar Majlis Dekan2 Pendidikan Universiti Awam di UTHM. Aku dah lama beli tiket flight ke Melaka. Kawan2 ajak ikut melaka ke batu pahat. Sbnrnya aku mmg berhajat nk bawa eryna sbb 2 hari je seminar tu.. cmpur travel 4 hari la.. tp sbb masa beli tiket lupa bgtau hubby, so dok tak beli tiket yina. Last week baru tingat nk gtau hubby tp tiket eryna dah xboleh online sbb under 12 kan.. so aku kena pi airport utk beli. Aku pulak busy time office hour.. last2 jumaat (2 hati b4 pergi) baru free nk ke airport.. mujur ada tiket eryna.. Kebetulan hubby gtau dia mungkin dia ada program pd hari msia, selalunya klu aku outstation, hubby bawa yina balik tg malim.. so klu dia ada peogram cuti hari msia, mana pulak dia nak tinggalkan eryna..
So aku pun bawa eryna ikut ke seminar dan biasanya mmg org xbawak budak kecik ke seminar.. pulak tu seminar ni ramai org2 besar dr seluruh msia.. huhu.. tp aku selamba jelah kan.. buat dek jer org pandang..kawan2 aku pulak sgt supportive.. syoklah yina.. ramai melayan.
Alhamdulillah.. 2 days of seminar yina sgt baik.. tak ganggu dan sama2 berseminar 2 hari suntuk tanpa masalah. Syukur Ya Allah.. pulak tu mkn dgn penuh selera.. klu kat rumah jenuh nk suruh makan..dan aku present paper pun tanpa masalah.. eryna tak kacau.. mmg Allah permudahkan urusan aku.
Atas flight balik penang aku ckp kat eryna.. lain kali tak boleh dah ikut mommy gi kerja tau! Kata eryna.. Tak kira! Nak ikut jugak! Yina kan baik masa ikut mommy gi kerja!!
Erk!!
~mel
Selasa, 31 Mac 2015
After 4 years..
4 tahun lalu ada tarikh 23 Mac 2011 kami ke Wad Kardiologi dan Paedetrik (Pakar Jantung Kanak-kanak, Hospital Pulau Pinang untuk memantau perkembangan jantung Eryna. Sewaktu Eryna lahir doktor mendapati degupan jantung Eryna tak stabil, jadi dia perlu follow-up di klinik pakar tersebut. Ceritanya di sini.
Eryna sewaktu pemeriksaan ketika berumur kurang 8 bulan. Doktor mendapati ada lubang sebesar jarum dijantung Eryna, namun begitu doktor positif bahawa ianya bukan satu masalah dan lubang tersebut akan tertutup sendiri. So appoinment seterusnya adalah apabila Eryna berumur 4 tahun 8 bulan. Sewaktu kami diminta membuat appointment untuk 4 tahun lagi pada masa itu, kami macam terkejut. Hah!! 4 thn.. entah2 apa yang berlaku. Jururawat disitu berkata, insyaallah kami berada di sini lagi 4 tahun nanti...huhu..
Selama 4 tahun aku menjaga kad appoinment eryna dengan baik, siap letak dalam plastik dan disimpan dalam purse.. takut hilang/musnah.
Day goes very fast. Sekejab sahaja rupanya 4 tahun.. semalam adalah hari yg ditunggu2. Awal2 aku dah minta hubby minta cuti hari isnin supaya kami dapat pergi bersama2. Mencari parking di hospital sangat susah di pagi hari, appointment jam 9 pagi. Apabila dah tak jumpa parking, hubby turunkan ku dan eryna sementara dia pergi cari parking. Masa tu dah 9.20pg. So aku dan eryna pergi dulu. Mujurlah misi tak kisah sgt kami lambat. Sementara menunggu eryna check berat (12.8 kg je pun) dan degupan jantung. Bila hubby sampai dia terpaksa pula ke tingkat 3 untuk ambil GL yang boleh di print melalui HRMIS. Memula misi suruh aku tapi USM tak guna HRMIS, so guna hubby punya je la.
Selama 4 tahun aku menjaga kad appoinment eryna dengan baik, siap letak dalam plastik dan disimpan dalam purse.. takut hilang/musnah.
Day goes very fast. Sekejab sahaja rupanya 4 tahun.. semalam adalah hari yg ditunggu2. Awal2 aku dah minta hubby minta cuti hari isnin supaya kami dapat pergi bersama2. Mencari parking di hospital sangat susah di pagi hari, appointment jam 9 pagi. Apabila dah tak jumpa parking, hubby turunkan ku dan eryna sementara dia pergi cari parking. Masa tu dah 9.20pg. So aku dan eryna pergi dulu. Mujurlah misi tak kisah sgt kami lambat. Sementara menunggu eryna check berat (12.8 kg je pun) dan degupan jantung. Bila hubby sampai dia terpaksa pula ke tingkat 3 untuk ambil GL yang boleh di print melalui HRMIS. Memula misi suruh aku tapi USM tak guna HRMIS, so guna hubby punya je la.
Sewaktu menunggu nama dipanggil
Bila nama dah dipanggil utk scan.. eryna pun dengan gembiranya berbaring di atas katil. Memula sebelum pergi tu takut katanya.. puas pujuk!
Mamat pengimbas ni waktu mengimbas cakap semuanya nampak ok.. so kami agak lega.. tapi kena jumpa doktor dulu..
Setelah jumpa doktor tak sampai 2 minit, dotor cakap semua dah ok, lubang dan fully covered dan Eryna dah boleh discharged dari Hospital Pakar Jantung Kanak-Kanak. Alhamdulillah.. Eryna siap high five dengan doktor lagi... Semua Happy..
Dah sampai parking kereta.. punyalaj jauh papa park.. tapi tak pe.. we are happy..
~mel
kalau tak tulis cepat-cepat nanti lupa :P
Langgan:
Catatan (Atom)
























