Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Jumaat, 29 Oktober 2010

good girl..


good girl.., originally uploaded by melati.a.

good girl eryna ni.. klu mkn kat luar jarang meragam.. riba aje.. mommy boleh mkn dgn aman.. hari ni gi tgk rumah kat Halaman Areka Sg Nibong.. lokasi ok, tp apartmen tu xde lift pulak.. eryna cool aje spjg review rumah tu..

~mel

mutiara..

Tiap kali hubby ke sabah.. mesti akan expect dia belikan mutiara..tak kiralah brooch ke.. gelang ke... aku mmg bukan jenis melawa sgt, so rantai labuh2 tu mmg xmasuk agenda aku.. Mutiara Sabah ni mmg cantik dan bg aku penghasilan brooch atau gelang dari sana agak kemas berbanding yg dijual kat sini.. Brooch dia pun nampak cantik dan kemas... Skrg ni koleksi mutiara Sabah mmg dah banyak coz setiap kali pergi mmg hubby akan belikan..

Actually bagi aku sebenarnya (tak taulah org lain).. aku tak kisah kalau diberikan oleh hubby apa2 benda atau yg mcmmana sekali pun bila dia gi outstation tu.. yang penting adalah ingatan.. mungkin orang cakap apalah sgt mende2 ni...murah jer.. dan klu nk beli sendiri mmg bnyk jer jual kat online.. nak beli 50 pun bleh..huhu.. tapi bukan sebab itu.. it's just the feeling when u got something from org yg u all syg.. kan.. harga perasaan itu tak boleh ditukar dgn apa jua sekali pun...walaupun bukan apa sgt..terasa nak menitik air mata.. huhu...



~mel

Rabu, 27 Oktober 2010

me for Global Pink Hijab day..


me for Global Pink Hijab day.., originally uploaded by melati.a.

27/10/10... Lets go pink.. Support Breast Cancer Awareness!!

How about you??? Pakai tak pink??

Selasa, 26 Oktober 2010

eryna demam..


eryna demam.., originally uploaded by melati.a.

hmmm.. kesiannya baby mommy demam.. since ptg ahad time nak hantar papa gi airport eryna dah start demam.. smlm mommy still hntr gi nursery, tp hari ni bgn2 pagi kesian sungguh mommy tgk eryna.. demam tak kebah2 walaupun dah bg ubat.. risau mommy dibuatnya.. so mommy decide xmo gi kerja, semua meeting hari ni kansel je la..

cepat2 baik yer sayang.. risau sungguh mommy ni.. papa xde pulak tu.. first time papa outatation jauh2 since eryna lahir.. demam pulak.. hmmm...

~mel

Jumaat, 22 Oktober 2010

jangan!!!


jangan!!!, originally uploaded by melati.a.

eryna pandang kat mommy.. errr.. momny nak buat ape tu.. ehhh.. mommy nak amik gambar laaa... mommyyyyy janggann...!!!

hmmm...suatu perjalanan..

~Hari ini aku masukkan pos yg bukan aku tulis sendiri.. biasanya pos dlm blog ni semuanya berdasarkan kisah perjalanan hidupku.. cerita2, gmbr dan lain2 lagi.. Tapi kali ini aku masukkan satu pos yg aku terima dalam email baru kejab tadi.. walaupun mungkin pernah baca tapi rasanya ia adalah suatu perjalanan yg rasanya semua perempuan bernama isteri di muka bumi ini alami.. Bukan mudah nak memahami kehidupan suami isteri ni.. tapi coretan kat bawah mungkin boleh jadi panduan untuk kita sbg isteri.... Maafkan aku, suamiku...


SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”


Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi. Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku @fullfilth. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”



~mel

Anak Sape ni?


Anak Sape ni?, originally uploaded by melati.a.

Dak ni dok merayau2 dekat Desasiswa Cahaya Gemilang.. Baju pakai t-shirt lambang USM.. dan muka penuh bedak cam tepung gomak.. huhu..

Khamis, 21 Oktober 2010

travel..


travel.., originally uploaded by melati.a.

