Hampir setiap minggu aku travel hari Kuala Lumpur ke Penang. 'Hampir' sebab ada sekali dua yang tak balik disebabkan ada event hari Sabtu-Ahad, tetapi mostly setiap minggu akan balik ke Penang. Biasanya aku ambil flight Malaysia Airlines jam 6.35 pagi Isnin PEN-KUL(sekarang flight ni dah bertukar lebih awal jam 5.50 pagi) dan Jumaat malam aku akan ambil flight 11.35 malam. Tapi sebab sekarang dah ada penjadualan flight Malaysia Airlines, dah ada flight 9.05 malam, maka aku dah naik jam 9.05 which lebih convenient sebab aku akan terus jer drive dari ofis ke Putrajaya Sentral, park kat situ then ambil erl ke KLIA1. Kalau flight pukul 11.35 malam aku terpaksa balik rumah sebab masa yang panjang after balik kerja... lepas Isyak baru aku gerak ke airport.
Memaparkan catatan dengan label Penang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penang. Papar semua catatan
Isnin, 9 September 2024
Travel...
Kalau orang tanya aku tak penat ke... aku akan jawab okla.. penat memang penat tapi bila balik Penang aku banyaklah juga rehat. Dan waktu aku bekerja di Putrajaya ni aku akan bekerja office hour, kadang-kadang sampai malam, tapi bila balik rumah aku di Cyberjaya aku memang kan berehat semata-mata. Masak pun jarang-jarang. Aku balik memang lepak semata-mata. Aku ada beli mesin jahit kecil kunun nak menjahit sikit-sikit, setakat ni hanya alter baju/kain yang perlu alter.. which berbaloilah aku belik mesin jahit kecil tu.
Orang ada tanya juga, tak mahal ke berulang alik dengan flight.. memanglah mahal. Cuma aku ada advantage sebab kalau flight ke mana-mana untuk bekerja, aku diberi Business Class.. aku memang Enrich Member since 2017. Maka bila naik Business Class mata berganda-ganda. So aku kumpul mata untuk kemudahan aku balik Penang. Biasanya kalau ada mata terkumpul tu, flight aku pergi-balik KUL-PEN-KUL adalah RM80.80 pergi balik.. alhamdulillah. Lebih murah dari naik ETS. Naik bas pun lebih kurang RM100 pergi balik. Cuma adalah kos-kos parking, erl dan lain-lain yang aku tak kira sangat. Kadang-kadang aku dapat jemputan dari USM untuk event dan ceramah, dapatlah juga aku cover tambang balik Penang. Alhamdulillah dah setahun aku di Putrajaya ni, aku rasa boleh survive.
Lagi satu, disebabkan aku adalah weekly traveller, aku dah level Platinum untuk Enrich, maka aku boleh lepak di MAS Golden Lounge setiap kali travel. So dapatlah makan dan minum secara percuma. walaupun lounge local ni takdelah variety sangat makanannya, tapi okla. Aku tak payah fikir nak makan kat mana kalau di airport. Dah jimat kos. Cuma kalau flight pagi pukul 5.50 tu memang perut aku belum ready nak makan, jadi aku jarang-jarangla singgah lounge di Penang Airport. Lagipun makanan dia taklah best sangat.
Cuma disebabkan flight Isnin jam 5.50 pagi tu awal sangat, maka kena bangun dalam 3.50am, then mr hubby bangun, siap-siap, jam 4.30 dah gerak ke airport. Sampai dalam 4.50-5.00am. Disebabkan aku biasanya lenggang kangkung jer, so tak jadi masalah sangat nak cepat-cepat. Aku biasa check-in online, cumanya sampai airport aku pi kaunter untuk print boarding pas, senang sikit. Kalau tak sempat aku tak pi kaunter, guna boarding pass dalam Apple Wallet Apps jer. Dan disebabkan bangun awal Isnin pagi memang akibatnya Isnin hari mengantuk sedunia. Kadang-kadang tengahri aku tutup pintu ofis dan tidur kejab lepas Zohor. Itupun kalau tak busy sangat. Kalau busy aku memang tak sempat lah nak tidur.
Oklah stop kat sini sebab meeting dah nak start. Menulis ni bila sempat.. selalu tak sempat. Hari ni rasa nak menulis kena cepat-cepat tulis.. nanti lupa..
~Mel 9/9/2024
Label:
ENRICH. MAS,
Frequent Traveller,
Penang,
putrajaya,
Traveller
Sabtu, 30 April 2016
MF Mart
Biasanya pagi2 sabtu kami bfast di luar. Bosan dah mkn ditempat biasa, kami pi mkn ke arah Tmn Samagagah Permatang Pauh. Paginya pun tak pagi sgt.. dekat pkl 10 dah pun. Otw nk cari warung utk bfast encik hubby tunjuk satu flyers.. ajak ke situ.. MF MArt. Tulis kat flyers tu ada jualan brg2 dari Jepun. So selesai bfast, kami pun mencari lah kedainya... Sampai2 baru tau.. oo bundle rupanya. Tapi barangan dari Jepun la.. Masuk2 tgk banyak pakaian.. kami sebenarnya bukan org highclass huhu.. pakai baju seluar bundle pun tak pe.. tak de salahnya... Di bahagian belakang kedai tu pula ada perabut import dari jepun. Fuhh... mmg cantik perabut2 import tersebut. Kualiti mmg bagus dan paling penting design mmg cantik. Memang tergoda aku, Tengok almari baju pun tertarik sungguh.. mujur rumah dah penuh almari baju... hhuhu..
Then tengok banyak seluar jeans cantik2.. utk budak perempuan.. so aku beli 2 helai jeans utk Eryna.. harga RM5.30 jer pun satu... dan yang paling best sbb sebenarnya bukan seluar jeans 2nd hand tetapi seluar jeans yang tidak terjual.. Label still ada.. Cuma dah kerepotlah label tu...
![]() |
| Seluar jeans utk Eryna |
| ||
| Siap ada bunga2 di kaki lagi... mmg cantik.. |
![]() |
| Inilah almari yang telah di book dan dibayar.. |
Oleh sebab tak bawa duit masa pergi bfast tu.. terpaksa book dan balik untuk keluarkan duit dulu... duit bawak 20sen nak beli almari.. anyway.. dapatlah beli almari ni.. tak taulah bila sampai..katanya dalam masa seminggu.. :P
~mel
Isnin, 25 April 2016
Bertugas baik kampung..
This week aku ada tugasan MQA di Unitar International University. Waktu diberi tugasan dan pilihan hari utk lawatan ke Unitar awal-awal aku dah pilih hari Khamis & Jumaat 21-22 April. Sebabnya dah lama benar tak balik Gombak. Bukannya tak nak balik tapi aral melintang.. since aku jatuh masa team building hari tu, kaki kiri aku sakit dan tak baik2.. boleh baca ceritanya kat sini..actually memang ada plan nak balik tapi tak jadi sebab sehari dua nak balik tu kaki kiri aku bengkak hanya ketika drive dari rumah ke ofis.. so aku takut juga nak drive ke KL, takut kaki tak ok.. so tak jadi balik. Masa tu kesian kat hubby sebab dia kena kerja di JB, so kalau aku ke KL kuranglah letih dia drive balik Penang on the same day.. tapi nak buat macam mana, keadaan aku tak mengizinkan utk drive jejauh sendirian.. So bila dapat tugasan MQA ni aku plan nak balik Gombak sekalilah, walaupun sebenarnya hari sabtu tu tetiba ada banyak tugas... tetiba upsi nak dtg audit PPG, aku sebagai Penyelaras patutnya ada..tp bila fikir2 balik.. arghh.. asyik aku je yang kena hempuk dak upsi, baik bagi can kat boss aku pulak kena.. huhu.. lagipun kerja aku habis jumaat petang.. upsi nak dtg sabtu pagi.. eh... bila masanya aku nak balik penang? Then tetiba ada kolokium posgrad pulak.. ada 2 prospektus dan 1 pre-viva aku kena nilai..aduss.. so aku decide nilai prospectus dan pre-viva kat KL dan hantar report je la... Then baru teringat malam sabtu ada kelas... adehh... tak pe.. my assistant jadi penyelamat.. ganti kelas aku..huhu.. Macam-macam..
Tugasan di Unitar biasalah.. bila buat akreditasi memang time kerja full.. dari temubual student, lecturer, check dokumen dllg.. Kebetulan kakak ipar aku kerja kat Unitar.. tp tak sempat pun nak berjimba2 dgn dia.. busy je.. Masa mula2 sampai ke unitar, terserempak dgn dia kat lift, then bila dah habis aku gtau nak balik sempat la jumpa kejab kat lobby bawah unitar tu.. huhu..
Selesai kerja di Unitar aku balik Gombak. Eryna tinggal di Gombak 2 hari, aku dok Armada Hotel. Drive je ke Armada kali ni sebab malas fikir cari teksi.. selamat je pergi balik drive kat KL. haha.. kadang2 perlu keyakinan sebab dah lama tak drive di KL. Memula cadanga bila balik Gombak nak ke KL mencari baju raya pada hari Sabtu. ENcik hubbylah dok ajak cari baju raya.. huhu.. Semangat pula mamat ni nak raya :P. Yelah kat KL mungkin lebih banyak pilihan dgn harga yang berpatutan. Hubby pula balik dari Tg Malim tumpang housemate dia, so tak delah dua2 kereta dibawa balik ek Gombak.
Pagi2 Sabtu dah siap2 dan breakfast tetiba mak mentua ku cakap kat hubby ajak ke Hospital Seremban melawat pak chek (adik mak mentuaku) yang admit hospital awal pagi tu. Hubbyku buat muka blur.. haha.. serba salah lah tu, maklumlah dah berhari2 dah plan nak beli baju raya. Seperti biasa aku terus buat decision yg tidak memeningkan kepala encik hubby.. aku cakap jomlah ke Seremban.. mak mentua tanya boleh ke.. aku cakap tak pe boleh jer.. baju raya bila2 boleh beli.. lagipun kami jarang2 balik, apa salahnya menyenangkan hati orang tua sekali-sekala balik.. Then mak mentuaku pun siap2, hubby ajak pak mentuaku yg memang agak susah nak ikut kalau nak gi mana2... Macam biasa kalau encik hubby ajak, abah tak menolak... bak kata mak.. abah tu kalau ijal ajak nak pulak dia.. huhu.. So kami pun berangkat lah ke hospital Seremban untuk melawat pak chek..
Sampai Seremban dalam pukul 12 tengahari, sempat kami singgah ke Giant beli buah-buahan sikit sementara tunggu waktu melawat pukul 12.30thari. Kesian pak chek keseorangan, masa tu tiada siapa yang melawat beliau. Kaum keluarga katanya nak dtg petang, Kami stay sampai pkl 2, then gerak balik. Kami singgah makan di RnR Seremban, masa tu decide nak singgah rumah along, kaka iparku di Sepang. Abah pun dah lama tak gi rumah along.. hubby pulak cakap, nanti along merajuk pulak tak gi rumah dia.. haha.. okla apa2lah kan.. aku tak kisah..asal tak disuruh bawak kereta. Aku nak simpan tenaga utk drive balik Penang :P. Dah lepak rumah along, solat dllg, pkl 6 kami gerak gi makan. Along beria ajak makan luar dulu.. so kami makan di Medan Selera Bandar Baru Salak Tinggi. Actually aku pun tak dapat makan banyak sebab still kenyang.
![]() |
| Selfie satu family, macam biasalah kan.. aku kalau tak selfie tak sah.. :P |
Selesai makan kami pun gerak balik Gombak. Sempat dukung Naeem.. hubby cakap..larat yer mommy dukung naeem.. huhu..
Sampai Gombak kepenatan, terus zzz jer.. tak ingat ape dah..
