Isnin, 28 Mac 2016

Penang - KL - Osaka - Kyoto - Tokyo (Part 2: Live Blogging)

Konferens kami akan bermula pada hari Selasa, so sampai2 kami akan tidur semalaman di Osaka, then hari Isnin kami akan ke Kyoto utk ke tempat konferens. Dari Kansai Airport kami ke Hotel Shin Imamiya melalui Nankai Line. Sistem keretapi dan keretapi bawah tanah Jepun mmg amat baik. Jadi tak risau utk ke mana2. Utk di Osaka kami dinasihatkan oleh kaunter tour utk beli one day tiket kalau nak berjalan di Osaka dan boleh guna seharian dan ke mana2 dlm Osaka dgn harga 2,900yen (dlm RM30). 

Ratu slefie... :P
Sampai hotel dlm pkl 8pg, kami tak boleh checkin lagi.. so kami tinggalkan beg di hotel dan terpaksalah berjalan sekitar osaka dulu. Kalau ikut hati masing2 mengantuk dan nak tidur 😁😁. Yang bagusnya tentang Hotel kami.. wifi free.. hahaha... so belum checkin pun kami dah start boleh surf internet.. tak delah susah.. actually memang since dari airport dan sepanjang perjalanan kami jumpa wifi free (Osaka free internet) dan boleh digunakan tanpa syarat.. cuma ada tempat2 yang tak berapa dapat tp bagi aku oklah.. tak perlu aku buat data roaming yang berharga RM36 sehari. Setelah berbincang bertiga, kami decide nak ke Osaka Castle & Osaka Castle Park di mana kami perlu tukar 2 train utk ke sana. 
Cari jalan utk cari stesen keretapi
Oleh sebab kami dah dibekalkan map yg lengkap oleh kaunter info di airport, so pencarian xdelah susah sgt.. kami naik train ke Morinomiyo Station dan keluar2 dari station memang terus ada papan tanda untuk ke Osaka Park, so xdela susah nak mencari dlm keadaan kami yg mengantuk & pening2 lalat.. huhu


Dari hotel kami nak ke stesen keretapi bawah tanah yang terdekat tidak jauh sangat.. jadi oklah.. Kat Jepun ni ada bnyk vending machine air di tepi2 jln, jadi tak susah nak cari air spjg jln.. range air dr 50yen ke 100yen sebotol. Cuma nak cari makan memang susah.. mujur kami bawa banyak stok makanan dari Malaysia :P


Org kat sini ramai yang berbasikal ke mana2.. so di tepi jalan mmg kelihatan banyak basikal di parking..

Kami otw nak ke Osaka Castle.. muka tak mandi amat terserlah.. huhu.. Suhu lebih kurang 15 Celcius.. bagi aku memang aku suka.. tam perlu pakai tebal2 sangat aku rasa ok.. tapi kawan aku duorg tu memang kesejukan.. 

Sesampainya di Osaka Park Center, nak masuk  je ke Osaka Park Center tiba2 disambut oleh pohon-pohon Sakura yg sedang mekar.. wow!! Apa lagi mcm org gila kami bergambo dari satu pokok ke satu pokok.. huhu..sabo je la.. Tapi tak banyak lagi pun sebab katanya baru start sakura nak mengembang. Tapi dah cukup lah utk menerujakan hati kami bertiga..


Memang cantik si bunga sakura.. warnanya yg lembut memikat sukma..

Terasa nk jadi hindustan dok kat celah bunga sakura 😜


Kami teruskan perjalanan (menapak) ke Osaka Castle.. Hihi memang menguji kesabaran kami yang mengantuk dan dah lama tak berjalan jauh.. :P



~mel
memblog sementara tunggu nak check-out Hotel Shin-Imamiya dan ke Nara sekejab sebelum ke Kyoto.. Pagi ni bfast pisang & roti seketul dgn nescafe jer.. huhu








Tiada ulasan:

Catat Ulasan