Today hari pertama Eryna duduk atas proper carseat dlm kereta.. Selalunya mommy dukung aje.. Tapi sbb next week papa nak ke Sabah, mommy kena hntr Eryna ke nursery laa.. So praktis dulu 2 hari ni.. tgk cam ok jer.. senyap jer duk atas carseat.. mata melilau pndg sini sana.. lidah terjelir2 sikit sbb nak try jilat talipinggang carseat tu.. hehe.. Harap nnt naik kereta dgn mommy Eryna ok la yer..

~mel
eryna dok depan.. mommy dok blakang jd boss huhu..

Global Pink Hijab Day - 27 Okt 2010

Kawan-kawan.. marilah kita sama2 join Global Pink Hijab Day - 2010.. Senang aje.. hari Rabu depan 27/10/2010, mari kita sama2 pakai baju & tudung pink.. mudah sekali kan..

~Gambar hiasan dgn kekasih gelap waktu pakai tudung pink~


Apa itu Pink Hijab Day??

Pink Hijab Day is designed to encourage Muslim women and men to participate in breast cancer awareness activities. The event also encourages the curious to ask Muslim women about their Hijabs, or Islamic headscarves.

All over the world, Muslims participate by wearing pink hijabs, pink ribbons, and donating to breast cancer foundations.

This year's event is scheduled for Wednesday October 27, 2010.



To participate, you don't have to be anywhere in particular, just wear a pink hijab, pink ribbon, or simply donate to any cancer foundation in your area.


To participate and find others participating in your area and to get more information, visit www.pinkhijabday.net

JOM RAMAI2!!! PAS TU KITA AMIK GAMBAR.. POS BANYAK2 KAT TWITTER & FB.. INGAT NAK WAT COLLAGE LA PAS TU... :)

~mel

Rabu, 20 Oktober 2010

First time..

First time..


First time..


First time.., originally uploaded by melati.a.

Pada tanggal 19.10.2010 pecahla cd papa @fullfilth. Tiba2 time mommy tgh mandikan eryna papa muncul & cakap.. mehla papa mandian!! Wow!! Terkejut mommy.. betul ke apa yg mommy dgr ni.. hihi.. so mommy terus serahkan tugas pada papa.. kang xjd pulak.. huhu.. Lihatla aksi2 papa kt atas tu.. hari ni leh tlg lg kan.. :P

~mel

Selasa, 19 Oktober 2010

Histeria..

Sejak akhir-akhir ni banyak perkara misteri pulak berlaku.. huhu.. actually yang ni tak berlaku pada aku laa tapi terjadi kat school aku semalam.. walaubagaimanapun student yg terlibat ni di bawah jagaan aku.. meaning tinggal di blok kediaman aku...

otw balik ke pejabat after lunch semalam.. terjumpa dgn kak maznah lecturer satu school dok kat ofis sebelah aku. Aku agak rapat gakla dgn kak maznah ni walaupun dia sgt2 senior kat sini. Dia tgh tergesa2 nak ke Makmal Biologi coz katanya ada pelajar sedang histeria/mengamuk!!. Bila aku tanya dia sape yg 'kena' tu.. dia cakap student yg namanya Zakiah. Ohh.. aku tahu siapa student tu.. Oleh sebab aku sendiri masih dlm keadaan xberapa kuat lagi in terms of fizikal & spiritual, aku ambil keputusan tak mahu ikut dia ke makmal biologi tu. Takut gak nnt aku yg pengsan..

Anyway.. cerita apa yg berlaku masa kejadian yg aku dpt dari kak maznah adalah.. waktu Dr. Ali sedang mengajar dlm lab.. si Zakiah ni tiba2 mengamuk.. habis equipment utk eksperimen pecah plus yg paling hebat sekali meja lab yg besar tu PECAH kerana disiku oleh pelajar berkenaan. Bayangkan lah kuatnya pelajar ni masa tu.. Dia hentak siku kat meja lantas meja tersebut tak dapat diselamatkan lagi.. Yang paling best.. tangan dia tak de apa2.. tak cedera @ patah.. dan normal seperti biasa jer..

~gambar hiasan saja..nak tunjuk besarnya meja makmal yg dipecahkan~

Utk memulihkan zakiah ni.. kak maznah suruh semua pelajar baca surah Al-Insyirah.. dan dia baca ayat2 lain utk pulihkan.. Alhamdulillah ok sket.. then zakiah ni dibawa ke Pusat Islam utk berjumpa dgn UStaz Man.. Ustaz Man ni mmg pakar dlm hal2 mcm ni.. dan mmg kalau ada student jd cenggini kami akan cari ustaz man ni.. Bila sampai kat ustaz man.. ustaz man nak bg zakiah ni minum air jampi.. dia tutup mulut xmau minum.. meleleh jer air tu keluar dari mulut dia.. Kata Ustaz Man dia ni dah teruk.. coz ada SAKA dalam badan dia.. mende tu dah sebati dalam diri dia.. Kalau nak ubat mesti menggunakan cara bagaimanana mende tu dimasukkan ke badan dia..

Hmm..kesian student ni.. dia ni boleh dikatakan 'bright' student. CGPA dia 3.5++. Bukan senang nak dapat tu..tapi tulah.. pelajaran selalu terganggu sebab mende ni.. Time aku cuti hari tu banyak kali dia terjerit2 di blok aku.. hmm.. kesian kan.. rasanya dia kena balik kampung.. ambil cuti belajar dulu satu semster ke.. and then bila dah settle semua baru sambung belajar baik kan..

Pasal SAKA ni pun susah jugak nak describe.. hanya Allah yg tahu.. tak faham kenapa perlu ada mende2 cenggini.. mungkinkah kerana dengki? cemburu? irihati? hmm...


~mel
misteri..misteri..

Jumaat, 15 Oktober 2010

selingan..


selingan.., originally uploaded by melati.a.

selingan jab sebelum teruskan dgn smbgn cerita misteri.. hihi.. eryna mmg dh sgt suka senyum.. meragam dah kurang.. balik dari nursery senyum jer.. pastu jadi agak gedikss bila diagah.. hehe..

~mel

Khamis, 14 Oktober 2010

Misteri..


~Zainah~

Dalam pukul 1.45pg tadi aku dikejutkan dgn panggilan telefon oleh pak guard usm.. meminta aku turun ke pondok guard Kompleks RST sebab ada seorg perempuan mencari anak saudaranya di bangunan desasiswa tempat aku tinggal dan pihak guard tak dapat mencari budak tersebut. Dan perempuan tersebut tiada tempat untuk tinggal malam tadi. Aku rasa agak pelik dan segera turun ke pondok guard utk mengetahui keadaan sebenar. Sesampainya aku di pondok guard, aku lihat perempuan tersebut sdg makan, sambil mcm kesejukan berbalut tuala di bahu.. Bila aku tanya ketua guard apa yg berlaku.. dia cakap ceritanya begini (sambil perempuan tu makan).. perempuan ni namanya Zainah, asal dari Muar, bertolak dari Klang Sentral pukul 5ptg smlm, sampai Basstand Sg.Nibong pkl 10.30mlm.. berjalan kaki dari basstand ke USM utk berjumpa anak saudaranya bernama Dyana (nama penuh dirahsiakan).. Dari ceritanya dia dtg nak amik kereta Waja bernombor BHN...milik anak sedara lelakinya (abg Dyana) yg diambil oleh Dyana utk dgunakan di USM.Dia kononnya dtg nak amik kereta tu dan terus nak balik ke Klang dgn kereta tersebut..tapi setelah dia naik bas, dia tak dpt hubungi Dyana @ abg Dyana kerana telefon off. So, bila sampai penang, dia amik keputusan utk jln kaki ke usm.

BIla dah tau cerita aku mintak guard pergi periksa seluruh kompleks Desasiswa utk cari kereta waja yg dimaksudkan. tapi bila guard dah cari, tak ada kereta waja tersebut. Aku pula call wakil student blok aku utk cari student nama Dyana, tp setelah derang check, xde nama dlm list. Tapi masa tu mcm terfikir sbb buat masa ni ada student2 Uitm balik pulau yg menumpang di blok kami plus student master tak masuk senarai jika derang baru masuk (student master masuk sepjg tahun). Setelah gagal mencari, aku & guard2 tu clueless.. ketua guard tanya aku, boleh tak tempatkan kat mana2 dulu perempuan (Zainah) ni kat blok aku utk malam ni sbb dia tak de tempat tinggal. Mmg aku boleh tempatkan dia di mana2 kat blok aku, surau pun boleh, kalau xnak bagi bilik.. tapi masalahnya aku tak kenal perempuan ni. Gayanya mmg agak mencurigakan. takkan aku nak biarkan org asing yg aku curiga duduk di blok aku dgn student.. kang apa2 jadi.. mmg aku yg bertanggungjawab.

Last2 aku decide, bawak dia ke rumah aku. At least kat rumah ada hubby aku.. Tapi sebelum bawak aku pastikan guard check semua particulars dia, check ic & lesen (mmg dia ada lesen yg xexpired). Dan aku pesan kat guard, pastikan xde org kluar dr pagar tanpa di check terlebih dahulu. Then aku bawak dia balik, bg dia dok kt bilik. Yg peliknya dia dtg sehelai sepinggang. Pinjam kain batik aku.. tp nampakla dia sgt letih. Aku pulak bila masuk bilik mmg xleh tido.. gtau hubby cerita yg berlaku.. pintu bilik kunci & then kejab2 terjaga. Serius aku seram & takut. Bila pagi aku tanya dia nak mandi tak.. dia cakap nak.. pastu tanya aku.. ada baju besar tak? Actually mlm td masa xleh tidur aku dah terfikir nk bg baju kat dia coz dia xde baju persalinan.. mmg dlm kepala fikir nak bg baju blouse pregnant yg mmg sure aku tak pakai skrg ni (beli pun 10 inggit jer) utk dia pakai. So aku pun bg baju tu kat dia dan cakap dia boleh amik baju tu. Masa dia tgh mandi.. aku buat perkara jahat.. mmg jahat.. oleh sebab dia tido kat tmpt bilik gosok baju & aku perlu menggosok.. masa dia tgh mandi.. aku ternampak beg dia terbukak sikit.. & ternampak 2 jenis ubat.. dgn hati yg curious, aku ambik nama ubat tu dan minta hubby google nama ubat tu.. takut2 ubat yg pelik2 ke.. bila hubby google dia cakap ubat tu ubat tahan sakit & antibiotik.. so xde la risau sgt..

Pagi tadi mula2 plan nak bawak dia ke ofis desasiswa utk check komputer senarai semua pelajar usm. Bila nak keluar rumah utk gi kerja, tetiba dia ckp nak cari ATM. So aku bawak dia ke dlm kampus induk di samping nak hntr anak ke nursery. Hati aku sedikit lega.. ooo.. dia ada kad atm, so mungkin dia ada duit, bukan nak mencuri. Then kami terus ke ofis desasiswa.. bila check no ic Dyana yg ada kat dia.. tak match dgn seorg pun student usm.. sama ada yg masih belajar @ yg telah grad. Lupa pulak, disamping nak ambik kereta, tujuan dia juga adalah nak pulangkan lesen Dyana yg kononnya bertukar dgn Dyana semasa derang jumpa tempohari.. so dari situ kami dpt no ic Dyana & nama penuh utk check. Bila tak jumpa.. aku & hubby ajak dia ke kafeteria utk mkn. Masa makan aku dok fikir.. budak perempuan ni tipu abang dia dan si Zainah ni. Kebetulan pada ic budak tu ada alamat di Tmn Brown Gelugor, betul2 sblh USM. Zainah ni cakap, dia nk jln kaki ke sana cari Dyana. After discuss dgn hubby, kitorg ckp xpe, biar kitorg hntr.. nk tau jugak cerita sbnr..

Bila sampai ke rumah tu.. aku bg salam xde org jawab tp ada sebijik kereta Savvy kat depan rumah. Waja tak kelihatan. Tetiba ada sorg India Muslim jiran sebelah ckp tuan rumah xde.. Bila aku tunjuk lesen Dyana.. dia ckp..ini cucu tuan rumah tu.. ish pelikla pulak. Dgn baik hati jiran tu bg no telefon AYAH Dyana.. seorg manager station minyak Caltex di jelutong. Oleh sebab Caltex tu pun dekat, aku offer nak hntr ke sana.. actually sgt curious dgn apa yg berlaku.. tp b4 pergi aku call ayah si Dyana ni.. Bila aku cerita ttg apa yg berlaku.. abg Dyana suh amik kereta la.. lesen ada kat Zainah ni la.. jawapan ayah dia.. anak dia Dyana student final year medic UPM, ahad lepas accident di PLUS between KL-Seremban, skrg tgh sakit, dan Dyana ni ANAK SULUNG & tiada abang!!. Wow! Terkejut aku. Then dia ckp..boleh tak nak cakap dgn Zainah.. pastu dia pas kat wife dia.. dari perbualan dgn wife dia (yg sedang sgt marah2..) rupa2nya masa anak dia accident.. semua barang2 dia hilang.. termasuklah laptop, purse, ic kad dan sebagainya... wahhh.. makin complicated pulak.. Then aku ckp balik dgn dia.. set utk jumpa dia kat caltex tu.. masa tu derang xde kat stesen minyak tu.. terpaksalah kami tunggu lebih kurang sejam kat situ coz rumah derang kat seberang..

Sambil menunggu tu.. actually adalah bual2 sket dgn zainah ni.. tanya pasal family dia.. dia cakap dia ada anak 7 org. Dan yg paling mengejutkan aku, dua org anak dia, dia tinggalkan kat Stesen Klang Sentral sementara dia ke Penang 'kejab' utk tolong amikkan kereta waja si 'abang' Dyana ni. Anaknya dua orang PEREMPUAN, berumur 16 tahun dan 4 tahun ditinggalkan dgn 'abang' Dyana ni yg berusia 24thn di stesyen Klang Sentral SEMALAMAN.. gila tak? Aku mmg terkejut giler.. boleh dia tinggalkan anak2 dia utk tolong budak lelaki yg dikatakan 'anak sedara' dia ni. Bila borak2 menunggu tu mcm2 la keluar.. tiba2 dia hulurkan satu kertas fotostat 'kad akuan memeluk islam" atas nama Mohamad Amirul Hafiz Tan b. Abdullah @ nama china dia Tan Tuan Hock. Laa.. anak sedara camne ni? Mlm tadi bila aku tanya2 dia cakap anak sedara dia ni & maka ayah budak ni dok kat Klang, tapi camne pulak 'anak sedara' baru masuk islam sedangkan dia mmg orang melayu.. jawa agaknya..pelik..pelik.. dan bila disoal jawapan dia berubah.. walaubagaimanapun.. aku dan hubby mmg ada perasaan kesian kat dia..rasa cam dia agak lurus.. dan mungkin kena tipu dgn mamat ni..

~identiti Mohamad Amirul Hafiz Tan~

Lama menunggu rombongan keluarga Dyana, mak, ayah & nenek dia sampai..termasuklah Dyana sekali sampai.. Dyana mmg tercedera, tangan diikat (patah kot).. luka2 dan sbgnya.. mak Dyana sgt marah2.. mmg kenalah si zainah tu dgn mak Dyana, sampaikan bila tunjuk fotostat kertas kat atas ni, mak dia cakap "Dah masuk Islam tapi perangai macam binatang!"Walaupun kami dah expect mak dia mcm marah, tapi tak expect la pulak marah cam gitu. Mak dia macam nak marah kat Zainah ni.. Ayah Dyana ni agak cool orgnya.. begitu jugak dgn nenek Dyana ni.. Setelah berbincang dgn ayah Dyana, dia cakap nak bawak Zainah ke balai polis kepala Batas sebab dia buat report kehilangan barang2 anak dia semasa kemalangan di sana. Zainah ni sedikit pun tak menolak cdgn tu. Dia cakap dia sedia ikut pergi balai polis sebab dia terasa dianiaya + risaukan anak dia yg dua org yg ditinggalkan di Klang Sentral. Katanya dia pun nak tahu perkara sebenar.. Anyway.. lepas dah settlekan perkara tu.. kitorg cakap kitorg kena gi kerja la.. masa tu dah pukul 11pg.. dan sebenarnya kitorg xdela terlibat, tp just nak membantu..

