Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Ahad, 27 Mac 2016

Penang - KL - Osaka - Kyoto - Tokyo (Part1: Live Blogging)

Penang-KL-Osaka
Plan ke Kyoto bermula pada bulan November 2015 untuk menghadiri konference ISEPTS. Disebabkan duit geran aku masih bnyk dan geran dah nak habis, so baiklah aku gunakan utk present paper di mana2.. Bila kawan2 ajak, aku pun hntr jelah abstrak dan accepted utk konference tersebut. Mula2 aku ajak hubby gi sekali tp hubby ckp tak pelah, aku gi jela dgn kawan2. Sebenarnya bila dah biasa ke mana2 dgn hubby rasa tak best nk jln tanpa dia. Flight dari Penang ke KL pkl 7.20 pagi. Hubby hantar aku ke airport, sempat mkn KFC dulu.. masing2 kelaparan sbb tghari tak mkn bnyk.. cuaca yg panas terik mnyebabkan tak lalu nk mkn bnyk.


Dari Penang ke KLIA dlm sejam. Kami bertolak dari KLIA- Kansai, Osaka pukul 11.45 mlm.. Aku, Jiyah & Jsham masing-masing mengantuk giler. Dahla menunggu flight tu agak lama masanya.. Si Jsham lapar so kami stop mkn di Noodles dlm KLIA, mula nak order porridge je tp habis. So kami end-up mkn mi kari yg mangkuknya lagi besar dr muka kami 😁


Perbezaan masa Msia-Jepun sejam je, kami dijangka sampai Osaka dlm pkl 6.10pagi.. naik2 flight mmg aku terus tidur, tensen je bila dikejut bgn makan.. huhu.. Hopefully sampai Osaka nanti semuanya ok. Arrangement hotel semuanya dibuat oleh jiyah.. so aku follow je la.. 😁

Sampai di Kansai Airport Osaka. semuanya berjalan lancar. Pegawai imigresen tak bnyk kerenah, pegawai kastam pula mmg sgt peramah bertanya soalan pd kami tanpa menunjukkan adanya sebarang autoriti di pihaknya.. Di airport kami terus ke Kaunter informasi utk bertanyakan arah hotel kami.. 

kawan2 ku nak naik erotrain di aiport kansai.. serupa mcm klia tp jarak lebih dekat..

Gembira dah sampai Osaka walaupun ngantuk tak cukup tidur dalam flight

beratur utk melalui urusan imigresen

Nak beli tiket train melalui Nankai Line utk ke hotel...

bersambung...

~mel @ Osaka, Japan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan