Our sweet little baby...


Birthday Tickers from WiddlyTinks.com

Khamis, 14 Oktober 2010

Misteri..


~Zainah~

Dalam pukul 1.45pg tadi aku dikejutkan dgn panggilan telefon oleh pak guard usm.. meminta aku turun ke pondok guard Kompleks RST sebab ada seorg perempuan mencari anak saudaranya di bangunan desasiswa tempat aku tinggal dan pihak guard tak dapat mencari budak tersebut. Dan perempuan tersebut tiada tempat untuk tinggal malam tadi. Aku rasa agak pelik dan segera turun ke pondok guard utk mengetahui keadaan sebenar. Sesampainya aku di pondok guard, aku lihat perempuan tersebut sdg makan, sambil mcm kesejukan berbalut tuala di bahu.. Bila aku tanya ketua guard apa yg berlaku.. dia cakap ceritanya begini (sambil perempuan tu makan).. perempuan ni namanya Zainah, asal dari Muar, bertolak dari Klang Sentral pukul 5ptg smlm, sampai Basstand Sg.Nibong pkl 10.30mlm.. berjalan kaki dari basstand ke USM utk berjumpa anak saudaranya bernama Dyana (nama penuh dirahsiakan).. Dari ceritanya dia dtg nak amik kereta Waja bernombor BHN...milik anak sedara lelakinya (abg Dyana) yg diambil oleh Dyana utk dgunakan di USM.Dia kononnya dtg nak amik kereta tu dan terus nak balik ke Klang dgn kereta tersebut..tapi setelah dia naik bas, dia tak dpt hubungi Dyana @ abg Dyana kerana telefon off. So, bila sampai penang, dia amik keputusan utk jln kaki ke usm.

BIla dah tau cerita aku mintak guard pergi periksa seluruh kompleks Desasiswa utk cari kereta waja yg dimaksudkan. tapi bila guard dah cari, tak ada kereta waja tersebut. Aku pula call wakil student blok aku utk cari student nama Dyana, tp setelah derang check, xde nama dlm list. Tapi masa tu mcm terfikir sbb buat masa ni ada student2 Uitm balik pulau yg menumpang di blok kami plus student master tak masuk senarai jika derang baru masuk (student master masuk sepjg tahun). Setelah gagal mencari, aku & guard2 tu clueless.. ketua guard tanya aku, boleh tak tempatkan kat mana2 dulu perempuan (Zainah) ni kat blok aku utk malam ni sbb dia tak de tempat tinggal. Mmg aku boleh tempatkan dia di mana2 kat blok aku, surau pun boleh, kalau xnak bagi bilik.. tapi masalahnya aku tak kenal perempuan ni. Gayanya mmg agak mencurigakan. takkan aku nak biarkan org asing yg aku curiga duduk di blok aku dgn student.. kang apa2 jadi.. mmg aku yg bertanggungjawab.

Last2 aku decide, bawak dia ke rumah aku. At least kat rumah ada hubby aku.. Tapi sebelum bawak aku pastikan guard check semua particulars dia, check ic & lesen (mmg dia ada lesen yg xexpired). Dan aku pesan kat guard, pastikan xde org kluar dr pagar tanpa di check terlebih dahulu. Then aku bawak dia balik, bg dia dok kt bilik. Yg peliknya dia dtg sehelai sepinggang. Pinjam kain batik aku.. tp nampakla dia sgt letih. Aku pulak bila masuk bilik mmg xleh tido.. gtau hubby cerita yg berlaku.. pintu bilik kunci & then kejab2 terjaga. Serius aku seram & takut. Bila pagi aku tanya dia nak mandi tak.. dia cakap nak.. pastu tanya aku.. ada baju besar tak? Actually mlm td masa xleh tidur aku dah terfikir nk bg baju kat dia coz dia xde baju persalinan.. mmg dlm kepala fikir nak bg baju blouse pregnant yg mmg sure aku tak pakai skrg ni (beli pun 10 inggit jer) utk dia pakai. So aku pun bg baju tu kat dia dan cakap dia boleh amik baju tu. Masa dia tgh mandi.. aku buat perkara jahat.. mmg jahat.. oleh sebab dia tido kat tmpt bilik gosok baju & aku perlu menggosok.. masa dia tgh mandi.. aku ternampak beg dia terbukak sikit.. & ternampak 2 jenis ubat.. dgn hati yg curious, aku ambik nama ubat tu dan minta hubby google nama ubat tu.. takut2 ubat yg pelik2 ke.. bila hubby google dia cakap ubat tu ubat tahan sakit & antibiotik.. so xde la risau sgt..