mmg banyak kemuykilan sbnrnya tentang Zainah ni.. sebab banyak cerita yg dikatakan nya berubah2.. Mula2 dia cakap budak tu anak sedara dia.. kat aku malam tadi dia cakap.. mamat tu bekas budak USM amik Akauntansi.. terus aku terkejut beruk.. err.. USM rasanya xde akauntansi.. management adalah.. mmg keliru aku dibuatnya.. lepas tu dia kata masa belajar mamat tu selalu dtg dok umah dia.. 2-3thn lepas la tu... tapi tetiba bila mak Diyana marah2 dia cakap dia baru kenal dgn mamat tu 20.9.2010!! Pastu dgn aku dia cakap mamat tu cakap dia adik beradik satu mak dgn Diyana.. kat family Diyana dia ckp mamat tu adik beradik satu ayah!! Pening punya cerita. Dan mcm2 perkara lain yg tak berapa betul @tepat dinyatakan olehnya.

Dalam hatiku berkata2... minah ni mental ke.. lurus sangat ke.. tp masa dlm kereta ada anak2 dia fon dari Muar tanya bila dia nak balik.. Cerita asalnya dari dia.. dia dtg dari Muar 2 hari lepas ke KL utk berubat anak dia yg umur 16th tu kena buatan org di Cakera Alam, Kg Pandan. Kat situ siap ada hostel utk pesakit. Betul ke? Aku mmg tak tahu pasal kewujudan cakeralam ni. Kononnya smlm patutnya balik Muar tapi atas desakan mamat tu supaya amik kereta dan penang dia dtg jugak.. yg bestnya masa didesak oleh mak dyana tetiba dia cakap mamat tu bagi kad atm & no pin.. katanya kalau xde duit suh kuarkan.. tapi bila dia TRY TADI no pin tu tipu!! Gila betul.. rupanya kitorg bawak dia gi bank utk try kad bank yg diberi oleh mamat tu..

Lagi satu yg pelik... bila disuruh contact suami dia ckp risaukan anak2 yg ditinggalkan di Klang Sentral.. dia tak nak.. pelikkan?? dan pelik dia boleh tinggalkan anak macam tu..

Apa2 pun lepas dan bincang2 dgn ayah Dyana aku dan hubby pun balik. Tapi tula kan.. dlm kepala kitorg ni mcm2 fikir apa sebenarnya berlaku.. masa dok tgh menulis blog ni aku terfikir.. ehh.. mlm tadi aku ada try call mamat tu masa kat pondok guard.. so aku pun try call no tu.. dan ada diangkat oleh seorg lelaki yg memberi salam.. aku pun tanya.. ni mohamad amirul hafiz ke? dia cakap yer.. aku pun cakap kat dia.. aku dari usm, jumpa si zainah tapi cari2 dyana tak jumpa, skrg zainah tak tahu nak buat apa.. so nak buat apa, coz zainah tak tau nak buat apa dan tak dpt serahkan lesen pada dyana.. so mamat tu cakap dia suruh zainah balik klang. Aku ni sebenarnya curious nak tahu betulkah ada anak2 zainah dgn si mamat ni.. bila aku tanya mamat tu kata ada.. aku tanya sapa nama budak2 anak zainah tu.. dia cakap nurul & ain.. pastu bila aku banyak tanya.. mamat tu terus letak telefon.. erk.. mesti ada wat salah tu kanbila disoal letak telefon..

then aku call zainah.. aku gtau aku dapat call mamat tu.. zainah cakap dia dapat call jugak dan otw nak gi balai polis kepala batas.. aku pun tak cakap lamalah... just tanya gitu2.. dan aku tanya nama anak2 perempuan dia.. dia cakap.. Nurul Syafikah & Nurul Ain.. betulla kot..