Pagi2 ni tadi kami balik.. dalam perjalanan singgah hantar hubby ke Tg Malim.. aku terus balik Penang, Abah sempat beli pecal dan aku pun sempat belasah sikit before balik. Sampai rumah gtau mak mentua aku dah sampai.. pkl 6 dibalasnya cakap terima kasih bawa mereka ke seremban. Aku cakap no problem, kami bukannya selalu balik pun.. baju raya bila2 boleh beli.. Kesian mak dan abah..
Bagi aku hidup ni mudah bila ada give and take.. hidup suami isteri mesti ada tolak ansur bila tiba urusan keluarga.. Jgn berat sebelah. Memanglah dalam diri masing2 sedikit sebanyak nak utamakan keluarga sendiri tp jgn sampai ada yang terasa. Dalam situasi aku mungkin lebih mudah sebab aku anak yatim piatu, sudah tiada ibubapa. Tapi still aku ada adik beradik. So tang raya still ada giliran. Seboleh2nya cuba adil dalam apa jua.. Suami/isteri jgnlah penting kan diri sendiri sahaja.. kdg2 aku pun sedar dalam keadaan sekarang aku banyak pentingkan diri.. maklumlah suami duduk jauh, so tiap minggu dia kena balik penang. Walaupun Tg Malim dekat dgn KL tp dia jarang balik sebab tiap minggu balik Penang. Aku sbg isteri pula memanglah nak suami balik tiap2 minggu.. kesian pula kat diri sendiri dan anak.. tugas suami mendidik anak, aku ni tak cukup kudrat utk mendidik anak dgn baik. . tp terfikir juga situasi mak dan abah yg anaknya tak balik.. tapi nak buat mcm mana.. that's why bila ada peluang balik Kl aku akan balik.. cuma nak drive ke KL tu sekarang ni perlu sedikit kekuatan.. kdg rasa mcm tak larat jer.. :|
Entahlah..doa2 jelah moga hubby dapat pindah ke Penang.. lebih mudah merancang hidup.. moga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga..
~mel
penat tapi xleh tidur...
Ahad, 27 Mac 2016
Penang - KL - Osaka - Kyoto - Tokyo (Part1: Live Blogging)
Penang-KL-Osaka
Plan ke Kyoto bermula pada bulan November 2015 untuk menghadiri konference ISEPTS. Disebabkan duit geran aku masih bnyk dan geran dah nak habis, so baiklah aku gunakan utk present paper di mana2.. Bila kawan2 ajak, aku pun hntr jelah abstrak dan accepted utk konference tersebut. Mula2 aku ajak hubby gi sekali tp hubby ckp tak pelah, aku gi jela dgn kawan2. Sebenarnya bila dah biasa ke mana2 dgn hubby rasa tak best nk jln tanpa dia. Flight dari Penang ke KL pkl 7.20 pagi. Hubby hantar aku ke airport, sempat mkn KFC dulu.. masing2 kelaparan sbb tghari tak mkn bnyk.. cuaca yg panas terik mnyebabkan tak lalu nk mkn bnyk.
Plan ke Kyoto bermula pada bulan November 2015 untuk menghadiri konference ISEPTS. Disebabkan duit geran aku masih bnyk dan geran dah nak habis, so baiklah aku gunakan utk present paper di mana2.. Bila kawan2 ajak, aku pun hntr jelah abstrak dan accepted utk konference tersebut. Mula2 aku ajak hubby gi sekali tp hubby ckp tak pelah, aku gi jela dgn kawan2. Sebenarnya bila dah biasa ke mana2 dgn hubby rasa tak best nk jln tanpa dia. Flight dari Penang ke KL pkl 7.20 pagi. Hubby hantar aku ke airport, sempat mkn KFC dulu.. masing2 kelaparan sbb tghari tak mkn bnyk.. cuaca yg panas terik mnyebabkan tak lalu nk mkn bnyk.