Pagi tadi mula2 plan nak bawak dia ke ofis desasiswa utk check komputer senarai semua pelajar usm. Bila nak keluar rumah utk gi kerja, tetiba dia ckp nak cari ATM. So aku bawak dia ke dlm kampus induk di samping nak hntr anak ke nursery. Hati aku sedikit lega.. ooo.. dia ada kad atm, so mungkin dia ada duit, bukan nak mencuri. Then kami terus ke ofis desasiswa.. bila check no ic Dyana yg ada kat dia.. tak match dgn seorg pun student usm.. sama ada yg masih belajar @ yg telah grad. Lupa pulak, disamping nak ambik kereta, tujuan dia juga adalah nak pulangkan lesen Dyana yg kononnya bertukar dgn Dyana semasa derang jumpa tempohari.. so dari situ kami dpt no ic Dyana & nama penuh utk check. Bila tak jumpa.. aku & hubby ajak dia ke kafeteria utk mkn. Masa makan aku dok fikir.. budak perempuan ni tipu abang dia dan si Zainah ni. Kebetulan pada ic budak tu ada alamat di Tmn Brown Gelugor, betul2 sblh USM. Zainah ni cakap, dia nk jln kaki ke sana cari Dyana. After discuss dgn hubby, kitorg ckp xpe, biar kitorg hntr.. nk tau jugak cerita sbnr..

Bila sampai ke rumah tu.. aku bg salam xde org jawab tp ada sebijik kereta Savvy kat depan rumah. Waja tak kelihatan. Tetiba ada sorg India Muslim jiran sebelah ckp tuan rumah xde.. Bila aku tunjuk lesen Dyana.. dia ckp..ini cucu tuan rumah tu.. ish pelikla pulak. Dgn baik hati jiran tu bg no telefon AYAH Dyana.. seorg manager station minyak Caltex di jelutong. Oleh sebab Caltex tu pun dekat, aku offer nak hntr ke sana.. actually sgt curious dgn apa yg berlaku.. tp b4 pergi aku call ayah si Dyana ni.. Bila aku cerita ttg apa yg berlaku.. abg Dyana suh amik kereta la.. lesen ada kat Zainah ni la.. jawapan ayah dia.. anak dia Dyana student final year medic UPM, ahad lepas accident di PLUS between KL-Seremban, skrg tgh sakit, dan Dyana ni ANAK SULUNG & tiada abang!!. Wow! Terkejut aku. Then dia ckp..boleh tak nak cakap dgn Zainah.. pastu dia pas kat wife dia.. dari perbualan dgn wife dia (yg sedang sgt marah2..) rupa2nya masa anak dia accident.. semua barang2 dia hilang.. termasuklah laptop, purse, ic kad dan sebagainya... wahhh.. makin complicated pulak.. Then aku ckp balik dgn dia.. set utk jumpa dia kat caltex tu.. masa tu derang xde kat stesen minyak tu.. terpaksalah kami tunggu lebih kurang sejam kat situ coz rumah derang kat seberang..

Sambil menunggu tu.. actually adalah bual2 sket dgn zainah ni.. tanya pasal family dia.. dia cakap dia ada anak 7 org. Dan yg paling mengejutkan aku, dua org anak dia, dia tinggalkan kat Stesen Klang Sentral sementara dia ke Penang 'kejab' utk tolong amikkan kereta waja si 'abang' Dyana ni. Anaknya dua orang PEREMPUAN, berumur 16 tahun dan 4 tahun ditinggalkan dgn 'abang' Dyana ni yg berusia 24thn di stesyen Klang Sentral SEMALAMAN.. gila tak? Aku mmg terkejut giler.. boleh dia tinggalkan anak2 dia utk tolong budak lelaki yg dikatakan 'anak sedara' dia ni. Bila borak2 menunggu tu mcm2 la keluar.. tiba2 dia hulurkan satu kertas fotostat 'kad akuan memeluk islam" atas nama Mohamad Amirul Hafiz Tan b. Abdullah @ nama china dia Tan Tuan Hock. Laa.. anak sedara camne ni? Mlm tadi bila aku tanya2 dia cakap anak sedara dia ni & maka ayah budak ni dok kat Klang, tapi camne pulak 'anak sedara' baru masuk islam sedangkan dia mmg orang melayu.. jawa agaknya..pelik..pelik.. dan bila disoal jawapan dia berubah.. walaubagaimanapun.. aku dan hubby mmg ada perasaan kesian kat dia..rasa cam dia agak lurus.. dan mungkin kena tipu dgn mamat ni..

~identiti Mohamad Amirul Hafiz Tan~

Lama menunggu rombongan keluarga Dyana, mak, ayah & nenek dia sampai..termasuklah Dyana sekali sampai.. Dyana mmg tercedera, tangan diikat (patah kot).. luka2 dan sbgnya.. mak Dyana sgt marah2.. mmg kenalah si zainah tu dgn mak Dyana, sampaikan bila tunjuk fotostat kertas kat atas ni, mak dia cakap "Dah masuk Islam tapi perangai macam binatang!"Walaupun kami dah expect mak dia mcm marah, tapi tak expect la pulak marah cam gitu. Mak dia macam nak marah kat Zainah ni.. Ayah Dyana ni agak cool orgnya.. begitu jugak dgn nenek Dyana ni.. Setelah berbincang dgn ayah Dyana, dia cakap nak bawak Zainah ke balai polis kepala Batas sebab dia buat report kehilangan barang2 anak dia semasa kemalangan di sana. Zainah ni sedikit pun tak menolak cdgn tu. Dia cakap dia sedia ikut pergi balai polis sebab dia terasa dianiaya + risaukan anak dia yg dua org yg ditinggalkan di Klang Sentral. Katanya dia pun nak tahu perkara sebenar.. Anyway.. lepas dah settlekan perkara tu.. kitorg cakap kitorg kena gi kerja la.. masa tu dah pukul 11pg.. dan sebenarnya kitorg xdela terlibat, tp just nak membantu..

mmg banyak kemuykilan sbnrnya tentang Zainah ni.. sebab banyak cerita yg dikatakan nya berubah2.. Mula2 dia cakap budak tu anak sedara dia.. kat aku malam tadi dia cakap.. mamat tu bekas budak USM amik Akauntansi.. terus aku terkejut beruk.. err.. USM rasanya xde akauntansi.. management adalah.. mmg keliru aku dibuatnya.. lepas tu dia kata masa belajar mamat tu selalu dtg dok umah dia.. 2-3thn lepas la tu... tapi tetiba bila mak Diyana marah2 dia cakap dia baru kenal dgn mamat tu 20.9.2010!! Pastu dgn aku dia cakap mamat tu cakap dia adik beradik satu mak dgn Diyana.. kat family Diyana dia ckp mamat tu adik beradik satu ayah!! Pening punya cerita. Dan mcm2 perkara lain yg tak berapa betul @tepat dinyatakan olehnya.

Dalam hatiku berkata2... minah ni mental ke.. lurus sangat ke.. tp masa dlm kereta ada anak2 dia fon dari Muar tanya bila dia nak balik.. Cerita asalnya dari dia.. dia dtg dari Muar 2 hari lepas ke KL utk berubat anak dia yg umur 16th tu kena buatan org di Cakera Alam, Kg Pandan. Kat situ siap ada hostel utk pesakit. Betul ke? Aku mmg tak tahu pasal kewujudan cakeralam ni. Kononnya smlm patutnya balik Muar tapi atas desakan mamat tu supaya amik kereta dan penang dia dtg jugak.. yg bestnya masa didesak oleh mak dyana tetiba dia cakap mamat tu bagi kad atm & no pin.. katanya kalau xde duit suh kuarkan.. tapi bila dia TRY TADI no pin tu tipu!! Gila betul.. rupanya kitorg bawak dia gi bank utk try kad bank yg diberi oleh mamat tu..

Lagi satu yg pelik... bila disuruh contact suami dia ckp risaukan anak2 yg ditinggalkan di Klang Sentral.. dia tak nak.. pelikkan?? dan pelik dia boleh tinggalkan anak macam tu..

Apa2 pun lepas dan bincang2 dgn ayah Dyana aku dan hubby pun balik. Tapi tula kan.. dlm kepala kitorg ni mcm2 fikir apa sebenarnya berlaku.. masa dok tgh menulis blog ni aku terfikir.. ehh.. mlm tadi aku ada try call mamat tu masa kat pondok guard.. so aku pun try call no tu.. dan ada diangkat oleh seorg lelaki yg memberi salam.. aku pun tanya.. ni mohamad amirul hafiz ke? dia cakap yer.. aku pun cakap kat dia.. aku dari usm, jumpa si zainah tapi cari2 dyana tak jumpa, skrg zainah tak tahu nak buat apa.. so nak buat apa, coz zainah tak tau nak buat apa dan tak dpt serahkan lesen pada dyana.. so mamat tu cakap dia suruh zainah balik klang. Aku ni sebenarnya curious nak tahu betulkah ada anak2 zainah dgn si mamat ni.. bila aku tanya mamat tu kata ada.. aku tanya sapa nama budak2 anak zainah tu.. dia cakap nurul & ain.. pastu bila aku banyak tanya.. mamat tu terus letak telefon.. erk.. mesti ada wat salah tu kanbila disoal letak telefon..

then aku call zainah.. aku gtau aku dapat call mamat tu.. zainah cakap dia dapat call jugak dan otw nak gi balai polis kepala batas.. aku pun tak cakap lamalah... just tanya gitu2.. dan aku tanya nama anak2 perempuan dia.. dia cakap.. Nurul Syafikah & Nurul Ain.. betulla kot..

Sampai sekarang xde update dah pasal minah ni.. tertanya2 jugak what happen to her.. terasa macam dia sgt lurus.. mcm terlalu kekampungan.. bentuk muka & tubuh mmg jauh lebih tua dari usianya 34tahun.. mungkinkah dia mangsa penipuan? mungkin betul.. tapi kenapa mamat cina mualaf tu beria suruh dia dtg penang pulangkan lesen kalau dia pencuri brg2 Dyana masa accident? biasanya pencuri akan buang je brg2 yg tak guna kan, buat apa nak pulang balik.. lg senang kalau pos jer.. Tiba2 aku fikir pulak.. entah2 mamat ni ada affair dgn anak pompuan zainah berusia 16 thn ni dan suh zainah dtg sini supaya dia boleh ambik masa dgn anak ppuan zainah? Huhu..macam2 spekulasi..

Anyway.. kami masih tertanya2.. may be later will try to call...


~mel
fuhhh..letih menulis..

14 ulasan:

  1. wohooo panjang nye cite. julia pun leh bace line by line lak tuh. baca journal pun x sedetail tu :P

    ehem. kalau dah tau smbungan jgn lupa blog lagi. nak tau jugak. hehee

    BalasPadam
  2. aah saya pon baca habis sbb excited nak tau punya pasal

    BalasPadam
  3. waaaaaaahhhh penat baca.. rasa mcm baca buku siri penyiasatan nancy drew pulak.. berdebar2 jantung kin baca.. hahaha.. tak try call ayah dyana tu ke? cuba dapatkan cerita.. ekekek

    BalasPadam
  4. PERGH,...
    baik betul korang tolong si zainah...

    tp aku rase die pon insan teraniya..tu yg byk canggah fakta tuh

    BalasPadam
  5. Ada no tel makcik tu? Nk bkenalan.

    BalasPadam
  6. perghh..
    best gak klu join team detektif canon ni..

    BalasPadam
  7. fuyooo kak mel...mmg detail dan menarik cerita ni..satu perkataan pun kin tak tertinggal baca.

    neway, mmg pelik dan macam2 cerita. nasib dia takde wat pape masa kat umah akak. curious jugak dgn si zainah nih..huhu

    BalasPadam
  8. uiih! lain kali jangan bawak balik orang tak kenal, takut kena pukau ke, apa ke...

    BalasPadam
  9. SAMBUNLA LAGI SELEPAS TUH..CUBE CALL BLIK NGN ZAINAH TUH?ISH..APE JD KAT ANAK2 DIE?TAKUTNYER JD MANGSA ROGOL KER?ADUYAI...

    BalasPadam
  10. huhu. semalam dah dengar version *voice* untuk cerita nie. hehe~

    BalasPadam
  11. xtau tetiba pl tbaca ceta ni cz tajuk "misteri". tp xtau npa pl saya xfaham ceta'y...bukan ape..saya bc ceta ni time kpala sakit sgt...2 yg xfaham kot...

    BalasPadam
  12. klu sy x layan dh aunty zainah ni sbb dia menimbulkn pelbagai misteri...takut

    BalasPadam