Sampai sekarang xde update dah pasal minah ni.. tertanya2 jugak what happen to her.. terasa macam dia sgt lurus.. mcm terlalu kekampungan.. bentuk muka & tubuh mmg jauh lebih tua dari usianya 34tahun.. mungkinkah dia mangsa penipuan? mungkin betul.. tapi kenapa mamat cina mualaf tu beria suruh dia dtg penang pulangkan lesen kalau dia pencuri brg2 Dyana masa accident? biasanya pencuri akan buang je brg2 yg tak guna kan, buat apa nak pulang balik.. lg senang kalau pos jer.. Tiba2 aku fikir pulak.. entah2 mamat ni ada affair dgn anak pompuan zainah berusia 16 thn ni dan suh zainah dtg sini supaya dia boleh ambik masa dgn anak ppuan zainah? Huhu..macam2 spekulasi..

Anyway.. kami masih tertanya2.. may be later will try to call...


~mel
fuhhh..letih menulis..

Sabtu, 9 Oktober 2010

baby besar..


baby besar.., originally uploaded by melati.a.

fatiha hari ni dok tengok mommy tidokan eryna.. mula2 eryna dok dlm bouncer tu.. then fatiha pulak.. syok dia berenjut dlm tu.. bila tanya nk bgn tak.. fatiha xmo bgn.. mata pun cam kuyu jer..

Actually bouncer tu baru selesai sesi total make over.. bouncer tu amik kt umah cikjan.. dh buruk rupanya.. sponge pun dh nipis.. so hari tu aku gi beli sponge setebal seinci stgh, cabut lapik yg buruk tu dan ganti yg baru.. tp belum sempat nk siap smlm dah ada hal pulak..

sbb dah nk balik Gombak.. pakai je laa..walaupun xberapa siap lg.. huhu..

~mel@gombak

Khamis, 7 Oktober 2010

Anastasia..

Terkenang sewaktu aku mengandungkan Eryna Zulaikha.. disebabkan masalah semasa pregnant.. aku terpaksa selalu berulang ke GH, Penang. Oleh sebab hubby biasanya agak busy di ofis dan appoinment yang mengambil masa yg lama, aku biasanya drive sendiri ke sana. Hampir setiap kali ke GH, setiap kali itulah aku discan utk memastikan baby dalam keadaan ok kat dalam perut tu.. setiap kali aku balik, hubby pun bertanya.. tanya tak kat doktor.. boy ke girl.. aku hanya tersengih.. sebab aku selalunya tak terrr tanya.. segan..huhu.. Sampaikan hubby cakap.. ooo ni mesti dah tanya tapi xmo bagitau kat dia..

Anyway.. pada satu masa tu kami terpaksa pergi buat full-scan di hospital seberang Jaya untuk berjumpa dgn pakar scan.. Time tu mmg hubby kena pergi sekali.. so bila dia masuk dlm dia pun tanya kat doktor pakar tu.. doktor tu tanya.. xtau lagi ke? Hubby cakap.. tak tau lagi.. So.. doktor tu telek2..intai2.. pastu dia cakap.. kalau ikut ciri2 yg dia dpt lihat.. baby ni baby GIRL... Aku pun tersenyum lebar.. hubby pun sama..

Dalam kereta mula la sibuk dok fikir nama apa nak bagi.. tapi xdpt2.. entah macam mana keluarlah nama "ANASTASIA". Kami berdua suka nama tu.. tapi bila cari-cari makna macam nama puteri Russia jer.. hehe.. so bila fikir2 balik.. nanti kang tak sesuai pulak.. so kami decide utk menamakan baby girl kami ERYNA ZULAIKHA.. nama yg kami sama2 cari dalam internet hehe..

Tapi sampai sekarang nama Anastasia masih kami gunakan secara tak rasmi... :P


"Eryna Anastasia Zulaikha"
semoga baby mommy & papa sihat selalu dan membesar menjadi anak yg solehah


~mel

Rabu, 6 Oktober 2010

Emas..

Emas..