Dari Penang ke KLIA dlm sejam. Kami bertolak dari KLIA- Kansai, Osaka pukul 11.45 mlm.. Aku, Jiyah & Jsham masing-masing mengantuk giler. Dahla menunggu flight tu agak lama masanya.. Si Jsham lapar so kami stop mkn di Noodles dlm KLIA, mula nak order porridge je tp habis. So kami end-up mkn mi kari yg mangkuknya lagi besar dr muka kami 😁
Perbezaan masa Msia-Jepun sejam je, kami dijangka sampai Osaka dlm pkl 6.10pagi.. naik2 flight mmg aku terus tidur, tensen je bila dikejut bgn makan.. huhu.. Hopefully sampai Osaka nanti semuanya ok. Arrangement hotel semuanya dibuat oleh jiyah.. so aku follow je la.. 😁
Sampai di Kansai Airport Osaka. semuanya berjalan lancar. Pegawai imigresen tak bnyk kerenah, pegawai kastam pula mmg sgt peramah bertanya soalan pd kami tanpa menunjukkan adanya sebarang autoriti di pihaknya.. Di airport kami terus ke Kaunter informasi utk bertanyakan arah hotel kami..
bersambung...
~mel @ Osaka, Japan
~mel @ Osaka, Japan
Ahad, 1 November 2015
Toys Museum, Penang
Hari ni kami ke Toy Museum Pulau Pinang.. dah lama tak berjalan2 sbnrnya... Toy Museum ni jayh sebenarnya dari rumah.. pejalanan dekat sejam jugalah... ianya tak berapa besar tapi koleki-koleksi yang dipamerkan memang agak menakjubkan... toys yang ada memang toys dari zaman dulu hingga sekarang.. so kami memang macam... woww!! ini pun ada... memang ada macam2 toys, dari toys askar lama-lama hingga ke Barbie, Transformers, Star Wars.. dan lain-lain lagi...
Charge untuk masuk: DEWASA = RM22 dan KANAK-KANAK RM11
Wefie dulu...
Aliff dan Eryna, papa sedang cuba membetulkan bangunan yang tetiba senget pulak :P
Sampai2 di Toy Museum.. biasalah aktiviti yang dilakukan.. gambar... gambar .. dan gambar...
Aliff dan Eryna bergaya dan toys-toys yang awesome..
Koleksi Barbie dia sangatlah awesome.. giler aku dibuatnya.. mcm2 jenis ada.. aduhhh menggoda jiwa betul melihat kolek dia... kat bawah ni sikit je pun yang aku ambil gmbr... ada Barbie berkebaya, sari, cheongsam dllg.. tgk kereta Barbie pun aku teringin.. huhuh..
Dok kat Toy Museum ni mmg round merajuk tu ada berkali-kali.. dia ingat boleh beli kot toys semua tu.. semua yg dia suka dia nak... :P
Kejab happy... kejab majuk!
Masalah bila semua toys dia nak!!
Aksi papa...
Aksi Eryna pula!
Macam2 gaya minah sorang ni... :P
Bukan Eryna je kerjanya merajuk..Aliff pun sama... hati tergoda dengan toys tapi tak berani nak minta.. akibatnya muka moyok semacam... huhu

Overall experience di Toy Museum ni okla.. not bad.. walaupun entry fees agak mahal juga tapi berbaloi dpt tgk toys yang pelik2.. cuma utk para ibu bapa kena berhati2 bila bawa anak2 dtg ke sini.. macam kami.. keluar je pintu keluar toys museum.. muka masing2 dah tiada kemanisan... so terpaklah bawa pula ke Toys R Us di Gurney Plaza... akibatnya.. pening bertambah lagi sebab pening tgk mainan kat Toys R US pulak.. akibatnya masing2 dapat upah toys juga... Gulppp!! Anyway... mujur papa dan mommy jumpa UniQlo di Gurney Drive.. dan mommy jumpa outlet CATH KIDSTON,,, woww!! Dalam hati berbunga2 macam handbang Cath Kidston juga!!
~mel..
Langgan:
Catatan (Atom)



























