Tadi aku buka satu sampul surat dari sebuah kedai emas yg aku jd ahli (haha.. gelak sikit.. jd ahli kedai emas tu).. Actually dh beberapa hari dpt surat tu, tp aku malas nl bukak sbb ada cop kedai emas kt envelop.. td ter rajin pulak bukak.. tgk2.. WOW!! ada voucher RM100.. tergoda aku ooii.. dlm hati terfikir, klu beli something utk eryna bagus jugak ni.. klu beli brg harga RM200 jd RM100..

so, aku pun bawak voucher tu dan tayang kt depan hubby yg dok ngadap 'kerja' nya.. aku dgn ye ye ckp, bagus ni.. untung seratus tau!! Seperti biasa hubby wat muka dek jer kalau aku citer pasal mende2 di luar minat dia.. Lain la kalau voucher yg aku tayang kt depan dia tu voucher half price iphone 4 ke.. sure dia tengok sungguh2!! Sambil tayang voucher tu aku pun baca la apa yg tertulis kt atas kertas tu yg aku pun xbaca td.. lerrr.. hampehh betul, spt biasa condition dia tercetak sebesar semut api.. kalau nk dpt diskaun 100 tu kena beli barang kemas berharga RM1200 ke atas.. hahaha.. elokla tu, nk beli utk eryna harga ribu2.. xpayah ler.. nk letak reben atas kepala pun dia xnak.. kalau bg pakai rantai ke gelang ke., mau ditariknya atau xbenti nangis sbb xselesa.. huhu.. mmg sj la cari sbb utk incik hubby membebel tu nanti..

Anyway.. aku pun tadi cam mengong jer, bukan x biasa.. kalau ada offer cenggitu mestila ada condition kan.. Kdg2 tu boring gak surat2 yg di mailkan oleh kedai2 dllg.. Mana taknya..menambah keje aku utk membuang jer.. Tak lestari langsung kan..

Tapi tulah pompuan ni.. pantang lihat offer2 menarik.. mesti tingin gak.. Walaipun tahu mende tu ada udang di sebalik mee...

~mel

Isnin, 4 Oktober 2010

Renungan

Hmm.. actually tak ada apa2 nak story.. just kepenatan.. Esok ada appoinment doktor di GH tapi kemalasan melanda sgt2.. kalau xpergi tak pe ke? Hari ni kat office dok menyiapkan proposal utk grant yg duitnya dah dapat.. cuma nak start buat research & do the work. Budget perlu diperincikan.. dan perlu present macam mana nak jalankan research. So definitely lepas ni kena tumpukan perhatian pada research m-learning ni.. Tapi doa2 my own research grant approve..

Anyway.. just utk renungan.. sbb kdg2 kita tak kenal diri kita sendiri...

"Allah won't ask what your highest salary was, He'll ask if u compromised you character to obtain it..."

"Allah wont' ask what your job titled was, He'll ask if u perfomed your job to the best of you ability..."

"Allah won't ask how many friends you had, He'll ask how many people to whom your were a friend..."


Berpijaklah di bumi yang nyata... Subhanallah...

~mel

Sabtu, 2 Oktober 2010

Sarapan..


Sarapan.., originally uploaded by melati.a.

Dah lama xmasak sarapan sendiri.. dan dh lama xmasak nasi dagang.. since raya mmg berniat nak masak nasi dagang.. actually arwah mak biasanya akan masak nasi dagang di hari raya kedua.. Mula2 nk ajak kwn2 dtg mkn tp last week ada member ajak rumah terbuka.. this week mlm sabtu dan ahad ada jamuan raya.. so kansel la nk ajak kwn2 dtg, takut aku yg lom begitu ok ni collapse pulak..

Kebetulan this week my brother lepak kt umah aku, so xde la klu masak teruk2 nasi dagang hnya aku & hubby yg mkn.. so mlm td aku rendam beras + beras pulut + halba... pastu rebus asam garam ikan tongkol.. pg2 bgn aku dh start kukus nasi dagang + masak lauk.. Alhamdulillah jadi walau nasi terlembik sket sbb terlebih santan.. dapatla melepaskan tingin mkn nasi dagang.. kt atas tu adalah hasilnya...

~mel